You are on page 1of 47

KURSUS PEMANTAPAN

KURIKULUM DAN
PEDAGOGI

LITERASI PERMAINAN
/ DIDIK HIBUR

ANJURAN :
JABATAN PELAJARAN
PERAK
PENGENALAN
* Didik hibur - satu kaedah alternatif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.

* Pengisian Transformasi Kurikulum Standard

Sekolah Rendah ( KSSR) dalam pelajaran Bahasa

Melayu melalui kemahiran bahasa, aspek didik

hibur dan aspek tatabahasa.


Didik - ajar

- menyenangkan dan
Hibur
menggirangkan hati
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran
yang menghiburkan atau
menggirangkan hati.
DEFINISI DIDIK HIBUR
• Didik hibur bermaksud mendidik sambil
menghibur
• Kamus Dewan: Didik sebagai pelihara, jaga,
hati-hati dan ajar,
• Hibur bermaksud menyenangkan atau
menggirangkan
• Rumusan:
Pengajaran bersifat santai, berhibur
komponen jasmani dan rohani
CIRI-CIRI DIDIK HIBUR
• Pembelajaran yang seronok dan ceria.
• Meningkatkan keyakinan, motivasi dan
kesediaan belajar murid

• Murid boleh berkomunikasi secara verbal


dan non verbal.
• Menunjukkan tahap perubahan tingkah
laku – (tahu, faham, hayati)
• Semangat kerjasama, berpasukan dan
toleransi.
Objektif Didik Hibur
Tiga objektif didik hibur dalam pengajaran Bahasa
Malaysia di sekolah rendah.

i. Mengguna dan memahami lirik lagu secara


didik hibur.
ii. Mengguna dan memahami bahasa yang indah
dan bahasa badan dalam lakonan dan
bercerita.
iii. Mengguna dan memahami pantun dua kerat
secara didik hibur.
Nyanyian Bercerita
ASPEK
DIDIK
HIBUR
Berlakon Berpuisi
NYANYIAN
• Nyanyian – kata-kata yang disampaikan melalui
alunan suara.
• Iringan muzik memberi impak pada
nyanyian.Muzik boleh diganti dengan bunyi-
bunyian yang direka.
• Suara / vokal penyanyi. DH pentingkan teknik
nyanyian dalam proses P&P.
• Proses ingatan bahasa yang dipelajari melalui
nyanyian.
• Membantu murid menguasai kosa kata, sebutan,
intonasi, rima dan tekanan, struktur ayat.
• Mengukuhkan aspek kemahiran asas berbahasa.
PRINSIP NYANYIAN
• Lagu yang sesuai (tata bahasa, maksud, bahasa)
• Melodi yang mudah diikuti dan yang hampir
dengan pengalaman murid.
• Sesuai dengan tahap kesediaan dan pencapaian.
• Lagu yang mempunyai jalan cerita, pengajaran,
nilai, motivasi
• Seronok dan ceria. Tidak membebankan guru dan
murid.
• Berkisar dengan persekitaran dan kecenderungan.
KEPENTINGAN NYAYIAN DALAM P&P
• Mewujudkan suasana belajar yang seronok
dan ceria
• Membantu murid mengingati apa-apa yang
dipelajari.

• Membantu murid menguasai kosa kata,


sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur
ayat.

• Mengukuhkan aspek kefahaman berbahasa. 10


NYANYIAN 1 : LAGU TIGA KUPANG
Lagu tiga kupang
Sagu penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
Raja dalam rumah Dayang tepi kolam
Buat kira-kira Mahu jemur tepung
Suri dalam dapur Datang burung hitam
Makan roti gula…..HEY Patuk batang hidung 11
NYANYIAN 2 : AIR PASANG PAGI

Air pasang pagi


Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur


Tanam tepi batas
Itik dah bertelur
Ayam dah menetas
NYANYIAN 3 : Lagu Oh Bulan
Oh bulan mana bintang
Atas pucuk kayu ara
Oh tuan mana hilang
Dalam dapur atas para

Sorong papan tarik papan


Buah keranji dalam perahu
Suruh makan engkau makan
Suruh ngaji engkau tak tahu
CONTOH NYANYIAN
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun pagi
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepatlah adik cepat
Pergi mandi cuci gigi
NYANYIAN 5 : Pesan Ibu
Ayun-ayun tangan Ayun-ayun tangan
Sambil pegang bahu Jalan hentak kaki
Waktu pergi taman Waktu pergi taman
Ingat pesan ibu Mesti hati-hati
Ayun-ayun tangan
Pusing kanan kiri
Waktu pergi taman
Pandai jaga diri
BERCERITA
• Cerita - sesuatu yang dicakap, dibual,
diungkap secara langsung kepada
murid
• Kanak-kanak suka mendengar cerita.
• Guru perlu bersedia, bercerita secara
natural
• Cerita boleh memberikan pengajaran,
panduan, nilai murni, dan
menyuburkan imaginasi.
CIRI-CIRI TEKNIK BERCERITA
• Masa bercerita yang sesuai
• Ruang dan suasana yang kondusif. (Sudut
bercerita)
• Peralatan cerita yang menarik digunakan.
• Bentuk dan jenis cerita harus ringkas.
• Mesej yang jelas serta bermakna.
• Berupaya meningkatkan bahasa dan
kemahiran asas berbahasa murid.
• Penglibatan menyeluruh murid
JENIS CERITA
TANPA ALAT
- Kekuatan vokal ( contoh)
- Bahasa badan / aksi

MENGGUNAKAN ALATAN
- Tali - Kertas
- Boneka - Kain
- Lakaran
Teknik Bercerita

Tanpa
Alat
Prinsip Bercerita Tanpa Alat
• Nada suara dan mimik yang beri gambaran watak,
suasana dan emosi. (sejuk, sayang, takut dll)
• Ekspresi muka perlulah sesuai dengan emosi yang
digambarkan dalam cerita seperti terkejut, marah
dan gembira.
• Elakkan cerita yang sukar digarap oleh kanak-
kanak.
• Bahasa yang mudah dan berulang-ulang.

• Hubungan mata antara pencerita dengan


pendengar.
Prinsip Bercerita Tanpa Alat
• Kemahiran dalam menggerakkan anggota badan tertentu dapat
menjelaskan isi cerita.

• Pencerita atau guru perlu peka terhadap


reaksi kanak-kanak. Halangan atau
gangguan terhadap tumpuan kanak-kanak
hendaklah diatasi agar tidak berpanjangan.

• Libatkan kanak-kanak dalam penceritaan.


Contoh Cerita : Pemotong kayu dan Kapaknya

Pemotong kayu sudah tua sedang menebang pokok


dengan sebilah kapak besi yang buruk. Tiba-tiba kapaknya
tercampak ke dalam kolam. Dia meratap kesedihan. Tidak
lama kemudian, turun pari-pari dari kayangan dan
sanggup menolong PK itu. Pari pari membawa sebilah
kapak emas dari kolam tersebut. PK tidak mahu kerana
kapak itu bukan miliknya. Kemudian, Pari pari membawa
sebilah kapak perak, Namun, PK masih tidak mahu
menerimanya. Akhirnya, pari pari membawa sebilah
kapak besi. Kalinya PK menerima kapaknya dengan rasa
gembira sekali. Pari pari memberikan kapak emas dan
perak kepada PK kerana kejujurannya itu.
Teknik Bercerita

Menggunakan
Alat
TEKNIK IKATAN / TALI
►► Fungsi tali semasa bercerita
 Membentuk imej
 Menggambarkan peristiwa / keadaan
 Menjelaskan cerita

►► Tujuan
 Mencungkil kreativiti seni ikatan ketika bercerita
 Menarik minat
 Meningkatkan kemahiran mendengar
 Mencerna minda, daya imaginasi, berfikir secara kreatif dan kritis

►►Keperluan
 Tali (panjang 100 cm)
 Bahan cerita yang sesuai
CERITA REKAAN : KISAH PEMOTONG KAYU
• Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung yang bernama
Kampung Pinang Sebatang. Dulunya, kampung ini sangat harmoni
dan aman damai. Namun, sejak kebelakangan ini, penduduk
kampung berada dalam ketakutan dan hidup dalam kebimbangan.
Hal ini disebabkan kejadian kecurian yang kian menjadi-jadi.
• Di kampung ini ada seorang pemotong kayu yang sangat miskin dan
tinggal di sebuah rumah yang sangat buruk. Kerjanya hanya mencari
kayu di hutan dan kayu-kayu ini dijual di pasar untuk menyara
dirinya. Walau pun miskin, Antong sangat berani dan rajin berusaha.
• Pada suatu hari, dia membawa sebilah kapak dan seutas tali ke hutan
untuk mencari kayu. Setelah beberapa jam, Antong telah memotong
dan mengumpulkan kayu-kayu tersebut. Kayu-kayu ini diikat dengan
kemas untuk dibawa ke pasar.
• Dalam perjalanan pulang, dia ternampak sebuah perigi buta. Dia
berasa hairan kerana perigi ditutupi dengan daun-daun kering dan
kulit-kulit kayu. “kenapa macam ni?”, fikir Antong kehairanan. Dia
cuba menghampiri perigi. Selangkah demi selangkah. Tiba-tiba …
CERITA REKAAN : KISAH PEMOTONG KAYU
 “Hoi, apa kau buat ni? Kau ganggu kerja aku. Nanti kau..” Serjah lelaki
separuh umur itu. Lelaki itu cuba menangkap Antong. Antong lari. Tetapi,
kakinya tersandung akar kayu lalu dia terjatuh ke dalam perigi buta.
Lelaki itu menyangka Antong sudah melarikan diri.
 Di dalam perigi, Antong dapati banyak barang. Dia mengesaki bahawa
barang-barang tersebut merupakan hasil pencurian lelaki tadi. Lelaki itu
menyembunyi barang-barang itu di dalam perigi.
 Antong berfikir bagaimana untuk keluar daripada perigi itu. Dia teringat
akan segulung tali yang dibawanya. Dia ikat badannya dan melemparkan
hujung tali ke arah sebatang pokok yang berdekatan. Antong keluar
daripada perigi dengan menggunakan tali tersebut.
 Sampai di atas, dia terlihat pencuri sedang tertidur. Antong mengikat
pencuri itu dengan talinya. Namun, pencuri itu dapat melepaskan dirinya
dengan mudah sekali. Pencuri cuba menangkap Antong. Tetapi, kali ini
Antong lebih bersedia. Dia mengikat pencuri itu dengan rantai / tali yang
lebih kuat.
 Antong mengheret pencuri mengadap raja. Raja sangat suka hati. Raja
memberikan hadiah kepada Antong. Kini, Antong tidak miskin lagi.
TEKNIK LIPATAN : KAIN / KERTAS
◄Watak dan jalan cerita►
► Haiwan cth burung, ikan, ketam dan arnab
☻ Pemilihan haiwan kerana fitrah psikologi kanak-
kanak
► Watak manusia atau tumbuhan boleh juga
digunakan.
☻ Jalan cerita perlulah bersesuaian dengan tahap
pemikiran kanak-kanak
► Setiap cerita perlu ada penerapan kemahiran dan
aktiviti p&p
☻ Origami – seni lipatan kertas yang popular.
CONTOH CERITA TEKNIK LIPATAN KAIN
Mak Leha hendak melipat kain.
Dia membentangkan sehelai kain. Tiba-tiba Mak Leha
terkejut. Kain yang dibentang tadi bergerak-gerak.
Dia perhatikan betul-betul. Mak Leha menggulung hujung
kain tersebut. Gulung sedikit demi sedikit. Tapi masih
bergerak-gerak lagi.
Mak leha terus menggulung kain. Masih ada yang
bergerak. Terus menggulung atas dan bawah. Berselang
seli. Setelah selesai menggulung kain, Mak Leha terus
mencari benda yang bergerak itu.
Dibelek-belek kain tersebut. Akhirnya, Mak Leha
terjumpa……
CONTOH CERITA TEKNIK LIPATAN KERTAS 2
Anak Ikan dan Anak Ketam
 Anak ikan dan anak ketam berkawan baik sejak kecil lagi. Mereka bermain-
main di pantai pada setiap hari. Ibu ikan dan ketam selalu melarang mereka
bermain terlalu jauh kerana bimbang tentang keselamatan.

 Pada suatu petang, mereka berjumpa dengan seekor burung. Anak ikan dan
anak ketam teringin untuk terbang. Burung bersetuju membawa mereka
terbang.

 Burung menggigit sebatang kayu. Anak ketam menyepit kayu sebelah kanan
dan anak ikan menggigit kayu sebelah kiri. Maka, mereka pun terbang tinggi.

 Anak ikan dan anak ketam begitu seronok dengan bernyanyi-nyanyi.


Rupanya, kegembiraan mereka tidak lama. Tidak disangka-sangka
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
….. (selesaikan)
TEKNIK LAKARAN / LUKISAN
• Proses pemindahan maklumat kepada
bentuk grafik
• Kanak-kanak mentafsir maklumat
• Menggalakkan permainan minda
• Pengamatan : Sensori deria
• Jalan cerita mudah – sesuai dengan tahap
pemikiran kanak-kanak
• Pelibatan kanak-kanak yang menyeluruh
CONTOH CERITA TEKNIK LAKARAN

Siti, murid tahun Dua. Dia suka berangan-angan.


Ada sebuah rumah kecil dua tingkat. Ada pintu di
tingkat bawah dan sepasang tingkap di tingkat atas.
Dikelilingi pelbagai jenis bunga-bunga yang
berwarna-warni. Di kiri dan kanan rumah itu
ditanam pokok ru yang cantik. Batu-batu pelbagai
saiz dijadikan jalan pemijak hingga ke pintu rumah.
Lakonan
Aksi
► SPONTAN
Dialog ► SKRIP

Lakon Semula SITUASI

 LAGU

Boneka
LAKONAN
i. Aktiviti atau pergerakan tubuh badan, atau
segala perlakuan manusia.
ii. Dilakonkan oleh watak-watak tertentu yang
mencerminkan keadaan sebenar atau
meniru gaya kegiatan manusia dalam
masyarakat.
iii.Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan
sebagai perihal memainkan sesuatu drama,
sandiwara dan sebagainya.
KEBAIKAN LAKONAN
• Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya,
suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul.
•  Menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks
tertentu dengan cara yang betul.
•  Membolehkan murid-murid bertutur
menggunakan bahasa yang kemas dan teratur.
•  Membolehkan mereka berinteraksi atau
berhubung dengan orang lain untuk menyatakan
perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran
mereka.
KEBAIKAN LAKONAN
• Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan
dapat memahami apa yang didengarinya itu secara
tepat.
•  Menyuburkan semangat kekitaan,bertanggungjawab
dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan.
•  Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif
dan kreatif dalam kalangan murid.
• Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai
sifat negetif lain.
•  Melatih murid-murid memahami semua aspek
kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan
sebenar.
PRINSIP LAKONAN
• Menepati objektif pengajaran, iaitu untuk
mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa
dalam kalangan murid.
• Mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman
dan kebolehan murid.
• Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa
yang sesuai. (mudah, jelas, ringkas, dan senang
difahami)
• Mudah dilaksanakan.
• Semua murid diberi peluang ikut kebolehan.
• Merangsang kemahiran intelek, emosi dan fizikal.
CADANGAN LAKONAN
• Membuat lakonan ringkas. (cth : beri ucap selamat, tahniah)
• Meniru aksi (cth : pemburu, pendaki)
• Melakonkan semula situasi (cth : penjual ikan)
• Melakonkan dialog yang disediakan.
• Meniru aksi yang pernah dilihat
• Melakonkan semula adegan yang pernah dilihat ( cth : filem)
• Melakonkan adegan berdasarkan dialog / skrip mudah dengan
menggunakan perkataan sendiri.
• Melakonkan dengan menggunakan alatan (cth : boneka, buah /
sayur)
• Lakonan dan nyanyian ( contoh)
Puisi
PANTUN 2 kerat
GURINDAM (gunakan bait pantun)

PENGAYAAN
 pantun 4 kerat
 lagu puisi – (guna senikata lagu)

( contoh)
PUISI
PUISITAHUN
TAHUN11KSSR
KSSR

Teknik Penyampaian
Teknik Penyampaian
- Lagu puisi
- Pantun
- Sajak
- Bacaan berirama - Gurindam
PANTUN DALAM KSSR
• Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisan
masyarakat Melayu.
• Pantun menggambarkan atau merupakan
refleksi minda, sosial, budaya dan
kemasyarakat Melayu lama.
• Pantun adalah puisi berangkap.
• Ada beberapa jenis pantun: pantun dua
rangkap, empat rangkap, enam rangkap dan
lapan rangkap.
PRINSIP BERPANTUN
i. Aktiviti dirancang supaya menepati objektif
pengajaran Bahasa Malaysia.
ii. Pantun sebagai medium untuk
memperkembang bakat seni yang ada dalam
diri murid- beri peluang kepada semua murid
yang terlibat dalam aktiviti berpantun.

iii. Pilih pantun yang mudah.

iv. Guru membimbing murid mencipta pantun.


V. Guru pilih pantun yang mempunyai maksud
yang senang diingat, diucap dan mempunyai
makna khusus.

VI. Guru bimbing murid mengujar dan


mengucapkan pantun dengan sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.

V. Pantun diajar secara didik hibur supaya murid


minat mempelajari bahasa Malaysia.
CONTOH PANTUN DUA KERAT
Singgah di gerai bersama Amar,
Jagalah sungai jangan tercemar.
Subur bercambah daun semalu,
Kutip sampah janganlah malu.
Tanam sirih waktu petang,
Sungai bersih cantik dipandang.
Tumbuh di sawah pohon ara,
Sungai indah hati gembira.
Dicelah batu ikan kelisa,
Bantu-membantu hidup selesa.
CONTOH PANTUN DUA KERAT

Banyak udang banyak garam,


Banyak orang banyak ragam.
Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci.
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Anak dara pergi ke kedai,
Rindu di hati rasa nak longlai.
Contoh Lagu untuk Konstruk 4
Tanya Sama Pokok
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang.

Tanya sama angin


Apa sebab hujan
Nanti jawab angin
Tanyalah awan.
Lihat dalam air
Awan nanti kata
Nampak bayang-bayang
Aku kandung air
Campak satu batu
Sampai tempat sejuk
Bayang pun hilang.
Aku pun cair
Renungan
♥ Kalau jadi guru biar serba tahu
♥ Kalau jadi pendidik biar serba selidik
♥ Kalau jadi pengajar biar serba belajar
♥ Kalau jadi penerang
jangan sekali berang
♥ Kalau jadi penyumbang
jangan berlangkah sumbang

You might also like