You are on page 1of 19

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

Tajuk: Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Melati, Gombak, Kuala Lumpur.

Nama: Shah Al-Hadi bin Shahrim

No. I.C: 960813-10-6039

Nama Guru: Puan Masitah binti Salamat.


SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif kajian
4 Kawasan kajian
5 Kaedah kajian
6 Dapatan kajian
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
PENGHARGAAN

Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi yang telah memberi nikmat kurnia dan
akhirnya dapat saya menyiapkan folio geografi ini.Sekalung penghargaan bagi Tuan
Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR), Tuan
Haji Rafiei bin Mustapha yang telah membenarkan saya dan rakan-rakan
menjalankan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga buat guru mata pelajaran geografi saya iaitu Cikgu
Masitah binti Salamat yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.Jutaan
terima kasih juga buat kedua ibu bapa saya, En. Shahrim bin Abdul Karim dan
Pn.Yahani binti Ishak yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada saya
sepanjang melakukan kajian ini serta membantu dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya, Muhammad Azim bin Omar dan Nur
Aleah Jehan binti Abdullah yang telah mendorong saya untuk menyiapkan folio
geografi ini.

Sekian, terima kasih.


PENDAHULUAN

Tajuk bagi kajian ini ialah pencemaran alam sekitar di Taman Melati,Gombak,Kuala
Lumpur. Saya Shah Al-Hadi bin Shahrim membuat keputusan untuk memilih
kawasan ini adalah kerana ianya berdekatan dengan tempat tinggal saya serta mempunyai
beberapa pencemaran yang berlaku di sekitarnya. Tajuk yang saya pilih ini juga
memenuhi dan menepati tema Kajian Geografi Tempatan. Selain itu,tempoh masa
bagi melakukan kajian ialah kira-kira 1 bulan ataupun 30 hari untuk memudahkan saya
mendapatkan informasi bagi menyiapkan kajian ini.
OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah:-

1)Mengetahui konsep pencemaran alam sekitar.

2)Menyenaraikan jenis-jenis pencemaran di Taman Melati,Gombak,Kuala Lumpur.

3)Mengenalpasti punca pencemaran alam sekitar.

4)Menyatakan kesan pencemaran alam sekitar.

5)Mengemukakan cadangan bagi mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

6)Menyatakan penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.


KAWASAN KAJIAN

Nama kawasan kajian saya ialah Taman Melati yang terletak di Gombak,Kuala
Lumpur.Sejarah kawasan ini ialah apabila dikatakan sebahagian besar penduduk asli di
situ ialah orang sumatera.Penjelasan lain bagi nama ‘Gombak’ ialah apabila itu
merupakan nama yang diberikan untuk seberkas rambut di kepala anak-anak yang
dipotong dan dibiarkan terapung di sungai.Hal ini diyakini bahawa nama Sungai Gombak
datang daripada amalan ini,umum dalam kalangan orang melayu.Selain itu,terdapat
beberapa pandang darat fizikal di sana seperti tanah pamah serta beberapa kawasan hutan
yang belum diteroka.Jarak kawasan kajian dari bandar atau pekan terdekat iaitu selayang
ialah kira-kira 30 kilometer.Pelbagai kemudahan yang terdapat di sekitar kawasan kajian
seperti balai polis,masjid dan sekolah kebangsaan yang menyenangkan penduduk di
kawasan tersebut.
PETA

i)Peta Daerah: Gombak

Peta Daerah Gombak, Kuala Lumpur.

PETUNJUK

TAMAN MELATI

TAJUK:PETA DAERAH GOMBAK


ii)Peta kawasan kajian: Taman Melati.
KAEDAH KAJIAN

1)PEMERHATIAN
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini untuk memerhatikan
punca pencemaran yang berlaku di sekitar kawasan kajian.Saya telah memerhatikan
palbagai aktiviti harian penduduk di kawasan tersebut yang telah mengakibatkan
pencemaran-pencemaran berlaku.

2)RUJUKAN
Saya juga menggunakan sumber rujukan iaitu sumber internet yang memudahkan saya
untuk mencari pencemaran-pencemaran yang berlaku di tempat kajian yang telah saya
pilih.Saya juga turut menggunakan sumber perpustakaan untuk mendapatkan informasi
berguna tentang pencemaran.
DAPATAN KAJIAN

8.1) Konsep Pencemaran Alam Sekitar.

Pencemaran alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau


bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia ke alam persekitaran dan menyebabkan
terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Ia juga bermaksud sebarang
perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung pada sifat-sifat
fizik,kimia,biologi atau arus sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling.Sebagai
contoh,pembuangan yang dilakukan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan
berfaedah,menimbulkan sesuatu keadaan yang berbahaya kepada
kesihatan,keselamatan,atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain seperti
tumbuhan dan haiwan.
8.2) Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

Di kawasan kajian yang telah saya pilih,terdapat beberapa pencemaran yang telah berlaku
dan yang pertamanya ialah pencemaran bunyi.Ini dapat dilihat apabila kawasan kajian ini
terletak berhampiran jalan raya yang agak sibuk dan kenderaan yang lalu-lalang
menyebabkan pencemaran bunyi terutamanya apabila tamat waktu bekerja.

Seterusnya merupakan pencemaran bau yang datang daripada tempat pengumpulan


sampah di belakang setiap blok perumahan di kawasan kajian.Pencemaran ini amat teruk
sekali sehinggakan bau busuk yang dihadapi dapat dihidu sampai ke tingkat paling atas
blok tersebut.

Akhir sekali merupakan pencemaran udara yang banyak berlaku di kawasan kajian yang
telah saya pilih ini.Ini berlaku hasil daripada pembakaran sampah yang berlaku pada
setiap petang oleh penduduk kawasan tersebut.
8.3) Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian.

1)KENDERAAN

Pencemaran bunyi dan udara banyak berpunca daripada kenderaan. Terdapat sebuah jalan
raya yang sibuk berdekatan dengan kawasan kajian. Kenderaan-kenderaan yang lalu-
lalang banyak mengeluarkan asap-asap tebal serta bunyi yang bising.

2)PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran terbuka juga kerap dilakukan di kawasan kajian ini.Penduduk kawasan


tersebut sering kali membuat pembakaran tersebut di sebuah padang berdekatan secara
terbuka dengan tujuan ingin menghalau nyamuk.

3)RACUN SERANGGA

Seringkali di kawasan kajian saya ini penduduknya mengalami demam denggi dan
kawasan tersebut terpaksa di sembur dengan racun serangga hingga menyebabkan
munculnya asap yang tebal dan berbahaya untuk kesihatan.

4)SAMPAH SARAP

Sampah sarap juga memberi kesan dalam pencemaran bau kerana tidak diangkat
mengikut jadual dan sering bertaburan di atas jalan. Ia juga menyebabkan bau yang amat
kuat hingga mengganggu keselesaan penduduk.
8.4) Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian.

1)JEREBU

Kesan daripada pembakaran terbuka serta asap-asap yang dihasilkan daripada kereta ialah
jerebu.Jerebu yang teruk akan berlaku jika perkara ini tidak dikurangkan dari sekarang.
Jerebu juga menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti sakit mata.

2)PENYAKIT

Kesan daripada pencemaran-pencemaran di kawasan kajian mengakibatkan penyakit


berbahaya seperti demam denggi hasil daripada sampah-sarap yang bertaburan dan
menyebabkan air bertakung.

3)SUHU MENINGKAT

Suhu di kawasan tersebut meningkat hasil daripada pertambahan haba akibat


pembakaran serta asap yang tebal.Ini menyebabkan kawasan tersebut kadangkala menjadi
terlalu panas dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk.

4)UDARA TERCEMAR

Udara di sekeliling kawasan kajian tercemar hasil daripada pencemaran dan


mengakibatkan penyakit asma kepada penduduk sekeliling. Selain itu,udara yang
tercemar tidak elok untuk system pernafasan dan meyebabkan pelbagai penyakit yang
serius.

5)BAU BUSUK

Sampah-sampah yang tidak diangkat mengikut jadual mengakibatkan bau busuk yang
boleh menggangu keharmonian hidup di kawasan tersebut. Bau busuk tersebut dapat
dihidu bersama bau haiwan perosak yang lain seperti tikus.
8.5) Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di
Kawasan Kajian.

1)KUATKUASA UNDANG-UNDANG

Pihak berkuasa perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan pencemaran


alam sekitar dapat dikurangkan atau dihentikan secepat mungkin.Mereka perlu segera
membuat undang-undang berkaitan penjagaan alam sekitar agar ianya dapat dikekalkan
sehingga ke generasi akan datang.Undang-undang tersebut mestilah dipatuhi oleh semua
rakyat Malaysia tanpa sebarang bantahan kerana kita sendiri yang menginginkan alam
sekitar yang selesa dan harmoni.Tindakan yang tegas harus diambil bagi sesiapa yang
melanggar undang-undang tersebut.

2)KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR

Kempen-kempen seperti “Kempen Cintai Alam Sekitar” memang wajar dilakukan untuk
memastikan alam sekitar kita bersih.Sejak kebelakangan ini,banyak kempen seperti ini
telah dijalankan namun tidak berhasil.Olehitu,rakyat perlu bersatu padu untuk
menjalankan kempen ini agar objektif kempen ini dapat dicapai.

3)PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan
Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi.
Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar
dan Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula
disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang
penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi
kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. 
4)PETROL TANPA PLUMBUM

Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan
minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk
mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan
masyarakat umum, terutamanya penghuni kota. Mencari alternatif selain daripada minyak
juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua
bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana. Kajian yang
telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi kandungan
oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan boleh mengurangkan sehingga 90%
pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga meningkat
daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan
pembakar.
BIL JENIS PENCEMARAN PERATUS

1 PENCEMARAN UDARA 30%


2 PENCEMARAN AIR 30%
3 PENCEMARAN BAU 10%
4 PENCEMARAN BUNYI 20%
5 PENCEMARAN TANIH 10%

BAHAN GRAFIK

i)Jadual

ii)Carta Pai

jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

10%
10% 30%
udara
air
bunyi
bau
tanih 20%

30%
RUMUSAN

Hasil daripada kajian ini, dapatlah saya rumuskan bahawa pencemaran alam sekitar
amat berbahaya pada kita. Pencemaran terbahagi kepada lima iaitu pencemaran udara,
pencemaran air, pencemaran tanih, pencemaran bunyi dan pencemaran bau.

Kesemua pencemaran ini akan mengakibatkan kemusnahan yang teruk kepada


bumi kita jika tidak dibendung dari sekarang. Kita hendaklah sentiasa menjaga alam
sekitar kita daripada sebarang pencemaran.Kita sebagai penduduk negara berbilang
bangsa ini hendaklah sentiasa bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan
kebersihan kawasan di sekeliling kita. Tidak perlulah kita terlalu berharap akan
bantuan kerajaan sedangkan kita boleh berusaha menjaga kebersihan dan
keharmonian di kawasan tersebut. Melalui hubungan baik antara penduduk
setempat juga dapat menjalinkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.Tetapi
sebaliknya akan berlaku jika kita mengabaikan kebersihan kawasan tersebut.Pelbagai
kesan buruk akan berlaku hasil daripada sikap endah tidak endah penduduk di
sesuatu kawasan seperti penyebaran penyakit berbahaya seperti demam denggi.

Oleh itu, kita perlulah sama-sama mencegah perkara ini daripada berlaku dengan
mengambil langkah awal.Bak kata pepatah ”Mencegah lebih baik daripada
mengubati”.
LAMPIRAN
i)gambar/foto

PEMBAKARAN SAMPAH YANG DILAKUKAN OLEH PENDUDUK

ASAP DARIPADA KENDERAAN DI JALAN RAYA

SAMPAH YANG TIDAK DIANGKAT DENGAN BETUL


RUJUKAN

You might also like