Professional Documents
Culture Documents
diucapkan kepada Ustazah Afifah bt. Abu Bakar selaku pensyarah bagi matapelajaran
Pengajian Agama Islam kerana memberi sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang amat
berguna.Terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu
kami memberi bahan-bahan rujukan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Semoga segala usaha ini akan meningkatkan penguasaan ilmu dan penghayatan serta
1
PENGENALAN
Setiap guru, khususnya guru Pendidikan Islam perlu meghayati etika keguruan
Islam. Ini kerana etika tersebut dapat mengikat diri dalam usaha memberi komitmen
terhadap tugas yang wajib dilaksanakan.
Guru Pendidikan Islam yang unggul ialah guru yang perlulah mempunyai ciri-ciri
yang positif . Guru sepatutnya sedar mereka adalah mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib
mursyid dan da`i dalam usaha mendidik generasi masa kini. Guru yang mempunyai
keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid-
muridnya. Meskipun kini terdapat pelbagai bentuk pembelajaran seperti pembelajaran
jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia serta mempunyai pengaruhnya
yang besar, namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam
pembentukan sahsiah murid. Alat teknologi moden/pasca moden walau bagaimana
canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap
diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu
banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan
berkesan dalam pengajaran mereka untuk memastikan objektif pada hari tersebut
tercapai .
PENGERTIAN ETIKA
Menurut Kamus Dewan (1995) bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan. Manurut Kamus Oxford (1994) pula ia bermaksud prinsip
moralatau set prinsip moral. Dari persepktif Islam pula , etika merujuk kepada tingkah
laku betul berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketakwaan kepada Allah.
Etika boleh dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah. Etika
bergerak selari dengan akauntabiliti/tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan.
Akauntabiliti setiap pegawai dan kakitangan kerajaan ialah untuk mengikuti dan patuh
kepada arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
2
ETIKA KEGURUAN ISLAM
Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pencipta
(Allah), terhadap diri, terhadap ilmu, terhadap profesion, terhadap masyarakat dan
negara, terhadap murid, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa pelajar serta
masyarakat dan negara.
Tergolong dalam kelompok guru pendidikan Islam (Guru Agama /Ustaz) yang
mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru pendidikan Islam yang mengamalkan
etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara
khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru muslim khususnya
guru pendidikan Islam yang baik personaliti mereka.
Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya,
telah merumuskan Etika Kerguruan Islam sebagaimana berikut:
ii. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah
menjadi amalan harian.
iii. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap
kepada Allah.
vi. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa
kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke
hadratNya.
3
b) Tanggungjawab Terhadap Diri
ii. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
iii. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta
ditingkatkan dari segenap aspek.
i. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
ii. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.
4
iv. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
v. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.
ix. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha
membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang
diterima oleh masyarakat.
xi. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-
status lain.
xiv. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa
yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
5
xii. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
xiii. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.
xiv. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
xv. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang
baik terhadap pelajar.
xvi. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa
waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang
disahkan.
xvii. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
xviii. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.
xix. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
xxi. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.
xxii. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
xxiii. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang
baik terhadap pelajar.
6
xxiv. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
xxv. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.
xxvi. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
xxvii. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang
baik terhadap pelajar.
xxviii. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa
waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang
disahkan.
xxix. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
xxxi. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa
para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas
profesionnya.
iii. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
iv. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau
dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang
bayaran.
ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.
8
g) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
ii. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua
dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.
iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai
keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
9
v. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
Apabila menceburi diri bidang perguruan dan pendidikan, guru perlu sedar dan
mengenal dirinya sebenar. Dalam bahasa Arab, guru boleh diterjemahkan dengan
berbagai istilah, seperti mu’allim, muaddib, mudarris, murabbi, mursyid, da`ie dan
sebagainya yang menunjukkan kepelbagaian peranan seorang guru yang BAIK. Berikut
dijelaskan secara ringkas maksud kepelbagaian peranan seorang guru Pendidikan Islam
yang baik itu :
Mu'allim adalah kata nama pelaku (Isim Fa’il) yang muncul dari kata
terbitan/masdar ta'lim (pengajaran yang benar). Mu`allim ialah guru yang mengajar
ilmu yang benar. Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah
mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar:
10
Maksudnya: “Dan Dia (ALLAH) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu golongan yang benar.”
Didalam sistem pendidikan sedia ada, para guru perlu memperkemaskan lagi
peranan mereka dalam memberi ilmu kepada murid. Ini kerana, ilmu ini akan dijadikan
panduan oleh murid dan juga perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur
kehaiwanan yang secara semulajadi ada dalam diri manusia (termasuk murid) dan juga
meningkatkan akhlak mereka. Mengenai perkara ini, Saedah Siraj (2001) mengatakan
bahawa seorang individu yang tahu menggunakan dengan baik dan betul unsur-unsur
kemanusiaannya akan dapat mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang ada dalam
dirinya, maka ia akan menjadi manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia.
Sebaliknya, tambah beliau, jika seseorang itu tunduk kepada seluruh unsur haiwan
yangada di dalam dirinya, maka perbuatan, kelakukan, pemikiran serta rohnya juga
adalah sama tarafnya dengan haiwan.
i) Ilmu Bidang: ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang
ber kenaan dan it ulah ilm u yang kit a ajar kan kepada or ang
lain. Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agama lah bidang
kita. Justeru guru agama mesti dalam pengetahuannya tentang agama
serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Jika guru sains,
11
maka pengetahuan sainsnya mesti baik. Demikianlah dengan pelajaran
lain. Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia tidak dapat
menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak
dapat menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid kepadanya.
iii) Ilmu Alat pula bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas
dengan lebih sempurna. Ini juga berdasarkan kepada bidang masing-
masing. Kerani misalnya memerlukan kemahiran menaip, simpan kira
dan lain-lain. Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran,
iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran,
perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain.
12
ilmu pengetahuan; sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan
minat murid serta menanam minat dan penghayatan terhadap agama; cintakan agama;
mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di dalam dan di luar sekolah; sentiasa memelihara
dan meningkatkan kecekapan ikhtisas dalam bidang perguruan sama ada melalui
pengkajian, menghadiri kursus, mesyuarat, persidangan, seminar dan lawatan (Ahmad
Mohd Salleh, 1997).
13
Abdullah Nasih 'Ulwan (2002) mengatakan guru-guru dalam kategori ta'dib perlu
sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teIadan murid, Oleh
kerana itu, menurut Abdul Raof Dalip (1985, 1993) , guru-guru tersebut perIu:
i. Menanam dalam dirinya dan juga muridnya rasa cinta dan taat kepada
Allah;
ii. Menanamkan kepercayaan yang benar di dalam jiwa murid;
iii. Mendedahkan dan memahamkan murid mengenai jenis-jenis ibadah
yang wajib dilaksanakan; dan
Menurut Husain Mazhahiri (1993), Ibrahim Amini (1997) dan Abdullah Nasih
'Ulwan (2002), sebagai mua'ddib, guru wajib memiliki sejumlah sifat-sifat terpuji; dan
sifat terpuji yang paling utama adaIah zuhud dalam proses mendidik - bukan kerana
inginkan balasan kebendaan (wang, pangkat) dan penghormatan masyarakat tetapi
semata-mata bertujuan untuk mendapat keredaan Allah.
Bagaimana pun, Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini 2001) mengatakan
dalam soal menerima balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji) dalam proses mendidik
murid, tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha mereka.
Apa yang perlu difahami di sini ialah kemuncak matlamat kerja yang dilakukan
seharusnya tidak diukur berdasarkan kepada pencapaian kebendaan (berapa tinggi
ganjaran yang diterima) kerana ini akan membahayakan peningkatan diri dari aspek
spiritual, kemuliaan individu yang berilmu di sisi Allah akan tercemar apabila mereka
mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan (ganjaran-
upah-gaji). Ini kerana menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah merupakan
tugas dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh individu-individu yang berilmu;
dan bukan hanya dengan diberi ganjaran barulah mereka mahu melaksanakan tugas
dan tanggungjawab mereka. Individu-individu tertentu yang dekat dengan Allah seperti
nabi dan rasul tidak pernah, walaupun sekali, mengharapkan sebarang balasan
kebendaan apabila menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah. Dari aspek
kualiti pengajaran pula, kualiti pengajaran guru-guru (yang mengajar sesuatu ilmu
bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan-ganjaran-upah-gaji) akan menurun
apabila mereka tidak menerima ganjaran tinggi yang mereka harapkan.
14
Selain dari itu, ini juga akan membahayakan pencapaian murid kerana; kualiti
pembelajaran menurun apabila kualiti pengajaran guru menurun; dan kualiti spiritual
murid di sisi Allah terjejas apabila kemuliaan guru-guru mereka tercemar di sisi Allah.
Menurut Husain Mazhahiri (l993) dan Ibrahim Amini (2001) sifat-sifat terpuji
mua'ddib yang lain adalah; Pembersihan atau penyucian diri - para pendidik perlu
membersihkan jiwa mereka dari segala bentuk kekotoran (dosa) seperti riak, hasad,
'ujub dan pemarah, selain para guru perlu memiliki kebersihan lahiriah (antaranya
makan makanan yang suci dan bersih; menjaga kebersihan diri; memakai pakaian yang
bersih) dan berperibadi mulia.
Guru Pendidikan Islam perlu menjadikan diri mereka sebagai sumber teladan
utama kepada para murid kerana selain berperanan sebagai mu'allim, murabbi dan
mua'ddib, para guru pendidikan Islam adalah individu-individu yang sangat berpengaruh
dalam pembentukan akhlak murid (Abdul Raof Dalip, 1993).
15
Guru sebagai Murabbi
Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002) mengatakan tarbiyyah adalah mencurahkan kasih
sayang, memelihara, mendidik, mengembangkan, menyuburkan dan membesarkan.
Bagi Ahmad Mohd Salleh (1997) pula, antara ciri-ciri guru murabbi adalah:
iii. Merahsiakan maklumat sulit murid kecuali kepada yang berhak; dan
iv. Bersedia membimbing murid serta menunjukkan cara berpakaian,
pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada murid.
16
Mursyid dari perkataan [arsyada]. Mursyid adalah kata pelaku (isim fa`el). Ini
sinonim dengan perkataan [ahda] yang bermaksud memberi petunjuk. Dengan itu,
perkataan mursyid bererti orang yang memberi petunjuk . Ini juga menunjukkan peranan
seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang menunjukkan
hidayah (petunjuk) kepada murid adalah bertepatan dengan tujuan profesion keguruan
Pendidikan Islam itu sendiri.
Abdul Halim Muhammad (2003) mengaitkan antara Giri-Giri mursyid dengan peri
bahasa "melentur buluh biarlah dari rebung" dan hadis Rasulullah saw yang
menyarankan supaya mendidik anak mengerjakan solat seawal usia tujuh tahun. Nasih
'Ulwan (1989) memetik ayat Al-Qur'an yang ada kaitannya dengan sifat-sifat mursyid
guru Pendidikan Islam antaranya:
Maksudnya: Dan (Dia berkata): "Hai kaumku, Aku tiada meminta harta benda kepada
kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali
tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan
bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak
mengetahui". (Surah Hud:29)
Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama
bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi
seorang penasihat yang ikhlas.
17
Da`ie : bermakna orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan. Ini maknanya
guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi juga mengajar dan mengajak
muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Dengan itu guru haruslah
terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan dan menjauhi diri daripada segala
bentuk kemungkaran yang boleh menjatuhkan martabatnya. Dengan erti kata lain guru
perlu berusaha membentuk diri sebagai contoh terbaik kepada anak muridnya. Hal ini
akan lebih memudahkan proses pemebentukan sahsiah murid.
Maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. contoh teladan yang
baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang men gharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
0leh kerana itu, tidak kira sama ada guru berperanan sebagai mu 'allim, murabbi,
mua'ddib mahupun da 'i, tidak boleh tidak, sepertimana yang disepakati juga oleh pakar -
pakar pendidikan, mereka perlu menyediakan diri sebagai qudwah hasanah (model
terbaik) kepada murid kerana sifat tersebut adalah salah satu daripada sunnah Rasul
dengan Rasulullah saw sebagai modelnya yang terbaik.
RUMUSAN
18
“Etika Keguruan Islam” dan “Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia” adalah
saling berkait. Kalau kedua-duanya dipatuhi dan diamalkan akan membantu
keberkesanan pangajaran guru. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan
mencapai puncak matlamat yang digariskan.
Meskipun ciri dan sahsiah guru yang baik telah dicapai namun itu tidak pula
bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya berkesan. Pengajaran guru sama ada
berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan degan proses
pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini
bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin
serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah.
Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru
yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan
sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa
kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi
yang baik.
BIBLIOGRAFI
19
Abdul Raof Dalip (1985), November 17 - Disember 13). Peranan guru agama dalam
pendidikan. Kursus ikhtisas guru-guru Agama Islam Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Abdul Raof Dalip (1993). Teknik pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama
Islam di sekolah menengah. DIm. Ismail Abd. Rahman (Ed), Pendidikan Islam Malaysia.
Bangi, Selangor: Penerbit UKM.
Ahmad Mohd. Salleh (1997) Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.
Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd.Salleh, 1997 Kuala Lumpur: Pendidikan Islam, Asas Dinamika Guru.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti,
Hasan Langgulung (1991). Pendidikan Islam menghadapi abad ke 21. Shah Alam: Hizbi
Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma.
Kuala Lumpur: Pustaka Aman.
20