You are on page 1of 5

SYOKNYA SOLAT…

“Sekiranya kamu mendengar iqamat berkumandang, bergeraklah untuk


solat. Berjalanlah dengan tenangdan jangan terburu-buru. Sertailah rakaat
yang sedang jemaah lain lakukan,dan sempurnakanlah baklinya.” {H.R
Bukhari}

Hadis ini menyarankan umat Islam supaya segera menunaikan solat sesudah
mendengar iqamat tetapi jangan dalam keadaan tergesa-gesa. Bentuk
pergerakan ini pula ialah dengan berjalan dalam keadaan tenang dan tidak
tergesa-gesa yang merupakan bentuk pemanasan badan. Selain itu, gerakan
secara perlahan ini dapat mengelakan daripada risiko pemecahan otot yang
berpunca daripada gerakan pantas dan mengejut.

Wuduk yang hukumnya wajib sebelum menunaikan solat juga mempunyai


kelebihan yang tersirat. Kajian sains membuktikan, setiap air yang mengalir
di kepala dan wajah manusia dapat menghilangkan pening kepala,
kegelisahan jiwa dan melancarkan perjalanan darah.Para saintis mengakui
kehebatan air sehingga dapat memberikan kesan kepada otot, saraf dan
ketenangan jiwa manusia. Nabi Muhammad SAW menyarankan umatnya
supaya mengambil wuduk apabila dalam keadaan marah. Mungkin
disebabkan itu ada sesetengah orang yang menyanyi semasa mandi kerena
berasa santai dan bahagia…..

Perbuatan pertama dalam solat ialah takbiratul ihram. Perbuatan ini perlu
sempurna mengangkat kedua-dua tangan sejajar dengan bahu, tapak tangan
menghadap kiblat dan meluruskan semua jari. Perbuatab ini dapat
menjadikan dua tulang belikat yang berada di punggung menjadi rata
sehinggadapat megurangkan risiko bongkok pada bahu dan punggung.
Perbuatan ini juga dapat menambah kelapangan rongga dada sehingga paru-
paru dapat menghasilkan darah yang mengandungi oksigen dengan baik.
Selain itu, perbuatan meluruskan jari dapat melancarkan perjalanan darah.

Kemudian perbuatan meletakkan kedua-dua tangan di dada mempunyai


rahsianya yang tersendiri. Dari sudut anatomi, perbuatab ini melaraskan
kesejajaran kedua-dua bahu kerana posisi kedua-dua lengan bahu dan tapak
tangan berada pada sudut yang sama. Posisi ini dapat mengurangkan
pembengkokkan pada tulang punggung sekiranya solat dilakukan dalam
masa yang lama.

Begitu juga dengan perbuatan berdiri tegak. Kedua-dua kaki perlu sejajar
dengan bahu dan menghadap kiblat. Titik tumpu berat badan ialah pada sisi
luar badan yang keras, iaitu tumit. Oleh itu, berat badan tidak ditampung
oleh urat rawan bawah kaki yang dapat mengakibatkan lekukan kaki rosak.

Pandangan mata semasa berdiri perlu menghadap tempat sujud.


Rasionalnya, semasa seseorang berdiri tegak dengan menggendong sesuatu
pada bahu, badannya akan miring sedikit kebelakang. Dua lengan yang
dilekapkan pada dada juga memiliki berat yang memberikan kesan
pergerakan badan.Sekiranya badan kerap miring, ia memberikan kesan pada
tulang pangkal peha. Sekiranya tulang pada pangkal peha semakin
membesar, ia memberikan kesan pula pada tulang belakang sehingga
mengakibatkan pergeseran tulang belakang. Oleh itu dengan menetapkan
mata pada tempat sujud dapat mengawal badan daripada miring atau senget.

Rukukialah perbuatan membongkokkan badan sehingga kedua-dua tangan


menyentuh kedua-dua lutut.Keadaan badan pada masa ini dalam kiraan
pusingan 90 darjah. Semasa perbuatan ini, bahagian hadapan tubuh seperti
otot dada, perut dan kaki hadapan mengecut. Manakala otot tubuh bahagian
belakang seperti otot punggung, bahagian belakang kaki dan pinggul
mengendur secara perlahan. Otot ini menggunakan tenaga yang banyak
untuk mengawal kestabilan tubuh. Otot kaki bahagian belakang yang
mengecutitu dapat memanjangkan dan menambahkan kelenturan sehingga
membolehkan seseorang sapat berjalan dengan lebih baik dan cepat.

Sesudah rukuk, perlu dilakukan i’tidal dengan sebentar bagi memberikan


masa bagi organ tubuh kembali pada posisinya kembali. Semasa ini, otot-
otot punggung, pingul dan bahagian belakang kaki akan mengecut kembali.
Manakala otot-otot bahagian dada, perut dan hadapan kaki akan mengendur
semula.

Semasa hendak sujud, lutut perlu didahulukan mencecah tanah sebelum


tangan. Dengan melakukan demikian, punggung tetap akan berada dalam
keadaan lurus dan tulang punggung tetap berada dalam posisi asal.Sekiranya
didahulukan tangan, ia memerlukan badan membongkok kehadapan
sehingga menyebabkan tulang punggung melengkung ke belakang.
Pergeseran tulang punggul mungkin berlaku jika dilakukan secara kerap
sehingga mengeluarkan zat putih (mielin) pada saluran saraf punggung.
Penyakit ini di namakan Hernia Nucleus Pulposus(HNP).
Sujud ialah perbuatan solat yang banyak kelebihannya. Semasa perbuatan
ini, otot lengan dan leher menanggung beban yang berat. Pembahagian
beban antara kedua-dua otot ini dapat membersihkan sisa pembakaran yang
ada pada otot akibat pembakaran tenagaIa juga dapat mencegah
terbentuknya asid laktik yang mungkin dapat memutuskan saraf-saraf secara
perlahan. Jika sujud dilakukan dalam masa yang lama, tenaga yang
dikerahkan ke sekitar perut dan punggung semakin bertambah untuk
menjaga kelurusan punggung. Hal ini dapat mencegah perut buncit. Semasa
kening, hidung dan kedua-dua tapak tangan menyentuh tangandalam
keadaan badan tidak bergerak, darah dipengaruhi dua kekuatan, iaitu
jantungyang mengepam darah dan graviti bumi. Dua kekuatan ini bertemu
dikepala dan dada sehingga menyebabkan jantung mengepam darah
mengalir deras ke kepala. Oleh itu, kepala dipenuhi darah manakala urat dan
pembuluh darahpada otot betis bahagian belakang juga dipenuhi darah.
Keadaan ini dapat membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit,
antaranya sakit kepala, tekanan darah rendah (hipotensi), kurang
darah(anemia), lemah jantung dan pelbagai jenus penyakit yang disebabkan
kurang oksigen dan zat makanan ke otak melalui darah.

Sesudah itu, darah yang mengalir ke otak kembali ke jantung apabila duduk
diantara dua sujud atau tasyahud. Tasyahud ialah bentuk posisi yang berat
bagi kaki menampung seluruh berat badan. Walau bagaimanapun, posisi ini
memberikan dua kesan, iaitu otot dan urat kaki menjadi kuat dan
meningkatkan daya tahan otot dan urat kaki.
Pergerakan terakhir dalam solat, iaitu salam juga mempunyai mukjizatnya
yang tersendiri. Sekiranya sujud dapat menguatkan otot leher kanan dan kiri,
salam pula dapat mengendurkan otot leher. Semasa seseorang memalingkan
salam kearah kanan, urat sebelah kiri semakin mengendur manakala urat
sebelah kanan mengecut. Begitu sebaliknya.

Amalan solat yang terbaik dilakukan dengan berjemaah. Hadis Nabi


Muhammad SAW yang menyatakan solat berjemaah lebih baik 27 kali
daripada solat bersendirian ada benarnya kerana saintis barat sudah
membuktikan kebenarannya. Dengan merapatkan barisan sehingga bahu
bertemu bahu dan tumit bertemu tumit sebenarnya mengalirkan cas-cas
positif dan negative yang terkumpul dalam badan manusia. Dengan
sentuhan dengan orang lain semasa solat berjemaah, cas-cas di alirkan
kepada orang lain. Secara tidak langsung, cas-cas negatif dalam badan
manusia dapat di neutralkan dengan cas-cas yang dialirkan. Oleh itu pesakit
demam panas disarankan supaya solat berjemaah supaya cas-cas dalam
badan dapat di neutralkan.

Allah sudah memerintahkan supaya melakukan perintah yang disampaikan


melalui Rasul Nya. Sebenarnya ada pelbagai rahsia disebalik setiap amal
ibadat selain daripada solat seperti puasa, zakat dan menunaikan haji.......

(sumber: Dewan Kosmik)

You might also like