You are on page 1of 14

FOLIO

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH


(PBSM)

NAMA PENUH
AM BASHEERAH BINTI ALIAS

NO KP
950804-03-6156

NAMA PENASIHAT
Puan Rohaida
PALANG MERAH

Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit


Merah Antarabangsa adalah sebuah gerakan
kemanusian untuk menyelamatkan nyawa
dan kesihatan manusia.

Walaupun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi


persendirian. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948
sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak.

Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang
Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
SIR HENRY DUNANT

Jean Henry Dunant, terkenal sebagai bapa Palang Merah.


Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828, di Geneva, Switzerland.
Beliau merupakan anak kepada seorang peniaga yang berjaya
dan ibunya adalah seorang yang penyayang dan patuh pada
agama.

Beliau telah mendapat pendidikan yang baik sehinggalah beliau telah meningkat
dewasa. Beliau juga telah menikmati segala kesenangan sehingga dewasa, hasil
daripada kedudukan social dan ekonomi keluarganya. Pada usia yang masih muda lagi,
beliau telah mula patuh kepada ajaran agama dan mempunyai akhlak yang tinggi.

Sejak awal usianya lagi, beliau telah terlibat dengan aktif dalam pelbagai
pergerakan dengan membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti amal dan agama. Beliau juga
bergerak aktif dalam pergerakan yang menyatukan orang-orang Kristian dan Yahudi.
Beliau juga menjadi ahli sebuah organisasi yang dikenali sebagai “League of Aims” di
Geneva. Persatuan tersebut bertujuan untuk memberi keselesaan rohani dan jasmani
serta membantu penduduk-penduduk yang miskin, sakit dan juga mereka yang serba
kekurangan. Beliau juga sering melawat penjara-penjara untuk berusaha membantu
menukarkan sikap dan perangai para banduan.

Ketika usianya mencecah 30 tahun., minat Dunant adalah lebih tertumpu kepada
sekumpulan organisasi di Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan nama
“Young Men’s Christian Association” (YMCA). Pada awal tahun 1853, satu pergerakan
untuk menyekutukan beberapa kumpulan di Eropah menjadi sebuah organisasi, telah
dimulakan. Dunant menentang rancangan tersebut dan mencadangkan sebuah
gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak hanya terhad
di Eropah sahaja. Hasil daripada desakan beliau, satu persidangan YMCA sedunia
telah diadakan di Paris pada tahun 1855.

Walaupun tumpuan beliau lebih banyak kepada aktiviti-aktiviti persatuan, namun


beliau tidak hanya mengehadkan aktivitinya kepada bidang tersebut sahaja. Beliau juga
menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pada tahun 1849, beliau bekerja sebagai
perantis dalam sebuah bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan bank. Hasil dari
ketekunannya semasa bekerja, beliau telah diberi satu jawatan sementara sebagai
pengurus besar di sebuah cawangan bank tersebut di Algeria, yang dikenali sebagai
“Colonies Suisses de Setif”. Kemudian, beliau telah berhenti bekerja dengan bank
tersebut dan memulakan perniagaannya sendiri.

Sekitar tahun 1863 dan 1864, kerjayanya semakin meningkat ke kemuncak


kegemilangannya dan selepas itu mula menurun. Orang ramai memberi sokongan,
sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dan persidangan-persidangan telah diadakan.
Tetapi, dalam transformasi impiannya kepada realiti, Dunant mula menyepikan diri dan
tempatnya telah diambil alih oleh orang-orang yang lebih praktik. Tahun 1865 dan 1866
merupakan penyertaan Dunant yang merosot dalam pergerakan yang beliau sendiri
cetuskan melalui saranannya.

Tahun 1865 dan 1866 merupakan penyertaan Dunant yang merosot dalam
pergerakan yang beliau sendiri cetuskan melalui saranannya. Tahun 1867 merupakan
tahun yang malang bagi Dunant kerana urusan perniagaan yang diabaikannya sebelum
ini, menghadapi kemerosotan. Akhirnya, beliau terpaksa menyerahkan segala hartanya
untuk melangsaikan hutnag-hutangnya. Tidak lama kemudian, beliau telah
meninggalkan Geneva buat selama-lamanya ketika beliau berusia 39 tahun. 20 tahun
berikutnya, Dunant menghadapi hidup yang lebih malang kerana beliau terpaksa
bergantung hidup kepada belas kasihan sahabat-sahabatnya dan elaun yang kecil
dari keluarganya.. Namun, kadang-kala beliau akan menghadirkan diri di kalangan
orang ramai di Perancis, German, Itali dan England untuk diberi penghormatan atas
sumbangannya terhadap penubuhan Palang Merah atau bersabit dengan projek-projek
lain yang ada kaitan dengannya. Pada tahun 1887, beliau tinggal di Hidden,
Switzerland.

Kemudian, pada tahun 1897, kerana gangguan kesihatan dan keadaan usianya
yang semakin lanjut, beliau telah dimasukkan ke hospital tempatan dan di situlah beliau
tinggal selama 18 tahun.

Walau bagaimanapun, jasa beliau masih dihargai oleh orang ramai. Pada tahun
1895, seorang wartawan muda dalam ekspidisinya di pergunungan berdekatan Hidden,
telah mendapat berita mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara beliau.
Bermula saat itu, dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun tinggal
dalam keadaan daif serta serba kekurangan. Tawaran untuk membantu beliau semakin
mencurah-curah.

Kemudian, pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan beliau


dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama, yang dikongsi bersama
dengan Frederic Passy, seorang warganegara Perancis.

Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir di Hidden.
KENANGAN SOLFERINO

Dalam suatu perjalanannya untuk menguruskan perniagaannya di Itali, Dunant


telah sampai Castiglione delle Pieve pada Jun 1859, iaitu pada tarikh yang sama tatkala
meletusnya Pertempuran Solferino. Apabila didapatinya bahawa bandar kecil tersebut
dipenuhi dengan mangsa-mangsa kematian dan kecederaan serta perkhidmatan
tentera yang ada tidak mencukupi, beliau cuba untuk membantu mereka yang sakit dan
cedera dengan sedaya upaya. Pengalaman tersebut telah menukarkan tujuan hidupnya
kerana bermula pada hari itu, beliau telah mengenepikan minatnya dalam aktiviti-altiviti
perniagaan dan menumpukan pemikirannya untuk mencari jalan bagaimana untuk
penderitaan boleh dielakkan atau sekurang-kurangnya diringankan dalam peperangan
yang akan datang.

Kejayaan kerjaya beliau bermula selepas penerbitan bukunya iaitu “Kenangan di


Solferino” pada bullan November 1862. Saranan beliau supaya persatuan-persatuan
yang mengandungi sukarelawan-sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua
Negara untuk menolong menjaga anggota-anggota tentera yang cedera dalam
peperangan, telah mendapat sambutan orang ramai yang luar biasa. Tambahan pula,
konsep beliau iaitu konsep triti antarabangsa di antara negara untuk menentukan
penjagaan orang-orang sakit, telah menarik minat ramai.

Beliau telah mengembara ke beberapa buah ibu kota di Eropah selepas itu.
Buku yang menceritakan pengalamannya di Solferino telah dicetak dan dihadiahkan
kepada semua ketua-ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya
yang baik, buku tersebut telah berjaya menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah.
Kehadiran beliau telah disambut baik dan beliau berkesempatan berbincang dan
berbicara dengan ramai orang yang berpengaruh. Raja-raja dan orang ramai
menghormati beliau ketika beliau menerangkan saranan dan cadangannya walaupun
masih ada segelintir daripada mereka yang masih kurang pasti akan pendapatnya itu.
Dalam buku tersebut, beliau telah mencadangkan:

Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu


tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa
peperangan

Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari


mana-mana pasukan hendaklah dibantu .
JAWATANKUASA BERLIMA

Dunant mendapati bahawa Geneva merupakan tempat yang sesuai untuk


memulakan kegiatan kemanusiaan. The Societe Genevoise d’Utilite Publigue yang
dipengerusikan oleh Gustave Moynier, seorang peguam muda, telah menunjukkan
minatnya terhadap saranan yang dikemukakan oleh Dunant. Bersama-sama Dunant,
Guillaume-Henri Dufour, Louis Appia dan Theodore Mounier, Gustave Moynier dengan
tidak berlengah lagi mula menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu
mereka yang tercedera.

Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa


Palang Merah (International Committee of the fed Cross – ICRC). Delegasi tidak
rasmi daripada 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva daripada 26 hingga 29
Oktober 1863 dan bersetuju meluluskan Resolusi jawatankuasa Geneva. Negara-
negara tersebut bersetuju untuk mewujudkan pertubuhan-pertubuhan persendirian yang
berkenaan di negara masing-masing bagi membantu keberkecualian bagi mereka yang
tercedera dan juga yang merawat serta menjaga mereka, telah dimaktubkan dalam
suratcara diplomatik. Pekerja-pekerja bantuan dan alat-alat perubatan mereka akan
dilindungi oleh sebuah lambang khas, iaitu Palang Merah yang berlatarbelakangkan
warna putih.

Tidak lama kemudian, lambang tersebut telah muncul di medan pertempuran.


Dalam bulan Februari 1864, peperangan meletus di antara Prussia dan Denmark.
Jawatankuasa tersebut telah menghantar Dr. Louis Appia untuk bertugas dengan
tentera Rusia. Palang Merah pada kain pergelangan lengannya telah membantu
pergerakannya di medan perang. Walau bagaimanapun, pertubuhan-pertubuhan yang
telah ditubuhkan di beberapa buah negara hasil daripada persidangan tahun 1863,
terutama di Negara Jerman, telah menghadapi masalah di medan perang kerana tugas-
tugas mereka memerlukan pengiktirafan secara rasmi. Ini hanya dapat dilakukan
dengan mengadakan satu persidangan yang dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negara
yang diberi kuasa untuk melibatkan diri bagi pihak negara masing-masing.

KONVENSYEN GENEVA PERTAMA

Pada bulan Ogos 1864, kerajaan Switzerland telah mengadakan satu


“Persidangan Diplomatik” di Geneva atas desakan Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah. Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil-wakil daripada 12 buah negara.
Konvensyen Geneva telah ditandatangani pada 22 Ogos 1864 oleh wakil-wakil 12 buah
negara dan Negara-negara lain kemudiannya, bagi memperbaiki keadaan tentera yang
cedera di medan pertempuran.

Kewujudan Konvensyen Geneva yang pertama itu telah membuka satu


lembaran penting dalam sejarah manusia. Sebelum itu, peperangan dan Undang-
undang dianggap sesuatu yang tidak dapat diselaraskan. Konvensyen tersebut juga
telah menunjukkan bahawa undang-undang boleh dikuatkuasakan walaupun dalam
masa perang dan mengenakan peraturan-peraturan kemanusiaan tertentu kepada
anggota-anggota kombat.

Melalui persidangan tersebut juga, satu rancangan yang istimewa telah


disyorkan untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera,
hospital tentera dan anggota-anggota perubatan. Syor-syor ini telah diterima pakai
dalam Konvensyen Geneva. Konvensyen tersebut mengandungi 10 artikel dan
mengenalkan “Keberkecualian”. Doktor dan jururawat tidak lagi dianggap sebagai
anggota kombatan dan tidak boleh ditawan. Selain itu, anggota-anggota awam yang
memberi bantuan kepada mereka yang tercedera haruslah dihormati. Anggota-anggota
tentera dan hospital-hospital pula diiktiraf sebagai berkecuali. Lambang Palang Merah
dijadikan satu symbol istimewa yang memberikan kekebalan daripada serangan.
Konvensyen tahun 1864 ini merupakan asas bagi kerja-kerja kemanusiaan dalam
masa perang di antara Perancis dan Prussia pada tahun 1870-1871, Perang Sepanyol-
Amerika tahun 1898, dan perang Russia-Jepun tahun 1904.

Dalam jangka masa selepas Konvensyen Geneva Pertama ditandatangani,


Palang Merah sering dijemput untuk bertugas di medan perang. Pertubuhan tersebut
juga mengadakan persidangan-persidangan yang mengumpulkan delegasi-delegasi
daripada Pertubuhan-pertubuhan Kebangsaan, dari JAPM (ICRC), dan wakil-wakil
Negara yang menjadi pihak keapada Konvensyen Geneva. Tujuan persidangan-
persidangan tersebut adalah untuk mencadangkan menerima-pakai rukun-rukun
antarabangsa yang baru berasaskan kepada pengalaman.

Persidangan pertama diadakan di Paris pada tahun 1867, berikutnya diadakan


di Berlin (1869), Geneva (1884), Karisruhe di Rome (1892), Vienna (1897), dan Saint
Petersburg (1902). Pengasas-pengasas Palang Merah ini bertugas mewujudkan
Persatuan- persatuan Kebangsaan yang baru. Mereka telah menubuhkan 22
Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam masa 10 tahun yang pertama. Semua negara
di Eropah, termasuk Rusia dan Turki, bersetuju menerima Konvensyen Geneva 1864.

Pada tahun 1867, semasa berperang dengan Rusia, Turki telah memberitahu
Kerajaan Swiss sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa ia akan menggunakan
ambulansnya dengan lambang bulan sabit merah sebagai ganti palang merah. Ini
kemudiannya telah diikuti oleh kebanyakan Negara-negara Islam yang lain.
EMPAT KONVENSYEN GENEVA

Pada hari ini terdapat empat Konvensyen Geneva, yang mana kesemuanya
bertarikh 12 Ogos 1949. Ini adalah hasil usaha berpanjangan menjangkau masa
selama satu abad untuk memperbaiki perlindungan yang diberi oleh konvenyen
pertama serta meluaskan perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori mangsa
konflik bersenjata.

Langkah pertama sewajarnya adalah jelas iaitu meluaskan perlindungan yang


diberi kepada ambulans dan hospital dalam Konvensyen Geneva Pertama pada tahun
1864 kepada bot-bot penyelamat, kapal hospital dan anak-anak kapal tersebut. Pada
tahun 1899, satu Konvensyen (sekarang dikenali sebagai Konvensyen Geneva Kedua)
telah diterima pakai yang memberi perlindungan kepada anggota tentera yang luka,
sakit dan yang karam dilaut.

Semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918), ramai yang dijadikan tawanan


perang dan ditahan sekian lama dalam keadaan yang menyedihkan. Justeru itu, pada
tahun 1929, satu konvensyen (kini dikenaki sebagai Konvensyen Geneva ketiga) telah
diterima pakai yang memberi perlindungan kepada tawanan perang (POW).

Peperangan Dunia Pertama juga telah menunjukkan betapa perlunya


perlindungan kepada orang-orang awam, di mana kadangkala penderitaan mereka
adalah lebih sengsara berbanding anggota tentera yang menjadi tawanan perang.
Jawatankuasa Antarabangsa telah menyediakan satu kertas kerja mengenai hal ini,
tetapi tidak mendapat sambutan. Namun, hanya selepas Peperangan Dunia Kedua
sahaja (1949), Persidangan Diplomatik menerima pakai Konvensyen Geneva Keempat
yang melindungi orang-orang awam yang berada dalam tawanan musuh.
Persidangan yang sama juga telah telah menyemak semula Konvensyen-
konvensyen yang ada, dan hasilnya, wujudlah Empat Konvensyen Geneva yang
bertarikh 12 Ogos 1949. Keempat-empat Konvensyen Geneva ini masih juga tidak
lengkap untuk member perlindungan yang sewajarnya. Justeru itu, pada tahun 1977,
dua Protokol Tambahan kepada Konvensyen Geneva tahun 1949 iaitu Protokol I,
adalah berkaitan dengan konflik bersenjataantarabangs a dan antara lain
menambahkan lagi perlindungan yang diberikan kepada semua orang awam daripada
kesan keganasan perang. Dalam Protokol II, ia juga memperkukuhkan lagi
perlindungan yang diberikan berkaitan dengan konflik bersenjata bukan antarabangsa
(perang saudara)dan menambahkan lagi perlindungan yang diberikan kepada mereka.
EMBLEM

Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu


penghargaan kepada Switzerland (Palang
Merah yang berlatarbelakangkan putih adalah
warna-warna bendera Kebangsaan Swiss.)

Ia diwujudkan dengan satu tujuan tertentu iaitu:


- untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercedera semasa
peperangan
- untuk menetukan perlindungan kepada anggota-anggota yang menjaga dan
merawat mereka yang cedera.
Apa jua penyalahgunaan lambang ini merupakan suatu perlanggaran yang serius
terhadap Undang-undang Antarabangsa

Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang


dengan Rusia selama enam bulan, tiba-tiba mengumumkan
kepada Majlis Persekutuan Swiss sebagai penjaga
Konvensyen Geneva, bahawa lambang palang merah
menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya.

Oleh itu, mereka memutuskan untuk menggunakan lambang bulan sabit merah
untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut kemudiannya telah diikuti oleh
banyak Negara-negara Arab atau Negara-negara yang mempunyai ramai penduduk
muslim. 29 buah Negara sekarang menggunakan lambang bulan sabit merah untuk
menandakan orang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen
Geneva.

You might also like