Professional Documents
Culture Documents
iii
iv
v
DEDIKASI
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersyukur saya ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya serta keizinan-Nya maka terhasillah laporan bagi
projek sarjana ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga
kepada penyelia, Doktor Faizah Binti Abdul Ghani kerana bimbingan, buah fikiran serta
tunjuk ajar beliau. Sekalung penghargaan buat keluarga, terutama mak dan ayah kerana
tidak jemu memberikan dorongan dan perangsang untuk terus meneroka bidang ilmu
bagi mendapatkan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
ABSTRACT
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola sahsiah diri dan faktor yang
mempengaruhi sahsiah diri dalam kalangan pesalah laku jenayah juvana. Seterusnya
kajian ini akan melihat hubungan antara pola sahsiah diri dengan faktor yang
mempengaruhi sahsiah diri. Terdapat lima pola sahsiah diri yang dikaji iaitu akidah,
ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak. Manakala empat faktor yang mempengaruhi
pola sahsiah diri dikaji meliputi ibu bapa, media, rakan sebaya dan juga pendidikan
agama. Sebanyak 175 orang sampel terlibat dalam kajian yang terdiri daripada pesalah
laku juvana yang bertempat di Sekolah Henry Gurney, Melaka. Responden diberikan
satu set borang soal selidik yang terdiri Inventori Sahsiah Diri. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan Statistical Packages for Sosial Sciences ( SPSS ) versi 17. Data
deskriptif yang diperoleh menunjukkan bahawa pola akidah merupakan sahsiah diri
yang sangat tinggi dalam diri responden. Pengaruh Ibu Bapa mendahului peratus dari
empat faktor pengaruh sahsiah diri yang dikaji. Analisis inferensi korelasi Pearson yang
dijalankan menunjukkan pola sahsiah akidah mempunyai hubungan yang signifikan
sekurang-kurangnya dua faktor iaitu faktor pengaruh ibu bapa dan faktor pendidikan
agama. Namun begitu, hubungan korelasi yang diperoleh antara pemboleh ubah adalah
sangat lemah.
ix
SENARAI KANDUNGAN
DEKLARASI ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRACT vi
ABSTRAK vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xviii
SENARAI RAJAH xxi
SENARAI LAMPIRAN xxii
SENARAI ISTILAH xxiii
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kerangka Konsep Kajian 11
1.8 Skop Kajian 13
1.9 Batasan Kajian 13
1.10 Kepentingan Kajian 14
1.10.1 Ibu Bapa 14
1.10.2 Remaja 15
1.10.3 Pihak Sekolah 15
1.10.4 Pihak Kementerian Pendidikan, Malaysia 15
1.10.5 Pihak Jab. Kebajikan Masyarakat ( JKM ) 16
1.11 Definisi Konsep dan Operasional 16
1.11.1 Sahsiah 16
1.11.2 Faktor 17
x
2 SOROTAN KAJIAN 21
2.1 Pengenalan 21
2.2 Teori Berkaitan Dengan Kajian 22
2.2.1 Teori Psikososial Erikson 22
2.2.2 Teori Ekologi Bronfenbrenner 23
2.2.2.1 Mikrosistem 24
2.2.2.2 Mesosistem 24
2.2.2.3 Ekosistem 24
2.2.2.4 Makrosistem 25
2.2.2.5 Kronosistem 25
2.2.3 Teori Heirarki Keperluan Maslow 25
2.2.4 Pandangan Saidina Ali R.A. 26
2.2.5 Prespektif Hadith dan Al-Quram 27
2.2.6 Pendekatan Tokoh-tokoh Islam 28
2.2.6.1 Imam Al-Ghazali 28
2.2.6.2 Ibnu Khaldun 29
2.2.6.3 Ibnu Jauzi 29
2.2.6.4 Luqman Al-Hakim 29
2.3 Pembangunan Sahsiah 29
2.4 Konsep Akidah 32
2.4.1 Sumber-sumber Akidah 32
2.4.2 Skop Akidah 33
2.4.2.1 Kecintaan Mutlak kepada Allah 33
Dan Rasulnya
2.4.2.2 Kebebesan jiwa raga dan kehormatan 33
Diri
2.4.2.3 Memilik Sifat Berani dan Kekuatan 34
Pembelaan Diri
2.4.2.4 Mencapai Ketenangan Jiwa yang 34
Maksimum
2.5 Konsep Akhlak 34
2.5.1 Sumber-sumber Akhlak Islam 35
2.5.2 Skop Akhlak Islam 36
2.6 Konsep Muasyarat 36
2.6.1 Komponen Muasyarat 37
2.7 Konsep Muamalat 38
2.7.1 Sumber Muamalat 38
2.7.2 Skop Muamalat 39
2.7.3 Komponen Muamalat 40
2.8 Konsep Ibadat 41
xi
3 METODOLOGI KAJIAN 56
3.1 Pengenalan 56
3.2 Rekabentuk Kajian 57
3.3 Populasi, Sampel dan Tempat Kajian 57
3.4 Kaedah Persampelan 60
3.5 Instrumen Kajian 61
3.5.1 Bahagian A: Demografi Sampel 62
3.5.1.1 Demografi Responden 63
3.5.1.2 Demografi Ibu Bapa/ Penjaga 63
3.5.2 Bahagian C: Pola Sahsiah Diri 65
3.5.3 Bahagian D : Faktor yang mempengaruhi Pola 66
Sahsiah
3.6 Kajian Rintis 67
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 68
3.8 Proses Pengumpulan Data 69
3.9 Penganalisaan Data 70
3.9.1 Kaedah Deskriptif 71
3.9.2 Analisis Min 71
3.9.3 Kaedah Inferensi 72
3.10 Kesimpulan 80
4 DAPATAN KAJIAN 81
4.1 Pengenalan 81
xii
RUJUKAN 149
LAMPIRAN 158
xv
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI ISTILAH
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
keterbatasan dalam kehidupan dan juga meraih segala kebaikan dunia sebagai jambatan
akhirat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Hadith ini membawa pesanan bahawa usia adalah antara perkara penting di
dalam sesebuah kehidupan manusia di muka bumi ini untuk mencari kesenangan di
dunia dan kebahagian di akhirat. Maka sehebat-hebat usia adalah berada di alam usia
yang muda iaitu remaja.
Menurut Dr. Noraini Ahmad ( 1995 ) seseorang remaja itu ditentukan dengan
faktor biologi dan seterusnya dipengaruhi oleh budaya masyarakat. Perkembangan
remaja boleh dikategorikan kepada awal usia remaja antara 13 hingga 18 tahun dan masa
akhir remaja ialah antara 18 hingga 24 tahun. Menurut Granville Stanley ( 1924 ),
mengatakan bahawa remaja adalah dipenuhi dengan gelora dan tekanan ( storm and
stress ). Pemikiran remaja, perasaan dan tindakannya adalah berdasarkan kepada
kerendahan hati, kebaikan, godaan, kegembiraan dan kesedihan. Remaja memerlukan
kepada rakan-rakan apabila keseorangan diri. Menurut Santrock, John W ( 2001 ),
pandangan tentang remaja ialah suatu zaman yang kacau-bilau dipenuhi dengan konflik
dan keadaan hati yang berubah-rubah dengan secara tiba-tiba sahaja.
Menurut Zainal Madon dan Mohd Shahrani Ahmad ( 2005 ), remaja adalah satu
tempoh transisi daripada zaman kanak-kanak ke alam kedewasaan yang memberikan
kesan kepada masyarakat. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan pandangan Corey &
3
Corey ( 2006 ), proses remaja merupakan perubahan bagi membentuk keyakinan diri
seseorang melalui perkembangan berperingkat-peringkat secara kritikal, memupuk nilai
kasih sayang dan penerokaan kendiri dalam membentuk keyakinan diri.
Menurut Ahmad Sarji ( 2001 ), remaja merupakan satu golongan yang terbesar di
dalam sesebuah masyarakat. Mereka mempunyai potensi yang amat besar untuk
membangunkan sesebuah negara sekiranya potensi remaja digunakan sepenuhnya.
Sebaliknya remaja juga mempunyai potensi yang besar untuk meruntuhkan dan
memusnahkan sesebuah negara dan tamadun sekiranya potensi mereka digunakan
kepada aspek-aspek yang negatif ( Faiza Tamby Chik, 2001 ). Pembangunan dalam
sesebuah negara adalah daripada pertimbangan dan keharmonian di antara pembangunan
kebendaan dan juga pembangunan sahsiah diri.
Menurut Rancangan Malaysia ke-7 ( 1996 – 2000 ) bilangan remaja pada tahun
1995 ialah kira-kira 19.2 peratus. Apabila menjelang tahun 2020, bilangannya
bertambah kepada 20 juta orang di dalam Malaysia. Remaja merupakan golongan yang
ternyata satu kumpulan yang sangat signifikan dalam tampuk pemerintahan negara pada
4
Menurut Lefrancois ( 1993 ), faktor berlakunya kes jenayah juvana ini terdapat
pelbagai sebab antaranya adalah disebabkan kelas sosial dalam sesebuah masyarakat.
Kecerdasan mental seseorang remaja adalah menentukan bagaimana individu tersebut
membuat pilihan dan keputusan untuk dirinya. Menurut beliau lagi, keadaan dirumah
yang tidak terurus dan pengaruh rakan sebaya juga adalah faktor penyebab berlakunya
penambahan kes juvana dalam masyarakat kini. Kebanyakan permasalahan salahlaku
jenayah ini sering didengari berlaku di bandar-bandar yang sedang mengalami proses
urbanisasi. Remaja yang tinggal dikawasan itu lazimnya daripada golongan kelas sosial
bawahan lebih ramai yang terdedah melakukan juvana kerana mereka inginkan kepada
kemewahan dan melakukan penentangan terhadap orang dewasa. Menurut Said Hj
Abdullah ( 2002 ), kebanyakan remaja terdiri daripada kelas sosial rendah di Malaysia
lebih ramai melakukan kesalahan kecil yang dikategorikan melanggar displin sekolah.
5
Manakala menurut Zainuddin Awang Hamat ( 2001 ), kelas sosial bukan faktor penting
dikaitkan dengan perlakuan juvana. Penglibatan jenayah juvana ini bukan hanya terdiri
daripada remaja kelas rendah, akan tetapi remaja ini terdiri daripada pelbagai kelas
sosial yang terlibat.
Diraja Malaysia ( PDRM ), Bukit Aman melaporkan bahawa pada tahun 2008 sebanyak
5115 kes juvana yang melibatkan 7126 orang kanak-kanak dan remaja telah difailkan.
Kes-kes juvana ini antara umur 7 hingga 18 tahun adalah sangat muda berbanding
dengan jenis jenayah yang dilakukan. Ini termasuklah kes mencuri motor, mencuri,
pecah rumah, merogol dan samun. Angka ini semakin lama semakin bertambah
sekiranya tidak dibendung oleh semua lapisan masyarakat. Perkara ini tidak perlu
dituding kepada mana-mana pihak, akan tetapi ianya bermula daripada rumah bagi
mencegah kes-kes juvana dan gejala sosial ini. Kerana Firman Allah SWT jelas
menyatakan bahawa :
Remaja kini semakin berani dengan melakukan aktiviti yang tidak bermoral.
Dengan melakukan hubungan kelamin sebelum perkahwinan adalah satu perkara biasa
pada remaja tidak bermoral. Menurut Adawiyah Abdullah ( 2007 ) berkongsi tentang
laporan Hospital Besar Kuala Lumpur pada Ogos 2006 menunjukkan bilangan ibu yang
tidak berkahwin kian meningkat dari 202 pada tahun 2000 kepada 388 orang pada tahun
2005. Penyakit Human Immunodeficiency Virus ( HIV ) telah dikesan kepada mereka
yang berumur kurang dari 25 tahun hingga mencecah seramai 7000 orang pada tahun
2002.
Menurut Syuhada Choo Abdullah ( 2010 ) kajian terkini yang dilaksanakan oleh
Universiti Putra Malaysia ( UPM ) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan
luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku
seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin. Menurut kajian
itu, mereka terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat
kegagalan institusi kekeluargaan tetapi adalah berpunca daripada pengaruh rakan
7
sebaya. Sebahagian besar mereka mereka juga mengakui menerima pendidikan agama
mencukupi.
Dalam satu kajian yang lebih terperinci sekitar enam bulan di kawasan bandar
dan bandar, dapatan memperolehi 400 responden diantara berusia antara Tingkatan Satu
hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun adalah terlibat secara
langsung dengan salah laku seksual ( Syuhada Choo, 2010 ). Di dapati responden
mengakui terdedah dunia seksual ini seawal sekolah rendah termasuk muat turun gambar
lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web ponografi (
Prof. Madya Mohammad Satar ). Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada
mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi
dosa malah menyifatkan pergaulan berkenaan sebagai menyeronokkan. Menurut Prof
Madya Mohammad Satar ( 2010 ) permasalahan yang membabitkan jumlah yang
seimbang dari responden lelaki dan perempuan. Dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah
laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk
sehingga peringkat berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.
Malaysia merupakan antara sebuha negara yang pesat membangun. Dalam usaha
mengejar kemodenan dan kemajuan seiring dengan globalisasi dan wawasan 2020, nilai
peradaban masyarakat semakin mundur tidak sejajar dengan pembangunan ekonomi
Malaysia. Menurut Nurul Adlina Kamaludin & Hafizah Iszahanid ( 2009 ) menyatakan
dewasa ini, pelbagai masalah atau gejala-gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat
terutamanya pada golongan remaja. Kekurangan penghayatan nilai-nilai agama, krisis
rumah tangga, kurang pendidikan sekolah, ketidakpekaan daripada ibu bapa, pengaruh
rakan sebaya yang negatif mahupun pengaruh media antara faktor yang mempengaruhi
keruntuhan sahsiah kini. Sekaligus ianya membawa kepada gejala-gejala yang lebih
serius seperti merogol, membunuh, merompak dan pelbagai kes jenayah. Kerapuhan
pegangan agama, krisis jiwa dan keruntuhan akhlak yang banyak membajai seseorang
remaja itu menjerumuskan diri ke dalam kancah perkara tidak bermoral.
Masalah persekitaran yang sangat serius ini memberikan impak kepada remaja.
Ketidakmampuan remaja untuk mengawal emosi dan perasaan, membawa tekanan
kepada mereka. Tekanan ini boleh dikawal sekiranya seseorang remaja itu mempunyai
kecerdasan emosi, kestabilan sosial dan keseimbangan intelek mahupun pegangan
agama yang utuh. Senario remaja yang melakukan salah laku kini amat serius, bermula
dengan salah laku di sekolah seperti merokok, ponteng sekolah atau buli membawa
kepada kes jenayah yang berat seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya.
Dalam lingkungan yang muda ini sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk belajar
mahupun bekerja bagi membantu keluarga. Dengan kata lain menjadi puncanya adalah
daripada ketidakseimbangan dalam peribadi seseorang individu. Adakah senario ini
perlu dikekalkan untuk pembentukan negara bangsa yang akan datang? Apakah budaya
ini perlu ada kepada remaja yang bakal menjadi pemimpin negara? Bagaimana yang
dikatakan pemimpin idola pada masa akan datang jika masih dibelenggu permasalahan
ini? Lantas itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti pembentukan sahsiah
seseorang remaja dan faktor-faktor yang mendorong remaja melibatkan diri dalam salah
laku jenayah.
9
1.4 Objektif
1. Mengenal pasti pola pembangunan sahsiah diri dalam kalangan pesalah laku
jenayah juvana dalam aspek akidah, ibadah, muamalat, muasyarat dan akhlak.
1. Apakah pola pembangunan sahsiah diri dalam kalangan pesalah laku jenayah
juvana dalam aspek akidah, ibadah, muamalat, muasyarat dan akhlak?
1.6 Hipotesis
H1 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akidah dengan faktor ibu bapa.
H2 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akidah dengan faktor media massa.
H3 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akidah dengan faktor rakan sebaya.
H4 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akidah dengan faktor pendidikan
agama
H5 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola ibadat dengan faktor ibu bapa.
H6 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola ibadat dengan faktor media massa.
H7 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola ibadat dengan faktor rakan sebaya.
H8 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola ibadat dengan faktor pendidikan
agama.
H9 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muamalat dengan faktor ibu bapa.
H10 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muamalat dengan faktor media
massa.
H11 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muamalat dengan faktor rakan
sebaya.
11
H12 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muamalat dengan faktor
pendidikan agama.
H13 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muasyarat dengan faktor ibu bapa.
H14 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muasyarat dengan faktor media
massa.
H15 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muasyarat dengan faktor rakan
sebaya.
H16 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola muasyarat dengan faktor
pendidikan agama.
H17 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akhlak dengan faktor ibu bapa.
H18 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akhlak dengan faktor media massa.
H19 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akhlak dengan faktor rakan sebaya.
H20 = Terdapat hubungan yang signifikan antara pola akhlak dengan faktor pendidikan
agama.
Kerangka kajian dalam Rajah 1.1 menunjukkan perkaitan antara sahsiah diri
dengan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang untuk melakukan apa jua tindakan.
Kerangka kajian dalam konteks kajian ini menunjukkan hubungan antara sahsiah diri
12
Sahsiah seseorang terbentuk dari pengaruh faktor dalaman ( internal ) dan faktor
luaran ( external ) seseorang. Menurut Imam Al-Nawawi, menyatakan pembangunan
pembangunan sahsiah merangkumi aspek pembangunan akhlak dengan Allah, akhlak
sesama manusia, sosial, adab kehidupan, ibadat, jihad, ilmu dan pengetahuan batasan
agama ( Kamarul Azmi, 2001 ).
TAUHID
MUASYARAT
IBADAH INDIVID
U
UMUR /
JANTINA
AKHLAK MUAMALAT
1. Kajian dijalankan adalah tertumpu kepada pesalah laku remaja yang telah
disabitkan bersalah dalam akta Juvana bertempat di Sekolah Menengah Henry
Gurney.
4. Kajian ini terbatas dan sesuai dilakukan ke atas populasi kajian serta tidak boleh
digeneralisasikan ke atas semua pesalah laku jenayah di Sekolah Menengah
Henry Gurney di Malaysia.
5. Kajian ini dijalankan hanya untuk mengetahui hubungan dari segi sahsiah
berdasarkan aspek tauhid, ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak dengan diri
individu seseorang pesalah laku.
Hampir setiap hari ada sahaja berlakunya salah laku dikalangan remaja baik
dalam bentuk yang kecil seperti ponteng sekolah, melawan guru dan sebagainya
sehinggalah kepada salah laku yang lebih serius seperti pergaulan bebas,
bersekedudukan, pelakuan pengguguran dan pembuangan bayi. Oleh yang demikian,
diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi kepentingan kepada :
Peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam membentuk sahsiah seseorang
anak yang bergelar remaja. Ini kerana, permasalahan kini ibu bapa yang terlalu sibuk
atau mengabaikan tanggungjawab mereka hingga menyebabkan anak-anak terbiar. Anak
remaja ini berjumpa dengan kenalan mereka dan bertanggapan rakan-rakan ini adalah
orang yang sangat memahami. Adalah diharapkan dapatan kajian ini sedikit sebanyak
menyedarkan dan membina hubungan yang lebih produktif dengan anak-anak. Peranan
memberi kasih sayang, mendorong, membimbing, mengajar dan memperbetulkan
15
1.10.2 Remaja
Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat membuka mata remaja kini,
bahawasanya menceburkan diri ke dalam gejala sosial ini hanya sia-sia belaka. Seolah-
olah menempah bilik-bilik besi sekiranya melakukan aktiviti yang salah disisi undang-
undang. Secara tidak langsung, remaja yang asyik melakukan gejala sosial ini mulai
sedar dan melakukan anjakan paradigma untuk berubah dan tidak melakukan lagi
perbuatan itu. Memberi pendedahan yang menyeluruh kepada semua remaja agar tidak
mudah terpedaya dan terpengaruh dengan dunia barat yang sentiasa menghalalkan cara
walaupun salah disisi syariat dan undang-undang.
Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak sekolah untuk
mengenerialisasikan remaja dalam pembentukan sahsiah. Pembentukan secara dalaman
dan luaran membantu pihak sekolah meniliti cara yang terbaik bagi meneruskan proses
P&P. Mewujudkan budaya school-oriented di mana sekolah adalah tempat mesra antara
pihak guru dan pelajar. Guru kini perlu bijak menguruskan pelajar-pelajar ini dan
seterusnya mewujudkan teknik dan corak yang variasi bagi berhadapan dengan remaja
yang agresif ini.
Kajian ini diharapakan dapat membuka mata tentang permasalahan yang semakin
merungsingkan. Membentuk satu program atau aktiviti yang berkesesuaian dengan
remaja kini yang tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata. Aktiviti –
aktiviti sosial yang berfaedah dan melahirkan nilai-nilai murni perlu dipertingkatkan
16
lagi. Ini membuka mata pelajar agar sentiasa peka dan mengetahui bahawa remaja
adalah satu kominiti yang sangat besar dalam sebuah negara. Tenaga dan idea remaja
sangat diperlukan bagi membentuk negara bangsa yang maju dan bertamadun.
Dalam kajian ini, pengkaji menerangkan beberapa istilah yang perlu ditunjukkan agar
menepati kajian ini :
1.11.1 Sahsiah
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga ( 2002 ) sahsiah adalah sesuatu yang
personaliti yang membawa kepada positif atau negatif, ianya membentuk sikap dan sifat
seseorang individu. Menurut Mohd (2004) pembangunan sahsiah merupakan satu
elemen yang penting dalam pencegahan masalah gejala sosial di kalangan pelajar pada
masa kini. Pembangunan sahsiah yang dilakukan ialah pembangunan yang seiring dari
segi semua aspek iaitu aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berpandukan
17
dengan al-Quran dan al-Sunnah. Dalam konteks kajian ini, pengkaji menyatakan
pembentukan sahsiah ini adalah merangkumi kepada beberapa elemen, iaitu
1.11.2 Faktor
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru ( 1992 ), faktor ditakrifkan sebagai perara
yang mengakibatkan sesuatu yang lalin, unsur, punca. Merujuk kepada Kamus Melayu
Global ( 1997 ) faktor diiktirafkan sebagai punca keadaan yang dapat mempengaruhi
18
dan mengubah sesuatu yang lain. Dalam kajian ini pengkaji melihat empat faktor yang
merangkumi :
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2002 ), salah laku merujuk kepada
perbuatan atau tindakan yang menyalahi dan bertentangan dengan peraturan undang-
undang. Dalam kajian ini, pengkaji merujuk kepada masalah tingkah laku kepada
tingkah laku individu yang mendatangkan masalah kepada keluarga dan masyarakat
yang merangkumi keganasan, mencuri, merompak atau menyalahi undang-undang yang
boleh membawa kepada kecelaruan tingkah laku apabila melibatkan gangguan terhadap
hak asasi manusia.
1.11.4 Jenayah
undang. Dalam konteks kajian, pengkaji mengkhususkan kajian adalah kepada pesalah
jenayah dikalangan remaja atau dikenali sebagai kes juvana.
1.11.5 Juvana
1.11.6 Remaja
1.12 Kesimpulan
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan beberapa teori, konsep dan faktor-faktor yang
berkaitan dengan kajian ini. Antara yang diperincikan di dalam bab ini merangkumi
beberapa teori perkembangan remaja iaitu Teori Psikososial Erikson, Teori Maslow,
Teori Ekologi Bronfenbrenner dan juga beberapa prespektif Islam melalui pandangan
Saidina Ali R.A., beberapa rujukan hadith Nabi Muhammad S.A.W, petikan-petikan
Ayat Al-Quran dan juga tokoh-tokoh Islam yang termasyhur . Perkara lain yang turut
dimuatkan di dalam bab ini ialah konsep pembangunan sahsiah daripada lima elemen
utama merangkumi Akidah, Ibadah, Muamalat, Muasyarat dan juga Akhlak. Pengkaji
membawa kajian ini ke arah prespektif mengikut Teori Islam, beberapa Firman dan
hadith sebagai rujukan dan kata-kata dari tokoh Islam yang ternama. Terdapat juga
penerangan tentang faktor-faktor yang boleh menguatkan lagi kajian ini yang melibatkan
perkembangan seseorang remaja. Kajian ini juga dikuatkan lagi dengan meletakkan
beberapa kajian lepas di luar negara dan dalam negara sebagai mengukuhkan lagi
keperluan kajian ini dilaksanakan. Kerangka konsep kajian yang ditunjukkan
memberikan gambaran yang jelas dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
22
Terdapat beberapa teori Barat dan dari prespektif Islam di dalam bahagian ini.
Dua Teori memperkatakan tentang perkembangan remaja. Seterusnya teori keperluan
Maslow dan beberapa teori dari perspektif Islam dan tokoh ilmuan Islam.
pembentukan teorinya. Setiap individu hidup dalam perbezaan budaya dan perbezaan
pendidikan serta sosial dari anak kecil, ini akan mempengaruhi cara individu bertindak
dan menyelesaikan konflik. Setiap ego dalam diri individu tidak haya tertumpu kepada
aspek biologi ( psikoseksual ) sahaja, malah ianya merangkumi interpersonal,
dinamakan sebagai psikososial oleh Erikson.
Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif ( 2006 ) menyatakan bahawa
perubahan dramatik dalam identiti dalam usia kanak-kanak sehinggalah dewasa dan
seterusnya apabila menjelang usia tua. Erikson menyatakan bahawa setiap individu
melalui lapan peringkat yang dinamakan sebagai peringkat psikososial ( Allen, 2003 ).
Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif ( 2006 ), di setiap peringkat mempunyai
krisis psikologi yang perlu dihadapi dan diselesaikan sebelum melangkah ke peringkat
yang seterusnya. Kegagalan melalui krisis peringkat tersebut pada masa ini menjadikan
individu mengalami kesukaran pada masa akan datang ( Azizi Yahya dan Jaafar Sidek
Latiff, 2006 ).
2.2.2.1 Mikrosistem
2.2.2.2 Mesosistem
2.2.2.3 Eksosistem
2.2.2.4 Makrosistem
2.2.2.5 Kronosistem
Pandangan yang dilahirkan oleh Saidina Ali R.A. adalah untuk perkembangan
tahap kanak-kanak sehingga ke alam dewasa. Peringkat paling penting adalah tahap
kedua iaitu anak-anak di dalam usia 8-14 tahun dan boleh dikenali sebagai awal remaja.
Anak-anak ini perlu diberikan didikan agama yang sempurna terutamanya Fardu Ain
seperti solat, puasa, ilmu mengenal Tuhan dan amalan budi pekerti yang baik. Tidak
ketinggalan juga kemahiran 3M mengenal, mengira dan menulis.
27
Di dalam kajian ini juga, pengkaji meletakkan beberapa rujukan hadith dan
petikan ayat Al-Quran bagi membuktikan bahawa pendidikan anak-anak adalah sangat
dititikberatkan oleh agama Islam, kerana proses mendidik anak inilah perkara yang amat
mencabar pasangan ibu bapa.
“ Apabila anak-anak sudah dapat membezakan antara tangan kanan dan tangan
kiri, maka suruhlah dia mengerjakan solat”. ( Hadis riwayat Abud Daud )
“ Didiklah anak-anakmu atas tiga perkara iaitu mencintai nabimu, mencintai ahli
rumahnya dan membaca al-Quran kerana si penghafaz al-Quran berada dalam
naungan Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNya berserta nabi-
nabiNya dengan orang-orang suciNya.” ( Hadis riwayat Dailami )
“Serulah anak kamu solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka ( sebagai
pengajaran ) jika mereka meninggalkannya di kala berumur 10 tahun dan
pisahkan mereka ( anak lelaki dan perempuan ) pada umur ini di tempat
tidurnya”.( Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim )
“Didiklah anak-anak kamu dengan pendidikan yang baik.” ( Hadis riwayat Ibnu
Majah )
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari
apa neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu....” ( Surah al-
Tahrim : 6 )
Lima saranan beliau untuk membentuk jiwa anak-anak iaitu membaca al-Quran
dan berfikir kepada ayatnya atau menghayati maknanya. Sentiasa mengosongkan perut
dengan makanan yang terlalu banyak. Melaksanakan ibadah malam ( Qiaymulail ).
Berdoa kepada Allah sebelum waktu fajar dan berkawanlah dengan orang-orang yang
baik.
yang seiring dengan pembangunan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan
berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah ( Mohd, 2004 ).
Menurut Mohd ( 2004 ) mengatakan sahsiah juga adalah satu proses pemerhatian
ke atas tingkahlaku tertentu menyebabkan individu cenderung untuk mengikuti
tingkahlaku tersebut diterima oleh masyarakat. Ianya juga melibatkan emosi manusia
agar dapat mendorong untuk bertingkahlaku dalam satu keadaan. Rangsangan ini bukan
bermula sahaja pada emosi, akan tetapi ianya juga lahir dari elemen kerohanian yang
berkait rapat dengan kepercayaan dan kewujudan Pencipta. Sahsiah yang positif akan
sentiasa memikirkan bahawa setiap yang dilakukan sentiasa dilihat oleh Allah SWT,
dalam setiap agama menekankan sahsiah yang baik agar dapat mengharungi hidup
dengan lebih sempurna.
31
Justeru itu, terdapat perbezaan pandangan barat seperti Mask, Weber dan
Maslow. Mereka berpendapat bahawa pembangunan sahsiah manusia lebih kepada
perjuangan memenuhi keperluan jasmani manusia itu sendiri. Keperluan fizikal dan
psikologi manusia, meningkatkan status kuasa, meningkatkan sosial ekonomi menjadi
perkara pokok dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial
masyarakat manusia ( Kamarul Azmi, 2001 ).
Akidah adalah sesuatu yang sangat penting bagi setiap individu yang dikenali
sebagai manusia. Ianya merupakan satu pegangan dan kepercayaan kepada agama Islam.
Akidah yang berasal dari kalimah Arab yang umumnya bererti ikatan dan simpulan.
Menurut Imam Al-Syahid Al-Banna akidah adalah satu yang wajib dikaui kebenarannya
oleh hati dan dihormati oleh jiwa di mana tidak ada sebarang keraguan dan tidak pula
dicampuri oleh syak. Menurut konteks maknawi akidah ialah ikatan perjanjian
seseorang. Dari ikatan dan perjanjian ini maka wujudlah kalimah aqidah iaitu kata
nurani dalam bentuk kepercayaan.
Keimanan dan kepercayaan yang hakiki kepada Allah dan Rasul-Nya. Mencintai
kepada Allah dan Rasulnya sepenuh hati tidak melebihi cinta kepada duniawi atau
benda-benda yang lain.
“Katakanlah, Aku Tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan dapat
menolak mudharat apa yang dikehendaki Allah SWT”.
34
Lazimnya, manusia akan menemui ajal dan pengakhirannya. Akan tetapi kepada
individu yang beriman tidak sesekali takut akan mati, sekiranya ianya penuh dengan
amalan yang diredhai oleh Allah SWT. Jelas dalam Firman Allah SWT yang bermaksud
“Dan tiap-tiap mahluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin
Allah iaitu suatu ketetapan tertentu masanya”.
Skop Akidah ini dalam jiwa manusia sangat bernilai, kerana manusia sentiasa
perlu berhubung bersama Pencipta-Nya iaitu Allah SWT. Keikhlasan dan ketaatan
sepenuhnya dalam iman maka lahirla ketenangan jiwa yang besar nilainya. Dalam
Firman Allah SWT ada menyatakan yang bermaksud :
“ Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikruallah. Ketahuilah! Dengan zikruallah itu, tenteram hati manusia.”
( Surah Ar-Ra’ad : 28 ).
Perkataan akhlak adalah kata jamak dari khuluq. Menurut Ibnur Athiq, khuluq
atau akhlaq ialah bentuk kejadian manusia dari sudutnya yang batin. Imam Al-Ghazali
menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang
melahirkan tindakan, perlakuan atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan
pemikiran. Keadaan atau sifat yang ada dalam jiwa manusia yang telah tetap melahirkan
perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu ( Mohd
35
Sulaiman Yasin, 1992 ). Menurut Jalaluddin dan Usman ( 1994 ) menegaskan akhlak
yang mulia terlihat di dalam sikap dan tingkahlaku seorang hamba kepada Allah SWT
dan kepada persekitarannya, baik kepada sesama manusia, mahupun alam sekitar.
Tingkahlaku atau perilaku yang baik atau buruk adalah membentuk jiwa
seseorang. Secara khusus dalam kehidupan seharian, fenomena akhlak yang lahir kini
dalam bentuk perilaku dan perbuatan dikenali sebagai adab. Menurut Gabrieli ( 1960 ),
adab adalah istilah di dalam Bahasa Arab yang bermaksud adat, kebiasaan, etika dan
tingkahlaku yang diikuti dari orang-orang yang anggap sebagai model. Tingkahlaku
yang baik bagi sesuatu perkara yang diterima oleh Islam merupakan pengertian adab
daripada konteks Islam. ( Al-Kaysi, 2000 ).
Menurut Syed Ali Ashraf ( 1990 ), agama dan akhlak adalah satu perkara yang
tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Secara asasnya, sumber-sumber utama
bagi akhlak Islam itu diambil dari dua asas utama Islam itu sendrir iaitu Al-Quran dan
As-Sunnah ( Jamiah Abd Mantap, 2004 ). Walaubagaimanapun menurut Profesor Abdul
Haqi Ansari ( 1989 ), satu lagi sumber yang harus diambilkira sebagai sumber akhlak
ialah amalan para sahabat kerana mereka adalah golongan yang dilatih sendiri oleh
36
Rasulullah S.A.W. Menurut Sulaiman Yasin ( 1992 ) pula menegaskan bahawa nilai-
nilai akhlak ini adalah warisan dan peninggalan yang boleh dicontohi dan dihidupkan
oleh tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang akhlak yang dipelopori para nabi dan rasul.
Dalam Islam, soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik-
baik, bekerjasama dan saling membantu antara satu dengan yang lain. Penghormatan
kepada penganut agama lain jelas di laksanakan sendiri oleh Baginda Junjungan Nabi
Muhammad S.A.W. Islam melihat kepelbagaian etnik dan pandangan yang positif untuk
berkenal-kenalan dan bantu-membantu dalam perkara kebaikan.
37
Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam. Ini
berdasarkan kepada firman Allah SWT :
Tidak ada pakai dalam ugama ( Islam ), kerana Sesungguhnya telah nyata
kebenaran ( Islam ) dan kesesatan ( kufur ), oleh itu, sesiapa yang tidak
percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah. Sesungguhnya telah
berpegang kepada simpulan ( tali ugama ) yang teguh tidak akan putus, dan (
ingatlah ), Allah Maha Mendengar, lagi Mengetahui.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dan lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku
puak, supaya kamu kenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan
lain ). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya
( akan keadaan dan amalan kamu ).
38
Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,
dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang melibatkan jual-beli, pinjam-
meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam
perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang
berlandaskan syariat Allah SWT yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.
Muamalat yang dimaksudkan ialah bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang
memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat. Segala harta yang
ada di alam ini sama ada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah SWT
secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang disediakan oleh Allah SWT melalui
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang
memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah SWT dan
bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
Mencari harta dan kekayaan amat digalakkan oleh Islam, kerana harta
merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.
Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping
dapat menunaikan tanggungjawab terhadap agama. Menepati dengan Firman Allah SWT
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah
di merata-rate ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan
oleh Allah SWT dan ingatlah kepada Allah SWT jualah ( tempat kembali kamu )
dibangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya ). ( Surah
Al-Mulk : 15 )
39
Dalam mencari harta kekayaan atau kebahagian di dunia, umat Islam sentiasa
diingatkan bahawa ianya perlu didapatkan dengan cara yang halal dan tiada subhah.
Sebahagian hartanya juga perlu kepada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah
bersama.
Di dalam syariat Islam, Allah SWT telah menggariskan beberapa panduan yang
perlu diambil peringat oleh setiap hambanya. Setiap apa yang dilaksanakan adalah
ketentuan dari Allah SWT dan seharusnya mencari harta kekayaan adalah dengan cara
yang baik dan diredhai oleh Allah SWT bukan dengan melakukan perkara-perkara yang
dilarang. Muamalat juga memupuk akhlak-akhlak yang mulia khususnya dalam urusan
ekonomi, akan tetapi muamalat juga meluaskan skop dengan menggariskan hidup di
muka bumi ini perlu berlakunya amanah, adil, jujur, tidak berbohong dan lain-lain lagi.
Muamalat di dalam skop kecilnya adalah satu aktiviti kegiatan ekonomi yang
memberikan faedah kepada seluruh manusia malah ianya adalah satu kegiatan yang
berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah amnya. Keimanan inilah yang
merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak diingin. Skop muamalat diperluaskan lagi dengan bertujuan menjalinkan
hubungan baik sesama manusia bagi mewujudkan semangat perpaduan dan
persaudaraan sesama Isalam mahupun bukan Islam. Menghormati dan bertolak-ansur
sentiasa ditekankan dalam muamalat.
40
Peraturan dan garis panduan yang ada di dalam Muamalat ini adalah cara yang
terbaik bagi manusia agar sentiasa bermuafakat dan berakhlak mulia dalam menjalankan
amanat Allah SWT . Melahirkan sikap rajin bekerja bagi meningkatkan taraf ekonomi
keluarga, masyarakat dan negara. Dengan kehendak manusia itu meletakkan manusia
kepada nilai yang tinggi dan mulia disisi Allah SWT.
41
Amalan ibadat seharian telah diwajipkan ke atas umat Islam dengan tujuan untuk
membentuk peribadi menerusi mendidik jiwa, menjernihkan rohani, mencerdaskan akal
serta menguatkan jasmani (Muhammadiah, 1982 dalam Mohd, Syed & Halim).
Relevan daripada pelasksanaan ibadah solat, zakat, puasa dan haji adalah untuk
mensucikan budi pekerti manusia (Muhamad Al-Ghazali, 2001). Justeru, perlaksanaan
rukun Islam merupakan sebagai medan utama pembentukan akhlak mulia (Muhammad
Al-Ghazali, 1998). Menurut Qassim (2000), rukun Islam adalah strategi pencegahan
jenayah berasaskan program latihan yang tersusun dan berterusan (dalam Jamiah, Azimi,
Sidek & Hasnan, 2007). Kewajipan agama yang termaktub di dalam Islam adalah
program latih tubi untuk melatih manusia kepada tingkah laku terpuji secara istiqamah
dan teguh terhadap sebarang perubahan bagi membentuk akhlak (Muhammad Al-
Ghazali, 1998).
Ajaran didalam agama memberikan garis panduan dan etika yang wajib
dilakukan oleh penganutnya agar membawa kepada kebaikan dalam hidup. Jelas
bahawa agama merupakan kawalan sosial yang lengkap dan menyeluruh.Sama ada
agama mempunyai peranan atau tidak untuk memertabatkan seseorang adalah
bergantung kepada seseorang individu. Peranan dan kebergantungan seseorang itu
kepada agama adalah merujuk kepada bagaimana prespektif seseorang itu memikirkan
agama adalah penting. Agama merupakan garis panduan yang mengandungi prinsip dan
peraturan yang memerlukan penghayatan. Setiap agama mendidik penganutnya sentiasa
melakukan kebaikan untuk mendapatkan manfaatnya. Agama juga Sekiranya seseorang
itu tidak menghayati sepenuhnya maka ia hanya sia-sia belaka, sungguhpun terkandung
pelbagai manfaat dan kebaikan dalam agama.
Agama Islam telah menentukan hala tuju yang jelas dan mesti perhalusi pada diri
seseorang dan masyarakat agar membentuk insan yang seimbang di dalam aspek-aspek
jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. Jelas bahawa agama memainkan peranan
yang sangat signifikan dalam membentuk jati diri dan self-concept dalam diri seseorang.
44
“ Alif Lam ra. Inilah kitab ( Al-Quran ) kami turunkan dia kepadamu ( Wahai
Muhammad ), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari
gelap gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji”. ( Surah Ibrahim : 1 )
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada diri mereka”. ( Surah Al-Ra’d : 11 )
Menurut Islam perubahan individu juga dapat dilihat dengan kepentingan ilmu
pengetahuan dalam dirinya. Ilmu merangkumi dimensi intelektual ( ilmu pengetahuan
tentang agama Islam ), dimensi ideologi ( akidah dan iman ), dimensi ritual dan dimensi
45
sosial. Dalam Islam solat selalu dikaitkan dengan kehidupan bermasyarakat seperti
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Dan dirikanlah Solat ( dengan tekun ), sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar.” ( Surah Al-Baqarah : 83 )
2.10.4 Islam perhatin terhadap semua masyarakat
Islam berpendapat bahawa kelemahan dan kemunduran umat Islam bukan sahaja
disebabkan kejahilan tentang pengajaran Islam, tetapi juga oleh kepincangan struktur
ekonomi dan sosial sebagaiman Firman Allah SWT bermaksud :
Keruntuhan sahsiah remaja boleh dilihat dari pelbagai sudut dan banyak
puncanya. Langkah mengenalpasti masalah ini adalah penting kerana hanya dengan
mengetahui punca-punca masalah tersebut, strategi penyelesaian yang berkesan untuk
mengatasi masalah tersebut boleh diatur dengan rapi. Faktor ini juga dipantau adalah
untuk mengenalpasti secara langsung faktor yang memberi implikasi yang sangat ketara
dalam pembentukan sahsiah seseorang remaja.
Salah satu faktor yang boleh dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja dan
seterusnya menjerumuskan mereka untuk melibatkan diri ke kancah jenayah adalah
46
hubungan kekeluargaan. Menurut Phelps ( 1976 ) dan Cohen ( 1975 ) Remaja khususnya
yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang susah
kehidupannya, malah sebilangan signifikan adalah di antara mereka yang mempunyai
latar belakang keluarga yang baik dan berada. Justeru itu, boleh diandaikan bahawa
salah satu punca keruntuhan akhlak ialah kemerosotan dari segi asuhan, didikan,
bimbingan dan kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Menurut Bettelheim ( 1950 )
tekanan hidup, kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial menyebabkan
ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap,
berbincang, berdamping antara satu sama lain, dan malah jarang berpeluang bersua
muka. Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan, sementara remaja itu pula
tidak dapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup sempurna ( Redl, 1966 ). Remaja
itu akan membawa cara hidup bersendiri.
Kemajuan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi telah memberi kesan
yang besar kepada perkembangan media massa di dalam negara ini. Perkembangan
media telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan memperoleh
maklumat, hiburan dan juga pendidikan. Bagi tujuan kajian ini, analisa dan pemerhatian
berkaitan media massa dibahagikan kepada dua kategori seperti, iaitu media cetak dan
media elektronik yang sering hubungkan dengan pembentukan sahsiah seseorang
remaja.
ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran untuk memenuhi keinginan untuk tahu akibat
dari dedahan persekitaran ini, yang seterusnya menyebabkan para remaja terikut-terikut
dengan pengaruh melalui persekitaran ini, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks
membeli-belah, pusat snooker, pusat permainan video dan sebagainya. Perbuatan seperti
ini selalunya mendorong kepada pergaulan yang kurang sihat.
Selain daripada pergaulan yang kurang sihat, remaja turut menuntut kebebasan
secara melulu daripada ibu bapa. Tuntutan seperti ini juga banyak dipengaruhi oleh
media massa ( Cohen, 1975 ). Kemajuan dalam komunikasi mengakibatkan remaja
terdedah kepada nilai-nilai baru yang belum pasti baik bagi perkembangan diri mereka.
Pengaruh yang negatif boleh dilihat dari majalah-majalah hiburan, buku-buku yang
mengandungi unsur-unsur lucah serta radikal. Pengaruh-pengaruh ini membentuk remaja
agar sentiasa duduk mengelamun, berfoya-foya, boros dan pelbagai perlakukan anti-
sosial yang lain.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Case ( 1985 ) mengatakan terdapat hubungan
yang signifikan diantara matlamat hidup dan perancangan masa hadapan remaja yang
49
Menurut Hazil Abdul Hamid ( 1990 ), rakan sebaya adalah sebagai kumpulan
kanak-kanak atau remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama. Kumpulan ini
mempunyai peranan yang sangat tinggi dalam aktiviti sosial. Ia merupakan satu agensi
yang tidak formal memberikan pengalam yang tidak diperolehi daripada keluarga
mahupun di sekolah. Menurut Akres, Jones dan Coyle ( 1998 ), kebiasaannya remaja
akan memilih rakan sebaya yang mempunyai tingkahlaku yang sama, sikap dan identiti
yang serupa dengan mereka. Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh rakan
sebaya ( Brown 1990 ).
50
Rakan-rakan adalah orang yang sangat rapat dengan mereka. Kawan yang baik
sudah setentunya membimbing dan mengajak mereka kepada kebaikan, namun jika
tersilap memilih kawan, mereka akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara
yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial dan kadang-
kadang mereka mudah untuk terpengaruh dengan seseorang yang bukan daripada ahli
keluarga mereka. Mereka meletakkan kepercayaan sehingga merasakan rakan-rakan
adalah orang yang sangat memahami dan mudah untuk berbincang dalam apa jua
perkara. Mereka mudah terikut-ikut akibat daripada ajakan kawan yang lain. Tetapi
daripada kepercayaan yang terlalu menyebabkan ianya memakan diri mereka sendiri
sehingga para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.
Dalam satu kajian terhadap pengaruh televisyen yang dijalankan di England dan
Wales, melibatkan 20,968 pelajar yang berusia sembilan dan sepuluh tahun
menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara menonton televisyen dengan
perkembangan sosio psikologi remaja ( Francis, 1997 ). Pelajar yang ketagih menonton
televisyen lebih menghadapi masalah sosio-psikologi seperti kesedaran diri yang rendah,
kerisauan dalam hubungan, kurang menerima prihatin daripada keluarga, kurang
berminat terhadap kerja sekolah, kurang mantap keyakinan agama, lebih percaya kepada
perkara tahyul, dan lebih bermasalah dalam gejala seks dan keganasan, berbanding
dengan rakan-rakan mereka yang kurang menonton televisyen. Ini menunjukkan media,
khususnya televisyen mempunyai kesan secara langsung atau tidak langsung dalam
perkembangan diri seseorang remaja. Selain iut, soft pornography juga secara tidak
langsung telah dipromosikan dengan meluas melalui program-program hiburan, tarian
dan nyanyian yang mengasyikkan.
Menurut satu kajian yang telah di jalankan oleh Dass ( 1992 ) memperkatakan
bahawa remaja yang terdedah terlalu awal kepada alam masyarakat yang mempunyai
sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan
salah satu faktor keruntuhan akhlak mereka. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya
juga menyebabkan keruntuhan displin anak remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang
terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang telalu banyak. Ini
menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain untuk bersuka-ria. Kesan
pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan sebaya yang rosak akhlak akan
memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang
kelakuan dan pergaulan anak remaja mendorong mereka kepada akhlak yang rosak.
Dalam satu kajian kes anak remaja yang melanggar displin, mendapati mereka
telah dibesarkan oleh ibu bapa yang tidak mengambil berat mengenai anak-anak. Kajian
yang telah dibuat oleh Chiam ( 1991 ) mendapati di lima buah sekolah yang menjadi
sasaran kajian, 22.5 peratus remaja itu menyatakan mereka mahukan kasih sayang
daripada ibu bapa. Ibu bapa sangat berperanan dalam menentukan pola tingkah laku
52
anak-anak melalui cara gaya penjagaan yang diamalkan. Menurut kajian Morrison &
Mclntyre ( 1973 ), ibu bapa yang mempunyai sikap yang positif dengan memberi
galakan dan motivasi bersungguh-sungguh memberikan kesan positif terhadap
pencapaian akademik anak-anak mereka. Lazimnya, ibu bapa yang positif sentiasa
mengamalkan hubungan dan penjagaan anak di rumah dengan lebih baik. Hal ini
merupakan faktor pendorong kepada anak-anak untuk memperolehi kejayaan yang lebih
tinggi. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Conger dan Peterson ( 1984 ) dikalangan
remaja yang berusia 13 sehingga 14 tahun adalah lebih suka berhubung dengan ibu bapa
mereka. Tetapi bila umur remaja semakin meningkat, interaksi mereka dengan ibu bapa
menjadi semakin kurang dan mereka akan mula mengalihkan interaksi mereka kepada
rakan sebaya.
Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Floyd dan South ( 1972 ) mendapati
bahawa sekiranya ibu bapa dilihat sebagai sumber terpenting untuk mendapatkan
maklumat, maka remaja akan merujuk kepada mereka.Manakala Lyton ( 1980 ),
menyatakan bahawa ibu bapa dianggap oleh remaja sebagai seoran rakan, guru, teman
berbual, pelindung yang sentiasa dilihat sebagai orang yang selalu berinteraksi antara
mereka. Begitu juga dengan kajian Britlain ( 1969 ), mendapati bahawa remaja akan
banyak merujuk kepada keluarga sekiranya membincangkan mengenai isu-isu masa
depan tetapi sebaliknya mereka akan merujuk kepada rakan sebaya apabila
membicarakan mengenai isu-isu sekolah. Kajian oleh Chand, Kelly dan Willels ( 1975 ),
mendapati bahawa remaja akan merujuk kepada ibu bapa apabila membincangkan
mengenai persoalan agama dan perkahwinan tetapi bukan mengenai persoalan seks dan
dadah.
Satu lagi kajian yang dilaksanakan oleh Bahagian Perancangan dan Sistem
Maklumat, Jabatan Kebajikan Malaysia ( Sumber Jabatan Kebajikan Malaysia, 2003 )
pesalah kanak-kanak yang diperintahkan supaya ditempatkan dipusat pemulihan akhlak
meningkat dari 198 orang September 2001 hingga ke 401 orang September 2003.
Peningkatannya terlalu banyak dalam jangkamasa yang amat singkat. Di Malaysia,
remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana
bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga
banyak. Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa remaja dan
belia yang kita harapkan suatu hari nanti menggalas tanggungjawab memimpin negara.
54
merupakan satu sebab berlakunya perkara negatif dikalangan anak mereka. Dapatan
membuktikan apabila ibu bapa yang terlalu autokratik, tidak memberi peluang untuk
bermanja mesra dan terlalu menghukum anak-anak mereka tanpa usul periksa sedikit
sebanyak mempengaruhi anak mereka. Anak muda akan ini akan bersifat agresif dan
mula hilang kawalan. Segera dilepaskan apa jua yang dipendam kepada rakan-rakan atau
masyarakat luar dengan melaksanakan perkara negatif khususnya kes-kes buli. Kajian
ini diperincikan lagi oleh Zainal dan Sharani ( 2004 ) membuktikan dengan dapatan
mengatakan bahawa dengan sikap ibu bapa yang terlalu ketat dan sangat mengongkong
menzahirkan sikap memberontak di kalangan remaja. Pemberontakan itu disalurkan
kepada tempat yang lain secara negatif.
Menurut kajian Arieff dan Wardah ( 2006 ), penyelidik menyatakan sikap ibu
bapa yang terlalu sibuk dengan mencari nafkah semata-mata juga menyebabkan anak-
anak akan terbiar. Ketua keluarga tidak menjalankan tugas dengan sempurna
menyebabkan anak-anak mula mencari hiburan dan kasih sayang diluar rumah.
Mengenali rakan-rakan yang bertanggapan bahawa rakan sebaya adalah tempat mereka
berkongsi masalah dan memahami apa jua yang dikehendaki mereka.
2.13 Penutup
Secara kesimpulannya bahan kajian yang mengaitkan antara pola sahsiah diri
dengan faktor yang mempengaruhi sahsiah diri amat luas dan sukar diperolehi.
Terdapat beberapa kajian yang pernah dijalankan adalah berbentuk personaliti, faktor
pembentukan personaliti, faktor persekitan dan juga aspek pembangunan sahsiah diri
tetapi tidak kepada keagamaan. Kajian-kajian yang dimuatkan di dalam bab ini sedikit
sebanyak membantu dan memberikan pandangan secara meluas tentang pola sahsiah diri
secara tidak langsung. Jadi kajian ini mendalami tentang perkara ini dengan mengaitkan
pola sahsiah diri dengan beberapa faktor.persekitaran khususnya faktor ibu bapa,
penggunaan media, pengaruh rakan sebaya dan keberkesanan pendidikan agama. Segala
56
teori yang berkaitan dengan kajian merupakan panduan kepada pengkaji untuk
melaksanakan kajian.
57
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif. Insturmen yang dibina di agihkan
kepada pesalah laku secara tinjauan ( survey ). Di dalam kajian ini terdapat lima
pembolehubah bebas iaitu akidah, ibadah, akhlak, muamalat dan muasyarat
dimanipulasikan untuk melihat tahap sahsiah seseorang penjenayah juvana. Pemilihan
kajian berbentuk kuantitatif adalah satu cara perbandingan antara min yang paling
senang ( Mohd Najib Abdul Ghafar, 2003 ). Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar ( 2003 )
penggunaan statistik tidak banyak bergantung kepada reka bentuk tetapi kepada jenis
data yang diperolehi.
Menurut Gravetter dan Forzano, ( 2009 ) ; Bordens dan Abbort, ( 2008 ) dan
Hayes ( 2000 ), dalam kajian yang melibatkan korelasi, perubahan dalam sesuatu
pemboleh ubah akan menyebabkan berlakunya perubahan pemboleh ubah yang lain,
akan tetapi pengujianan pemboleh ubah secara terperinci perlu dikaji untuk
mempengaruhi pemboleh ubah yang lain. Menurut Sidek Mohd Noah ( 2003 ) kajian
kolerasi ini merupakan satu kajian yang menyiasat setakat mana variasi dalam satu
faktor seimbang dengan variasi-variasi dalam satu atau lebih faktor lain berasaskan
pekali kolerasi. Kajian kolerasi ini merangkumi pemerhatian terhadap nilai dua atau
lebih pemboleh ubah dan menentukan perhubungan yang wujud antara pemboleh ubah
tersebut ( Bordens dan Abbott, 2008 ).
krirteria yang sama ( Dyer, 2006 ). Sebagai contoh pesakit yang mendapatkan rawatan
dalam sebuah hospital dan pelanggan yang membeli barangan dalam sesebuah pusat
membeli belah. Populasi adalah berbeza dengan sampel, sampel iaitu kumpulan yang
menjadi sasaran untuk mendapatkan data daripada kajian yang dijalankan yang dipilih
daripada populasi. Menurut Dyer ( 2006 ) dan Sidek Mohd Noah ( 2003 ),
mendefinasikan sampel ialah cabutan kes atau subjek daripada sesuatu populasi. Bagi
keseluruhan populasi terdapat sampel yang diambil yang akan memberi kesimpulan am
bagi hasil kajian yang dilaksanakan.
Di dalam melakukan proses membuat sampel terdapat dua perkara utama iaitu
kecukupan dan perwakilan ( Sidek Mohd Noah, 2003 ). Kecukupan membawa maksud
bilangan sampel yang dipilih adalam mencukupi untuk membuat generalisasi.
Perwakilan pula ialah merujuk kepada asalah bilangan sampel benar-benar mewakili
populasi yang dikaji. Menurut Chua Yan Piaw ( 2006 ), setiap kajian yang dijalankan
perlu menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian dalam
penentuan sampel. Maka saiz sampel yang ditentukan adalah berdasarkan pengiraan
menurut jadual Krijcic, R.V. dan Morgan D. W. ( Azizi Yahya et al., 2006 ). Lokasi
kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah bertempat di Sek Men Henry Gurney,
Melaka seramai 320 orang sebagai populasi kajian.
60
Jadual 3.1: Jadual penentuan sampel berdasarkan Krijcic, R.V. dan Morgan
N S N S N S
10 10 220 140 1200 291
15 14 230 144 1300 297
20 19 240 148 1400 302
25 24 250 152 1500 306
30 28 260 155 1600 310
35 32 270 159 1700 313
40 36 280 162 1800 317
45 40 290 165 1900 320
50 44 300 169 2000 322
55 48 320 175 2200 327
60 52 340 181 2400 331
65 56 360 186 2600 335
70 59 380 191 2800 338
75 63 400 196 3000 341
80 66 420 201 3500 346
85 70 440 205 4000 351
90 73 460 210 4500 354
95 76 480 214 5000 357
100 80 500 217 6000 361
110 86 550 226 7000 364
120 92 600 234 8000 367
130 97 650 242 9000 368
140 103 700 248 10000 370
150 108 750 254 15000 375
160 113 800 260 20000 377
170 118 850 265 30000 379
180 123 900 269 40000 380
190 127 950 274 50000 381
200 132 1000 278 75000 382
210 136 1100 285 100000 384
Maka, jumlah populasi dalam kajian ini ialah 320 orang. Oleh itu berdasarkan kepada
rumus diatas, saiz sampel yang hanya diperlukan adalah ditetapkan seperti berikut :
Berdasarkan kepada rumus yang diberikan, seramai 175 orang jumlah sampel
dipilih di dalam kajian ini.
Kaedah persampelan bertujuan adalah salah satu kaedah kajian dengan sengaja
pengkaji memilih sampel untuk memenuhi kehendak kajian, ini juga memudahkan
kaedah pensampelan secara tidak rawak ( Mohd Najib Abd Ghafar, 2003 ). Contoh,
pengkaji memilih pelajar dari sekolah atau tingkatan di tempat pengkaji bertugas dengan
andaian sampel mewakili populasi. Andaian ini hendaklah disertakan dengan maklumat
terperinci populasi.
62
Dalam kajian ini, pengkaji mengedarkan borang soal selidik untuk mengumpul
data yang diperlukan. Borang Soal Selidik adalah merupakan kaedah yang sangat sesuai
digunakan dalam kajian sains sosial ( Hayes, 2000 ). Melalui edaran soal selidik ini,
maklumat sampel kajian yang diperolehi adalah berskala besar dan skop topik yang luas
( Dyer, 2006 ). Menurut Dyer ( 2006 ), dengan penggunaan borang soal selidik ini
pengkaji dapat menentukan taburan sesuatu pengalam dan jumlah individu yang berada
dalam satu-satu konstruk.
dan digunakan untuk melihat perkaitan antara pengaruh sahsiah diri dengan
pembentukan sahsiah diri responden di dalam kajian ini. Borang soal selidik ini
merangkumi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan
Bahagian D. Kaedah soal selidik ini dipilih kerana menurut Mohd Najib (2003), soal
selidik ialah alat atau instrumen yang digunakan untuk mengukur tingkah laku
responden.
Bahagian ini merupakan bahagian demografi sampel yang terlibat dalam kajian
ini. Merangkumi umur, bangsa, jantina, jenis salah laku dan taraf pendidikan responden.
Responden hanya perlu menandakan ( √ ) dalam ruang yang diberikan sebagai jawapan
pilihan responden.
1 Umur 12 - 14 tahun 1
15 - 17 tahun 2
18 - 20 tahun 3
21 tahun ke atas 4
2 Bangsa Melayu 1
Cina 2
India 3
Lain-lain Nyatakan
64
3 Jantina Lelaki 0
Perempuan 1
Bahagian ini merupakan bahagian demografi ibu bapa atau penjaga sampel yang
terlibat dalam kajian ini. Merangkumi umur, bangsa, tahap pendidikan, jenis pekerjaan
ibu bapa atau penjaga dan mengetahui jenis penempatan atau tempat tinggal responden
sekeluarga. Responden hanya perlu menandakan ( √ ) dalam ruang yang diberikan
sebagai jawapan pilihan responden.
sampel kajian )
2 Bangsa Ibu Bapa / Melayu 1
Penjaga Cina 2
India 3
Lain-lain Nyatakan
3 Tahap Pendidikan Ibu Tidak mendapat pendidikan 1
Bapa / Penjaga formal
Sekolah Rendah 2
SRP / PMR 3
SPM 4
Diploma 5
Sarjana Muda / Sarjana / PhD 6
4 Pekerjaan Ibu Bapa / Kakitangan Kerajaan 1
Penjaga Kakitangan Swasta 2
Pesara 3
Bekerja Sendiri 4
Tidak Bekerja 5
5 Penempatan / Tempat Di kawasan taman / bandar 1
Tinggal Di kampung 2
Kuarters 3
Setinggan 4
Lain-lain Nyatakan
diberikan sebagai jawapan pilihan responden Alat ukur ini mengandungi 40 soalan dan
menggunakan skala lima mata dalam jawapan.
Berikut merupakan pecahan Bahagian C mengikut subskala dan item positif atau
negatif yang diukur :
Jadual 3.6 : Skala Lima Mata Inventori Faktor Mempengaruhi Sahsiah Diri
No Skala Perkara Nilai
SK Sangat Kerap 5
K Kerap 4
JJ Jarang-jarang 3
P Pernah 2
TP Tidak Pernah 1
Berikut merupakan pecahan Bahagian D mengikut subskala dan item positif atau
negatif yang diukur :
Kajian rintis telah dilaksanakan kepada pesalah juvana di Penjara Kluang, Johor.
Sebanyak 35 set borang soal selidik telah diedarkan kepada pesalah laku juvana sebagai
responden. Menurut Chua Yan Piaw ( 2006 ), bagi menentukan sesuatu
kebolehpercayaan instrumen, soal selidik diagihkan kepada responden antara 30 hingga
50 subjek. Kajian rintis ini dijalankan sebagai percubaan soal selidik dalam kajian
sebelum melakukan kajian sebenar ( Bordens dan Abbett, 2008 dan Hayes, 2000 ).
Kesemua set soal selidik dipulangkan kembali kepada pengkaji untuk melihat
kebolehpercayaan instrumen kajian. Segala hasil kajian rintis ini dilihat kembali oleh
pengkaji untuk meneliti semual borang soal selidik yang digunakan. Dalam kajian rintis
ini membantu pengkaji meniliti kembali borang soal selidik yang digunakan dan
68
Pembinaan instrumen dalam kajian ini telah diubahsuai dan dirujuk kepada
beberapa pakar. Pakar-pakar yang dipilih adalah merujuk kepada kepakaran masing-
masing. Segala idea dan pendapat pakar diambil tindakan dengan mengubahsuai setiap
item yang berkesesuaian. Berikut pakar-pakar yang dipilih :
69
Dalam sesuatu kajian, pekali kebolehpercayaan yang tinggi boleh diterima pakai
dalam sesuatu penyelidikan ialah 0.85 dan nilai minimum terendah pekali
kebolehpercayaan yang diterima pakai ialah 0.5 ( Sidek Mohd Noah dan Jamaludin
Ahmad, 2005 ). Menurut Jackson ( 2006 ) kebolehpercayaan boleh dikategorikan kepada
beberapa bahagian, antara 0.7 sehingga 1 adalah sangat kuat, 0.30 sehingga 0.69 sebagai
sederhana dan 0.00 sehingga 0.29 sebagai lemah atau tiada. Kajian yang dijalankan ini
ditentukan melalui nilai Alpha Cronbach, r yang diperoleh melalui kajian rintis. Menurut
Jackson ( 2006 ) lagi dengan disokong oleh Sidek Mohd Noah ( 2003 ) menyatakan
70
bahawa sesuatu kesahan tidak mempunyai kriteria dalam menentukan aras koefisian
yang boleh digunapakai seperti kebolehpercayaan.
Dalam kajian ini, pengkaji memperolehi nilai Alpha Cronbach , r = 0.687 untuk
60 item secara keseluruhan. Setiap pola juga ditentukan nilai Alpha Cronbach, r seperti
berikut :
Setelah pengkaji mendapat teguran dan pembaikan pada instrumen oleh penyelia,
borang soal selidik disediakan bagi mengangihkan kepada responden yang terpilih, pada
awalnya pengkaji hanya menyasarkan kepada 175 orang sahaja, akan tetapi pengkaji
menyediakan sebanyak 200 set soal selidik kerana kemungkinan terdapat sampel yang
tidak akan mengembalikan borang soal selidik. Pengkaji melakukan kajian terus di Sek
Henry Gurney dengan dibantu oleh Pegawai Penjara Kopral Abdullah dalam
mengedarkan borang soal selidik. Setiap pergerakan dan keselamatan pengkaji diberi
sepenuh perhatian oleh pegawai kerana berada di kawasan zon terkawal.
71
3.9.1 Deskriptif
Menukarkan maklumat data dengan bentuk yang lebih mudah seperti carta, graf,
jadual dan sebagainya adalah salah satu cara bagi meringkaskan kuantiti data yang besar
supaya lebih difahami dan mudah untuk diterjemahkan. ( Azizi Yahya et al., 2006 ).
72
Maka pengkaji memilih analisis berbentuk deskriptif sebagai satu ringkasan pada
maklumat ataupun data yang diperoleh bagi populasi atau sampel. Kaedah seperti ini
merupakan satu kaedah yang sangat penting dalam menganalisis sesuatu kajian
( Gravetter dan Forzano, 2009 ). Dalam memindahkan data dengan lengkap dan ringkas,
pengkaji memilih penggunaan jadual bagi mempersembahkan maklumat yang lengkap
dalam laporan kajian.
Keadah analisis min ini adalah satu cara mengukur sesuatu min dalam mengukur
kecenderungan data ( Azizi Yahya et al., 2006 ). Menurut beliau lagi, ketepatan taburan
yang baik adalah melalui kaedah analisis min dengan mengambil kira purata. Dyer
( 2006 ) menyatakan min merupakan purata bagi semua data yang diperoleh. Maka dari
segi kuantitatif, kaedah min ini merupakan suatu kaedah paling mudah dan paling
senang. Dalam kajian ini, purata min digunakan untuk melihat pola sahsiah diri manakah
yang paling rapat dan signifikan dalam diri seseorang pesalah laku.
-1 -8 -6 -4 -2 0 .2 .4 .6 .8 1
TIADA PERHUBUNGAN
Menurut Beins ( 2009 ) dalam sesuatu kajian kebiasaanya pekali kolerasi yang
diperoleh akan ditandai antara -.50 dan +.50, tanda negatif akan diabaikan kerana tanda
tersebut merujuk kepada arah dan nilai pekali kolerasi seperti - 0.80 lebih besar
daripada .50. Maka pengkaji menggunakan penanda “-“ atau “+” di bahagian pekali
kolerasi yang diperolehi sebagai penunjuk arah kolerasi sahaja. Darjah kekuatan sesuatu
pekali adalah berdasarkan kepada magnitud yang diperoleh dari statistik dan arah yang
menentukan melalui tanda “+” atau “– ” ( Elmes, Kantowitz dan Roediger, 2006 ).
Di dalam garis panduan Guilford’s Rule of Thumb diperincikan oleh Dyer (2006)
bagi mengkelaskan hubungan pekali korelasi. Perincian seperti berikut :
Korelasi
(+ atau –)
1. 1.0 Korelasi sempurna. Perubahan dalam nilai x akan
mengubah sama nilai y (sama ada perubahan
langsung atau songsang). Perhubungan dalam satu
garis lurus.
2. 0.9 Hubungan yang kurang sempurna tetapi tergolong
dalam hubungan korelasi yang kuat dan hampir
menyamai perhubungan dalam satu garis lurus.
3. 0.7 atau 0.8 Hubungan korelasi yang kuat, menghampiri
perhubungan satu garis lurus.
4. 0.5 atau 0.6 Terdapat korelasi tetapi bukan perhubungan yang
kuat. Hubungan sederhana.
5. 0.3 atau 0.4 Korelasi yang rendah dan boleh dianggap sebagai
perhubungan yang lemah. Terpesong dari
perhubungan satu garis lurus.
6. 0.1 atau 0.2 Korelasi yang sangat rendah dan tiada perhubungan
antara pembolehubah secara mata kasar.
7. 0 Perhubungan yang rawak.
Hipotesis yang akan dikaji dengan mengunakan analisis korelasi seperti jadual
3.11 : Pengujianan Hipotesis Mengikut Subskala yang dipecahkan kepada lima subskala
mengikut pola sahsiah diri akidah, ibadah, muamalat, muasyarat dan juga akhlak :
HIPOTESIS AKIDAH
HIPOTESIS IBADAT
HIPOTESIS MUAMALAT
HIPOTESIS MUASYARAT
HIPOTESIS AKHLAK
79
3.10 Kesimpulan
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini hasil daripada analisis soal selidik diedarkan kepada pesalah laku juvana
di Sekolah Henry Gurney. Data yang diperoleh dengan menggunakan perisian Statistical
Packages for Social Sciences ( SPSS ) . Bab ini membincangkan tentang demografi
sampel yang terlibat dalam kajian ini. Seterusnya perbincangan akan menyentuh tentang
analisis deskriptif lima pola sahsiah diri iaitu Akidah, Ibadah, Muamalat, Muasyarat dan
Akhlak.
Analisis deskriptif terhadap lima katogeri yang mempengaruhi pola sahsiah diri
seseorang individu iaitu peranan ibu bapa, media, rakan sebaya dan juga pendidikan
agama. Bab ini akan menjawab dua puluh hipotesis yang dinyatakan dalam kajian
melalui analisis inferensi yang dijalankan. Hubungan antara faktor-faktor yang
mempengaruhi sahsiah dengan pola hubungan sahsiah di ukur dengan melihat kekuatan
berdasarkan kepada pekali kolerasi yang diperoleh.
Seramai 175 orang pesalah telah memberi respons terhadap item-item yang
disediakan melalui borang soal selidik yang diedarkan. Setiap analisis yang diperoleh
meliputi :
82
Dalam bahagian ini, demografi responden dianalisis dengan mendapatkan data yang
merangkumi lingkungan umur, bangsa, jantina, jenis salah laku pesalah dan seterusnya
menganalisis taraf pendidikan pesalah.
4.2.1. Umur
Berdasarkan jadual 4.1, kebanyakan sampel yang terlibat dengan kes juvana di
Sekolah Henry Gurney adalah di sekitar berumur antara 13 – 16 tahun seramai 25 orang
( 14.3 % ), diikuti oleh pesalah yang berumur diantara 17 – 21 tahun seramai 148 orang (
84.6 % ) dan hanya seramai 2 orang sahaja ( 1.1 % ) berumur diantara 21 tahun ke atas.
4.2.2. Bangsa
83
Berdasarkan jadual 4.2, responden yang terlibat sepenuhnya di dalam kajian ini
adalah terdiri dalam kalangan pelajar Melayu yang beragama Islam. Tiada penglibatan
kaum lain seperti Cina, India dan lain-lain sebagai responden untuk dianalisis. Dan
keseluruhan data yang dianalisis adalah seramai 175 orang ( 100 % ).
4.2.3 Jantina
Berdasarkan jadual 4.3, keseluruhan sampel yang terlibat dalam responden ini
adalah terdiri daripada pesalah lelaki sahaja. Kajian ini meninjau penglibatan jantina
lelaki sahaja. Dan keseluruhan data yang dianalisis adalah seramai 175 orang ( 100 % ).
Berdasarkan jadual 4.4, kebanyakan sampel yang terlibat dalam jenis salah laku
juvana adalah terdiri seramai 6 orang ( 3.4% ) bagi kesalahan membunuh, diikuti dengan
seramai 18 orang ( 10.3% ) bagi kesalahan merogol, seramai 54 orang ( 30.9% ) bagi
kesalahan gangsterisme / kongsi gelap dan terakhir adalah seramai 97 orang ( 55.4% )
bagi kesalahan merompak dan mencuri.
4.3.1 Umur
Dalam bahagian ini adalah merupakan bahagian soalan terbuka yang perlu diisi
oleh responden sendiri. Lingkungan umur yang diberikan oleh reponden adalah sekitar
di antara 30an – 50an tahun.
4.3.2 Bangsa
( 5.7% ) dan 5 orang ibu ( 2.9% ) merupakan pesara, seramai 102 orang bapa ( 58.3% )
dan 51 orang ibu ( 29.1% ) adalah bekerja sendiri. Seramai 9 orang bapa ( 5.1 % ) dan
64 orang ibu ( 36.6% ) tidak bekerja.
Analisisi dalam bahagian ini akan membincangkan tentang analisis terhadap lima
pola sahsiah diri yang dikaji. Analisis ini akan menjawab objektif pertama dalam Bab 1.
Di dalam bahagian ini terdapat 40 item yang akan dibahagikan kepada lima bahagian
merangkumi akidah, ibadat, muamalat, muasayarat dan akhlak.
Berdasarkan jadual 4.10, min Pola Akidah merupakan min tertinggi iaitu
sebanyak 34.05, diikuti oleh Pola Ibadat dengan min sebanyak 27.41, Pola Akhlak
dengan min sebanyak 27.29, Pola Muasyarat sebanyak 27.01 dan diakhiri dengan Pola
Muamalat dengan min sebanyak 25.07. Kesimpulannya, pola Akidah merupakan pola
sahsiah yang tertinggi dan merupakan peganggan yang kuat diamalkan dalam pesalah
laku juvana.
yang esa.
C6 Allah tidak menolong saya F 28 18 20 30 79 3.65
% 16.0 10.3 11.4 17.1 45.1
apabila saya susah.
C11 Saya percaya malaikat F 3 3 6 12 151 4.74
% 1.7 1.7 3.4 6.9 86.3
sangat taat kepada Allah.
C16 Kejayaan saya adalah atas F 11 10 38 63 53 3.78
% 6.3 5.7 21.7 36.0 30.3
usaha saya sendiri.
C21 Apa yang disampaikan oleh F 1 5 14 22 133 4.61
% 0.6 2.9 8.0 12.6 76.0
Rasulullah adalah benar
C26 Syurga untuk orang baik, F 4 10 20 28 113 4.35
% 2.3 5.7 11.4 16.0 64.6
Neraka untuk orang jahat
C31 Allah telah menetapkan F 5 9 14 31 116 4.39
% 2.9 5.1 8.0 17.7 66.3
jodoh, kematian dan rezeki
saya
C36 Saya yakin dengan F 13 20 44 35 63 3.66
% 7.4 11.4 25.1 20.0 36.0
menggunakan tangkal dapat
memberi azimat.
PURATA MIN KESELURUHAN 4.26
Berdasarkan jadual 4.11, item C1 “ Saya percaya bahawa Allah yang esa”
merupakan item yang mencatatkan bacaan min tertinggi iaitu 4.86. Terdapat seramai 160
orang ( 91.4% ) menjawab sangat setuju, 10 orang ( 5.7% ) menjawab setuju, seramai 2
orang ( 1.1% ) menjawab kurang setuju, seramai 2 orang ( 1.1% ) mengatakan tidak
setuju dan diakhiri dengan seorang sahaja ( 0.6% ) mengatakan sangat tidak setuju bagi
item ini.
Bacaan min kedua tertinggi dicatakan oleh item C11 “Saya percaya Malaikat
sangat taat kepada Allah” mencatatkan min sebanyak 4.74. Terdapat seramai 151 orang (
86.3% ) menjawab sangat setuju, seramai 12 orang ( 6.9% ) menjawab setuju. Manakala
seramai 6 orang ( 3.4% ) menyatakan kurang setuju, seramai 3 orang ( 1.7% )
mengatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi item ini.
90
Bacaan min ketiga tertinggi dicatatkan oleh item C21“Apa yang disampaikan oleh
Rasulullah adalah benar” dengan nilai min 4.61. Terdapat seramai 133 orang ( 76% )
menjawab sangat setuju, seramai 22 orang ( 12.6% ) menjawab setuju, seramai 14 orang
( 8.0% ) menyatakan tidak pasti, seramai 5 orang ( 2.9% ) menyatakan tidak setuju dan
diakhiri seramai seorang sahaja ( 0.6% ) menyatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min keempat tertinggi dicatatkan oleh C31 “Allah telah menetapkan
jodoh, kematian dan rezeki saya” mencatatkan min sebanyak 4.39. Terdapat seramai 116
orang ( 66.3% ) menjawab sangat setuju, seramai 31 orang ( 17.7% ) menjawab setuju.
Manakala seramai 14 orang ( 8.0% ) menyatakan kurang setuju, seramai 9 orang
( 5.1% ) menjawab tidak setuju dan diakhiri seramai 5 orang ( 2.9% ) menyatakan sangat
tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min kelima tertinggi dicatatkan oleh C26 “Syurga untuk orang baik,
Neraka untuk orang jahat” mencatatkan min sebanyak 4.35. Terdapat seramai 113 orang
( 64.6% ) menjawab sangat setuju, seramai 28 orang ( 16.0% ) menjawab setuju.
Manakala seramai 20 orang ( 11.4% ) menyatakan kurang setuju, seramai 10 orang
( 5.7% ) tidak setuju dan diakhiri 4 orang ( 2.3% ) mengatakan sangat tidak setuju bagi
item ini.
Bacaan min keenam tertinggi dicatatkan oleh item C16“Kejayaan saya adalah
atas usaha saya sendiri” mencatatkan min sebanyak 3.78. Terdapat seramai 53 orang
( 30.3% ) menjawab sangat setuju, seramai 63 orang ( 36.0% ) menjawab setuju.
Manakala 38 orang ( 21.7% ) menyatakan kurang setuju, seramai 10 orang ( 5.7% )
menyatakan tidak setuju dan diakhiri seramai 11 orang ( 6.3% ) mengatakan sangat tidak
setuju bagi item ini.
Bacaan min ketujuh tertinggi dicatatkan oleh C36 “Saya yakin dengan
menggunakan tangkal dapat memberi azimat” mencatatkan min sebanyak 3.66. Terdapat
91
seramai 63 orang ( 36.0% ) sangat setuju, seramai 35 orang ( 20.0% ) setuju. Manakala
seramai 44 orang ( 25.1% ) menjawab kurang setuju, seramai 20 orang ( 11.4% )
menjawab tidak setuju dan diakhiri seramai 13 orang ( 7.4% ) mengatakan sangat tidak
setuju bagi item ini.
Bacaan min terendah dicatatkan oleh item C6 “ Allah tidak menolong saya
apabila saya susah” mencatatkan min sebanyak 3.65. Terdapat seramai 79 orang
( 45.1% ) menjawab sangat setuju, seramai 30 orang ( 17.1% ) menjawab setuju,
seramai 20 orang ( 11.4% ) menjawab kurang setuju. Manakala seramai 18 orang
( 10.3% ) menyatakan tidak setuju dan diakhiri seramai 28 orang ( 16.0% ) mengatakan
sangat tidak setuju bagi item ini.
bersih.
C17 Saya sering membaca f 17 31 71 44 12 3.02
% 9.7 17.7 40.6 25.1 6.9
kitab/buku agama.
C22 Saya bersembahyang f 12 21 58 58 26 3.37
% 6.9 12.0 33.1 33.1 14.9
untuk mendapatkan
ketenangan.
C27 Saya menderma / f 4 15 59 58 39 3.65
% 2.3 8.6 33.7 33.1 22.3
bersedekah dengan harta
saya untuk orang lain.
C32 Saya menyara keluarga f 20 25 62 24 44 3.27
% 11.4 14.3 35.4 13.7 25.1
tanpa menghiraukan
halal atau haram.
C37 Saya mengujungi pusat f 35 43 44 30 23 2.79
% 20.0 24.6 25.1 17.1 13.1
hiburan untuk
mendapatkan
ketenangan.
PURATA MIN KESELURUHAN 3.43
Berdasarkan jadual 4.12, item C12 “Saya sentiasa memastikan pakaian dan
rumah saya sentiasa bersih.” merupakan item yang mencatatkan bacaan min tertinggi
iaitu 4.17. Terdapat seramai 89 orang ( 50.9% ) menjawab sangat setuju, 45 orang
( 25.7% ) menjawab setuju, seramai 28 orang ( 16.0% ) menjawab kurang setuju,
seramai 8 orang ( 4.6% ) mengatakan tidak setuju dan diakhiri seramai 5 orang ( 2.9% )
mengatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min kedua tertinggi dicatakan oleh item C7 “Saya berpuasa kerana
mematuhi perintah Allah” mencatatkan min sebanyak 4.03. Terdapat seramai 87 orang
( 49.7% ) menjawab sangat setuju, seramai 36 orang ( 20.6% ) menjawab setuju.
Manakala seramai 32 orang ( 18.3% ) menyatakan kurang setuju, seramai 11 orang
( 6.3% ) menyatakan tidak setuju dan seramai 9 orang ( 5.1% ) mengatakan sangat tidak
setuju bagi item ini.
Bacaan min ketiga tertinggi dicatatkan oleh item C27“Saya menderma /
bersedekah dengan harta saya untuk orang lain.” dengan nilai min 3.65. Terdapat
93
Bacaan min keempat tertinggi dicatatkan oleh C22 “Saya bersembahyang untuk
mendapatkan ketenangan.” mencatatkan min sebanyak 3.37. Terdapat seramai 26 orang
( 14.9% ) menjawab sangat setuju, seramai 58 orang ( 33.1.% ) menjawab setuju.
Manakala seramai 58 orang ( 33.1% ) menyatakan kurang setuju, seramai 21 orang
( 12.0% ) menjawab tidak setuju dan diakhiri seramai 12 orang ( 6.9% ) menyatakan
sangat tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min kelima tertinggi dicatatkan oleh C32 “Saya menyara keluarga tanpa
menghiraukan halal atau haram.” mencatatkan min sebanyak 3.27. Terdapat seramai 44
orang ( 25.1% ) menjawab sangat setuju, seramai 24 orang ( 13.7% ) menjawab setuju.
Manakala seramai 62 orang ( 35.4% ) menyatakan kurang setuju, seramai 25 orang
( 14.3% ) tidak setuju dan diakhiri 20 orang ( 11.4% ) mengatakan sangat tidak setuju
bagi item ini.
Bacaan min ketujuh tertinggi dicatatkan oleh item C17“Saya sering membaca
kitab/buku agama.” mencatatkan min sebanyak 3.02. Terdapat seramai 12 orang ( 6.9% )
menjawab sangat setuju, seramai 44 orang ( 25.1% ) menjawab setuju. Manakala 71
orang ( 40.6% ) menyatakan kurang setuju, seramai 31 orang ( 17.7% ) menyatakan
94
tidak setuju dan diakhiri seramai 17 orang ( 9.7% ) mengatakan sangat tidak setuju bagi
item ini.
Bacaan min terendah dicatatkan oleh item C37 “Saya mengujungi pusat hiburan
untuk mendapatkan ketenangan.” mencatatkan min sebanyak 2.79. Terdapat seramai 23
orang ( 13.1% ) menjawab sangat setuju, seramai 30 orang ( 17.1% ) menjawab setuju,
seramai 44 orang ( 25.1% ) menjawab kurang setuju. Manakala seramai 43 orang
( 24.6% ) menyatakan tidak setuju dan diakhiri seramai 35 orang ( 20.0% ) mengatakan
sangat tidak setuju bagi item ini.
ditimpa masalah.
C30 Saya sering mengajak F 38 37 65 26 9 2.61
% 21.7 21.1 37.1 14.9 5.1
rakan berfoya-foya.
C35 Saya cepat marah. F 22 35 76 29 13 2.86
% 12.6 20.0 43.4 16.6 7.4
C40 Saya menasihati rakan F 10 18 48 64 35 3.55
% 5.7 10.3 27.4 36.6 20.0
yang melakukan
kesalahan.
PURATA MIN KESELURUHAN 3.41
Berdasarkan jadual 4.13, item C20 “Saya memujuk rakan saya supaya bersabar
merupakan item yang mencatatkan bacaan min tertinggi iaitu 3.87. Terdapat seramai 52
orang ( 29.7% ) menjawab sangat setuju, 77 orang ( 44.0% ) menjawab setuju, seramai
26 orang ( 14.9% ) menjawab kurang setuju, seramai 11 orang ( 6.3% ) mengatakan
tidak setuju dan diakhiri dengan 9 orang ( 5.1% ) mengatakan sangat tidak setuju bagi
item ini.
Bacaan min kedua tertinggi dicatakan oleh item C5 “Saya menolong orang tanpa
mengharapkan ganjaran/ucapan terima kasih” mencatatkan min sebanyak 3.85. Terdapat
seramai 45 orang ( 25.7% ) menjawab sangat setuju, seramai 72 orang ( 41.1% )
menjawab setuju. Manakala seramai 45 orang ( 25.7% ) menyatakan kurang setuju,
seramai 12 orang ( 6.9% ) mengatakan tidak setuju dan seorang sahaja ( 0.6% )
menyatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min ketiga tertinggi dicatatkan oleh item C25“Saya bersyukur walau
ditimpa masalah” dengan nilai min 3.78. Terdapat seramai 52 orang ( 29.7% )
menjawab sangat setuju, seramai 55 orang ( 31.4% ) menjawab setuju, seramai 48 orang
( 27.4% ) menyatakan tidak pasti, seramai 17 orang ( 9.7% ) menyatakan tidak setuju
dan diakhiri seramai 3 orang ( 1.7% ) menyatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
96
Bacaan min keempat tertinggi dicatatkan oleh C15 “ Saya suka menderma ”
mencatatkan min sebanyak 3.61. Terdapat seramai 43 orang ( 24.6% ) menjawab sangat
setuju, seramai 54 orang ( 30.9% ) menjawab setuju. Manakala seramai 51 orang
( 29.1% ) menyatakan kurang setuju, seramai 21 orang ( 12.0% ) menjawab tidak setuju
dan diakhiri seramai 6 orang ( 3.4% ) menyatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min kelima tertinggi dicatatkan oleh C40 “ Saya menasihati rakan yang
melakukan kesalahan ” mencatatkan min sebanyak 3.55. Terdapat seramai 35 orang
( 20.0% ) menjawab sangat setuju, seramai 64 orang ( 36.6% ) menjawab setuju.
Manakala seramai 48 orang ( 27.4% ) menyatakan kurang setuju, seramai 18 orang
( 10.3% ) tidak setuju dan diakhiri 10 orang ( 5.7% ) mengatakan sangat tidak setuju
bagi item ini.
Bacaan min keenam tertinggi dicatatkan oleh item C10 “Saya suka dipuji apabila
menderma” mencatatkan min sebanyak 3.17. Terdapat seramai 29 orang ( 16.6% )
menjawab sangat setuju, seramai 32 orang ( 18.3% ) menjawab setuju. Manakala 70
orang ( 40.0% ) menyatakan kurang setuju, seramai 28 orang ( 16.0% ) menyatakan
tidak setuju dan diakhiri seramai 16 orang ( 9.1% ) mengatakan sangat tidak setuju bagi
item ini.
Bacaan min ketujuh tertinggi dicatatkan oleh C35 “Saya cepat marah”
mencatatkan min sebanyak 2.86. Terdapat seramai 13 orang ( 7.4% ) sangat setuju,
seramai 29 orang ( 16.6% ) setuju. Manakala seramai 76 orang ( 43.4% ) menjawab
kurang setuju, seramai 35 orang ( 20.0% ) menjawab tidak setuju dan diakhiri seramai
22 orang ( 12.6% ) mengatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min terendah dicatatkan oleh item C30 “Saya sering mengajak rakan
berfoya-foya ” mencatatkan min sebanyak 2.61. Terdapat seramai 9 orang ( 5.1% )
menjawab sangat setuju, seramai 26 orang ( 14.9% ) menjawab setuju, seramai 65 orang
( 37.1% ) menjawab kurang setuju. Manakala seramai 37 orang ( 21.1% ) menyatakan
97
tidak setuju dan diakhiri seramai 38 orang ( 21.7% ) mengatakan sangat tidak setuju bagi
item ini.
Berdasarkan jadual 4.14, item C4 “Saya bersopan santun ketika bercakap dengan
ibu bapa / penjaga” merupakan item yang mencatatkan bacaan min tertinggi iaitu 3.93.
Terdapat seramai 56 orang ( 32.0% ) menjawab sangat setuju, 66 orang ( 37.7% )
menjawab setuju, seramai 38 orang ( 21.7% ) menjawab kurang setuju, seramai 14 orang
( 8.0% ) mengatakan tidak setuju dan diakhiri dengan seorang sahaja ( 0.6% )
mengatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min ketiga tertinggi dicatatkan oleh item C29“Saya suka bergaul dengan
orang yang baik” dengan nilai min 3.54. Terdapat seramai 35 orang ( 20.0% )
menjawab sangat setuju, seramai 49 orang ( 28.0% ) menjawab setuju, seramai 69 orang
( 39.4% ) menyatakan tidak pasti, seramai 15 orang ( 8.6% ) menyatakan tidak setuju
dan diakhiri seramai 7 orang ( 4.0% ) menyatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min keempat tertinggi dicatatkan oleh C24 “Saya kerap bertanya khabar /
berhubung dengan saudara mara saya ” mencatatkan min sebanyak 3.49. Terdapat
seramai 31 orang ( 17.7% ) menjawab sangat setuju, seramai 59 orang ( 33.7% )
99
Bacaan min kelima tertinggi dicatatkan oleh C34 “Saya memanggil rakan dengan
gelaran tertentu seperti ‘Ali Buncit’, ‘Din Botak’, ‘Castello’ ” mencatatkan min
sebanyak 2.86. Terdapat seramai 27 orang ( 15.4% ) menjawab sangat setuju, seramai 35
orang ( 20.0% ) menjawab setuju. Manakala seramai 38 orang ( 21.7% ) menyatakan
kurang setuju, seramai 37 orang ( 21.1% ) tidak setuju dan diakhiri 38 orang ( 21.7% )
mengatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
Berdasarkan jadual 4.15, item C28 “Saya akan sentiasa menepati janji saya
dengan rakan / saudara mara.” merupakan item yang mencatatkan bacaan min tertinggi
iaitu 3.63. Terdapat seramai 41 orang ( 23.4% ) menjawab sangat setuju, 57 orang
( 32.6% ) menjawab setuju, seramai 50 orang ( 28.6% ) menjawab kurang setuju,
seramai 21 orang ( 12% ) mengatakan tidak setuju dan diakhiri seramai 6 orang ( 3.5% )
mengatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
101
Bacaan min kedua tertinggi dicatakan oleh item C3 “Saya tidak akan memakan
makanan yang tiada logo halal” mencatatkan min sebanyak 3.61. Terdapat seramai 18
orang ( 10.3% ) menjawab sangat setuju, seramai 38 orang ( 21.7% ) menjawab setuju.
Manakala seramai 43 orang ( 24.6% ) menyatakan kurang setuju, seramai 47 orang
( 26.9% ) menyatakan tidak setuju dan seramai 29 orang ( 16.6% ) mengatakan sangat
tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min ketiga tertinggi dicatatkan oleh item C13 “Saya sengaja
melambatkan bayar hutang” mencatatkan min sebanyak 3.19. Terdapat seramai seramai
24 orang ( 13.7% ) menjawab sangat setuju, seramai 45 orang ( 25.7% ) menjawab
setuju, seramai 63 orang ( 36% ) menyatakan tidak pasti, seramai 26 orang ( 14.9% )
menyatakan tidak setuju dan diakhiri seramai 17 orang ( 9.7% ) menyatakan sangat
tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min kelima tertinggi dicatatkan oleh C23 “Saya sanggup bersumpah
dengan nama Allah walaupun saya bersalah” mencatatkan min sebanyak 2.96. Terdapat
seramai 39 orang ( 22.3% ) menjawab sangat setuju, seramai 27 orang ( 15.4% )
menjawab setuju. Manakala seramai 39 orang ( 22.3% ) menyatakan kurang setuju,
102
seramai 28 orang ( 16.0% ) tidak setuju dan diakhiri 42 orang ( 24.0% ) mengatakan
sangat tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min terendah dicatatkan oleh item C38 “Saya akan membalas dendam
atas perbuatan zalim orang lain terhadap saya” mencatatkan min sebanyak . Terdapat
seramai 26 orang ( 14.9% ) menjawab sangat setuju, seramai 19 orang ( 10.9% )
menjawab setuju. Manakala 52 orang ( 29.7% ) menyatakan kurang setuju, seramai 43
orang ( 24.6% ) menyatakan tidak setuju dan diakhiri seramai 35 orang ( 20.0% )
mengatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
Bacaan min ketujuh tertinggi dicatatkan oleh C9 “Saya sukar mengikut nasihat
ibu bapa / penjaga ” mencatatkan min sebanyak 2.94. Terdapat seramai 13 orang
( 7.4% ) sangat setuju, seramai 23 orang ( 13.1% ) setuju. Manakala seramai 56 orang
( 32.0% ) menjawab kurang setuju, seramai 54 orang ( 30.9% ) menjawab tidak setuju
dan diakhiri seramai 29 orang ( 16.6% ) mengatakan sangat tidak setuju bagi item ini.
Berdasarkan jadual 4.16, min faktor Ibu Bapa merupakan min tertinggi iaitu
sebanyak 17.31, diikuti oleh faktor Media dengan min sebanyak 14.58, faktor
Pendidikan Agama dengan min sebanyak 14.56 dan diakhiri dengan faktor Rakan
Sebaya dengan min sebanyak 13.88 Kesimpulannya, Ibu bapa merupakan faktor yang
tertinggi dan mendominasi pengaruh anak-anak membentuk pola sahsiah diri individu
dalam kajian ini.
Berdasarkan jadual 4.17, item D1 “Ibu bapa menghalang saya menonton cerita
lucah” merupakan item yang mencatatkan bacaan min tertinggi iaitu 3.76. Terdapat
seramai 88 orang ( 50.3% ) menjawab sangat kerap, 23 orang ( 13.1% ) menjawab kerap,
seramai 12 orang ( 6.9% ) menjawab jarang-jarang, seramai 38 orang ( 21.7% )
mengatakan pernah dan diakhiri dengan seramai 14 orang ( 8.0% ) mengatakan tidak
pernah bagi item ini.
Bacaan min kedua tertinggi dicatakan oleh item D17 “Ibu bapa / penjaga
menghargai kebolehan atau pencapaian saya” mencatatkan min sebanyak 3.72. Terdapat
seramai 55 orang ( 31.4% ) menjawab sangat kerap, seramai 48 orang ( 27.4% )
menjawab kerap. Manakala seramai 47 orang ( 26.9% ) menyatakan jarang-jarang,
seramai 18 orang ( 10.3% ) mengatakan pernah dan seramai 7 orang ( 4.0% )
mengatakan tidak pernah bagi item ini.
Bacaan min ketiga tertinggi dicatatkan oleh item D13“Ibu bapa saya menghukum
sekiranya saya melakukan kesalahan” dengan nilai min 3.48. Terdapat seramai 43 orang
( 24.6% ) menjawab sangat kerap, seramai 38 orang ( 21.7% ) menjawab kerap.
Manakala seramai 58 orang ( 33.1% ) menyatakan jarang-jarang, seramai 32 orang
( 18.3% ) mengatakan pernah dan seramai 4 orang ( 2.3% ) mengatakan tidak pernah
bagi item ini.
105
Bacaan min keempat tertinggi dicatatkan oleh D9 “Ibu bapa mengenali rakan
saya” mencatatkan min sebanyak 3.40. Terdapat seramai 48 orang ( 27.4% ) menjawab
sangat kerap, seramai 34 orang ( 19.4% ) menjawab kerap. Manakala seramai 46 orang
( 26.3% ) menyatakan jarang-jarang, seramai 34 orang ( 19.4% ) menjawab pernah dan
diakhiri seramai 13 orang ( 7.4% ) menyatakan tidak pernah bagi item ini.
Bacaan min terendah dicatatkan oleh item D5 “ Saya sering menghabiskan masa
bersama rakan-rakan diluar ” mencatatkan min sebanyak 2.95. Terdapat seramai 15
orang ( 8.6% ) menjawab sangat kerap, seramai 20 orang ( 11.4% ) menjawab kerap,
seramai 94 orang ( 53.7% ) menjawab jarang-jarang. Manakala seramai 33 orang
( 18.9% ) menyatakan pernah dan diakhiri seramai 13 orang ( 7.4% ) mengatakan tidak
pernah bagi item ini.
mempengaruhi saya
untuk meniru aksi
mereka.
D18 Saya sering membeli F 32 30 60 27 26 2.91
% 18.3 17.1 34.3 15.4 14.9
majalah berbentuk
hiburan berbanding
dengan
majalah akademik
atau ilmiah.
PURATA MIN KESELURUHAN 2.92
Bacaan min kedua tertinggi dicatakan oleh item D10 “Saya menyimpan bahan
lucah di dalam telefon bimbit atau komputer saya” mencatatkan min sebanyak 3.05.
Terdapat seramai 36 orang ( 20.6% ) menjawab sangat kerap, seramai 29 orang
( 16.6% ) menjawab kerap. Manakala seramai 42 orang ( 24.0% ) menyatakan jarang-
jarang, seramai 44 orang ( 25.1% ) mengatakan pernah dan seramai 24 orang ( 13.7% )
mengatakan tidak pernah bagi item ini.
Bacaan min ketiga tertinggi dicatatkan oleh item D18 “Saya sering membeli
majalah berbentuk hiburan berbanding dengan majalah akademik atau ilmiah” dengan
nilai min 2.91. Terdapat seramai 37 orang ( 21.1% ) menjawab sangat kerap, seramai 26
orang ( 14.9% ) menjawab kerap. Manakala seramai 61 orang ( 34.9% ) menyatakan
jarang-jarang, seramai 34 orang ( 19.4% ) mengatakan pernah dan seramai 14 orang
( 8.0% ) mengatakan tidak pernah bagi item ini.
107
Bacaan min terendah dicatatkan oleh item D2 “ Saya banyak menghabiskan masa
menonton televisyen / video ” mencatatkan min sebanyak 2.49. Terdapat seramai 4
orang ( 2.3% ) menjawab sangat kerap, seramai 10 orang ( 5.7% ) menjawab kerap,
seramai 88 orang ( 50.3% ) menjawab jarang-jarang. Manakala seramai 38 orang
( 21.7% ) menyatakan pernah dan diakhiri seramai 35 orang ( 20.0% ) mengatakan tidak
pernah bagi item ini.
agama.
D20 Saya suka membaca f 16 29 68 27 35 3.21
% 9.1 16.6 38.9 15.4 20.0
bahan berunsurkan
keagamaan.
PURATA MIN KESELURUHAN 2.91
Berdasarkan jadual 4.19, item D20 “Saya suka membaca bahan berunsurkan
keagamaan” merupakan item yang mencatatkan bacaan min tertinggi iaitu 3.21.
Terdapat seramai 35 orang ( 20.0% ) menjawab sangat kerap, 27 orang ( 15.4% )
menjawab kerap, seramai 68 orang ( 38.9% ) menjawab jarang-jarang, seramai 29 orang
( 16.6% ) mengatakan pernah dan diakhiri dengan 16 orang ( 9.1% ) mengatakan tidak
pernah bagi item ini.
Bacaan min kedua tertinggi dicatakan oleh item D16 “Saya tidak suka
menghadiri majlis agama seperti ceramah / kuliah agama” mencatatkan min sebanyak
3.04. Terdapat seramai 24 orang ( 13.7% ) menjawab sangat kerap, seramai 26 orang
( 14.9% ) menjawab kerap. Manakala seramai 76 orang ( 43.4% ) menyatakan jarang-
jarang, seramai 31 orang ( 17.7% ) mengatakan pernah dan seramai 18 orang ( 10.3% )
mengatakan tidak pernah bagi item ini.
Bacaan min ketiga tertinggi dicatatkan oleh item D12 “ Saya membaca Al-Quran
” dengan nilai min 2.89. Terdapat seramai 30 orang ( 17.1% ) menjawab sangat kerap,
seramai 30 orang ( 17.7% ) menjawab kerap. Manakala seramai 47 orang ( 26.9% )
menyatakan jarang-jarang, seramai 27 orang ( 15.4% ) mengatakan pernah dan seramai
41 orang ( 23.4% ) mengatakan tidak pernah bagi item ini.
( 16.6% ) menjawab pernah dan diakhiri seramai 36 orang ( 20.6% ) menyatakan tidak
pernah bagi item ini.
perkara yang
bertentangan dengan
hukam Agama.
PURATA MIN KESELURUHAN 2.78
Berdasarkan jadual 4.20, item D11 “Saya memilih rakan yang “sekepala” dengan
saya ( yang mempuyai perangai yang sama ) ” merupakan item yang mencatatkan
bacaan min tertinggi iaitu 3.63. Terdapat seramai 58 orang ( 33.1% ) menjawab sangat
kerap, 35 orang ( 20.0% ) menjawab kerap, seramai 50 orang ( 28.6% ) menjawab
jarang-jarang, seramai 24 orang ( 13.7% ) mengatakan pernah dan diakhiri dengan
seramai 8 orang ( 4.6% ) mengatakan tidak pernah bagi item ini.
Bacaan min kedua tertinggi dicatakan oleh item D19 “ Rakan-rakan yang sering
mengajak saya melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukam Agama ”
mencatatkan min sebanyak 2.95. Terdapat seramai 24 orang ( 13.7% ) menjawab sangat
kerap, seramai 30 orang ( 17.1% ) menjawab kerap. Manakala seramai 63 orang ( 36.0%
) menyatakan jarang-jarang, seramai 29 orang ( 16.6% ) mengatakan pernah dan seramai
29 orang ( 16.6% ) mengatakan tidak pernah bagi item ini.
Bacaan min ketiga tertinggi dicatatkan oleh item D15 “ Saya menerima cabaran
daripada rakan-rakan saya untuk melakukan perkara negatif ” dengan nilai min 2.64.
Terdapat seramai 9 orang ( 5.1% ) menjawab sangat kerap, seramai 30 orang ( 17.1% )
menjawab kerap. Manakala seramai 64 orang ( 36.6% ) menyatakan jarang-jarang,
seramai 33 orang ( 18.9% ) mengatakan pernah dan seramai 39 orang ( 22.3% )
mengatakan tidak pernah bagi item ini.
4.6 Hubungan Pola Sahsiah Diri dan Faktor Mempengaruhi Sahsiah Diri
Analisis ini melibatkan 20 hipotesis kajian yang merangkumi lima pola sahsiah
diri utama dan empat pecahan setiap objektif. Setiap dapatan yang dihasilkan diulas
dengan lebih terperinci untuk menentukan sama ada setiap hipotesis diterima atau
ditolak.
112
4.6.1 H0 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pola sahsiah akidah
dengan faktor ibu bapa mempengaruhi pola sahsiah diri.
Berdasarkan jadual 4.21, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
akidah dengan faktor ibu bapa mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.040 iaitu lebih kecil
daripada aras signifikan, nilai p = 0.0040 < α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol pertama ( H0
1 ) berjaya ditolak. Kesimpulannya, terdapat hubungan yang signifikan antara pola
akidah dengan faktor ibu bapa dalam kalangan pesalah laku juvana yang menjadi sampel
kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat lemah dan tiada
perhubungan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali korelasi adalah
bersamaan dengan .155*.
4.6.2 H0 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pola sahsiah akidah
dengan faktor media mempengaruhi pola sahsiah diri.
Berdasarkan jadual 4.22, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
akidah dengan faktor media mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.326 iaitu lebih besar
daripada aras signifikan, nilai p = 0.326 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol kedua ( H0 2 )
berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pola
akidah dengan faktor media dalam kalangan pesalah laku juvana yang menjadi sampel
113
kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat lemah dan boleh
diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali korelasi adalah
bersamaan dengan -.075.
Berdasarkan jadual 4.23, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
akidah dengan faktor rakan sebaya mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.067 iaitu lebih
besar daripada aras signifikan, nilai p = 0.067 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol ketiga
( H0 3 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara pola akidah dengan faktor rakan sebaya dalam kalangan pesalah laku juvana yang
menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat lemah
dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali korelasi
adalah bersamaan dengan -.139.
4.6.4 H0 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pola sahsiah akidah
dengan faktor pendidikan agama mempengaruhi pola sahsiah diri.
Berdasarkan jadual 4.24, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
akidah dengan faktor pendidikan agama mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.047 iaitu
lebih kecil daripada aras signifikan, nilai p = 0.0047 < α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol
keempat ( H0 4 ) berjaya ditolak. Kesimpulannya, terdapat hubungan yang signifikan
antara pola akidah dengan faktor pendidikan agama dalam kalangan pesalah laku juvana
yang menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat
lemah dan tiada perhubungan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali
korelasi adalah bersamaan dengan -.150*.
4.6.5 H0 5 : Tidak Terdapat hubungan yang signifikan antara pola sahsiah ibadat
dengan faktor ibu bapa yang mempengaruhi sahsiah diri.
Berdasarkan jadual 4.25, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
ibadatdengan faktor ibu bapa mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.921 iaitu lebih besar
daripada aras signifikan, nilai p = 0.067 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol kelima ( H0 5 )
berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pola
ibadat dengan faktor ibu bapa dalam kalangan pesalah laku juvana yang menjadi sampel
kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat lemah dan boleh
diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali korelasi adalah
bersamaan dengan -.008.
115
4.6.6 H0 6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pola sahsiah ibadat
dengan faktor media massa yang mempengaruhi sahsiah diri.
Berdasarkan jadual 4.26, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
ibadat dengan faktor media mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.007 iaitu lebih kecil
daripada aras signifikan, nilai p = 0.0007 < α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol keenam ( H0
6 ) berjaya ditolak. Kesimpulannya, terdapat hubungan yang signifikan antara pola
ibadat dengan faktor media dalam kalangan pesalah laku juvana yang menjadi sampel
kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat lemah dan tiada
perhubungan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali korelasi adalah
bersamaan dengan -.205*.
4.6.7 H0 7 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pola sahsiah ibadat
dengan faktor rakan sebaya yang mempengaruhi sahsiah diri.
Berdasarkan jadual 4.27, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
ibadat dengan faktor rakan sebaya mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.787 iaitu lebih
besar daripada aras signifikan, nilai p = 0.787 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol ketujuh (
H0 7 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
pola ibadat dengan faktor rakan sebaya dalam kalangan pesalah laku juvana yang
menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat lemah
dan boleh di abaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali korelasi
adalah bersamaan dengan -.021.
4.6.8 H0 8 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pola sahsiah badat
dengan faktor pendidikan agama yang mempengaruhi sahsiah diri.
Berdasarkan jadual 4.28, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
ibadat dengan faktor pendidikan agama mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.514 iaitu
lebih besar daripada aras signifikan, nilai p = 0.514 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol
kelapan ( H0 8 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara pola ibadat dengan faktor pendidikan agama dalam kalangan pesalah
laku juvana yang menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi
yang sangat lemah dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan
nilai pekali korelasi adalah bersamaan dengan .050.
Berdasarkan jadual 4.29, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
muamalatdengan faktor ibu bapa mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.156 iaitu lebih besar
daripada aras signifikan, nilai p = 0.156 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol kesembilan
( H0 9 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara pola muamalat dengan faktor ibu bapa dalam kalangan pesalah laku juvana yang
menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat lemah
dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali korelasi
adalah bersamaan dengan .-.108.
Berdasarkan jadual 4.30, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
muamalat dengan faktor media mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.384 iaitu lebih besar
daripada aras signifikan, nilai p = 0.384 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol kesepuluh ( H0
118
Berdasarkan jadual 4.31, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
muamalat dengan faktor rakan sebaya mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.876 iaitu lebih
besar daripada aras signifikan, nilai p = 0.876 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol
kesebelas ( H0 11 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara pola muamalat dengan faktor rakan sebaya dalam kalangan pesalah
laku juvana yang menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi
yang sangat lemah dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan
nilai pekali korelasi adalah bersamaan dengan -.012.
Berdasarkan jadual 4.32, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
muamalat dengan faktor pendidikan agama mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.587 iaitu
lebih besar daripada aras signifikan, nilai p = 0.587 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol
kedua belas ( H0 12 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara pola muamalat dengan faktor pendidikan agama dalam kalangan
pesalah laku juvana yang menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan
korelasi yang sangat lemah dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji
dengan nilai pekali korelasi adalah bersamaan dengan -.041.
Berdasarkan jadual 4.33, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
muasyarat dengan faktor ibu bapa mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.279 iaitu lebih
besar daripada aras signifikan, nilai p = 0.279 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol ketiga
belas ( H0 13 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara pola muasyarat dengan faktor ibu bapa dalam kalangan pesalah laku
juvana yang menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang
120
sangat lemah dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai
pekali korelasi adalah bersamaan dengan -.82.
Berdasarkan jadual 4.34, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
muasyarat dengan faktor media mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.871 iaitu lebih besar
daripada aras signifikan, nilai p = 0.871 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol keempat belas
( H0 14 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara pola muasyarat dengan faktor media dalam kalangan pesalah laku juvana yang
menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat lemah
dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali korelasi
adalah bersamaan dengan -.12.
Berdasarkan jadual 4.35, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
muasyaratdengan faktor rakan sebaya mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.916 iaitu lebih
besar daripada aras signifikan, nilai p = 0.916 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol kelima
belas ( H0 15 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara pola muasyarat dengan faktor rakan sebaya dalam kalangan pesalah
laku juvana yang menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi
yang sangat lemah dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan
nilai pekali korelasi adalah bersamaan dengan -.08.
Berdasarkan jadual 4.36, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
muasyarat dengan faktor pendidikan agama mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.481 iaitu
lebih besar daripada aras signifikan, nilai p = 0.481 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol
keenam belas ( H0 16 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara pola muasyarat dengan faktor pendidikan agama dalam kalangan
pesalah laku juvana yang menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan
korelasi yang sangat lemah dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji
dengan nilai pekali korelasi adalah bersamaan dengan .054.
122
Berdasarkan jadual 4.37, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
akhlak dengan faktor ibu bapa mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.295 iaitu lebih besar
daripada aras signifikan, nilai p = 0.295 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol ketujuh belas (
H0 17 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara pola akhlak dengan faktor ibu bapa dalam kalangan pesalah laku juvana yang
menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat lemah
dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali korelasi
adalah bersamaan dengan .080.
Berdasarkan jadual 4.38, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
akhlak dengan faktor media mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.318 iaitu lebih besar
daripada aras signifikan, nilai p = 0.318 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol kelapan belas (
H0 18 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang signifikan
123
antara pola akhlak dengan faktor media dalam kalangan pesalah laku juvana yang
menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat lemah
dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali korelasi
adalah bersamaan dengan -.076.
Berdasarkan jadual 4.39, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
akhlak dengan faktor rakan sebaya mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.602 iaitu lebih
besar daripada aras signifikan, nilai p = 0.602 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol
kesembilan belas ( H0 19 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara pola akhlak dengan faktor rakan sebaya dalam kalangan pesalah
laku juvana yang menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi
yang sangat lemah dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan
nilai pekali korelasi adalah bersamaan dengan -0.40.
Berdasarkan jadual 4.40, aras signifikan bagi hubungan antara pola sahsiah diri
akidah dengan faktor ibu bapa mempengaruhi sahsiah diri ialah 0.310 iaitu lebih besar
daripada aras signifikan, nilai p = 0.310 > α = 0.05. Oleh itu hipotesis nol kedua puluh
( H0 20 ) berjaya diterima. Kesimpulannya, tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara pola akhlak dengan faktor pendidikan agama dalam kalangan pesalah laku juvana
yang menjadi sampel kajian. Dalam hipotesis ini wujud hubungan korelasi yang sangat
lemah dan boleh diabaikan antara dua pembolehubah yang dikaji dengan nilai pekali
korelasi adalah bersamaan dengan .077.
4.7 Kesimpulan
Di dalam bab ini telah membincangkan secara terperinci setiap item demografi
yang terdiri daripada umur, bangsa, jantina, jenis salah laku dan tahap pendidikan
sampel. Kajian juga memfokuskan kepada demografi ibu bapa atau penjaga responden
merangkumi umur, bangsa, tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan juga penempatan
sampel bersama keluarga. Pola sahsiah Akidah merupakan sahsiah yang tertinggi yang
diketahui oleh setiap sampel, diikuti dengan ibadat, ketiga akhlak, keempat muasyarat
dan yang terakhir ialah muamalat. Manakala faktor yang mempengaruhi pola sahsiah
diri sampel nilai yang tertinggi ialah faktor ibu bapa yang mendominasi semua faktor.
Berikut merupakan jadual keputusan terhadap hipotesis kajian :
BAB 5
5.1 Pengenalan
Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Di dalam bab ini akan
membincangkan dan merumus dapatan kajian yang diperolehi dalam bab 4. Bab 5 ini
melakukan perkaitan dan perbandingan terhadap beberapa kajian lepas yang berkaitan
dengan hasil kajian yang telah diperoleh Perbincangan ini juga dikaitkan dengan model
dan teori yang telah digunakan dalam kajian. Secara spesifiknya, terdapat lima bahagian
utama yang akan diperbincangkan merangkumi analisis deskriptif maklumat demografi
sampel. Analisis deskriptif maklumat demografi ibu bapa atau penjaga pesalah laku,
dapatan analisis deskriptif lima pola sahsiah diri dan dapatan analisis deskriptif empat
faktor yang mempengaruhi pola sahsiah diri, dapatan analisis inferensi hubungan
korelasi dan cadangan. Dalam bab ini, pengkaji mengemukakan cadangan kepada
beberapa pihak berkaitan dan pengkaji akan datang dengan dapatan kajian yang
diperoleh.
127
Analisis yang telah dijalankan terhadap Sekolah Henry Gurney, Telok Mas
Melaka ini melibatkan seramai 175 orang sebagai pesalah laku. Pesalah laku telah
melengkapkan borang soal selidik dan mendapati golongan di antara umur 17 sehingga
21 tahun melibatkan diri dengan salah laku jenayah juvana lebih ramai berbanding
dengan golongan usia yang lain. Kajian ini bertekalan dengan kajian Persatuan
Mencegah Dadah Malaysia PEMADAM ( 2009 ), seramai 4347 remaja terlibat dengan
penyalahgunaan dadah termasuk 885 remaja yang berumur antara 13 sehingga 21 tahun
pelbagai kaum yang sedang menjalani pemulihan di pusat-pusat Serenti. Dapatan kajian
ini membuktikan penglibatan remaja kini semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Analisis juga membuktikan seramai 3 462 remaja masih bersekolah.
Rata-rata pesalah laku yang dikaji terlibat dengan kes merompak atau mencuri
sebanyak 55.4% ( 97 orang ), dan dikuti dengan kes gangsterisme atau kongsi gelap
sebanyak 30.9% (54 orang) yang melibatkan remaja bawah umur 21 tahun ke bawah.
Terdapat juga 10.3% (18 orang)sampel yang terlibat dengan salah laku rogol. Kajian ini
seterusnya bertentangan dengan kajian Sivamurugan Pandian ( 2005 ), yang menyatakan
jumlah remaja yang terlibat dengan jenayah penyalahgunaan dadah terdiri dari golongan
berusia 16 tahun. Dalam kajian beliau, pada tahun 2004 jumlah tahanan remaja untuk
tempoh 10 bulan sahaja mencecah 4 674 yang terdiri daripada 2 377 adalah pelajar.
Akan tetapi pesalah laku di Sekolah Henry Gurney kebanyakkannya terlibat dengan kes
merompak dan mencuri.
Analisis juga mendapatkan data yang tertinggi terdiri daripada golongan remaja
yang baru di peringkat Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Penglibatan remaja dalam
salahlaku jenayah juvana semakin merungsingkan semua pihak pada masa kini. Seawal
usia 16 tahun, remaja sudah berani mencuba apa jua yang boleh mendatangkan
keburukan kepada mereka. Kajian ini berketalan dengan kajian Agensi Anti Dadah
Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri ( 2008 ), didapati seramai 475 orang remaja
128
Dapatan analisis terhadap kajian ini, didapati kesemua pesalah adalah berumur
antara 16 hingga 21 tahun. Apabila sabit kesalahan atau jatuh hukuman maka pesalah
akan di hantar ke Sekolah Henry Gurney untuk menjalani pemulihan. Menurut Farah
Nini Dusuki ( 2007 ), menyatakan dalam menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang
dibawah umuh 18 tahun, seseorang pesalah remaja akan diputuskan di bawah Akta
Mahkamah Juvana 1947 yang secara automatiknya termansuh pelaksanaan Akta Kanak-
kanak 2001. Di bawah Akta 1947, sekiranya seorang kanak-kanak didapati bersalah di
atas kesalahan yang membawa hukuman mati, maka pesalah tidak dihukum dengan
hukuman tersebut, malah pesalah ditahan mengikut perkenan raja. Keadaan ini
menunjukkan bahawa apabila mencapai sahaja umur yang telah ditetapkan, hukuman
tetap dilaksanakan mengikut akta yang telah ditetapkan.
Remaja perlu sedar bahawa dengan melibatkan diri dalam pelbagai gejala sosial
sebenarnya telah membuatkan banyak hati yang terluka seperti ibu bapa, guru-guru dan
masyarakat yang mengharapkan remaja menjadi orang yang cemerlang di dunia dan
129
akhirat kelak. Remaja seharusnya menghargai segala potensi, peluang yang ada serta
tenaga semasa usia muda untuk membangunkan minda dan berusaha sedaya upaya
menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin demi masa depan. Justeru, masa muda
inil harus diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah di samping mengasah bakat dan
daya kepimpinan agar usia muda tidak dibazirkan dengan sia-sia. Sepertimana Hadith
Rasulullah S.A.W :
“ Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara : Masa sihat sebelum
sakit, masa kaya sebelum datangnya masa sempit ( miskin ), masa lapang
sebelumnya tiba masa sibuk, masa mudamu sebelum datang tua dan masa
hidupmu sebelum tiba masa mati.”
( Riwayat al-Hakim dan Al- Baihaqi )
Remaja yang bijak tidak semestinya mereka yang berjaya dalam bidang
akademik semata-mata. Akan tetapi mereka yang benar-benar faham hak dan
tanggungjawab serta memainkan peranan sebagai remaja dengan sebaik-baiknya.
Remaja yang bijak adalah remaja sentiasa menunaikan tanggungjawab terhadap Allah
S.W.T dan berpegang kepada ajaran Rasulullah, menghormati ibu bapa, ahli keluarga,
guru-guru dan rakan-rakan. Memupuk nilai murni dalam diri dan menetapkan matlamat
ke arah hidup yang lebih sempurna. Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan
memberi sumbangan kepada agama dan masyarakat.
Analisis yang dijalankan kepada pesalah laku adalah secara soal selidik dengan
memberikan jawapan kepada item yang diberikan. Maka setiap maklumat demografi
ibu bapa atau pesalah laku adalah daripada pesalah laku. Dalam menganalisis had umur
130
ibu dan bapa pesalah laku adalah dengan meminta sampel untuk menulis dan
memaklumkan kepada pengkaji. Didapati daripada data rata-rata umur ibu bapa atau
pesalah laku di antara 30an hingga 50an. Daripada analisis terhadap kajian ini, terdapat
juga dikalangan ibu bapa yang mendirikan rumah tangga secara perkahwinan campur.
Ini kerana data menunjukkan terdapat berlainan bangsa ibu atau bapa kepada pesalah
laku. Kajian ini bertekalan dengan kajian Suriyani Bte Yahya dan Fatahyah Yahya
( 2009 ) menyatakan terdapat hubungan antara perkahwinan dengan self-esteem. Soal-
selidik yang membabitkan 219 anggota tentera di Markas 3 Briged Kem Penrissen
Kuching, Sarawak. Analisis mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara
perkahwinan dengan self-esteem dengan menggunakan Pekali Spearman Rho. Hasil
penganalisian mendapati bahawa terdapat hubungan antara aspek komunikasi dan
kawalan self-esteem. Pembangunan rumah tangga adalah sepenuhnya membentuk
identiti dan personaliti seseorang remaja.
Analisis data dari maklumat demografi ibu bapa atau penjaga pesalah laku juga
memperkatakan tentang sektor pekerjaan. Bekerja sendiri menunjukkan nilai yang
tertinggi di dalam kajian ini. Sikap yang terlalu sibuk juga menyebabkan anak-anak
remaja ini terbiar dan tiada pemantauan secara dekat. Gaya asuhan yang digunakan juga
sangat longgar dan hanya seperti ‘melepaskan batuk di tangga’ sahaja. Kajian ini
bertekalan dengan kajian Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia,
Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) ( 2008 ) yang menjalankan kajian selama 2
tahun membabitkan seramai 3000 orang kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh
negara. Analisis kajian ini membuktikan bahawa institusi kekeluargaan dan pendidikan
banyak mempengaruhi pesalah laku jenayah juvana. Pesalah laku tersebut mempunyai
personaliti tidak matang yang diwarisi daripada ibu bapa kerana didikan keluarga yang
kurang sempurna.
Menurutnya lagi, kebanyakan remaja terdedah kepada salah laku jenayah akibat
daripada permasalahan kendiri di dalam keluarga, kurang berkomunikasi, kesempitan
sosio-ekonomi dan hubungan kemanusian yang lemah kerana tidak cenderung berfikir
131
secara kritikal. Menepati dalam kajian sahsiah ini, kebanyakan ibu bapa pesalah
laku terdiri daripada keluarga yang mempunyai sosio-ekonomi yang sempit dan
kebanyakan ibu bapa atau penjaga pesalah laku dalam kajian ini hanya mendapat
pendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) sahaja. Keadaan ini jelas
membuktikan bahawa unit keluarga khususnya ibu bapa adalah satu agen proses
sosialisasi kepada anak-anak. Segala pertentangan di dalam nilai sosial dan moral yang
wujud dalam remaja merupakan hasil daripada jenis sistem yang digunakan dalam
sesebuah keluarga dan persekitaran di mana meraka disosialisasikan ( White, 1996 ).
Sebagai alternatif terbaik adalah merujuk kepada Al-Quran dan Hadith yang
telah memberi panduan umum berhubung dengan kemahiran keibubapaan dalam
pendidikan anak-anak. Ibubapa adalah pemimpin di dalam rumahtangga. Sebagai
pemimpin dalam rumahtangga, mereka perlu mengetahui dan menguasai kemahiran
tertentu. Antara panduan kemahiran keibubapaan yang digariskan dalam Al-Quran :
a. Ibu bapa hendaklah berlaku adil, menjaga kebajikan dan suka memaafkan ahli
keluarganya. ( Surah Al-Nahl : 90 )
c. Ibu bapa jangan menjadi kecewa dengan tingkahlaku anaknya dan anak pula
jangan menjadi sengsara kerana perbuatan ibu bapanya. ( Surah Al-Baqarah :
233 ).
Daripada perbandingan min yang dilakukan terhadap lima pola sahsiah diri
secara keseluruhan, min pola akidah yang paling tinggi diamalkan oleh pesalah laku
jenayah juvana dengan nilai min 34.05. Manakala pola sahsiah diri yang kedua tertinggi
ialah Ibadat, diikuti dengan akhlak Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa setiap
sampel yang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney mengetahui tentang keesaan Allah,
kepercayaan kepada Malaikat dan kebenaran Rasulullah S.A.W. Kajian ini bertekalan
dengan kajian Mohd Hafiz Kamarudin ( 2008 ), memfokuskan tentang presepsi pelajar
terhadap program-program dan aktiviti pembangunan sahsiah. Dapatan analisis
menunjukkan bahawa seramai 269 pesalah laku memberikan respon mengatakan
pembangunan sahsiah pelajar perlu di terapkan pada peringkat awal bagi mengatasi
masalah sosial yang kian menular. Sewaktu dalam usia kanak-kanak, golongan ini
sering diberitahu dan diingatkan tentang kewujudan Allah dan perlu akur dan taat
kepadanya. Analisis kajian mendapati bahawa akidah yang dipegang oleh pesalah laku
seperti agama berbentuk budaya, ianya hanyalah seperti agama yang diwarisi tapi tiada
pengukuhan melalui amalan atau perilaku ( Ibadat, Muamalat, Muasyarat dan Akhlak ) .
Setiap pesalah laku mengetahui bahawa akidah merupakan sesuatu yang penting
bagi setiap individu sebagai manusia bagi membentuk pegangan dan kepercayaan tetapi
ianya berbeza dengan pola sahiah yang lain. Kajian ini bertentangan dengan kajian
133
Mohd Sabri Mamat dan Syed Najmuddin ( 2009 ), pendidikan agama sangat
perlu dalam kehidupan seharian untuk melaksanakan amalan ibadat seharian ( solat,
puasa, membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa ). Analisis kajian dilaksanakan di
Maktab Rendah Sains Mara di seluruh Malaysia terhadap 674 orang pelajar tingkatan
lima. Dapatan menyatakan bahawa pendidikan agama yang membentuk amalan ibadat
dapat menyumbang kepada kecerdasan emosi seseorang. Amalan berzikir, berdoa dan
membaca Al-Quran menyumbang kepada peningkatan kesedaran kendiri. Manakala
solat menyumbang kepada peningkatan regulasi kendiri. Ini kerana dalam kajian
sahsiah diri dalam kalangan pesalah laku ini mengakui kewujudan Allah akan tetapi
tidak mengikut segala amanah dan tuntutan dari Allah S.W.T. Jiwa mereka merasakan
seronok apabila melakukan kegiatan menyalahi undang-undang dan membahayakan
mereka. Akibat kekurangan ibadat kepada Allah S.W.T pesalah ini mengalami
kecelaruan emosi dan merasakan kekurangan dalam diri mereka.
Dalam kajian ini menunjukkan pola muasyarat dan muamalat terletak pada tahap
kedua terbawah. Analisis dapati bahawa pesalah laku ini adalah tergolong kepada anak
remaja yang mendapat kebebasan dalam kehidupan. Analisis dapatan konteks mumalat
menunjukkan cara hidup pada pesalah laku adalah bertentangan dengan kelaziman
sebagai fitrah manusia. Menjalani kehidupan secara bebas tanpa menghormati hak
orang lain. Begitu juga dengan cara hidup bermasyarakat ( muasyarat ), pesalah laku
menjalani kehidupan tanpa adab-adab dalam pergaulan dan tanpa keterbatasan dalam
menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling. Kajiani ini bertekalan dengan kajian Dr
Azizi Yahya dan Muhamad Jumat Aliju ( 2008 ), membicarakan bahawa rakan sebaya
sangat signifikan dalam mempengaruhi rakan lain untuk bertindak ke arah negatif.
Kajian ini menunjukkan bahawa rakan sebaya devian merupakan faktor kepada tingkah
laku delikuen. Kajian ini diperkukuhkan lagi apabila tingkah laku agresif mempunyai
hubungan yang sifnifikan dengan faktor rakan sebaya di dalam masalah tingkah laku
negtif remaja. Cara kehidupan mereka banyak dipengaruhi oleh rakan-rakan sekeliling
yang sama-sama bebas dalam bergaul tanpa mengira pahala dan dosa, yang sahih dan
134
batil dan sikap menghalalkan yang haram antara sebab rendahnya muamalat dan
muasyarat dalam diri pesalah laku.
Bagi membentuk remaja muslim yang sejati adalah dibentuk dari dalam ke luar.
Bermula dengan rukun iman sebagai input. Langkah membentuk akhlak dimulakan
dengan memantapkan sistem keyakinan berasaskan kepada akidah ( tauhidic mindset )
sebagai paksi utama yang membentuk pandangan alam ( world-view ), kemudiannya
sistem nilai serta sikap yang akhirnya melahirkan kelakuan-kelakuan yang baik. Inilah
teras dan asas rukun Iman. Pemantapan rukun Iman ini disusuli dengan langkah kedua
sebagai pemprosesan. Melaksanakan satu set ( himpunan ) amalam-amalan ritual dalam
rukun Islam. Ini adalah satu pakej latihan yang bersepadu, konsisten dan diamalkan
secara rutin. Pada tahap ini keyakinan dalam rukun iman diterjermahkan kepada
amalan-amalan rukun Islam. Sebagai output dalam melahirkan generasi remaja Islam
sejati diakhiri dengan Ihsan yang mana perlakuan-perlakuan baik itu lahir kerana
merasakan diri sama ada “melihat” Allah ( pada tahap yang tinggi ) atau dilihat Allah
( pada tahap biasa ). Dengan Ihsan ini timbullah rasa dalam diri seseorang itu cinta,
takut, rasa terhina, miskin, jahil dan rasa kehambaan kepada Allah.
Setiap remaja diberikan oleh Allah S.W.T dengan akal. Oleh yang demikian,
sebagai manusia yang berakal dan mukallaf maka wajarlah remaja memikirkan yang
terbaik untuk diri sendiri terlebih dahulu. Apabila diri menjadi insan yang baik, maka
dengan sendirinya tindakan mereka pasti memberi kebaikan dan kegembiraan kepada
insan-insan yang terdekat dan seterusnya membawa kesejahteraan kepada negara
tercinta.
135
Pengaruh media memberikan pengaruh kepada remaja pada tahap yang kedua
tertinggi. Ini bertekalan dengan kajian Abdullah Sulong dan Mawaddah Abdullah
( 2009 ), faktor-faktor media elektronik memberikan input yang besar terhadap
keruntuhan akhlak pelajar berdasarkan kandungan bahan-bahan yang ditayangkan.
Kajian yang dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia dengan seramai 87 orang
pesalah laku. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Alpha Croanbach, r = 0.808.
Menurut Larking ( 1966 ) mengatakan bahawa media merupakan satu alat yang boleh
mempengaruhi sepenuhnya perkembangan seseorang individu. Ini disokong lagi apabila
Francais ( 1997 ) mengatakan bahawa media yang berbentuk elektronik khususnya
televisyen, remaja yang ketagih menonton televisyen lebih menghadapi masalah sosio-
136
psikologi seperti kesedaran diri yang rendah, kerisauan dan jurang mantap keyakinan
agama.
Analisis kajian juga mendapati pengaruh pendidikan agama dan rakan sebaya
dalam pembentukan sahsiah diri. Kajian ini bertekalan dengan kajian Faizah Abd Ghani
dan Logantahan ( 2010 ) yang telah menjalankan kajian seramai 140 orang pelajar
Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Resort Pasir Gudang, Johor Bahru.
Analisis melalui kajian ini, didapati pola gaya hidup remaja mempunyai signifikan
dengan faktor keluarga dan pengaruh pendidikan agama. Dapatan analisis kajian ini
juga bertentangan dengan kajian pengkaji melalui faktor pengaruh rakan sebaya, dalam
kajian ini tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam keadaan yang positif
mempengaruhi sahsiah diri pesalah laku juvana. Manakala kajian tentang faktor rakan
sebaya ianya bertekalan dengan kajian Mohammad Shatar Sabran ( 2010 ) yang
mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya punca utama gejala sosial.
Data daripada kajian beliau mendedahkan seramai 300 remaja Melayu di bandar
dan luar bandar berusia antara 13 sehingga 25 tahun mengakui terlibat dengan salah laku
seksual dan gejala seks bebas. Kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan
perbuatan itu tidak ada rasa kesal, malu atau takut akan balasan Allah akan tetapi ianya
sebagai satu keseronokan dan kepuasan. Teman sebaya sangat berpengaruh dalam
tingkah laku pelajar, lantaran itulah Islam sentiasa menitikberatkan pemilihan sahabat
yang sebenar dalam kehidupan seharian. Di luar rumah remaja berdepan dengan
pelbagai situasi yang banyak mempengaruhi corak kehidupan mereka. Anak-anak yang
berada di luar kawalan ibu bapa inilah yang selalunya akan mendapat khidmat rakan-
rakan sebaya untuk meneruskan kehidupan mereka.
hidup. Remaja yang telah jauh tersasar dari landasan kehidupan yang mementingkan
nilai-nilai kemanusian perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar mereka tidak terus
hanyut dan terbiar tanpa bimbingan.
Oleh sebab itu, sebelum seseorang kanak-kanak mengalami zaman remaja, amat
penting sekali kita memastikan bahawa nilai-nilai murni dan amalan soleh itu telah
sebati dalam jiwa mereka. Pengukuhan aktiviti keagamaan dan pendedahan kepada ilmu
adalah amat penting bagi memantapkan diri yang bermula dari rumah, melalui media
dan rakan sebaya. Inilah usaha yang perlu dilakukan secara berterusan sehingga kita
berjaya membangun dan memantapkan jiwa-jiwa remaja ini agar menjadi manusia yang
kelas pertama. Dalam Firman Allah S.W.T :
5.6 Perbincangan Dapatan Analisis Inferensi Pola Sahsiah Diri dan Faktor
Pengaruh Sahsiah Diri
Daripada kajian ini terdapat dua hubungan yang mempunyai nilai inferensi yang
menghubungkan di antara pola sahsiah dengan faktor pengaruh sahsiah diri. Pola
Akidah dengan faktor ibu bapa mempunyai hubungan yang signifikan dengan hubungan
korelasi yang sangat lemah, r = +.155. Ini membuktikan bahawa ibu bapa memainkan
peranan dalam membantu sahsiah akidah dalam diri seseorang. Pembentukan akidah
pada peringkat awal lagi dengan menerapkan nilai-nilai murni, bertekalan dengan kajian
Rohayati Derani ( 2004 ), faktor-faktor keruntuhan akhlak remaja Islam kini mempunyai
138
signifikan yang positif dengan tanggungjawab daripada Ibu bapa. Analisis data ini
diperoleh daripada ibu bapa yang berada di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar,
Kedah. Seramai 60 orang pasangan ibu bapa telah diberikan agihan instrumen kajian.
Dalam kajian ini mendapati bahawa pegangan dan pemahaman pesalah laku tentang
Islam adalah tinggi dan sangat signifikan dengan didikan ibu bapa. Analisis juga
mendapati bahawa setiap pesalah laku mengetahui tentang kewujudan Allah yang esa,
tuntutan tentang berpuasa dan sentiasa membaca Al-Quran. Akan tetapi ianya hanya
seperti Agama Budaya semata-mata, mengetahui tapi tiada amalan pelaksanaanya.
Ini kerana setiap anak yang dilahirkan ke dunia merupakan anugerah tuhan yang
tidak ternilai dan amanah Allah S.W.T kepada setiap ibu bapa agar anak tersebut
menjadi insan yang berguna dan berbudi pekerti dengan akhlak yang mulia. Ibu bapa
merupakan insan yang bertanggungjawab mendidik, memelihara, mengasuh,
memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Anak ibarat kain putih yang
boleh dicorakkan pelbagai warna oleh ibu bapa mereka. Sesungguhnya di tangan ibu
bapalah terletaknya corak masa depan anak-anak kerana mereka diamanahkan dengan
tanggungjawab ini. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah yang
menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
( Riwayat Bukhairi ).
mewarisi tabiat dan perilaku ibu bapanya kerana ibu bapa merupakan model yang
terdekat di dalam proses sosialisasi.
Pola Ibadah dengan faktor media mempunyai hubungan yang signifikan dengan
hubungan korelasi yang sangat lemah, r = -.205. Ini membuktikan bahawa sahsiah
ibadat bagi sampel kajian ini dipengaruhi oleh media sama ada dalam bentuk elektronik
mahupun media bercetak. Kajian ini bertekalan dengan kajian Ab. Halim Tamuri ( 2009
), media memainkan peranan dalam membentuk pegangan nilai akhlak seseorang.
Dapatan analisis kajian yang melibatkan 398 orang pelajar Melayu di Sabak Bernam
Selangor. Data menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif mengatakan
pegangan nilai akhlak dipengaruhi oleh media. Nilai min yang teringgi minat remaja
terhadap kandungan bahan dalam media massa adalah berbentuk hiburan dengan nilai
min = 3.93. Menurut Santrock ( 2008 ), mengatakan bahawa era kini banyak
dipengaruhi dengan peralatan yang canggih dan berteknologi tinggi. Menurutnya ini
dikatakan sebagai kronosistem di mana remaja kini banyak dipengaruhi dengan konsep
langit terbuka atau informasi teknologi. Penggunaan internet semakin meluas dan
sedikit sebanyak mempengaruhi mentaliti remaja kini.
Senario yang kian genting ini jika dibiarkan pasti akan membawa impak besar
kepada pembangunan bangsa Malaysia yang sedang bangkit menuju kejayaan. Dalam
waktu mencapai tahap negara maju sebagaimana diimpikan oleh wawasan perdana,
namun semua anggota masyarakat secara keseluruhannya turut memainkan peranan
besar bagi menjana kemajuan tersebut seiringan dengan proses pembangunan rohani
masyarakat, tugas ini juka ingin dililhat meninggalkan kesan yang terbaik, maka ia perlu
dilakukan secara kolektif atau bersama. Nasihat menasihati dan ingat mengingati antara
satu sama lain supaya tidak tergelincir dari landasan Islam sudah menjadi
tanggungjawab setiap muslim. Tanggungjawab tersebut bergantung pula kepada
keupayaan diri seseorang itu apabila berada dalam kelompok manusia yang tertentu.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
140
Sebagai ibu bapa dan penjaga kepada kanak-kanak terutamanya yang sedang
dalam usia remaja, ibu bapa memainkan peranan yang cukup besar menentukan hala tuju
dan arah hidup mereka seharian. Pengawasan yang ketat dan kebebasan yang fleksibel
perlulah diranga dan dilaksanakan bagi mengelakkan remaja mudah terjerumus ke dalam
pelbagai masalah sosial ataupun yang mendatangkan bahaya kepada diri mereka sendiri.
Dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayat Ibnu Majah, baginda telah
bersabda :
Salah satunya ialah dengan kembali ke pangkal jalan iaitu pembinaan jati diri
dalam diri stiap warga terutamanya remaja yang masih di bangku persekolahan yang
menjadi harapan negara pada masa depan. Sejak awal lagi, kanak-kanak perlulah
ditanam sifat supaya membenci segala bentuk kemungkaran dan mencintai makruf
sebelum menjejaki ke alam remaja. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang
inginkan akhirat maka dia perlu menuntut ilmu, dan sesiapa yang inginkan
kedua-duanya maka hendaklah ia menuntut ilmu.”
Peranan mendidik anak-anak tidak harus dilepaskan kepada para guru dan pihak
sekolah semata-mata. Dalam pendidikan akidah umpamanya, ibu bapa berperanan besar
dalam menentukan sahsiah diri anak-anak mereka sebelum menjelang usia remaja.
Didikan awal inilah yang biasanya melekat dalam sanubari mereka, mereka akan mudah
menolak segala bentuk kemungkaran kerana adanya benteng dalam diri yang menegah
mereka dari melibatkan diri dalam tindakan yang boleh merosakkan diri sendiri.
Kesimpulannya, pihak pentadbir sekolah, guru, ibu bapa, kaunselor, Persatuan Ibu bapa
dan Guru ( PIBG ), masyarakat umum dan semua pihak yang mempunyai kaitan sama
ada secara langsung atau tidak langsung haruslah berganding bahu dalam mencari
kaedah terbaik untuk menangani permasalahan ini.
5.7 Cadangan
Setelah mendapat pelbagai maklumat dan data yang dianalisis, terdapat beberapa
cadangan. Cadangan yang akan diberikan tumpuan kepada lima pihak yang dirasakan
sangat memainkan peranan yang besar berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh.
Pihak-pihak yang terlibat adalah bermula dari individu remaja, tumpuan kepada ibu
142
bapa, penekanan kepada pihak sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pengkaji
akan datang.
Melalui dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pola akidah yang
diamalkan oleh setiap individu remaja hanya dijadikan sebagai pegangan agama yang
berbentuk budaya semata-mata. Mengetahui dan memahami merupakan panduan akidah
remaja tersebut. Ianya tidak dijadikan sebagai ikutan dan cara hidup yang utuh. Seperti
mengetahui khalimah syahadah tetapi tidak dipraktikalkan di dalam solat, malah solat
diabaikan. Solat merupakan tiang agama dan sebagai pendinding dari melakukan kerja-
kerja kemaksiatan mahupun bertentangan dengan undang-undang dunia. Hidup tanpa
matlamat yang jelas tiada panduan muamalat, muasyarat dan akhlak menjadikan hidup
tidak berpedoman dan tiada hala tuju. Ibadat yang lain dituntut dalam syariat hanya
dipandang remeh dan tiada keisitmewaannya. Sebagai seorang remaja yang sering
menjadi tulang belakang kepada negara, remaja perlu mengetahui perkara-perkara yang
boleh meruntuhkan pegangan mahupun moral dalam diri. Remaja seharusnya lebih
bijak mengawal diri dan emosi, diperkukuhkan lagi dengan spiritual yang jitu.
Pemilihan rakan yang tepat agar sentiasa mendapat sokongan moral dan tunjuk ajar bagi
membentuk kecemerlangan dalam diri.
yang prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang anak-anak mereka, perlu mengetahui
perubahan yang bakal dialami oleh anak mereka dengan hati yang terbuka. Perubahan
dari seorang kanak-kanak kepada alam remaja, akan mula rasa ingin mencuba sesuatu,
berkongsi dengan rakan-rakan dan mudah terikut-ikut dengan sesuatu budaya khususnya
budaya barat. Anak perlu diberikan pendedahan dan pendidikan agama dan moral
secara mendalam agar mengetahui dan dapat berfikir dahulu baik dan buruk sekiranya
remaja bertindak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian kepada anak secara keseluruhan
dengan konsep terbuka agar remaja dapat membentuk jati dirinya untuk menangani
sebarang emosi mahupun konflik. Sokongan yang diberikan perlulah mempunyai
keterbatasan bukan terlalu bebas untuk membiarkan remaja membuat keputusan. Malah
sokongan yang padu perlu diberikan sekiranya remaja mereka melakukan kebaikan dan
meningkatkan potensi diri meraka dalam apa jua bidang yang diceburi. Pemantauan
yang berkala dan sentiasa mengambil tahu dengan siapa remaja ini berkawan perlu
sentiasa agar remaja tidak hanyut dengan dorongan nafsu dan melakukan salah laku
bertentangan dengan undang-undang.
keagamaan dan pembentukan kepimpinan. Program seperti ini membantu remaja agar
memenuhi ruang masanya dengan perkara yang berfaedah dan terhindar dari melakukan
salah laku.
Dalam kajian ini, pengkaji mencadangkan agar kajian ini dijalankan diperingkat
sekolah lagi. Bukan hanya tertumpu kepada pesalah laku yang telah sabit kesalahannya.
Inventori Sahsiah Diri ini mampu membantu kepada mana-mana pihak untuk
digunapakai sebagai langkah awal mengetahui sahsiah seseorang. Kajian ini boleh
dilakukan di sekolah-sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah.
Sekiranya kajian ini melibatkan jumlah sampel yang besar ianya dapat membantu
145
Selain itu pengkaji juga melihat ianya sebagai salah satu platform kepada
pengkaji akan datang untuk membina sebuah modul. Pelaksanaan modul sama ada
dalam bentuk individu atau bentuk kelompok bergantung kepada ketepatan tentang
sahsiah diri dan faktor mempengaruhinya. Sekiranya modul yang dibina mendapat
tempat dan sahih keberkesanannya, maka ianya merupakan satu sumbangan kepada
pembentukan sahsiah dalam kalangan remaja kini.
5.8 Penutup
RUJUKAN
Adawiyah Abdullah. ( 2007 ). Remaja Malaysia masih buta pengetahuan seks, Utusan
Online, Diambil pada 3 September, 2009, daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/index.asp
Al-Quran : Al – Anfal : 27; Al-Kahfi : 107; Ar-Ra’ad : 11 & 28; Ibrahim : 1; Al-Baqarah
: 83, 232, 233; Tahrim : 6; Thaha : 132 ; An-Nahl : 90, 125; Al-Asr : 1-3; As-
Syam : 7-9; Al-Imran : 159
Allen, B.P. ( 2003 ). Personality theories : Development, growth and diversity ( 4th ed. ).
Bonton, MA : Pearson Education, Inc.
147
Ahmad Sarji. ( 2001 ). Pembentukan Sahsiah Unggul Generasi Muda, Diambil daripada
kertas kerja Belia dan Masyarakat ( 1st ed ). Kuala Lumpur. Institut Kefaman
Islam Malaysia. ( Bab 1 : 3 ).
Asmah Bee. ( 1993 ). Psikologi Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmak Hj. Ali. ( 2006 ). Salah Laku Remaja Masa Kini: Cabaran dan Penyelesaiannya.
UITM, Shah Alam. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Malaysia.
Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim & Yusof Boon ( 2006 ). Psikologi
Sosial Alam Remaja. (2nd ed. ) Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
Azizi Yahya, Jaafar Sidek Latif ( 2005 ). Membentuk identiti pelajar. Bentong: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim
Hamdan (2006 ). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Teori, analisis &
interpretasi data. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Britlain, Salim H. ( 1969 ). Terjemahan Kiadu Salihin, Jilid 1 & 2 ( Cetakan Ketiga ).
Indonesia. Penerbitan Kluang.
Chand, C.H., Kelly H. & Willels W. ( 1975 ). Human Nature and The Social Order.
New York. Charles Publisher.
Chua Yan Piaw. ( 2006 ). Kaedah Penyelidikan. Buku 1. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
Sdn. Bhd
Conger, J.J. & Peterson, A.C. 1984. Adolescent and Youth : Psychological Development
in a Changing World. New York. Harper and Row Publishers.
Corey, G. & Corey, M. ( 2005 ). Process and practice group ( 7th ed ). Belmont, CA :
Brooks/Cole.
Dass, M.B. 1992. Juvenile Delinquent : The Causes and Remedies. Jurnal Kebajikan
Masyarakat. 15,1,9-14.
Dewan Siswa 3rd ed. ( 2000 ). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Floyd, C. South & Bruce Shertzer. ( 1972 ). Careers in Counseling and Guidance.
Boston. Houghton Mifflin Company.
Gravetter, F. J, & Forzano, L.B. ( 2003 ). Research Methods: For the behavioral
sciences. Belmont, CA: Wadsworth Thomson Learning.
Jackson, S.L. ( 2006 ). Research methods and statistics: A critical thinking approach
( 2nd ed. ). Belmont, CA: Thomson Higher Education.
Jamiah, M. Azimi H., Sidek. M., N. & Hassan K., ( 2007 ). Metodologi Pembentukan
‘Integriti Mutmainah’. Kertas Kerja seminar Ke arah meningkatkan identiti
budaya masyarakat Malaysia dan Indonesia, 578 – 592. Bandung.
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat (2002). Kuala Lumpur.
Larking, Lewis. 1997. “ Television, popular culture and humiliation of written word”.
Muslim Education Quarterly, Vol 15, No 1, ms 38-44.
Lefrancois. ( 1993 ). Social Psychology. New York. Holt, Rinehart and Winston.
151
Ly. Hon. ( 1980 ). Paren Child Interaction: The Socialization Process Observed in Twin
and Single Stone Families. New York & London. Plenum Press.
Mohd. I, M., Selamat, H., Azmi S., S., Abdul, R., H., & A., H., A., ( 2004 ). Kajian
Sahsiah pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang,
Kluang. Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd, S., M., Syed., N., & Halim., A.T., ( 1982 ). Amalan Ibadat Seharian dan
Sumbangannya Terhadap Kecerdasan Emosi Remaja. Petikan dari Jurnal
Pengetahun Islam dan Arab, 1(1), 29-40.
Mohd Yusof. ( 2001 ). Menangani Cabaran Teknologi, Diambil daripada kertas kerja
seminar Belia dan Masyarakat ( 1st ed ). Kuala Lumpur. Institut Kefaman Islam
Malaysia. ( Bab 11 : 173 ).
Morrison, A. & Mc Intyre, D. ( 1973 ). School and Socialization. New York. Penguin
Book.
Nurul Adlina Kamaludin & Hafizah Iszahanid. ( 2009 ). Aib Juvana remaja. Berita
Harian, Diambil pada 3 September, 2009, daripada
http://www.bharian.com.my/Current_News
Othman Md. Johan & Norazmah Mohamad Roslan. ( 2004 ). Faktor-faktor yang
mempengaruhi Remaja dalam Masalah sosial di sekolah Tunas Bakti, Sungai
Lereh. Melaka.
Phelps, T.R. 1976 . Juvenile Delinquency : A Comtemporary View. Santa Monica, Ca’ .
Gooedyear Publishing Company Inc.
Redl, F. 1966. When We Deal With Children. New York. MacMinan Publishing Co.
Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad ( 2005 ). Pembinaan modul: Bagaimana
membina modul latihan dan modul akademik. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Sidek Mohd Noah ( 2003 ). Pengujian & penilaian dalam kaunseling teori & aplikasi.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah ( 2003 ). Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
153
Syuhada Choo Abdullah ( 2010 ). Satu tinjauan salah laku seksual di kalangan remaja
Melayu. Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda, Universiti Putra Malaysia.
Utusan Malaysia ( 1997 ). Remaja golongan terhebat. Utusan Malaysia, Diambil pada 7
Nov. 1997 daripada http://www.utusan.com.my
Zainal Madon & Mohd. Shahrani Ahmad. ( 2005 ). Panduan Mengurus Remaja Moden.
( 2nd ed ). Bentong: PTS Professional Publishing.