You are on page 1of 16

KERJA KURSUS GEOGRAFI TEMPATAN

TAJUK: PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN TAMAN


MATANG JAYA

NAMA : NADZIRAH BT ASDY ROZANOOR

TINGKATAN : 3 GEMILANG

NO. KAD PENGENALAN : 960920-13-5492

NAMA GURU : PN. SAPIAH BOHARI

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

________________________ _____________________
SENARAI KANDUNGAN MUKASURAT

PENGHARGAAN 1

PENDAHULUAN 2

OBJEKTIF KAJIAN 3

KAWASAN KAJIAN 4-7

KAEDAH KAJIAN 8

DAPATAN KAJIAN 9-17

RUMUSAN 18

LAMPIRAN 19-20

RUJUKAN 21
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakankan penghargaan dan terima kasih kepada
guru Geografi saya, Puan Sapiah Bohari atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau
ketika menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih
kepada pihak sekolah khususnya Pengetua Kanan sekolah saya iaitu, Puan
Hajah Saftuyah Bt Haji Adenan kerana membenarkan saya menbenarkan saya
menjalankan kajian ini.

Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua
dua ibu bapa saya iaitu, Encik Asdy Rozanoor dan Puan Dayang Sara kerana
bimbingan dan tunjuk ajar yang dibenarkan sepanjang kajian ini dijalankan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas yang terlibat
menjalankan kajian ini iaitu, Zunnur Armiza, Nurhayatilia Muqqaddis dan
Mohammad Azhar. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih buat penduduk
tempatan yang memberi maklum balas semasa kajian ini dijalankan.
PENDAHULUAN

Saya Nadzirah Bt Asdy Rozanoor, pelajar tingkatan 3 Gemilang di Sekolah


Menengah Kebangsaan Matang Jaya, Kuching telah diberikan tugasan oleh guru
Geografi saya untuk menjalankan kajian luar tentang pencemaran alam sekitar di
Taman Matang Jaya. Saya telah memilih tajuk “ Pencemaran alam sekitar
Matang” kerana Matang merupakan tempat tinggal saya.

Saya telah memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya kepada aspek


Pencemaran Alam Sekitar yang terdapat di Matang. Saya juga mengkaji
pencemaran yang berlaku di Matang.

Kami diberi masa dari bulan Mac sehingga bulan Mei. Walaupun pelbagai
dugaan yang mendatang ketika kajian ini dijalankan, kami tetap sabar dan
akhirnya semua masalah dapat diatasi. Saya berharap kajian ini dapat memberi
banyak manfaat kepada rakan-rakan dan individu yang lain.
OBJEKTIF KAJIAN

Kami menjalankan kajian ini untuk:

1. Mengenal pasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Matang.


2. Mengenal pasti punca pencemaran alam sekitar di Matang.
3. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran
alam sekitar di Matang.
4. Kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Matang.
5. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencemaran di Matang.
KAWASAN KAJIAN

Di dalam kajian ini saya telah memilih Matang, sebagai kawasan kajian untuk
mengkaji tentang pencemaran yang berlaku di kawasan tersebut. Sebelum
kawasan ini bangun, Matang merupakan hutan paya bakau dan tanah
gambut.

Matang terletak berhampiran dengan Bandaraya Kuching dalam daerah


Padawan. Lokasi bandar ini terletak di bahagian Selatan Bandaraya Kuching.
Jaraknya kira-kira 5 kilometer dari bandaraya tersebut atau 10 minit perjalanan
menggunakan kereta. Keluasan kawasan kajian saya ini ialah 8 kilometer
persegi dan berpusatkan Bandaraya Kuching. Kawasan kajian saya ini terletak
pada arah selatan sekolah saya. Pekan terdekat ialah Bau yang terletak kira-kira
30 km dari kawasan Matang.
KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan pelbagai kaedah semasa membuat kajian tentang


pencemaran alam sekitar. Antara kaedah yang digunakan ialah:

 Pemerhatian: Saya telah menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti


jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di kawasan kajian.
 Rujukan ke perpustakaan: Saya telah mengumpul maklumat yang
berkaitan dengan kajian yang dikaji yang diterbitkan menjadi buku oleh
pihak-pihak tertentu.
KAWASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, saya telah memilih kawasan Matang Jaya , Kuching sebagai
kawasan kajian untuk mengkaji perncemaran yang berlaku di tempat tersebut.

Matang Jaya terletak kira-kira 7 km dari pusat Bandaraya Kuching.


Kawasan ini merupakan kawasan getah yang telah dibangun untuk petempatan
pada awal 1980 an. Pekan yang terdekat ialah Bau terletak kira-kira 32km dari
kawasan kajian.
Dapatan Kajian
8.1 Kosep Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan
hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan
atau kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah
menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran
adalah sebarang perubahan sama ada secara lansung atau tidak lansung kepada sifat-
sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau
mungkin berbahaya kepada kesihatan keselamatan atau kebajikan awam atau
organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan
dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :

1. Pencemaran udara

2. Pencemaran air

3. Pencemaran laut

4. Pencemaran bunyi

5. Pencemaran tanah
8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian

Pencemaran yang berlaku di kawasan Taman Matang Jaya ialah pencemaran


udara, pencemaran bau, pencemaran bunyi dan pencemaran air.
Pencemaran udara disebabkan oleh lori yang membawa tanah untuk kegunaan
kawasan pembinaan seperti rumah. Selain itu, asap yang dikeluarkan oleh kenderaan
dengan berlebihan membuatkan pencemaran udara berlaku
Seterusnya ialah pencemaran bau akibat daripada longkang yang sumbat. Ini
disebabkan oleh perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab seperti membuang
sampah ke dalan longkang. Apabila terlalu banyak sampah, longkang pun tersumbat
dan bau yang tidak menyenangkan terhasil daripada sisa-sisa makanan.
Pencemaran air pula berlaku akibat daripada sisa-sisa makanan yang dibuang
dari kedai makanan dan sampah-sampah yang dibuang oleh manusia ke dalam
longkang seterusnya menyebabkan pencemaran air,
Selain itu, pencemaran bunyi juga berlaku di kawasan Taman Matang Jaya
yang berpunca dari tapak pembinaan yang sedang menjalankan kerja mereka.
Pencemaran bunyi juga berpunca daripada lori-lori yang lalu lalang dan menghasilkan
bunyi bising yang terhasil daripada enjin lori tersebut.
8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian

Terdapat banyak punca yang dapat dikaitkan dengan pencemaran yang


berlaku di Taman Matang Jaya. Antaranya, kenderaan bermotor, sampah sarap,
penebangan hutan yang berleluasa, pembinaan, perniagaan dan petempatan.
Kenderaan bermotor merupakan punca berlakunya pencemaran.
masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti
kereta lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan
tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar
bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa
kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat
bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan jenis sumber
tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam
sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada
pencemaran udara. Oleh itu, adalah digalakkan menggunakan kenderaan awam
supaya pencemaran ini dapat dikurangkan.
Seterusnya ialah sampah sarap. Pencemaran berlaku apabila sampah
dibuang merata-rata tempat seperti didalam longkang. Sampah sarap boleh
menyebabkan pencemaran bau dan pencemaran air apabila ia dibuang ke dalam
sungai. Pihak berkuasa harus mengetatkan lagi undang-undang bagi sesiapa
yang membuang sampah merata-rata tempat agar berkurang pencemaran yang
berlaku akibat sampa sarap ini.
Selain itu, penebangan hutan juga menyebabkan pencemaran.
Contohnya, penebangan hutan yang tidak terkawal menyebabkan tiada tempat
tadahan air. Oleh itu, pihak berkuasa harus memantau akitviti penebangan hutan
yang berlaku agar dapat dikurangkan.
Kerja-kerja pembinaan juga merupakan punca berlakunya pencemaran.
Ini disebabkan oleh sikap pekerja yang tidak bertanggungjawab menyebabkan
kawasan rumah berdebu dan kotor. Pekerja harus mempunyai sikap
bertanggungjawab agar masalah ini dapat dielakkan.
Punca yang seterusnya ialah daripada perniagaan. Sisa-sisa makanan
dibuang menyebabkan longkang kotor serta mengeluarkan bau yang busuk dan
mengganggu ketenteraman penghuni taman tersebbut.
Yang terakhir ialah petempatan. Ini disebabkan oleh sikap penduduk
yang membuang sampah bukan di dalam tong sampah seperti di tepi rumah dan
luar rumah. Sampah sarap yang berada di berasa tempat menimbulkan
ketidakselesaan terhadap penduduk.
Tuntasnya, penduduk harus menanamkan sifat cinta akan alam
semulajadi supaya alam semulajadi terpelihara dan selamat untuk dinikmati
bersama.
8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

Terdapat pelbagai kesan akibat daripada pencemaran yang berlaku


angkara manusia. Namun, manusia tidak menyedarinya seolah-olah ia tidak memberi
impak kepada mereka. Tetapi mereka silap,mereka telah membahayakan nyawa
mereka akibat perbuatan mereka sendiri.
Kesan yang pertama ialah, hujan asid. Hujan asid secara semulajadi
adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon
dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan
pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api
fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil
seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan
membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan
pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun
sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Seterusnya ialah ia memudaratkan kesihatan. Ia memudaratkan golongan
tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit athsma, bagi kanak-kanak pula
fenomena ini boleh menyebabkan sakit batuk, alergi dan selesema. Gas sulfur dioksida
adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit kepada manusia seperti sakit dada,
tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara. Air dan hujan asid
yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya kepada
manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di kalangan kanak-
kanak, gangguan saraf dan membahayakan otak. Aluminium pula boleh menyebabkan
penyakit alzheimer (berkait dengan hilang ingatan)
Selain itu, tanah dan tumbuhan juga terjejas. Ia menyebabkan kemusnahan
hutan kerana terkena hujan asid. Kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak
seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah. Nilai pH kurang
daripada 6 akan menyebabkan bahan-bahan organik tanah mati, maka tanah ini
menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya. Memusnahkan fungsi
daun. Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan
mengurangkan kesuburan tanah.
Ekosistem akuatik turut terjejas akibat daripada pencemaran air yang berlaku.
Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air
tasik, ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia. Ikan dan udang
secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandungan raksa
dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan ini .
Bangunan dan peralatan bangunan turut menerima impak daripada pencemaran
yang berlaku. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan
berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi.
Meluntur dan merosakkan cat kereta. Batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan
rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.
Bau busuk juga berlaku apabila longkang tersumbat dan air tidak dapat
mengalir ke laut. Ia juga akibat daripada pembuangan sisa-sisa makanan yang
dilakukan oleh premis makanan dan taman perumahan.
Suhu juga meningkat akibat daripada penebangan hutan yang berleluasa. Penebangan
pokok yang dilakukan tanpa persetujuan pihak tertentu membuatkan penebangan pokok
berlaku secara berleluasa tanpa di beri perhatian.
Tuntasnya, semua penduduk harus menanamkan sifat cinta akan alam sekitar
dalam diri masing-masing.
8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di

Kawasan Kajian

Penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilakukan supaya pencemaran tanih


tidak berlaku akibat daripada penebangan pokok yang berlaku tanpa pengawasan yang
sewajarnya daripada pihak berkuasa. Pihak berkuasa juga perlu mengawasi aktiviti
penebangan hutan ini agar penebangan hutan yang berleluasa ini dapat disekat.
Seterusnya, organisasi-organisasi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar
boleh mengadakan kempen cintai alam sekitar supaya dapat menyemai perasaan cinta
akan alam sekitar dalam diri setiap pihak yang mengikuti program tersebut. Secara
tidak langsung, mereka pun mengajak ramai lagi ahli untuk mengikutinya.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyerapkan semangat cinta akan alam
sekitar melalui pendidikan tentang alam sekitar yang diserapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pihak seperti Lembaga Air Kuching(LAK) hendaklah memainkan peranan
penting untuk merawat air kumbahan di pusat-pusat rawatan air agar dapat
mengelakkan daripada penyakit yang diakibatkan oleh air kumbahan tersebut.
Cadangan pembinaan insinerator sebagai salah satu komponen pengurusan sisa
buangan pepejal bersepadu dilihat sebagai alternatif terbaik bagi mengatasi masalah
kekurangan kawasan untuk pelupusan secara kambusan. Kajian tentang insinerator
sebagai simbol antara tuntutan pembangunan dan pengorbanan alam sekitar dalam isu
berkaitan penyelesaian masalah sisa buangan pepejal yang kronik mendapati
kesejahteraan alam sekitar perlu dipertahankan walaupun pembangunan (pembinaan
insinerator) yang dicadangkan membawa kebaikan kepada kelestarian manusia dan
alam. Risk Communication Approach juga amat penting dalam menangani isu antara
tuntutan
Pembinaan insinerator dan keperluan kesejahteraan alam sekitar bagi
memastikan wujud keseimbangan dan persefahaman antara masyarakat ke atas
penerimaan insinerator sebagai penyelamat alam sekitar dan menolak peranannya
sebagai pembinasa alam sekitar.
Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan penting dalam
menyelamatkan alam sekitar supaya selamat untuk didiami. Cintailah alam sekitar.
RUMUSAN

Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat burukterhadap


dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau,penipisan ozon adalah
antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang seriusdan perlu ditangani segera
sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan jugahidupan lain saling berkait untuk
terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukanbahan makanan. Sekiranya sumber
makanan dicemari, maka tiadalah sumbermakanan untuk manusia.
Sekiranya penduduk dunia atau manusiabersikap sambil lewa dengankeadaan
alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadisemakin kritikal
dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupussecara tidak langsung dan
kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan.
Manusiaseharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memuliharaalam
sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangankeindahannya dan
mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiamioleh sebarang hidupan
termasuklah manusia.
Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk
melakukanpemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas
padamasa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya
masakeadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah
mengambiltindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak
bolehdiselamatkan lagi.

Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar danberusaha


untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkanpencemaran serta
berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidupmasa hadapan.
Rujukan

 Tajuk : Buku Teks Geografi Tingkatan 3


Penulis : Mohd. Jamil bin Mohamed, Hj. Rodzli bin Hj. Hashim,

Hjh. Mahani bt. Hj. Mahbar

Penerbit : Johore Central Store Sdn. Bhd.

 Internet : http://maps.google.com
: http://www.scribd.com

You might also like