You are on page 1of 21

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH

Pendidikan adalah berasal dari perkataan Latin iaitu e, ex, yang bermaksud keluar dan
perkataan “ ducare due “ yang bermaksud memimpin. Secara keseluruhan ia beerti mengumpul
matlumat ke dalam dan mengeluarkan bakat. Pendidikan merupakan satu latihan mental, fizikal,
dan moral. Objektifnya ialah untuk melahirkan menusia yang mampu berfikir dan mampu
memikul tanggungjawab. Selain dari itu, pendidkan bolehlah dianggap atau diertikan sebagai
pertumbuhan-pertumbuhan pemeliharaan, pengasuhan dan penyuburan.

Sejarah pendidikan bermula sejak kewujudan manusia, namun begitu bentuk dan corak sistem
pendidikan berbeza mengikut masa, tempat dan adat resam sesuatu masyarakat. Proses
pendidikan bermula serentak sejak kelahiran manusia dan berterusan hingga ke akhir hayat.
Pendidikan merupakan satu seni yang membolehkan manusia mengumpul segala pengalaman
yang dipelajari dan diperolehi di dalam kehidupan mereka dan selanjutnya menyampaikan
pengalaman itu kepada generasi baru.
Dalam Islam pendidikan yang sebenar yang dikehendaki ialah apa yang terkandung dalam Al-
Quran dan Al-Hadith, kerana ia adalah pendorong yang menggalakkan umat muslim supaya
mengambil berat dengan kemajuan dan ilmu pengetahuan adalah lahir dari Al-Quran dan
Hadith. Pendidikan Islam ialah bimbingan jasmani dan rohani berdasarkan hukum agama islam
yang menuju kearah pembentukan keperibadian muslim iaitu keperibadian yang mempunyai
nilai-nilai agama yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith.

Tujuan pendidikan dalam Islam ialah untuk penghidupan yang sepenuhnya meliputi kehidupan
di dunia dan di akhirat. Pendidikan Islam menitikberatkan hubungan manusia dengan manusia,
dengan alam sekeliling dan hubungan manusia dengan pencipta. Oleh itu segala amal ibadat
hendaklah dilakukan dengan sempurna dan penuh ikhlas. Dengan itu dapatlah di simpulkan
bahawa tujuan pendidikan dalam Islam adalah amat luas yang meliputi penghidupan di dunia
dan di akhirat.

SEJARAH PENDIDIKAN PADA ZAMAN AWAL ISLAM

Sistem pendidikan pada awal islam adalah bertunjangkan pendidikan Islam. Agama Islam
memberikan penekanan kepada penganutnya tentang kepentingan mempelajari ilmu yang
berkaitan dengan keduniaan dan akhirat. Islam juga menyarankan dan mewajibkan setiap
umatnya mencari ilmu dalam semua bidang. Berhubung dengan ini, Nabi Muhammad saw
bersabda “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu semenjak dari ayunan sampai ke liang lahad” dan
Nabi bersabda dalam hadis yang lain “Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan keatas setiap
muslim”. Malah orang yang berilmu akan mendapat kedudukan ang tinggi di sisi Allah. Nabi
Muhammad saw menyanjung tinggi golongan yang berilmu. Ini jelas ternyata daripada sabda
baginda bahawa seorang ahli ilmu lebih di sisi Allah daripada seribu ahli ibadat dan manusia
yang mulia adalah seorang mukmin yang berilmu.

Pada peringkat awal, pendidikan diajar di rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w manjadikan
rumah baginda dan rumah Al-Arqam sebagai tempat memperoleh ilmu pengetahuan. Mulai
tahun 622 masihi, masjid digunakan sebagai institusi pendidikan untuk menyampaikan ilmu
secara formal. Matlamat akhir pendidikan Islam ialah pewujudan diri yang bertujuan untuk
melahirkan insan yang sempurna dari segi rohaniah, psikologikal, intelektual,dan jasmaniah.
Selain itu menerusi pendidikan juga manusia dapat membuat persiapan bagi kehidupan di
dunia dan di akhirat. Sementara itu Al-Abrasyi telah menyenaraikan lima tujuan pendidikan
menerusi kajiannya.
Tujuan tersebut adalah:
1. Pembentukan akidah yang mulia.
2. Persiapan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.
3. Persiapan untuk mencari sumber pendapatan.
4. Melahirkan semangat ingin tahu dan berbentuk ilmiah di kalangan pelajar.
5. Memperlengkapkan pengetahuan pelajar dalam bidang-bidang profesional, teknikal dan
pertukangan .
Dengan demikian mereka juga dapat menguasai kemahiran dalam pekerjaan di samping
memelihara aspek kerohanian dan keagamaan.

Pada peringkat awal Islam, semua pendidikan Islam adalah tanggungjawab orang
perseorangan dan guru yang mengajar murid tanpa campurtangan negara. Nabi Muhammad
saw sendiri menjadi guru dalam menyebarkan Islam kepada umatnya. Sistem pendidikn yang
dilaksanakan oleh baginda adalah bersumberkan wahyu. Corak pendidikan baginda semasa di
Mekah adalah berbeza dengan pendidikan yang dilaksanakan di Madinah. Ini kerana keadaan
dan suasana masyarakat Madinah berbeza dengan masyarakat Mekah. Justeru itu corak dan
pendekatan pendidikannya juga turut berbeza. Walaupun begitu, secara keseluruhannya sistem
pendidkan pada zaman baginda berfokuskan kepada tiga perkara iaitu pendidikan akidah,
pendidikan akhlak, dan pendidikan syariah.
Semasa di Mekah, bentuk pendidikan lebih tertumpu kepada soal-soal akidah dan akhlak. Pada
peringkat awal Nabi Muhammad saw menyampaikan ilmu secara sulit dan tertumpu kepada ahli
keluarga terdekat. Orang yang mula-mula menerima pendidikan Islam daripada baginda ialah
isteri baginda Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar. Pendidikan Islam
yang dijalankan oleh baginda di Mekah adalah secara lemah lembut dan penuh hikmat. Hari
demi hari semakin ramai orang dan para sahabatnya yang memeluk Islam. Pusat kegiatan
dakwah ialah dirumah baginda sendiri.

Selepas hampir tiga tahun berdakwah secara tersembunyi, melalui pendidikan Islam yang yang
di terapkan oleh baginda Nabi Muhammad saw, maka terbinalah satu kaum muslimin yang
beriman dan bertakwa kepada Allah. Akhirnya turun wahyu daripada Allah yang meminta Nabi
Muhammad saw menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Baginda menyampaikan
pendidikan secara berpidato, berceramah serta bertabligh di tempat orang ramai berkunjung
seperti di pekan Ukaz dan berhampiran Kaabah pada musim haji. Ayat-ayat Al-Quran dibaca
kepada orang ramai untuk memberi pengajaran dan petunjuk kepada umum. Oleh kerana isi Al-
Quran terang dan hebat susunannya, maka ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Ini telah
menimbulkan tekanan dan ancaman daripada kaum Quraisy yang seterusnya membawa
kepada penghijrahan orang Islam ke Habsyah dan kemudiannya ke Madinah pada tahun 622
masihi.

Pendidikan di Mekah berkisar kepada soal pokok agama Islam. Pengajarannya berteraskan
kepada akidah, akhlak,dan syariah. Agama ini mengajar manusia supaya menggunakan akal
fikiran dengan memerhatikan kejadian alam sebagai anjuran kepada pendidikan akliyyah dan
ilmiah. Akidah ialah kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan tuhan atau dikenali
sebagai rukun iman. Akidah juga merupakan dasar dalam pembinaan pendidikan. Sesuatu
proses pembinaan pendidikan tidak akan sempurna tanpa dasar-dasar yang sempurna.

Nabi Muhammad saw juga menganjurkan kaum muslimin supaya berakhlak mulia. Untuk
mendampingi diri dengan Allah memerlukan akhlak yang terpuji. Dalam kehidupan seharian
Nabi Muhammad saw telah mengajar kaum muslimin supaya mengamalkan sikap
kesederhanaan, tolong-menolong dan sentiasa bersyukur akan nikmat yang diberikan oleh
Allah. Akhlak yang terpuji membolehkan seseorang individu dan masyarakat bertakwa.
Manakala sikap yang buruk seperti menyekutukan Allah dan segala perbuatan sumbang adalah
dilarang keras oleh Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya akhlak yang buruk boleh memberikan
kesan negatif kepada individu dan masyarakat.

Apabila Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah pada tahun 622 masihi, perubahan telah
berlaku dalam sistem pendidikan Islam dengan terbinanya Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi.
Struktur pengajian di masjid lebih berbentuk kepada sistem pendidikan tidak formal dan menjadi
sekolah pertama dalam sejarah pendidikan Islam pada zaman awal Islam. Setelah itu struktur
pengajian yang lebih sistematik dan formal dapat dibentuk apabila sebuah serambi didirikan
bersambung dengan masjid yang disebut al-suffah. Al-Quran menjadi kitab yang pertama dalam
sejarah pendidikan Islam. Mata pelajaran lain termasuklah dasar-dasar Islam, seni khat,
sejarah, menunggang kuda, memanah dan belajar bahasa asing.

Suatu amalan baginda yang memberi kesan terhadap perkembangan pendidikan ialah baginda
memerintahkan kepada setiap mukmin yang pandai membaca dan menulis supaya mengajar
kepada mereka yang tidak mengetahuinya. Baginda juga menghantar pendakwah yang pandai
membaca dan menulis untuk mengajar dan berdakwah ke kawasan-kawasan yang baru
memeluk Islam. Amalan baginda ini kemudiannya diikuti oleh para sahabat dan kaum muslimn
kemudiannya.

Pendidikan yang pertama dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad saw di Madinah ialah
memperkuatkan penyatuan ummah dan mengikis sisa-sisa permusuhan. Konsep pendidikan di
Madinah lebih tertumpu kepada ibadat dan syariah tanpa mengenepikan soal-soal lain. Semasa
di Madinah, hal-hal yang berkaitan dengan ibadah ditingkatkan dan di beri penekanan utama
oleh Nabi Muhammad saw dalam usaha menyampaikan pendidikan Islam kepada seluruh
umatnya. Pada zaman ini, umat Islam mula di wajibkan mendirikan solat Jumaat. Umat Islam
juga di beri peringatan agar menjaga waktu solat yang sebelum ini tidak di utamakan.
Pendidikan berpuasa pula di mulai di Madinah pada bulan Ramadhan tahun 2 hijrah. Demikin
juga ibadat haji, zakat, hukum hakam perkahwinan, kegiatan ekonomi dan pemerintah yang
mula di sampaikan kepada umat Islam pada tahun 6 hijrah.

Di Madinah, orang yang pandai membaca dan menulis disuruh oleh Nabi Muhammad saw
supaya menulis wahyu yang diturunkan oleh Allah, di samping mengajar umat Islam yang tidak
tahu mambaca dan menulis. Sesudah baginda menerima wahyu dari Allah, baginda akan
mengajarnya kepada para sahabat. Sahabat baginda yang pandai membaca dan menulis, di
perintahkan oleh baginda untuk menulis wahyu tersebut. Kepandaian menulis dan membaca
amat ditekankan oleh baginda, misalnya musuh yang ditawan dalam peperangan Badar diminta
menebus dirinya dengan mengajar menulis dan membaca kepada 10 orang kanak-kanak yang
tinggal di Madinah. Pendidikan kepada wanita tidak diabaikan. Nabi Muhammad saw telah
mengambil satu hari untuk menyampaikan ilmu khusus untuk kaum wanita. Pendidikan yang
diberikan kepada kaum wanita bukan sahaja aspek agama tetapi juga hal-hal yang berkaitan
dengan keduniaan.

Kesimpulannya, sistem pendidikan pada awal Islam adalah suatu pendiikan yang paling
sempurna. Ini kerana ianya telah di terajui oleh baginda Rasulullah saw sendiri. Ia menjadi
model dan ikutan hingga ke akhir zaman. Pendidikan yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith
dapat melahirkan insan yang mampu mengimbangi kehidupan di dunia dan di akhirat. Baginda
Rasulullah saw adalah pendidik yang ulung di sepanjang zaman. Baginda mendidik manusia
melalui perbuatan dan pertuturan baginda sendiri. Umat Islam pada zaman baginda sudah
terbukti kehebatan mereka dalam semua aspek.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN BANI UMAYYAH

PENDAHULUAN
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan Islam pada masa ini berjalan seperti di zaman
permulaan Islam, hanya ada sedikit peningkatan sesuai dengan perkembangan Daulah
Islamiyah sendiri.
Sebagaimana telah diketahui bersama bahwa pertumbuhan dan perkembangan pendidikan
Islam dibagi dalam 5 periode, sedangkan untuk pendidikan Islam bani Umayyah masuk dalam
kategori periode 2, yaitu periode pertumbuhan pendidikan Islam yang berlangsung sejak Nabi
Muhammad saw wafat sampai masa akhir bani Umayyah. Sehingga karena masih dalam masa
pertumbuhan maka hanya ada sedikit kemajuan seperti yang diterangkan di atas. Kamajuan ini
hanya diwarnai dengan berkembangnya ilmu-ilmu Naqliyah yaitu filsafat dan ilmu eksakta
disamping juga ilmu-ilmu agama yang sudah berkembang sebelumnya.

Faktor yang menyebabkan kurang pesatnya perkembangan ilmu-ilmu pada zaman ini salah
satunya adalah faktor pemerintahan bani Umayyah yang lebih suka pada membangun kekuatan
pemerintahan/politik yang cenderung otoriter.
Untuk mengetahui pertumbuhan pendidikan Islam pada zaman ini yang lebih rinci, baiklah kita
masuk saja pada pembahasan materi.

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM MASA BANI UMAYYAH


Pada zaman bani Umayyah ada tiga gerakan yang berkembang dengan sendirinya, yaitu :
 Gerakan Ilmu Agama, karena didorong semangat agama sendiri yang sangat kuat pada
waktu itu.
 Gerakan Filsafat, karena ahli agama di akhir bani Umayyah mempergunakan filsafat
untuk melawan Yahudi dan Nasrani.

 Gerakan Sejarah, karena ilmui-ilmu agama memerlukan riwayat.

A. GERAKAN ILMU AGAMA


Gerakan di dalam bidang ini dapat di pisah-pisahkan menjadi beberapa bagian, yaitu :
1. Lembaga dan pusat pendidikan Islam
Pada zaman ini masjid menjadi semcam lembaga sebagai pusat kehidupan dan kegiatan ilmu
terutama ilmu-ilmu agama. Seorang ustadz duduk dalam masjid dan murid duduk di
sekelilingnya mendengarkan pelajarannya. Kadang dalam satu masjid terdapat beberapa
halaqoh dengan ustadz dan pelajaran berbeda-beda. Kadang pula ustadz menggunakan
rumahnya untuk mengajar. Pada zaman ini belum ada sekolah atau gedung khusus sebagai
tempat belajar. Beberapa ustadz pada masa ini adalah Abdullah bin Abbas, Hasan Basri, Ja'far
As-Shidiq dan lain-lain.
Sedangkan kota-kota yang menjadi pusat kegiatan pendidikan ini masih seperti pada zaman
Khulafaur rosyidin yaitu, Damaskus, Kufah, Basrah, Mesir dan ditambah lagi dengan pusat-
pusat baru seperti Kordoba, Granada, Kairawan dan lain-lain.
2. Materi bidang ilmu pengetahuan.
Materi/ilmu-ilmu agama yang berkembang pada zaman ini dapat dimasukan dalam kelompok
Al-Ulumul Islamiyah yaitu ilmu-ilmu Al-Qur'an, Al-Hadits, Al-Fiqih, At-Tarikh, Al-Ulumul Lisaniyah
dan Al-Jughrofi. Sedangkan Al-Ulumul Islamiyah dapat dibagi menjadi tiga bagian :
 Al-Ulumul Syar'iyah, yaitu ilmu-ilmu agama Islam.
 Al-Ulumul Lisaniyah, yaitu ilmu-ilmu untuk memastikan bacaan Al-Qur'an, menafsirkan
dan memahami Hadits.
 At-Tarikh wal Jughrofi.

a. Ilmu Qiraat, yaitu ilmu cara membaca Al-Qur'an. Orang yang pandai membaca Al-Qur'an
disebut Qurra. Pada zaman ini pula yang memunculkan tujuh macam bacaan Al-Qur'an yang
terkenal dengan " Qiraat Tujuh " yang kemudian ditetapkan menjadi dasar bacaan ( Ushulul Lil
Qira'ah ). Pelopor bacaan ini terdiri dari kaum Malawy yaitu antara lain : Abdulloh bin Katsir,
Ashim bin Abu Nujud, Abdulloh bin Amir, Ali bin Hamzah dan lain-lain.

b. Ilmu Tafsir, ilmu yang berusaha untuk memberikan penafsiran terhadap ayat-ayat Al-Qur'an
dengan tujuan untuk menghasilkan hukum dan undang-undang. Ahli tafsir yang pertama yaitu
Ibnu Abbas, seorang shahabat terkenal yang wafat pada tahun 68 H. Menurut riwayat yang
mutawatir beliau adalah orang yang pertama menafsirkan Al-Qur'an dengan cara riwayat dan
isnad. Ahli tafsir lainnya adalah Mujahid yang wafat pada tahun 109 H dan ulama Syi'ah yaitu
Muhammad Al-Baqir bin Ali bin Husain.

c. Ilmu Hadits, Untuk membantu di dalam memahami ayat-ayat Al-Qur'an. Karena terdapat
banyak hadits maka timbullah usaha untuk mencari riwayat dan sanad yang hadits yang
akhirnya menjadi Ilmu Hadits dengan segala cabang-cabangnya.
Para ahli hadits yang terkenal pada zaman ini adalah :
1. Abu Bakar bin Muhammad bin Ubaidillah bin Zihab Az-Zuhri ( W. 123 H ).
2. Ibnu Abi Malikiah, yaitu Abdulloh bin Abi Malikiah ( W. 119 H ).
Pada masa kholifah Umar bin Abdul Aziz barulah hadits dibukukan yang dirintis oleh
Ibnu Zihab Az-Zuhri yang kemudian disusul oleh ulama lain.

d. Ilmu Nahwu, yaitu ilmu tentang perubahan bunyi pada kata-kata yang terdapat di dalam Al-
Qur'an.Pengarang ilmu nahwu yang pertama dan membukukannya seperti halnya sekarang,
yaitu Abu Aswad Ad-Dualy ( W. 69 H ). Beliau belajar dari Ali bin Abi Thalib sehingga ada ahli
sejarah yang mengatakan bahwa Ali bin Abi Thalib adalah Bapak Ilmu Nahwu.

e. Ilmu Jughrofi. Tentang ilmu jughrofi sekalipun bukan berasal dari bangsa arab, namun
bangsa Arab muslim telah membuat ilmu ini menjadi satu ilmu yang tersendiri oleh karena tiga
sebab :
1. Al-Haj yang menjadi salah satu rukun Islam. Untuk menunaikan rukun haji kaum
Muslimin di seluruh penjuru dunia harus mengetahui ilmu bumi.
2. Al-Ilmu. Kewajiban menuntut ilmu bagi kaum muslimin, mengharuskan mereka
melakukan Rihlah Ilmiyah untuk menuntut ilmu, hal mana mengharuskan kaum muslimin
mengetahui ilmu bumi.

3. Dakwah. Keharusan berdakwah dan berjihad untuk mengembangkan Islam, juga


mengharuskan kaum muslimin mengetahui ilmu bumi.
Tiga sebab ini disamping sebab-sebab lain yang mendorong orang Yunani lama untuk
membuat ilmu bumi yaitu kepentingan dagang dan perang. Ilmu Jughrofi dalam masa
bani Umayyah baru dalam taraf merintis jalan.

Sedangkan ilmu-ilmu yang di salin dari bahasa Asing ke dalam bahasa Arab dan di
sempurnakan untuk kepentingan keilmuan umat Islam dikelompokan dalam Al-Ulumud
Dakhilah yang terdiri dari :
1. Ilmu Kima. Khalifah Yazid bin Yazid bin Mua'wiyah adalah yang menyuruh
penerjemahannya ke dalam bahsa Arab.Beliau mendatangkan beberapa orang Romawi
yang bermukim di Mesir, di antaranya Maryanis seorang pendeta yang mengajarkan
ilmu kimia. Penerjemahan ke dalam bahasa Arab dilakukan oleh Isthafun.
2. Ilmu Bintang. Masih dalam masa Kholid bin Walid, beliau sangat menggemari ilmu ini
sehingga dikeluarkan sejumlah uang untuk mempelajari dan membeli alat-alatnya.
Karena gemarnya setiap akan pergi ke medan perang selalu dibawanya ahli ilmu
bintang.

3. Ilmu Kedokteran. Penduduk Syam di jaman ini telah banyak menyalin bermacam ilmu ke
dalam bahasa Arab seperti ilmu-ilmu kedokteran, mislanya karanganm Qis Ahrun dalam
bahasa Suryani yang disalin ke dalam bahasa Arab oleh Masajuwaihi.

B. GERAKAN FILSAFAT
Gerakan filsafat muncul di akhir zaman bani Umayyah untuk melawan pemikiran Yahudi dan
Nasrani. Pemikiran teologis dari agama Kristen sudah berkembang lebih dulu sebelum
datangnya Islam dan masuk ke lingkungan Islam secara sengaja untuk merusak akidah Islam.
Karena itu timbul dalam Islam pemikiran yang bersifat teologis untuk menolak ajaran-ajaran
teologis dari agama Kristen yang kemudian disebut Ilmu Kalam.
Ilmu kalam dalam perkembangannya menjadi ilmu khusus yang membahas tentang berbagai
macam pola pemikiran yang berbeda dari ajaran Islam sendiri, karena dalam Al-Qur'an terdapat
banyak ayat yang memerintahkan untuk membaca, berfikir, menggunakan akal dan sebagainya yang
kesemuanya mendorong umat Islam, terutama para ahlinya untuk berfikir mengenai segala sesuatu guna
mendapatkan kebenaran dan kebijaksnaan.

C. GERAKAN SEJARAH
Pada zaman bani Umayyah gerakan sejarah menghasilkan tarikh yang terbagi dalam dua
bidang besar :

 Tarikh Islam, yaitu tarikh kaum muslimin dengan segala perjuangannya, riwayat hidup
pemimpin-pemimpin mereka. Sumber tarikh dalam bidang ini adalah dari amal
perbuatan mereka sendiri.
 Tarikh umum, yaitu tarikh bangsa-bangsa lain yang dipelajari dan disalin dengan
sungguh-sungguh sejan zaman bani Umayyah. Hal ini karena kholifah mereka termasuk
orang-orang yang paling gemar untuk mengetahui orang-orang ternama dari tarikh
bangsa lain.

Pembukuan ilmu sejarah sudah dimulai dan berkembang pesat pada zaman Abbasiyah.
Demikian pesatnya sehingga mencapai jumlah 1:300 judul seperti yang diterangkan dalam kitab
Kashfud Dhunun.

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN KHUAFA AR-RASYIDIN


Pendidikan Islam berasaskan keseimbangan dan integrasi antara roh, akal, dan jasad. Ia
melibatkan proses pendidikan sepanjang hayat sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W
pernah bersabda,”tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”. Dalam tradisi Islam,
perkataan-perkataan seperti tarbiyyah-ta’lim-ta’dib yang membawa pengertian pendidikan,
pengajaran dan pembentukan budi pekerti, telah digunakan pakai semenjak zaman awal
Islam lagi. Pendidikan selepas zaman Nabi Muhammad SAW telah mengalami beberapa
perubahan dari segi kaedah atau cara pengajaran , tempat belajar, kurikulm yang diajar dan
tenaga pengajar serta sumber. Menurut Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam Al-Sultaniyah,
tugas khalifah adalah untuk menegakkan agama dan mentadbir dunia.

Perkembangan pendidikan Islam pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin bermula


dengan zaman Abu Bakar As-Siddiq. Pada zaman ini, pembaharuan yang ditekankan ialah
mengumpul ayat-ayat Al-Quran. Hal ini dilakukan kerana ramai tahfiz telah mati syahid
semasa berperang. Ayat-ayat Al-Quran diajar dengan cara hafalan pada zaman Nabi
Muhammad S.A.W. Seterusnya, ia adalah bertujuan memerangi golongan nabi palsu (Ar-
Riddah). Zaid bin Thabit telah diperintah untuk melaksanakan tugas ini kerana beliau
pernah menjadi penulis wahyu pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ayat-ayat Al-Quran
ditulis semula diatas pelepah kurma, kepingan batu dan lain-lain bahan penulisan.

Selain itu, pada zaman Abu Bakar As-Siddiq, pembaharuan yang dilakukan ialah
penyebaran hadis iaitu melalui ucapan Nabi Muhammad S.A.W. Tokoh-tokoh hadis adalah
seperti Abu Hurairah, Aisyah dan Abdullah bin Umar. Hadis juga turut diriwayatkan oleh
tokoh daripada golongan Tabi’in seperti Said bin Musayyab, Urwan bin Zubayr dan Salim
bin Abdullah bin Umar. Penyebaran hadis ini dilakukan agar setiap perkara yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada para pengikutnya dapat
diperpanjangkan kepada umat manusia yang lain dengan tujuan agar merekan dapat
mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Seterusnya, menjadikan masjid sebagai institusi penyebara ilmu pengetahuan. Ini adalah
untuk menjadikan masjid bukan hanya tempat ibadat semata-mata. Ia juga boleh digunakan
atas tujuan sebagai pusat penyebaran dakwah, pusat pentadbiran dan pendidikan. Abu
Bakar As-Siddiq juga selalu mengunjungi dan melawat ke masjid untuk berdakwah.
Baginda turut menghantar guru seperti Zaid bin Abdullah bin Saad untuk mengajar Al-
Quran dan hadis di sekitar masjid Madinah. Pengajaran pendidikan yang digunakan adalah
berdasarkan system halaqah dimana guru berada ditengah dan dikelilingi pelajar-
pelajarnya.

Tambahan pula, pembaharuan yang giat dilakukan adalah mempergiatkan usaha dakwah.
Usaha ini dilakukan apabila berlaku peperangan. Ia juga dijadikan antara syarat sebelum
berperang seperti memeluk Islam, membayar jizyah dan berperang apabila dicabar. Satu
utusan telah dihantar ke Damsyik (Syam) bersama 7500 orang tentera. Utusan-utusan lain
dihantar ke Palestin, diketuai oleh Amr bin Al-As, dan Syurahbil bin Hasanah ke Jordan
menerusi perang Tabuk.

Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab pula, perkembangannya dapat dilihat menerusi
pembinaan madrasah dan perpustakaan. Ia adalah menempatkan pusat pengumpulan dan
penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau juga menyusun semula kaedah pembelajaran dan
pengajaran Islam mengiktu kesesuaian. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan salah faham
mengenai ibadah dan iman.

Seterusnya, perubahan perkembangan yang dapat dilihat ialah pemerintah mewajibkan


solat jumaat dan puasa di bulan ramadhan. Hal ini bertujuan untuk memantapkan akidah
masing-masing. Beliau juga melantik guru untuk mengajar isi Al-Quran dan akidah. Bahasa
arab juga dijadikan bahasa rasmi diseluruh Negara dan jajahan takluknya, disamping
mengekalkan bahasa ibunda suku kaum masing-masing.

Selain itu, Khalifa Umar juga memerintahkan supaya ilmu nahu (tatabahasa) Arab disusun
supaya mudah mempelajari bahasa arab. Menerusi pembelajaran bahasa arab, Ia dapat
memantapkan akal dan mempertinggikan nilai akhlak seseorang penuntut. Pengenalan
kepada kalendar Islam juga adalah perkembangan yang dilakukan oleh Khalifah Umar
sempena mengambil tarikh hijrah pada 17 hijrah bersamaan 16 julai 622 masihi. Hal ini
bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran.

Tambahan pula, terdapat kelas-kelas bacaan Al-Quran diseluruh wilayah Islam. Khalifah
Umar mengirimkan guru-guru berpengalaman disetiap wilayah. Kota Basrah dijadikan
sebagai pusat pengajian Islam begitu juga dengan di Kufah. Ilmu tauhid dan kebudayaan
disebar dengan meluas dan dapat menambah ilmu pengetahuan rakyat.

Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, beliau menyambung pendidikan sedia ada dengan
meriwayatkan hadis-hadis sebanyak 146 buah. Akibat terdapat percanggahan dalam
tentera Islam mengenai pembacaan Al-Quran, beliau mengarahkan Zaid bin Thabit
menyalin semula Al-Quran sebanyak enam kali. Al-Quran akhirnya dibukukan dan dipanggil
Mashaf Uthmani dan digunapakai sehingga ke hari ini.

Seterusnya, pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib berlaku perkembangan pendidikan
seperti usaha pendidikan agama. Khalifah Ali dianggap pengasas ilmu nahu dan beliau
mewujudkan dasar-dasar pendidikan. Antaranya ialah melantik pemimpin melalui Bai’ah
yang diberikan oleh orang ramai. Pemimpin juga harus bersikap tegas dan adil dan rakyat
harus menurut perintah pemimpin. Pelantikan adalah mengikut majoriti dan sesiapa yang
tidak bersetuju atau ingkar dianggap tidak mengikut hukum Islam. Secara tak langsung, ini
menggambarkan kebijaksanaan Ali R.A. sebagai seorang Khalifah yang mempunyai ilmu
pengetahuan tinggi, bersikap jujur dan berpandangan jauh.

Kesimpulannya, pendidikan zaman Khulafa Ar-Rasyidin merupakan kesinambungan


perkembangan pendidikan zaman Rasulullah. Pendidikan pada zaman ini adalah
berpandukan Al-Quran dan Hadis. Meskipun terdapat kekurangan peralatan, namun
masing-masing telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam pendidikan Islam.

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA


Perkembangan Sejarah Pendidikan Islam.

Pendidikan Agama Islam di Malaysia bermula sejak sekian lama dahulu. Pendidikan yang
menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar diajar oleh mubaligh-mubaligh Arab yang
berdagang di Tanah Melayu masa itu. Masjid, surau dan rumah-rumah tok guru adalah menjadi
tempat di mana ilmu agama ini diajar. Pendidikan pada masa itu tidaklah dijalankan secara
formal dan sistematik dengan sistem silibus yang seragam. Silibus adalah berasaskan kepada Al-
Quran, Sunnah dan Hadith. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).

Didalam lapuran Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah (1992), sistem pendidikan agama
di Malaysia terbahagi kepada 4 tahap:-

a. Sistem belajar di rumah guru.

b. Sistem pondok.

c. Sistem Madrasah

d. Dasar Pelajaran Kebangsaan.

 Sistem belajar di rumah guru

Kehadiran Islam telah merubah sistem kehidupan masyarakat masa itu dari Hindu kepada Islam.
Oleh sebab itu, Islam diterima sebagai membawa perubahan sosiologi kanak-kanak Islam dalam
keluarga Melayu. Hikayat Abdullah Munshi pernah menulis, sesudah boleh membaca dan
menulis barulah disuruh mengaji Ilmu Tauhid dan Fiqh. Pendidikan pada awalnya ialah dengan
pelajar datang ke rumah guru (Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah, 1992)

 Sistem pondok

Apabila bilangan pelajar makin bertambah, timbullah idea baru dengan membina surau
berdekatan rumah guru. Ianya dipelopor oleh ulama yang mendapat pendidikan di Patani.
Bilangan pelajar yang ramai dan datang dari beberapa tempat menyebabkan pondok-pondok
kecil pula dibina berdekatan dengan rumah guru. Ini bagi memudahkan pengajaran bagi pelajar-
pelajar yang datang dari luar daerah. (Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah, 1992).

 Sistem Madrasah

Apabila pendidikan ini semakin berkembang, tumpuannya lebih daripada sekadar kepada ibadah
dan tauhid tetapi juga bahasa Arab, Hisab, Geografi dan lain-lain. Jadi, sistem madrasah pula
dibentuk. Pada awalnya, madrasah ini adalah yang dibiayai oleh penduduk setempat (Penyeliaan
Pendidikan Islam Sekolah Rendah, 1992).

 Dasar Pendidikan Kebangsaan


Madrasah telah lumpuh apabila Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) diperkenalkan. DPK
diperkenalkan melalui Penyata Pelajaran Razak 1956 dan Penyata Pelajaran Abdul Rahman
Talib 1960. Ibu-bapa banyak menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan memandangkan
peluang untuk mengikuti pendidikan yang lebih tinggi adalah lebih luas. DPK dibahagikan
kepada:

1. Sekolah agama dan madrasah rakyat yang didirikan oleh rakyat dan ditadbir sendiri.

2. Sekolah agama oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri.

3. Sekolah agama oleh Majlis Agama.

4. Sekolah Agama dibawah Kementerian Pendidikan (SMKA)

(Sumber: Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah, 1992)

Sewaktu penjajahan Inggeris, sistem penjajahan Inggeris tidak melibatkan diri mereka dalam hal
agama dan budaya Melayu. Seperti contoh, dalam pembinaan sekolah Madrasah. Pada tahun
1917, Madrasah Muhammadiah telah dibina di Kelantan hasil usaha rakyat tempatan sendiri
tanpa campurtangan Inggeris. Sekolah ini mempunyai tiga bahasa pengantar iaitu Inggeris,
Melayu dan Arab. Kurikulum asasnya adalah bersamaan dengan yang ditawarkan di sekolah
menengah akademik biasa. Kursus yang wajib adalah bahasa Arab (komunikasi), Bahasa Arab
(lanjutan), Tasawwur, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syari'ah. Dasar
Inggeris yang mengamalkan pendidikan vernakular, memisahkan lagi pendidikan agama dengan
pendidikan yang lain. (Chelliah 1960 ).

Mereka yang mengikuti persekolahan di sekolah agama, kebanyakkannya melanjutkan pelajaran


ke Mesir terutama di Universiti Al-Azhar di Kaherah. Ini memandangkan Al-Azhar pada masa
itu adalah merupakan gedung ilmu agama yang termasyhur. Pada masa itu, ilmu agama
dipisahkan dari ilmu sains dan teknologi. Mereka ini mendalami ilmu agama dengan begitu
mendalam tetapi tidak mahir dengan sains dan teknologi. Kelompok yang menuntut di negara-
negara barat pula, adalah kebanyakkannya mereka yang mendapat pendidikan Inggeris di tanah
air dan dari golongan bangsawan (Chelliah 1960)

Fenomena lampau ini memberikan kesan sejagat kepada masyarakat sekarang dalam melihat
adakah arus teknologi berkembang bersama dengan unsur-unsur kerohanian Islam itu sendiri.

3.0 Islam dan Ilmu Sains

Menurut Dr Hakimi Ibrahim, Allah menjadikan alam semesta ini penuh dengan peraturan dan
hukumnya yang tersendiri. Rahsia dan hikmah di alam fizikal ini sampai masa kini, secara terhad
dapat diterokai oleh akal melalui pemikiran sains dan teknologi. Walau bagaimanapun,
pengembangan sains tanpa mendapat bimbingan Ilahi akan membawa kepada perkembangan
yang tidak bersesuaian dengan fitrah manusia dan pembangunan rohani yang sehingga
mengabaikan sains dan teknologi juga akan membawa kepada kehancuran (Berita Harian, 10
Julai 1998) .
Menurut Ziauddin Sardar (1981), Islam bukan sahaja menghasilkan ahli-ahli sains yang
terkemuka tetapi juga membentuk satu bentuk sains yang tersendiri. Ini adalah kerana sains
dalam Islam adalah menyatukan sains yang objektif ke dalam pandangan hidup Islam. Sains
boleh membawa kecelaan apabila melahirkan kesan-kesan sosial yang tidak diingini, apabila
membawa kekaburan yang merenggangkan manusia dengan yang lain, apabila ianya membawa
kepada kekeliruan bukan pengetahuan.

Falsafah Pendidikan Negara amat menekankan dalam melahirkan insan yang mempunyai unsur
nilai, insaniah dan kerohanian. Konsep pembangunan jasmani, emosi rohani dan intelektual
sering dipertekankan. Ini adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Islam iaitu:-

"Menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam


berdasarkan Al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, peribadi dan pandangan hidup sebagai hamba Allah
yang bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat
dan negara kearah kebaikkan dunia dan akhirat".

Sumber: Lapuran Tahunan Pendidikan Kemnterian Pendidikan Malaysia, 1996

Pendidikan Islam adalah antara elemen penting kearah pembentukan diri insan tersebut. Tidak
dinafikan perubahan pesat dalam pendidikan negara melalui reformasi pendidikan, telah
memberikan impak yang besar kepada cara hidup masyarakat. Jadi, pelajar aliran agama
seharusnya seiring bergerak dengan aliran-aliran yang lain. Sehingga 1995, perangkaan
pendidikan menunjukkan jumlah sekolah agama seperti berikut:-

Jenis Sekolah Bilangan Sekolah

SM (A) Negeri 100

SM (A) Rakyat 141

SM (Arab) Negeri 2

SM (Arab) Rakyat 31

Perangkaan Pendidikan 1995,

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

5.1 Peringkat Sekolah


Lapuran Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan sistem persekolahan di
Malaysia dipisahkan mengikut 3 kelompok utama:

1. Sekolah Harian (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan)

2. Sekolah Teknik dan Vokasional.

3. Sekolah Kebangsaan Agama.

Sistem ini melahirkan empat kelompok besar yang lain iaitu dari jurusan sains, agama, sastera
dan teknik. Calon SPM, mengambil sekurang-kurangnya lapan matapelajaran dan tidak melebihi
sepuluh. Enam matapelajaran teras termasuklah Pendidikan Islam dan empat matapelajaran
elektif. Bagi mendapat pangkat 1, calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat kepujian bagi
enam matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan dua subjek elektif. .Namun begitu,
matapelajaran Pendidikan Islam bukanlah menjadi matapelajaran yang banyak membantu dalam
kriteria pemilihan untuk ke IPT jika pelajar ingin mengikuti jurusan sains dan teknologi. Ini
berikutan pandangan Presiden ABIM, Prof. Madya Dr Muhammad Nur Manuty (Berita Harian,
23 Jun 1997) bahawa pelajar agama tidak dibenarkan mengambil jurusan sains dan sains sosial
memandangkan mereka tidak mempunyai komponen mata pelajaran Sains yang melayakkan
mereka ke IPT. Beliau juga menyatakan bahawa, polisi baru yang menetapkan 60% kemasukkan
pelajar dalam bidang sains ke IPT boleh menyebabkan pelajar aliran agama akan tercicir
sungguhpun mendapat keputusan yang baik.

 Matapelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Agama

Sekolah Kebangsaan Agama (SKA) ditubuhkan bertujuan untuk membina individu yang berjaya
dengan nilai-nilai yang seimbang antara rohani dan pengetahuan intelek. SKA menitik beratkan
ilmu kerohanian dan kurang penekanan pendedahan kepada ilmu sains seperti Fizik, Kimia dan
Biologi. Sehinggalah sekarang, kerajaan cuba memperkenalkan matapelajaran ini di SKA. Ini
supaya dapat melahirkan individu yang dapat mengintegrasikan pengetahuan dalam Islam
dengan bidang-bidang lain seperti sains dan teknologi. Menurut Mohd Fauzi Mustaffa Al-Besuty
(Jun, 1997) pengintegrasi mata pelajaran agama dengan matapelajaran lain adalah perlu dalam
merapatkan jurang antara pelajar aliran agama dan pelajar sains yang sekaligus dapat melahirkan
bakal ulama dan kelompok profesional. Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Universiti
Islam Antarabangsa dan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ditubuhkan bertujuan untuk
melahirkan lebih ramai ulama intelek yang profesional dan progresif.

 Aliran agama di sekolah biasa

Sistem pendidikan aliran agama telah diperluaskan lagi. Di peringkat sekolah, kerajaan
bercadang untuk memperluaskan aliran agama disemua sekolah menengah kebangsaan. Ini
memberikan peluang pelajar mengambil bidang agama dan bidang lain mengikut pilihan. Pelajar
akan mengambil matapelajaran bahasa Arab sebagai teras dan elektif lain seperti
Tasawwur,syariat dan sebagainya. (Berita Harian, Mei 20.1998). Persoalanya, jika matapelajaran
ini menjadi pilihan pelajar ianya tidak membantu pemilihan ke IPT kelak bagi mengikuti jurusan
sains dan teknologi.
 Tenaga Pendidik

Didalam Seminar Kebangsaan Kurikulum Pendidikan Islam, satu resolusi mendesak supaya
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral mengadakan garis panduan untuk mewujudkan pula guru
pakar dalam bidang pendidikan Islam. Ini bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam
meningkatkan kualiti guru pendidikan Islam. Juga, dicadangkan supaya maktab perguruan dan
Jabatan Pendidikan IPT menubuhkan Jabatan Perkaedahan Pendidikan Islam dalam melahirkan
dan melatih guru. (Berita Harian, Mei 19. 1997). Menurut Perangkaan Pendidikan 1995,
bilangan guru disekolah agama seperti berikut:

Jenis Sekolah Guru Terlatih Guru Tidak Terlatih

SM (A) Negeri 1530 1592

SM (A) Rakyat 231 2456

SM (Arab) Negeri 21 18

SM (Arab) Rakyat 60 403

Perangkaan tersebut menunjukkan jumlah yang tinggi dikalangan guru tidak terlatih. Ini
seharusnya diambil perhatian memandangkan guru adalah merupakan nadi kepada pendidikan.

Dalam satu kajian "Pengajaran Pendidikan Agama Islam di sekolah rendah di Semenanjung
Malaysia" (1989), didapati guru-guru pendidikan Agama Islam lemah dalam kemahiran menulis
dan bertutur dalam bahasa Arab. 50% sahaja guru yang menyediakan sendiri alat bantuan
mengajar, mengadakan latihan amali dalam aspek ibadah dan pemulihan. Lebih dari 90% guru-
guru jarang melatih murid-murid merujuk buku-buku agama di perpustakaan atau sumber-
sumber lain. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997). Perkara ini seharusnya dipandang serius
kerana kualiti pengajaran akan menjadi persoalan yang perlu dijawab.

 Pendidikan teknik di sekolah agama

Berikutan dengan pengenalan aliran teknikal, sekolah menengah agama juga dicadangkan untuk
diperkenalkan dengan aliran teknik dan vokasional. Di dalam resolusi utama Seminar Pendidikan
Islam Peringkat Kebangsaan telah dicadangkan matapelajaran Lukisan Teknik Kejuruteraan
ditawarkan di SMKA begitu juga matapelajaran elektif teknik dan vokasional (Penyeliaan
Pendidikan Islam Sekolah Rendah, 1992). Langkah ini adalah bijak dalam memberi pendedahan
teknikal kepada pelajar agama diperingkat sekolah lagi.

5.2 Peringkat Tinggi

Timbul persoalan sekarang ini ialah masalah penempatan pelajar aliran agama di IPT. Pelajar
aliran agama dikelompokkan dalam jurusan agama dengan terpaksa bersaing dengan pelajar
aliran sastera untuk ke IPT. Peluang mereka untuk memasuki jurusan sains dan teknologi adalah
tipis jika tidak memiliki asas dalam matapelajaran sains diperingkat sekolah. Penumpuan mereka
akan hanya untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama kerana mata pelajaran agama yang
diambil tidak lagi menjadi kriteria pemilihan ke IPT bagi jurusan sains. (Berita Harian, 23 Jun
1997). Ini sudah menampakkan fenomena lalu berulang lagi dimana negara masih gagal untuk
melahirkan golongan teknokrat Islam meintegrasikan sains dan agama dalam pendidikan.

Dalam pada itu perancangan penubuhan Universiti Teknologi Islam (UNITI) sebagai satu
universiti swasta telah mendapat perhatian ramai. Atas kesedaran ini, UNITI memberikan
peluang kepada pelajar jurusan agama untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.
Ini disebabkan syarat ke IPT tempatan terhad kepada aliran sains sahaja, pelajar aliran agama
yang berminat diketepikan. (Watan, Julai 18. 1996). Usaha ini dapat membentuk golongan
profesional yang bukan sahaja mahir dalam bidang teknologi dan sains tetapi juga mempunyai
pegangan yang kuat dalam agama.

6.0 Arah Masa Depan Aliran Agama

Tidak dinafikan pencapaian akademik pelajar aliran agama adalah sungguh memberangsangkan.
Disamping itu juga, keperibadian akhlak pelajar aliran agama juga adalah baik. (Berita Harian,
Mac 1997). Namun begitu, tahun 2020 mengundang pembangunan negara Malaysia berasaskan
teknologi mengikut acuan budaya tersendiri. Ianya juga menuntut kepada pengislaman ilmu
dalam matapelajaran bukan agama. Adakah negara sudah bersedia dengan generasi yang
menguasai kedua-dua bidang ini. Ianya penting dalam memberikan tasawur yang betul untuk
menghasilkan golongan profesional Islam seperti jurutera, akauntan dan doktor mengikut acuan
Islam.

Rang Undang-Undang 1995 membincangkan isu pendidikan Islam yang mana ianya akan
diperluaskan disemua kategori sekolah termasuk sekolah swasta. Jika sebelum ini, ianya hanya
diwajibkan disekolah kerajaan dan bantuan kerajaan apabila terdapat 15 atau lebih pelajar Islam.
Subseksyen 18(2) pula menjadikan Pendidikan Islam sebagai matapelajaran teras. Resolusi
Seminar Pendidikan Islam Kebangsaan 1995 telah dibuat berhubung dengan penyusunan semula
kurikulum, pendidikan guru dan strategi pengajaran akan dilaksanakan untuk memberi
pendekatan baru terhadap pendidikan Islam (Rang Undang-Undang Pendidikan, 1995)

7.0 Cadangan

 Refomasi Kurikulum Pendidikan Islam

Banyak perubahan yang perlu dilakukan dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita untuk
melahirkan lebih ramai lagi teknokrat Islam. Malaysia, yang bercita-cita untuk menjadi pusat
ilmu serantau seharusnya melakukan reformasi dalam pendidikan Islam. Di dalam Seminar
Kebangsaan Kurikulum Pendidikan Islam satu resolusi telah diambil iaitu:

"Berdasarkan kehendak masa kini, Kurikulum Pendidikan Islam yang sedia ada
sudah lengkap dan mampu menanggani masalah masyarakat kini, jika semua
kehendak dan ketetapan dipatuhi, terutama aspek perkaedahan, kesepaduan dan
penilaian"
(Utusan Malaysia 27 Jun 1997)

Jika diamati resolusi tersebut, kurikulum sains dalam pendidikan Islam tidak menjadi isu yang
diambilkira dalam resolusi tersebut memandangkan ianya sudah lengkap.

 Suntikan matapelajaran sains

Jadi, apakah rasionalnya Kementerian Pendidikan memperkenalkan matapelajaran pendidikan


teknik (Lukisan Kujuruteraan) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, aliran agama di
sekolah biasa dan matapelajaran sains di sekolah agama? Menurut Timbalan Menteri Pendidikan,
Datuk Khalid Yunus (Berita Harian 30 Mac 1998) ianya adalah untuk memberikan peluang yang
sama kepada pelajar aliran agama ke IPT.

Jika diperhatikan, Kurikulum Pendidikan Islam dahulu terikat kepada membaca Al-Quran,
menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran surah-surah, menyakini asas keimanan,
mengamalkan asas Fardu Ain dan mengamalkan akhlak Islamiah. Jika ini berlaku menurut Datin
Dr. Rohaty Mohd Majzub, Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan UKM (Utusan Malaysia, 27 Jun
1997) akan berlaku kejutan kurikulum dikalangan pelajar sekolah agama apabila menjejakkan
kaki ke universiti sebagai pelajar sains. Jadi, tidak salahnya mengubah falsafah pendidikan
agama kerana bukannya mengubah falsafah agama kerana pelajar telah didedahkan dengan
matapelajaran sains dan teknikal sejak dibangku sekolah lagi (Utusan Malaysia, 27 Jun 1997).
Tindakan adalah wajar bagi Kementerian Pendidikan menyuntik aliran sains dan teknikal ke
sekolah agama. Pendedahan ini perlu agar tidak wujud fobia hingga boleh membawakan istilah
sekularisme dalam pendidikan difikiran pelajar.

 Mengintegrasikan sains dan agama

Sistem Pendidikan di negara Islam menggunakan andaian asas dari sistem pendidikan barat. Ini
dapat dilihat melalui pembahagian antara dua bahagian penting iaitu ‘kehidupan’ dan
‘keagamaan’. Ini tidak diterima oleh Islam dengan membahagikan agama dengan sains dan
teknologi. (Ziauddin Sardar, 1981). Sememangnya Islam tidak pernah manafikan pembangunan
sains dan teknologi asalkan pembangunan itu bertempat dan membawa manafaat (Dr. Hakimi
Ibrahim, 10 Julai 1998). Kesedaran sains diperingkat sekolah rendah dengan penggunaan sistem
pendidikan adalah mesti dijalankan dengan lebih sistematik dan terperinci.

Menurut Mohd Fauzi Mustaffa, Pegawai Penyelidik IKIM, langkah-langkah yang perlu
diberikan perhatian serius dalam melahirkan lebih ramai teknokrat Islam di masa hadapan
antaranya:

a) Penekanan aliran sains diseimbangkan dengan aliran sastera.

b) Kelemahan tenaga pengajar perlulah diperbaiki melalui latihan khas, kursus, program dan
lain-lain.
c) Kelemahan pelajar aliran agama dalam penguasaan bahasa Arab dan Inggeris- kebanyakkan
cadangan untuk mengajar sains dan teknologi kepada orang awam adalah dengan bahasa
Inggeris. (Ziauddin Sardar, 1981 m.s 228)

e) Kelemahan kurikulum pendidikan agama yang tidak menekankan aspek sains dan teknologi.

f) Kekurangan kemudahan asas dan peralatan dalam proses pembelajaran.


PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ZAMAN ABBASIYAH
Published by PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKDHTK under NOTA TINGKATAN 5 on 10:09 AM

1. Menerangkan perkembangan pendidikan pada zaman abbasiyah

a. Perkembangan pendidikan di zaman ini lebih pesat berbanding di zaman bani


umaiyah, disebabkan di zaman bani umaiyah banyak pemberontakan dari puak
syiah khususnya yang perlu ditangani

b. Berbanding negara islam di zaman abbasiyah yang sudah kukuh dan telah
menguasai dua pertiga dunia. Untuk itu perhatian diberikan kepada pendidikan
dan ekonomi.

2. Menyenaraikan faktor utama perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman abbasiyah

a. Kretiviti para ulamak

b. Usaha dan galakan para khalifah

c. Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu

d. Kestabilan polotik dan kewangan kerajaan abbasaiyah

e. Dasar kerajaan abbasiyah yang memberi keutamaan kepada ilmu pengetahuan

f. Kewujudan prasarana pendidikan yang baik

g. Islan menggalakkan umatnya sepaya mengkaji alam sekitar

h. Hubungan diplomatik antara kerajaan abbasiyah dengan negara luar

i. Kedudukan baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antara bangsa

3. Menjelaskan institusi pendidikan pada zaman abbasiyah

a. Masjid

· masjid memainkan peranan sebagai tempat ibadat dan pusat penyebaran ilmu
pengetahuan

· masjid dipenuhi dengan halqah ilmu pengetahuan

b. Istana khalifah

· khalifah telah menjadikan istana sebagai tempat untuk para ulamak


bermuzakarah dan menyampaikan ilmu pengetahuan

c. Perpustakaan
· Perpustakaan yang terulung ketika itu ialah baitul hikmah di baghdad yang
dibina oleh khalifah harun ar-rasyid

· Terdapat pelbagai karya sarjana tempatan dan karya terjemahan dariapda


bahasa parsi, yunani, cina dan india

· Khalifah al-makmun mengambil inisiatif membawa masik khazanah karya-


karya yunani yang diambil dari pulau cyprus dan istambul

· Peranan baitul hikmah ketika itu ialah sebagai;

o Pusat pertemuan para sarjana

o Pusat penterjemahan

o Pusat sumber

o Pusat penyelidikan ilmiah

o Pusat latihan para ilmuan

· Terdapat juga perpustakaan lain yang terkenal di kaherah iaitu darul hikmah

d. Pusat pengajian

· Banyak pusat pengajian dibina oleh khalifah, menteri dan orang kaya diatas
tanah milik kerajaan, wakaf dan persendirian

· Pusat pengajian yang terkenal ialah al-madrasah an-nizamiyah

· Sumber kewangan kebanyakan pusat penagjian ketika itu diambil daripada


hasil tanah-tanah waqaf atau perbendaharaan negara

4. Menganalisis bidang-bidang ilmu yang diterokai pada zaman abbasiyah

a. Ilmu berteraskan wahyu

i. Ilmu tafsir

¨ Pada awalnya wujud dalam keadaan tidak tersusun

¨ Mula disusun mengikut susunan surah oleh yahya bin ziyad al-farra' dan
diperbaharui oleh at-tabari

ii. Ilmu hadis

¨ Zaman abbasiyah adalah zaman kegemilangan pengumpulan dan


penyusunan hadis
¨ Muncul pakar-pakar hadis terkenal seperti al-bukhari, muslim, abu
daud, at-tirmizi, an-nasai dan ibnu majah

iii. Ilmu fekah

¨ Di zaman ini muncul tokoh-tokoh ulamak muktabar yang mengasaskan


mazhab-mazhab fikah seperti imam abu hanifah, imam malik, imam
malik, imam syafi'e dan imam ahmad bin hanbal

iv. Ilmu tauhid

¨ Perkembangan ilmu falsafah memberikan kesan sampingan buruk


terhadap akidah umat islam

¨ Terdapat umat islam pada masa itu menganggap falsafah yunani


sebagai rujukan utama dalam menyelesaikan masalah akidah

¨ Muncul ulamak-ulamak terkenal seperti abu hasan al-a'sya'ri yang


berjuang memurnikan semula akidah umat islam daripada pengaruh
falsafah yunani yang menyesatkan

b. Ilmu berteraskan akal

i. ilmu matematik

¨ muncul beberapa formula baru matematik seperti trigonometry,


algebra, geometry dan logarithm

¨ di zaman ini diperkenalkan sistem angka dalam abjad arab

¨ diperkenalkan juga bilangan kosong ( 0 ) dalam sistem angka

¨ tokoh terkenal ialah al-khawarizmi. Beliau merantau ke india untuk


mempelajari ilmu matematik dan menghasilkan buku "integration
and equations". Mahir juga dalam ilmu falak dan geografi

ii. ilmu falak

¨ penemuan baru di zaman ini;

a. mengukur jarak antara bumi dengan matahari

b. membuat jadual pergerekan bulan dan bintang

c. menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan


matahari terhadap pertukaran musim

d. mencipta alat pengukur sudut yang dikenali sebagai


astrolabe
¨ tokoh terkenal ialah al-butani

iii. ilmu kimia

¨ umat islam di zaman ini telah berjaya membetulkan beberapa teori


kimia yang penting dan mengasskan fakta-fakta kimia berdasarkan
uji kaji

¨ penemuan;

a. penemuan asid galian seperti asid nitrik, asid sulfurik, dan


asid hidroklorik

b. teori penghasilan petroleum

c. teori penghasilan alkohol

d. membaiki proses pembuatan kaca

iv. ilmu fizik

¨ fizik merupakan salah satu cabang ilmu sains yang dikuasai oleh umat
islam di zaman ini

¨ pencapaian ilmu fizik di zaman ini;

a. mencipta pergerakan jirim, daya graviti, dan pantulan


cahaya

b. menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan

c. menyukat kelajuan bunyi dan cahaya

d. mencipta cermin mata

v. geografi

¨ penemuan baru

a. memberi ukuran yan tepat tentang keluasan permukaan bumi

b. menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob

vi. ilmu perubatan

¨ hubungan orang arab dengan orang rom dan farsi telah memberi
peluang kepada mereka untuk mendalami ilmu perubatan

¨ pencapaian ilmu perubatan di zaman ini

a. menjelaskan kesan kuman dalam penyakit


b. menjelaskan teori jangkitan virus seperti TB

c. menemui pelbagai jenis penyakit seperti rubella, alahan,


cacar dan penyakit jiwa

d. mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik

e. mencipta picagari, ubat bius dan benag yang khusus untuk


menjahit luka pembedahan.

5. Merumus kepentingan ilmu serta kesannya dalam membina tamadun

You might also like