You are on page 1of 10

Maksud Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan


pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan
berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Objektif utama Pelajaran Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan
tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-
usaha sendiri dan masyarakat melalui:

• Menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk


bertangungajawab terhadap kesihatan mereka

• Meningkatkan kesedaran diakalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi


kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan
penerimaan kaedah tersebut.

• Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada dan
untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan berkesan

• Pengeluaran bahan-bahan pendidikan kesihatan. Pelbagai cara digunakan untuk


menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai kesihatan
baik dari penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit mahu pun mengenai
maklumat am dan apa-apa sahaja mengenai kesihatan.
Bahan-bahan bercetak pendidikan kesiahatan seperti risalah, poster,handbill, pelekat
dan kalendar telah dikeluarkan kepada semua unit kesihatan dibawah jagaan kesihatan
daerah Baling.

Ada juga permintaan dari lain-lain agensi seperti sekolah-sekolah ,jabatan kerajaan
orang awam dan pengendali makanan memerlukan bahan-bahan pendidikan kesihatan
diberikan secara percuma.

Untuk kakitangan kesihatan juga disediakan bahan-bahan pendidikan seperti buku


panduan ceramah, slide, dan VCD yang boleh digunakan untuk menyampaikan
maklumat kepada orang ramai
Tidak ketingggalan juga UPK negeri melalui daerah memberikan insentif sebagai
galakan kepada orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak sekolah, remaja belia
untuk menyertai kuiz kesihatan maka kita berikan berbagai bentuk hadiah-hadiah
seperti tali pengikat buku,keychain,ball pen dan sebagainya.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH


1. Peranan Pendidikan Kesihatan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
- PK > 1 proses berterusan yg membantu memudahkan pelajar mempelajari amalan positif,
memupuk sikap b/jawab pada kesihatan & mengembangkan ilmu.
2. Perubahan & keperluan individu.

PKM BNGN FIZIKAL P. MENTAL P. SOSIAL P. EMOSI


Berat badan
Pra Operasi Tinggi 
Tingkah laku yg dipamerkan secara nyata Interaksi dengan org lain.  Operasi Konkrit 
Kanak-kanak dan konflik
Kanak-kanak dan agresif
Keagresifan berkait
Membentuk hubungan dan perlakuan mesra dan empati.

3. Masalah kesihatan murid-murid.( ada 3 peringkat)


KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN (KBSR)
1. KONSEP PK DALAM PRA SEKOLAH
KESEPADUAN GABUNG JALIN INTERGRASI
Gabungan bberapa kemahiran @ pkmbngn fizikal kanak2 Tumpuan seimbang ant. Akademik,
kesihatan, social,dll. Mencantum strategi yg terbaik, menarik, sesuai & berkesan.

2. KOMPONEN PERKEMBANGAN FIZIKAL (PRA SEKOLAH)


Motor halus
Motor Kasar
Kesihatan
Keselamatan
ASPEK KESIHATAN ASPEK KESELAMATAN KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

Jaga tubuh badan


Pakaian yg sesuai
Pemakan yg sihat
Gaya hidup sihat Kenal punca kemalangan
Keselamatan diri & org lain
Tmpt2 bahaya,objek & situasi bahaya Jaga kebersihan alam
Mempelajari kebersihan melalui tunjuk cara oleh pihak yg berkenaan

PKE KBSR, ada 3 tunjang.INGAT!!!


Kesihatan diri & keluarga Gaya hidup sihat Kebersihan & keselamatan persekitaran
Kesihatan diri
Perasaan
Kekeluargaan Pemakanan
Salah guna bahan
Urus konflik, stress Keselamatan
Penyakit berjangkit
Pertolongan cemas

PENILAIAN PENDIDIKAN KESIHATAN


1. Penilaian Formatif.
Semasa P&P
Nilai program utk perbaiki P&P
Membentuk maklumat & objektif program
Pengumpulan bukti secara sistematik

2. Penilaian Sumatif.
Selepas P&P
Ujian standard
Menentukan tahap pencapaian murid

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN.


PENGENALAN.

1. ASAS SAINS – bantu kenalpasti punca dan menangani masalah kesihatan.


2. 4 ASPEK SAINS
Biologi
Sosiologi
Psikkologi
Fisiologi

BIOLOGI SOSIOLOGI PSIKOLOGI FISIOLOGI


Organisma hidup.
- gaya hidup sihat adalah keperluan asas kepada tumbesaran manusia Peranan PK dlm
masyarakat.
Sosialisi melalui PK
Perkembangan melalui PK
Jiwa yg sihat
- Rasa senang thdp dirinya
- Menghargai kepelbagaian
- Kawal marah
- Penampilan diri System tubuh badan yg mempengaruji kesihatan dan kecergasan
- system kardiovaskular
- System pembiakan

STRUKTUR & FUNGSI ANGGOTA BADAN


System Pergerakan Dan Perlindungan :-
1. Rangka
2. Otot
3. Intergumentari

SYSTEM TENAGA DAN PENGHADAMAN


Tenaga Penghadaman
Asid laktik
Aerobic Saluran Gastrointestinal
Mulut
Faring
Esofogus
Perut

Jenis deria :- cutaneous, olfactory, gustatory, visual, auditori & keseimbangan


SISTEM PEMBIAKAN
3 kelompok organ pembiakan
GONADS SALUR (DUCTS) AKSESSORI KELENJAR JANTINA
Menghasilkan gamet Mengangkut & simpan gamet Hasilkan bahan2 yg menyokong gamet

UMUR KEMATANGAN
1. Biological
2. Kronologikal
3. Social
4. Psikologikal
5. Functional

ASPEK YANG MEMBANTU PROSES KEMATANGAN UMUR


Aspek Fisiologi
1. Perubahan fisiologi yang wujud dalam tubuh badan sebagai natijah proses ketuaan

Aspek Kognitif
1. Perubahan yg wujud berkaitan kecerdasan daya ingatan dan kefahaman individu

Kamarulzaman B. Md. Saril


Penghuni Blok D,
Bilik DA 7,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Kota Bharu.
En. Hashim Bin Deraman,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Kota Bharu,
16109, Pengkalan Chepa,
Kota Bharu,
Kelantan. 16 Januari 2010.

Tuan,
Memohon Kebenaran untuk Tinggal di Luar.
Berhubung dengan perkara di atas, saya Kamarulzaman B. Md. Saril bernombor kad pengenalan
870302-30-5221 daripada PISMP Pendidikan Jasmani 1 ambilan Januari 2008 ingin memohon
kebenaran daripada pihak tuan untuk tiggal di luar.
2. Sehubungan dengan perkara di atas, saya mempunyai alasan yang kukuh untuk tinggal di luar.
Alasan yang pertama ialah saya telah mempunyai rumah sewa di luar. Rumah sewa saya ini telah
dikongsi bersama 4 lagi rakan-rakan yang lain semenjak 5 bulan yang lalu semasa semua pelajar
sibuk mencari rumah sewa berikutan notis nama-nama pelajar yang dikeluarkan daripada asrama
dikeluarkan. Berikutan takut nama saya juga tersenarai, saya telah bersetuju untuk membayar
sewa rumah tersebut. Namun apabila nama saya tidak ada di dalam senarai tersebut, saya
terpaksa mengeluarkan duit yang lebih untuk membayar sewa rumah dan juga elaun asrama saya
juga turut dipotong.
3. Namun, saya masih lagi menetap di asrama dan meneruskan bayaran rumah sewa untuk
persediaan sekiranya saya keluar asrama nanti, saya tidak akan menghadapi sebarang kesulitan
dalam mencari rumah sewa. Sekiranya pihak tuan bersetuju membenarkan saya tinggal di luar,
tuan sekaligus meringankan beban kewangan saya yang sememangnya dalam kesulitan.
4. Alasan yang kedua ialah kesemua rakan-rakan sekelas saya telah tinggal di luar. Kesemua
mereka menyewa di luar. Ini mendatangkan kesulitan kepada saya untuk melakukan tugasan
seperti tugasan kerja kursus berkumpulan, tugasan persembahan untuk tutorial secara
berkumpulan, dan sekarang ini saya menghadapi kesulitan dalam menghadapi peperiksaan
berikutan saya seorang yang suka belajar secara ’study group’ apabila tibanya musim
peperiksaan.

5. Kehidupan saya yang terpisah daripada rakan-rakan amat-amat mendatangkan kesulitan


kepada saya dalam melalui kehidupan sehari-hari sebagai seorang pelajar. Di sini saya benar-
benar memohon ihsan daripada pihak tuan dan juga pertimbangan daripada pihak tuan untuk
membenarkan saya tinggal di luar.
6. Kerjasama dan ihsan daripada pihak tuan saya didahului dengan ucapan terima kasih. Sekali
lagi saya benar-benar memohon pertimbangan yang wajar daripada pihak tuan untuk
membenarkan saya tinggal di luar.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

--------------------------
(Kamarulzaman B. Md. Saril)
PISMP Pendidikan Jasmani 1/ sem 5
Ambilan Januari 2008.
Posted by mohd nor izwan sulaiman at 7:17 AM
Labels: KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH
Cara-cara dan tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan
Jasmani

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.


Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat,
konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk
tindakan yang terarah dan sewajarnya. Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua iaitu kemahiran
berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.

Asasnya, pemikiran kritis menjadikan kita lebih terbuka dalam menerima sesuatu, di samping
cuba mempertimbangkannya semula, menganalisa secara kritis dengan mengambilkira pelbagai
sudut. Ia juga memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru.

Ilmu pemikiran kritis juga membolehkan selain menganalisa hujah (hujah yang kuat atau lemah,
teori berguna atau menyangkalnya), kita juga berupaya berhujah dengan berkesan sekali.
Hakikatnya ia mampu membuatkan kita berhujah dengan baik atau menganalisa hujah dengan
lengkap.

Pemikiran kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka dalam mengkaji sesebuah hujah ataupun
penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan ataupun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita
bahawa sesebuah penyataan itu tidak semestinya benar walaupun konteks struktur penyataannya
adalah betul.

Pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus
menolaknya secara falasi kejahilan. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani
permasalahan serta jelas dalam melihat sesuatu fenomena.

Pemikiran Kritis Dalam Pendidikan Jasmani

Pemikiran kritis dalam pendidikan jasmani bertumpu kepada tahap kefahaman dan pengetahuan
murid dalam semua topik dalam subjek tersebut. Melalui ujian seperti ini guru perlu melihat
murid-murid dari aspek kefahaman dan pengetahuan murid ketika murid sedang melaksanakan
sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterapkan dan dilatih untuk mentafsir, mengguna
dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknik-teknik yang telah diajar oleh guru. Apabila
murid mempraktikkan suatu kemahiran, kefahaman dan tahap pengetahuan sedia ada murid ini
boleh dijadikan kayu pengukur kepada komponen kognitif.
Cara-cara untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.

Pertama, penglibatan murid secara aktif dan selamat. Melalui cara ini, murid diberi ruang yang
sama rata untuk melahirkan perasaan atau pendapat mereka mengenai sesuatu tajuk dalam
pembelajaran.

Kedua, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan. Melalui cara ini, murid diberi
suatu peranan atau situasi untuk mereka selesaikan. Melalui manipulasi yang boleh dijalankan
oleh murid-murid, mereka akan secara tidak langsung akan cuba berfikir secara luar kotak bagi
menyelesaikannya.

Ketiga, penglibatan murid secara penghayatan ilmu. Ianya bermaksud murid-murid diajar untuk
memahami dan menghayati dan bukannya dengan cara terima dan hafal sahaja. Dengan cara
sebegini, murid-murid mampu mengasah fikiran mereka bagi mengaplikasikan pengetahuan
yang mereka ada dengan situasi yang dihadapi.

Keempat, interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat. Interaksi murid-murid dengan orang
yang lebih dewasa mampu membuka minda murid dalam memahami sesuatu situasi. Peranan
guru amat penting dalam memastikan murid-murid mendapat layanan yang mampu mencorak
fikiran mereka.

Tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.

Pertama, dapat memahami kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kehidupan murid. Kedua,
supaya murid dapat mengaplikasikan cara hidup yang sihat melalui pemahamam yang mendalam
tentang kesihatan. Ketiga, agar murid tidak memandang Pendidikan Jasmani sebagai satu subjek
yang membosankan. Keempat, menjadi medan untuk murid melahirkan pertanyaan mengenai
kesihatan yang begitu dekat dengan diri mereka.
Penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani

Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dilihat dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
yang pertama, penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran yang ada di dalam satu
matapelajaran itu. Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa
matapelajaran yang lain.

Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah satu
inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif
bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan murid.

Terdapat tiga jenis penggabungjalinan. Pertama, Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu
mata pelajaran. Kedua, penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain. Ketiga,
menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.

Contoh Penggabungjalinan

Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran.

Contoh permainan - bola sepak. Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang
didedahkan kepada murid seperti menghantar, menggelecek, menjaring, menendangr dan
sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu-satu sesi
pengajarannya, contohnya menggabungkan kemahiran menggelecek dan menendang. Dalam
lakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola dalam jarak yang ditetapkan sebelum membuat
tendangan dengan teknik yang betul. Di sini, kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan
dalam pendidikan jasmani.

Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.

Contoh aktiviti – regangan. Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan kemahiran membilang
dan mengira yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu meminta murid-
murid membuat pergerakan regangan sambil mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan.
Melalui aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan memori mereka
terhadap angka.

Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.

Contoh aktiviti – senamtari (senamrobik). Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang
dan muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza rentak dan kemudian meminta murid-
murid melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu. Ketika murid melakukan pergerakan,
mereka juga dikehendaki untuk membilang beramai-ramai sehingga nombor lapan supaya
pergerakan mereka menjadi seragam, kemas dan teratur. Pengajaran yang dijalankan akan
menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan guru untuk
member penerangan yang jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah.

Pendidikan jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. Hal ini
demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang
lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya
mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat dinafikan lagi.
Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan jasmani membantu
membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain
itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang
individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga
dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan
tempat beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu
murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang
kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan
kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat
dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih
baik dan sihat.

You might also like