Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Tamadun 8

Sejarah Tamadun 8

Ratings: (0)|Views: 110 |Likes:
Published by papa_terakhir
Panduan stpm
Panduan stpm

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: papa_terakhir on Jun 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/11/2011

pdf

text

original

 
Sejarah Tamadun 8Tema 8: Kesenian
8.1 Konsep
 Berikan pengertian kesenian dari pelbagai sudut.
Kesenian dalam tamadun awal dunia ini lebih merujuk kepada segala keindahan dankehalusan. Keindahan dan kehalusan ini dapat kita lihat melalui aspek-aspek kesusasteraan,muzik, seni bina, seni ukir, kaligrafi, seni lukis dan teater. Setiap tamadun memperlihatkankeunikan kesenian masing-masing ada setengah-setengah daripadanya masih dapat dilihathingga ke hari ini.
8.2 Pencapaian dan sumbangan
1.Senaraikan bidang-bidang kesenian yang wujud dalam tamadun awal dengan meujuk kepada contoh-contoh benar yang terdapat dalam tamadun awal.2.Susur galurkan asal usul dan sejarah perkembangan bidang-bidang kesenian secarakronologi seperti kesusasteraan, muzik, seni bina, seni ukir, kaligrafi, seni lukis danteater.
Tamadun Mesopotamia
 Kesusasteraan
Sebahagian besar dari kesusasteraan Sumeria zaman dahulu kala masih wujud hingga ke hariini. Antara yang terkenal ialah Legenda Etana dan Legenda Adapa. Di samping itu terdapatEpik Gilgamesh. Epik yang merupakan puisi yang panjang ini menyentuh tentang agama,keperwiraan, falsafah dan ccorak hidup orang Sumeria. Dikatakan bahawa epik yang pertamadi dunia dihasilkan pada zaman Sumeria. Ia telah mengasaskan penghasilan epik.
 Seni Ukir dan pahat 
Mutu kesenian ini menampakkan mutu yang lebih baik pada zaman-zaman sebelum zamanSargon. Walau bagaimanapun seni ini tidak dapat menandingi seni yang terdapat diMesir.Kemahiran seni ukir tidak begitu nyata dalam tamadun Mesopotamia. Antara sebabnyaialah tidak terdapat bahan binaan iaitu batu. Walau bagaimanapun, pengukir-pengukir Sumeria mempunyai kemahiran seni ukir yang tinggi. Mereka membuat ukiran-ukiran yangcantik dan halus seperti kerbau, rusa jantan dan helang dari tembaga. Seni Ukir yang terkenalsekali di sini ialah ukiran Patung Raja Gudea. Ukiran juga dapat dilihat melalui tembikar dancop mohor yang dibuat daripada tanah liat.
 Kaligrafi 
 
Orang-orang Sumeria merupakan masyarakat yang terawal sekali di dunia membentuk sistemtulisan. Tulisan merupakan gambar-gambar atau simbol-simbol yang diguriskan di ataskepingan tanah liat. Ia dikenali sebagai cuneiform atau tulisan pepaku atau tulisan berbaji.Tulisan .berbaji ini kemudiannya berkembang ke peringkat fonetik (berdasarkan bunyi perkataan) semasa orang Sumeria mencapai kemajuan. Terdapat lebih daripada 560 tandauntuk menggambarkan perkataan. Tulisan itu digunakan untuk merekodkan sesuatu ( di ataskepingan tanah liat).
 Seni bina
Seni bina tamadun Mesopotamia dapat dilihat melalui tiang batu dan arca. Seni bina merekaseperti lengkungan, bumbung yang melengkung dan kubah yang kemudian dituru oleh orangRom. Apabila Mesopotamia diperintah oleh puak Chaldea yang menjadikan Babylon sebagai pusat pemerintahan ( yang bermula pada tahun 625 SM) sebagai dinasti yang akhir sekalimemerintah zaman keagunganMesopotamia, salah seorang pemerintahnya yang bernama Nebuchadnezzar telah mengindahkan kota Babylon. Baginda mencantikkan Babylon melaluiseni bina iaitu dengan membina banyak bangunan yang indah-indah yang dibuat dari tanahliat (tanah liat merupakan satu-satunya bahan tempatan yang diperolehi di Mesopotamia padamasaitu) seperti kuil, pintu gerbang, jambatan dan istana. Bagi mencantikkannya lagi, baginda hiasi dengan taman-taman bunga yang indah. Inilah yang dinamakan TamanTergantung Babylon yang menjadi satu daripada tujuh benda ajaib di dunia.
Tamadun Mesir
 Kesusasteraan
Kesusasteraan Mesir terdiri daripada cerita, puisi, lagu dan nasihat. Kebanyakan daripadakesusasteraan yang dihasilkan pada Zaman Kerajaan Tua / Peuba (3500-2700 SM) adalah berbentuk keagamaan dan falsafah. Contohnya, legenda Osiris dan Isis yang mempunyai banyak versi itu mengisahkan tentang tuhan-tuhan mereka. Begitu juga dengan nasihat-nasihat Ptahhotep (seorang cendikiawan Mesir purba) telah direkodkan ke dalam buku. Bukuini digunakan di sekolah-sekolah beberapa tahun selepasnya dan tidak syak lagi banyaklahketurunan orang Mesir yang dididik mengikut pengajarannya. Nasihat-nasihatnya amatlahmudah diamalkan. Dia mengesyorkan seseorang itu menghormati orangyang lebih tinggidarjatnya agar tidak disiksa oleh mereka dan juga orang yang lebih rendah darjatnya agar tidak dimurkai tuhan. Orang kaya baru diberi amaran supaya jangan sombong dan mengikut pendapatnya orang yang bijak sekali ialah orang yang kurang bercakap. Ptahotep jugamemberi nasihat mengenai tingkahlaku dan mengenai cara-cara menjaga isteri. Katanya,"seseorang isteri perlu diberi makanan, pakaian dan minyak wangi. Janganlah hendaknyaseseoang suami itu bengis kerana seseorang isteri lebih mudah menurut jika dipujuk.Kesusasteraan klasik bermula pada Zaman Kerajaan Pertengahan. Nasihat-nasihat yang berguna dikumpulkan dalam sebuah buku. Antara yang terkenal ialah ‘Hymn To The Sun’dan
‘Book of The Dead’ 
.
 Seni Ukir 
Seni ukir Mesir dapat dilihat melalui kuil-kuil, piramid, sphinx dan tiang-tiang.Seni ukir yangterdapat pada patung-patung Firaun ini tidak banyak perbezaannya buat berabad-abadlamanya. Tiang-tiang yang dibina ketika Mesir diperintah oleh raja perempuan yang bernama
 
Hatshepsut telah diukir dengan catatan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku padazamnnya. Antara perisitiwa penting itu ialah pembinaan semula rumah-rumah berhala.
 Seni Bina
Juru bina yang mula-mula sekali merangka bangunan batu ialah Imhotep, penasihat utamakepada Firaun Zoser. Semasa rajanya masih hidup, beliau telah membina sebuah tugu yang berbentuk piramid di Sakkara. Piramid yang dipanggil Step Piramid ini masih ada hingga kehari ini. Pembinaan piramid seperti ini diteruskan oleh raja-raja Mesir seterusnya. Setiap rajasemasa hidupnya membina tugu-tugu besar atau piramid yang masih kekal hingga ke hari ini.Kebanyakan piramid dibina antara tahun 3000 hingga 2000 SM. Apa yang menakjubkan disini ialah betapa berat dan susahnya kerja membina tugu-tugu besar begini bagi orang-orangzaman itu. Piramid besar yang dibina di Gizeh untuk Firaun Khufu meliputi kawasan seluas13 ekar. Ia dibina menggunakan lebih daripada sejuta kepingan batu kapur yang beratnya 2tan sekeping. Di dalam tugu ini terdapat lorong-lorong yang menyambungkan bilik-bilik mayat yang ada di dalamnya. Jelas sekali betapa mutlaknya kuasa raja-raja Mesir danrajinnya rakyat kelas bawahan. Dianggarkan seramai 100,000 orang yang terdiri daripadahamba abdi dan dan pekerja yang dikerah paksa, terpaksa bekerja untuk selama 20 tahun bagimenyiapkan tugu itu. Antara tugu-tugu termasyhur yang masih kekal hingga ke hari ini ialahThe Great Sphinx of Giza. Ia berupa sejenis makhluk yang mempunyai badan seekor singadan berkepala yang menyerupai muka Firaun Khfre. Firaun Khfre telah membina 3 buah piramid di Gizeh. Sphinx-sphinx ini didirikan berhampiran dengan tugu-tugu besar. Banyak  patung Firaun yang memerintah pada zaman dinasti pertama dibina di Mesir ini.Selain dari tugu, seni bina Mesir juga dapat dilihat melalui pembinaan kuil-kuil. Raja Pepi 1telah membina beberapa buah rumah berhala unutk ‘tuhan-tuhan’ mereka. Batu granaitdigunakan dalam pembinaan rumah berhala ini. Usahanya diteruskan oleh firaun-firaun yangmemerintah selepasnya terutamanya Raja Hatshepsut..Kuil-kuil yang dibina itu menggunakankemahiran yang tinggi.Semasa Mesir diperintah oleh raja perempuan yang bernama Hatshepsut, bagindamemerintahkan supaya didirikan dua batang tiang peringatan semasa perayaan menyambutulangtahun pemerintahnnya yang ke-15. Tiang-tiang itu hampir 100 kaki dan berat setiap batang ialah 350 tan. Tiang-tiang ini didirikan di hujung rumah berhala Amon yang muladibina semasa pemerintahan ayahnya. Pembinaan tiang ini dibuat hampir 6 bulan. Tiang-tiang itu disalut dengan sejenis pancalogam. Selain dari itu banyak didirikan patung-patungfiraun dan istana.
 Seni Lukis
Lukisan yang dihasilkan pada zaman Mesir purba mempunyai warna yang terang. Ia biasanyamenggambarkan kehidupan seharian masyarakat Mesir purba. Lukisan dapat dilihat didinding piramid.
 Muzik 
Antara alat-alat muzik yang utama ialah seruling, sastrum, kecapi dan alat muzik yang bertali.Kuil juga mempunyai koir masing-masing. Istana raja pula mempunyai orkestra.
 Kaligrafi 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->