You are on page 1of 1

Ayat kursi

Ayatul kursi (Arab: ‫ ) آية الكرسي‬merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan
Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-
Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk
mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan
disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan
dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis Al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera
menulisnya dan menyebarkannya. Terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat
kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalamnya terdapat perkataan KURSI, ertinya
tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Khasiat Ayat Kursi:

Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai sembahyang fardhu, pagi dan petang, masuk ke
rumah atau ke pasar, masuk ke tempat tidur dan musafir, insya-Allah akan diamankan dari godaan syaitan
dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan
binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anaknya, hartanya, rumahnya
dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, insya-Allah
akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan
martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari
segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan
kemudian diminumnya, maka insya-Allah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada
pelajaran yang dipelajari.

Membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang
membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya
ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan
memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya,
diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Abdu-Rahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk ke rumahnya dibaca ayat Kursi pada
empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Syeikh Buni menerangkan sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis
lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke
dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali,
atau sebanyak 170 kali, insya-Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak
1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia,
Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh
kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an) .

You might also like