You are on page 1of 57

Majlis Daerah Hulu

Selangor (MDHS)
Bil. Perkara Halaman
1 Tajuk
2 Senarai Kandungan
3 Penghargaan
4 Objektif Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Hasil Kajian
7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan

Senarai Kandungan
Penghargaan

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan Kerja
Kursus Sejarah yang bertajuk Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) Majlis Daerah Hulu
Selangor(MDHS).

Saya ingin mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan terima kasih kepada guru
matapelajaran Sejarah,iaitu Puan Suria Harun dan Puan Naslah Ismail kerana telah memberi
tunjuk ajar serta bimbingan dalam saya menyiapkan Kerja Kursus ini.

Selain itu,tidak lupa jugaucapan terima kasih kepada ibu saya,Hamidah Hashim dan bapa
saya,Yahya Hashim kerana memberi bantuan serta sokongan ketika saya menyiapkan Kerja
Kursus Sejarah.

Saya juga ingin mengucapkan juga terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana sudi
membantu saya serta menolong saya dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini.Akhir
sekali,ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang sudi membantu saya.

Terima kasih banyak-banyak.

Yang Benar,

……………………………..
Objektif Kajian 

(i) Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih
(ii) Mengulas,menganalisis dan merumus fakta sejarah
(iii) Merekod fakta sejarah mengikut format kajian yang betul
(iv) Mengenai pihak berkuasa tempatan,iaituMajlis Daerah Hulu
Selangor(MDHS).
(v) Mengamal nilai murni dan patriotisme.
Kaedah Kajian

*Saya menggunakan kaedah di bawah bagi memenuhi objektif kajian:

(i) Rujukan
- Saya telah membuat rujukan dari internet,rakan serta bahan lain yang berkaitan dengan
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

(ii) Pemerhatian
- Saya dan rakan membuat pemerhatian di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu
Selangor (MDHS).

(iii) Temu Bual


- Saya dan rakan menemu bual 3 orang atau lebih bagi mendapatkan maklumat yang
berkaitan.

(iv) Lawatan
- Saya dan rakan melawat ke kawasan kajian iaitu Majlis Daerah Hulu Selangor
(MDHS) bagi mendapatkan maklumat.
Hasil Kajian 
Majlis Daerah Hulu
Selangor(MDHS) 
Majlis Daerah Hulu Selangor(MDHS)
Jalan Bukit Kerajaan,44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan.

Misi

Memberi perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi mewujudkan


persekitaran

yang harmoni, selesa dan makmur.

Visi

Menyediakan satu kawasan dan perbandaran yang maju, berteknologi tinggi dan mesra alam.

Objektif

Memberi serta menyediakan perkhidmatan perbandaran kepada semua penduduk dalam


kawasan

Majlis Daerah Hulu Selangor

Lokasi Pentadbiran
Daerah bersempadan iaitu:

-Utara: Daerah Batang Padang (Perak)

-Timur: Daerah Bentong Padang (Pahang)

-Barat: Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor (Selangor)

-Selatan: Daerah Gombak (Selangor)

Dasar Kualiti

Majlis Daerah Hulu Selangor berazam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap
dan berkualiti demi kepuasan pelanggan.

Objektif Kualiti

(i) Mewujudkan suasana serta kualiti hidup yang tinggi didalam kawasan Majlis.

(ii) Menyediakan infrastruktur yang lengkap dan sempurna bagi menjamin


pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang pesat.

(iii) Menjadikan kawasan majlis kesihatan bersih ,indah ,tersusun ,makmur dan
menjadi yang terbaik dalam semua aspek.

(iv) Meningkatkan kesejahteraan serta keharmonian didalam kawasan Majlis.


(v)
Senarai Pentadbir

Yang DiPertua MDHS 

En. Tukiman b. Nail

Jawatan : Yang DiPertua

Setiausaha

En. Azman Bin Dahlan


Jawatan : Setiausaha Majlis

Unit Aduan, Perhubungan Awam & Korporat

Ketua Jabatan: Pn. Junainah bt. Abdullah


Jawatan : Pen. Pegawai Penerangan
Unit Audit Dalaman

Ketua Jabatan: En. Samsul Kamal b. Abd. Aziz


Jawatan : Penolong Juruaudit

Unit Perundangan

Ketua Jabatan: Pn. Ruzianah bt. Mohamad


Jawatan : Pembantu Undang-Undang

Jabatan Khidmat Pengurusan

Bahagian Pentadbiran Am, Perolehan & Pengurusan Sumber Manusia

Ketua Jabatan: En. Kamaruzzaman b. Abdul Rahman


Jawatan : Pegawai Tadbir

Bahagian Teknologi Maklumat

Ketua Jabatan: Pn. Azlida bt. Mohd Ali


Jawatan : Pen. Pegawai Sistem Maklumat

Bahagian Penguatkuasaan & Keselamatan

Ketua Jabatan : En. Khairul Nizam b. Mohamed Khanafi


Jawatan: Pen. Pegawai Penguatkuasa

Jabatan Belia dan Kemasyarakatan

Ketua Jabatan : Pn. Nurulhuda Ahmad bt. Khairuddin


Jawatan: Pen. Peg. Belia & Sukan
Jabatan Perbendaharaan

Ketua Jabatan : En. Shaiful Rizza b. Hj. Piamin


Jawatan: Akauntan

Jabatan Penilaian
Ketua Jabatan : En. Che Azmi b. Hassan
Jawatan: Pegawai Penilaian

Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan


Ketua Jabatan : En. Ahmad Jamzuri b. Mujaini
Jawatan: Jurutera

Jabatan Kawalan Bangunan

Ketua Jabatan : En. Abdul Wahab b. Abd. Hamid


Jawatan: Arkitek

Jabatan Perancangan Pembangunan

Ketua Jabatan : Pn. Azlina bt. Mokhtar


Jawatan: Pegawai Perancang Bandar

Jabatan Landskap
Ketua Jabatan : En. Mohd Fadhil b. Mohd Lani
Jawatan: Arkitek Landskap

Jabatan Perkhidmatan Bandar Dan Persekitaran

Ketua Jabatan : En. Mohd Shahril b. Ramli


Jawatan: Pegawai Kesihatan Persekitaran
Bahagian Perlesenan
Ketua Jabatan : Pn Roshaliza Bt. Ariffin
Jawatan: Pen. Pegawai Tadbir

Unit OSC (One Stop Centre)

Ketua Jabatan:Cik Norhazlida Bt. Roslan


Jawatan : Pegawai Perancang Bandar & Desa

Unit COB

Ketua Jabatan:Encik Ahmad Fairos b. Mohamad Zamani


Jawatan : Pegawai Penilaian 
Latar Belakang
MDHS
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1977 mengikut Seksyen 4
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
MDHS adalah hasil gabungan :

1. Lembaga Bandaran Rawang


2. Majlis Tempatan Kuala Kubu Bharu
3. Majlis Tempatan Kalumpang

Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis pada tahun 2002 adalah 270.38 km
persegi yang meliputi 13 mukim . Kawasan yang ditadbir oleh MDHS merangkumi 13
kawasan utama berikut:-

1. Hulu Bernam
2. Kalumpang
3. Kerling
4. Kuala Kubu Bharu
5. Rasa
6. Batang kali
7. Hulu Yam
8. Serendah
9. Sg. Choh
10. Bandar Baru Bukit Beruntung
11. Bandar Baru Bukit Sentosa
12. Bandar Baru Sg. Buaya
13. Bandar Lembah Beringin

Luas Kawasan Pentadbiran:

 Kawasan pentadbiran MDHS yang asal  5,501.42 hektar


 Pertambahan kawasan baru  21,536.29 hektar
 Jumlah keluasan MDHS  27,037.71 hektar
 Keluasan Daerah Hulu Selangor  174,047 hektar
Undang-Undang Kecil

1. U.U.K. Bangunan Seragam (MDHS)


2. U.U.K. Gunting Rambut & Pendandan Rambut (MDHS)
3. U.U.K. Penjaja (MDHS)
4. U.U.K. Kesalahan-kesalahan Kerajaan Tempatan 1976 (MDHS)
5. U.U.K. Kesalahan-kesalahan Jalan, Parit & Bangunan (MDHS)
6. U.U.K. Pelesenan & Kawalan Anjing (MDHS)
7. U.U.K. Pemungutan Pembuangan & Pelupusan Sampah (MDHS)
8. U.U.K. Iklan (MDHS)
9. U.U.K. Pengendalian Makanan (MDHS)
10. U.U.K. Tred, Perniagaan & Perindustrian (MDHS)
11. U.U.K. Iklan PilihanRaya (MDHS)
12. U.U.K. Iklan (Pindaan)1990 (MDHS)
13. U.U.K. Iklan 1991 (MDHS)
14. U.U.K. Kerja Tanah (MDHS)
15. U.U.K. Peruntukan Mengenai Lesen Bersesama (MDHS)
16. U.U.K. Tandas Awam (MDHS)
17. U.U.K. Bangunan Seragam Selangor (MDHS) Pindaan 2000
18. U.U.K. Taman (MDHS)U.U.K. Establisymen Makanan (MDHS)
19. U.U.K. Kerja Di Jalan (MDHS)
20. U.U.K. Hotel (MDHS)
21. U.U.K. Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan Kerajaan Tempatan (Pindaan)
(MDHS)
Piagam Pelanggan

 Memberikan  perkhidmatan perbandaran yang cekap terhadap pengurusan perkhidmatan


dan keperluan awam mengikut keperluan masyarakat
 Memastikan pembangunan di daerah terkawal, indah dan makmur.
 Menguatkuasakan pelbagai akta, enakmen & undang- undang kecil yang berkaitan bagi
memastikan pengurusan dapat dijalankan dengan teratur & cekap
 Mewujudkan belanjawan seimbang dan mengelakkan pembaziran
 Mewujudkan penilaian harta secara saksama dan menguruskan harta Majlis dengan cekap.
 Berusaha meningkatkan kualiti golongan peniaga dan penjaja dengan menyediakan
kemudahan berniaga yang berkualiti.
 Bil cukai tafsiran dikeluarkan 2 kali setahun
 Menyelesaikan aduan- aduan awam dalam tempoh 2 minggu
Kelulusan permohonan lesen- lesen perniagaan dan iklan adalah seperti berikut:

1.  Lesen perniagaan   2 bulan


2.  Lesen iklan / Billboard   2 bulan
3.  Lesen kain rentang    1 hari
4.  Lesen hiburan sementara     2 minggu
5.  Lesen perniagaan sementara   2 minggu
 

Sijil layak menduduki bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh:

 Bangunan sesebuah  14 hari (setelah penerimaan borang E)


 Bangunan komersial  14 hari (setelah penerimaan borang E)
 Projek perumahan  14 hari (setelah penerimaan borang E)
*dengan syarat memenuhi kehendak- kehendak yang telah ditetapkan dan pihak pemohon
menetapkan lawatan pemeriksaan bersama jabatan teknikal.

Kelulusan permohonan pelan- pelan pembangunan dalam tempoh berikut :

 Pelan lanskap dan rekreasi  1 bulan atau selewat-lewatnya  3 bulan


daripada permohonan  lengkap diterima
 Cadangan nama taman, jalan & no.  rumah  1 bulan atau selewat-lewatnya  3 bulan
projek  perumahan daripada permohonan  lengkap diterima
 Pelan ubahsuai / pindaan  1 bulan
 Pelan bangunan rumah sesebuah  3 bulan
 Pelan bangunan komersial / projek  3 bulan
perumahan
*dengan syarat pemilik / pemaju / arkitek mengemukakan dokumen- dokumen yang lengkap
serta senantiasa berhubung dengan jabatan- jabatan teknikal yang terlibat agar sentiasa
mendapat penjelasan / komen dengan segera
Fungsi Jabatan-Jabatan

Jabatan Khidmat Pengurusan

 Bahagian Pentadbiran 
Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan pengursan tenaga manusia yang
berdaya saing serta berdaya maju selaras dengan kehendak organisasi.
 Bahagian Teknologi Maklumat 
Menyelaraskan dan mengawal pembangunan ICT di Majlis Daerah Hulu Selangor
 Bahagian Penguatkuasaan 
Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang digunapakai di
Majlis Daerah Hulu Selangor demi kepentingan dan keselesaan umum. 

Jabatan Perbendaharaan 
Membentuk imej akauntabiliti Majlis melalui pengurusan bajet, kewangan dan perakaunan
yang cekap dan berkesan. 

Jabatan Penilaian 
Memastikan setiap pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu
Selangor dinilai mengikut peruntukan perundangan bagi tujuan mengenakan cukai taksiran. 

Jabatan Pembangunan  &  Penyelenggaran 


Memastikan pembangunan projek Majlis dan kemudahan awam di kawasan Majlis dibina
dengan aspek kejuruteraan dan diselenggara sebaik mungkin demi kesejahteraan penduduk. 

Jabatan Kawalan Bangunan 


Memastikan pembangunan yang dibina selaras dengan perancangan dan spesifikasi agar
bangunan berkualiti. 

Jabatan Perkhidmatan Bandar & Persekitaran 


Memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap, bermutu dan memuaskan supaya
kawasan Majlis sentiasa bersih, kesihatan awam terjamin serta kawasan Majlis menjadi
tempat yang selesa, harmoni dan sejahtera. 

•  Bahagian Pelesenan 
   Merancang serta mengawal semua aktiviti pelesenan bagi mencapai tahap pengurusan yang
cekap dan berkualiti. 

Jabatan Perancang 
Mewujudkan perancangan pembangunan dan kawasan rekreasi yang terancang serta indah
untuk memberikan keselesaan dan kemudahan berkualiti kepada penduduk Majlis Daerah
Hulu Selangor. 
Jabatan Belia Dan Kemasyarakatan

Memastikan pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran Jabatan Belia & Kemasyarakatan


Majlis Daerah Hulu Selangor ke tahap kecekapan maksima.Membina masyarakat belia yang
berakhlak, berdisiplin, melahirkan pemimpin dan usahawan belia serta mewujudkan tenaga
kerja yang berkemahiran.Mewujudkan masyarakat yang sihat, aktif dan cergas melalui
program-program Belia, Kemasyarakatan dan sukan.Menggalakkan masyarakat menyertai
program-program penganjuran Jabatan Belia & Kemasyarakatan Majlis Daerah Hulu
Selangor.
 

Unit Aduan, Perhubungan Awam Dan Korporat 

Menyediakan maklumat, memberi penerangan serta promosi berkaitan aktiviti-aktiviti dan


program Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Melayani aduan dari orang awam dan
memberi laporan dan memastikan tindakan telah diambil terhadap setiap aduan.

Unit Perundangan 
Melakukan pindaan undang-undang mengikut peredaran masa perlu dilaksanakan agar
Undang-undang Kecil sedia ada tidak lapuk atau ketinggalan zaman. Penyelidikan mengenai
undang-undang kerajaan tempatan juga dipertingkatkan agar nasihat dan pandangan undang-
undang dapat diberikan dengan tepat dan teratur. Ini adalah kerana masyarakat hari ini lebih
peka kepada hak dan tanggungjawab mereka. 
Peranan
Pihak berkuasa tempatan adalah kerajaan diperingkat tempatan yang bertanggungjawab untuk

memberi perkhidmatan dan melaksanakan pembangunan ekonomi, sosial, fizikal dan

persekitaran bandar mengikut sempadan pentadbiran yang telah diwartakan.

Disamping bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan juga berperanan

memberi perkhidmatan seperti berikut:

1. Pembekal Perkhidmatan

2. Pihak Berkuasa Perancang Tempatan

3. Pemangkin Pembangunan Sosial & Ekonomi

4. Pelindung Alam Sekitar


Pelancongan

Promosi Pelancongan Masum 2010

-Bertempat di SACC Convec Shah Alam, Selangor, Pada 15-17


Januari 2010, Majlis Daerah Hulu Selangor telah menyertai
Promosi Pelancongan MASUM 2010 yang dianjurkan oleh
Tourism Selangor Berhad yang bertujuan mempromosikan
kawasan-kawasan produk-produk pelancongan dan menawarkan
pakej-pakej pelancongan yang terdapat di Hulu Selangor. Umum
masih ramai yang belum mengetahui bahawa Hulu Selangor adalah
antara Daerah yang kaya dengan keindahan dan kehijauan alam
sekitar yang masih lagi terpelihara. Disamping itu terdapat
tinggalan sejarah dan kisah disebalik kewujudan daerah ini. Antara
aktiviti yang turut dijalankan adalah pameran kawasan
pelancongan, jualan produk makanan dan buahan tempatan.
Mendaki Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

-Pada 16-17 Januari 2010 seramai lebih kurang 33 orang


peserta telah mengikuti program
Pendakian Gunung Brinchang yang mempunyai ketinggian
6,666 kaki dari aras laut.
Program ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Hulu Selangor
dengan kerjasama Majlis Daerah Cameron Highlands. Cabaran utama dalam pendakian ini
adalah apabila peserta
terpaksa mendaki dalam cuaca yang agak sejuk sehingga 16’c.
Majlis Perasmian “Ops Loco”

- Pada 7 Mei 2010, Tourism Malaysia dengan kerjasama


Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengadakan majlis
perasmian “Ops Loco” yang telah dirasmikan
oleh Y. Bhg. Datuk Mirza Mohammad Taiyab, Ketua
Pengarah Pelancongan. Penganjuran program ini di Kuala
Kubu Bharu secara tidak langsung dapat
mempromosikan Kuala Kubu Bharu amnya sebagai destinasi
bersejarah dan Daerah Hulu Selangor khasnya sebagai lokasi
pelancongan pilihan kepada
pelanco ng dala m dan luar Negara.
Keagamaan
Perarakan Sempena Maulidur Rasul

-Sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor pada 26 Februari 2010,
Majlis Daerah Hulu Selangor turut serta dalam perarakan yang dianjurkan oleh kerajaan
Negeri selangor. Dengan tema sambutan pada tahun ini “Memantap Ukhuwwah Memperkasa
Ummah” seramai lebih kurang 40 peserta telah mengambil bahagian. Perarakan ini juga
disertai oleh jabatan-jabatan kerajaan dan agensi di negeri Selangor. Jika diimbas kembali
sejarah Rasullah SAW, banyak pengorbanan dan perjuangan yang telah baginda lakukan.
Sehinggalah agama Islam telah mencapai kegemilangan dan kejayaannya.
Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Korban Sempena Aidiladha 1431H

-Daerah Hulu Selangor dipilih menjadi tuan rumah bagi Penyerahan Lembu Korban kepada
semua nazir-nazir masjid di Negeri Selangor. Majlis ini telah diadakan pada 13 November,
beberapa hari menjelang Aidiladha 1431H bertempat di Mini Stadium Kuala Kubu Bharu.
Majlis telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul
Khalid Ibrahim yang turut dihadiri Pegawai Eksekutif dari PKNS,PNSB, Worldwide Holding
dan Kumpulan SEMESTA yang merupakan penderma sumbangan lembu korban tersebut.
Lebih 500 ekor lembu diagih-agihkan kepada semua masjid di Selangor untuk tujuan ibadah
korban.
Program Korban Kakitangan MDHS

-Bertempat di perkarangan pejabat MDHS, pada 18 November 2010 telah diadakan Program
Korban Kakitangan MDHS yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MDHS.
Sebanyak 4 ekor lembu telah dokorbankan. Daging sembelihan turut disedekahkan kepada
golongan fakir miskin di kawasan sekitar.
Kemasyarakatan
Program Pelaksanaan Zon Bersih PBT

- Pada 8 Mei 2010, bersempena dengan pelaksanaan zon bersih di Pihak Berkuasa Tempatan
bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, satu majlis pelaksanaan program-program zon bersih telah
di adakan di tapak zon bersih iaitu Bandar Baru Batang Kali. Antara program-program yang
telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

a) Program Pengindahan Landskap bersama PeBT


b) Kempen Tanam Pokok
c) Kempen Kesihatan
d) Kempen Kitar Semula
e) Hari Bertemu Pelanggan
f) Program Gotong-royong bersama Penduduk Setempat

Dianggarkan seramai 1000 orang telah hadir ke majlis ini terdiri daripada ahli-ahli Majlis
MDHS, JKKK, pelajar-pelajar sekolah dan taska kawasan Batang Kali, dan masyarakat
awam. Program-program yang dilaksanakan seperti Program Pengindahan Landskap,
Program Gotong-royong, kempen-kempen dan Hari Bertemu Pelanggan adalah sejajar
dengan objektif dalam pelaksanaan Zon Bersih di PBT Negeri Selangor untuk melibatkan
penyertaan komuniti disamping dapat memenuhi kriteria-kriteria dalam pemarkahan Zon
Bersih yang telah diputuskan untuk dipertandingkan antara PBT di Negeri Selangor.
Karnival Penggerak Hulu Selangor

-Bertempat di Dewan JKKK Cina kampong Chuang, Rasa, satu Karnival


Penggerak Belia Daerah Hulu Selangor telah dijalankan pada 9-11 April
2010 oleh ahli-ahli dan jawatankuasa PeBT dengan kerjasama JKKKC
kampong Chuang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, gotong royong
baikpulih dewan, pertandingan mewarna, Basketball 3 on 3, Street
Soccer. Program ini mendapat sambutan daripada golongan belia
kawasan sekitar terutama pelajarpelajar sekolah.
Program Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni Bukit Beruntung, Hulu
Selangor, Selangor Darul Ehsan.
- Pada 24 April 2010, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan EXCO
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor telah mengadakan
program Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria Dan Harmoni. Kakitangan dari Unit
Pesuruhjaya Bangunan MDHS telah memainkan peranan yang penting dalam menjadi
urusetia dalam menjayakan program tersebut. Majlis yang telah dilancarkan oleh Yang
Berhormat Tuan Iskandar Bin Abdul Samad ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran
dan galakkan kepada penduduk di kawasan pangsapuri tersebut. Dengan bertemakan Bersih,
Ceria Dan Harmoni amatlah bersesuaian dengan amalan membersihkan kawasan pangsapuri
supaya dapat mencetuskan suasana yang ceria dan seterusnya menerapkan nilai – nilai
yang harmoni bagi mewujudkan satu perpaduan.
Kebajikan
Majlis Pemberian Dana Spirulina

- Universiti Industri Selangor. Replika cek disampaikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Abdul
Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor kepada Proffesor Dr. Lokman Shamsudin iaitu
wakil dari Universiti Industri Selangor. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua
Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor dan diikuti pula kata-kala aluan oleh Y.B. Pn. Rodziah
Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan,Sains, Teknologi &
Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor dan disusuli pula kata-kata aluan oleh Y.A.B. Tan
Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor. Setelah itu, para hadirin
mendengar taklimat Spirulina oleh Proffesor Dr. Lokman Shamsudin. Beliau menyatakan
bahawa industry spirulina kini mendapat permintaan yang sangat tinggi dari pasaran dunia
masakini bagi tujuan perubatan. Penawaran produk ini pula adalah rendah dan atas dasar
ini, kerajaan mengambil inisiatif yang cukup bijak bagi menjana pendapatan kepada
penduduk setempat hasil daripada pembesaran tapak semaian spirulina di Ulu Rening amnya
dan Hulu Selangor khasnya.
Ekonomi

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor

-Majlis Daerah Hulu Selangor telah dipilih sebagai tuan rumah bagi
mengadakan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Negeri Selangor yang diadakan pada
29 April 2010. Mesyuarat ini diadakan bagi membincang dan menyelaras bentuk tindakan
penguatkuasaan yang dilakukan supaya ianya seragam dalam menguatkuasakan undang-
undang yang digunapakai di semua PBT Negeri Selangor. Mesyuarat kali kedua itu dihadiri
oleh lebih kurang 23 orang pegawai-pegawai penguatkuasa PBT dan wakil dari pihak UPEN ,
Negeri Selangor.
Kunjungan Pelabur dari China

-Sekumpulan 8 orang bakal pelabur dari China telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke
pejabat MDHS pada 6 Disember 2010. Mereka ini berminat untuk melabur di kawasan
Kemboja Bukit Beruntung. Kunjungan mereka telah menjurus kepada perbincangan tentang
perancangan pembangunan kawasan Kemboja itu sendiri dan mendapatkan pandangan dan
penjelasan tentang perkhidmatan MDHS.
Perayaan 
Majlis Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai

-Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama PeBT
dan JKKK Kampung Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu telah mengadakan Majlis Rumah
Terbuka Gong Xi Fa Cai pada 18 Februari 2010. Majlis turut dihadiri oleh YB Tuan Ronnie
Liu Tian Khiew, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Pegawai Daerah Hulu
Selangor, Tuan NorHisham Dahlan, Yang DiPertua MDHS, Tuan Tukiman Nail, Ahli-Ahli
Majlis, serta penduduk penduduk sekitar. Selain dari gerai-gerai makanan, majlis turut
dimeriahkan dengan persembahan tarian naga, Pemberian Ang Pau kepada warga emas, dan
persembahan kebudayaan daripada Jawatankuasa Penduduk sekitar.
Perkembangan
Sumber Kewangan
Prestasi Kewangan

- Pada tahun 2009 jumlah pendapatan yang diterima oleh MDHS sebanyak
RM37,940,025.Jumlah ini telah meningkat sebanyak RM2,780,722 berbanding
pendapatan tahun 2008.

Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa factor :


(I) Penyaluran semula Geran Jalan dari kerajaan negeri.
(II) Peningkatan hasil sewaan dengan kemasukan gerai-gerai PLB untuk
ditadbir urus oleh Majlis.

Namun berlaku penyusutan dalam pungutan hasil cukai sebanyak RM2,292,972 pada
Tahun 2009 berbanding tahun 2008.

Bil Jenis Pendapatan Jumlah(RM)


1 Hasil Cukai (Jan-Dis) 24,213,341
2 Hasil Bukan Cukai 4,424,637
3 Terimaan Bukan Hasil 9,109,070
4 Pelbagai Hasil 192,070
Jumlah Pendapatan Keseluruhan 37,940,025
Jadual 1:Pendapatan 2009

Pendapatan 2009

24% 1%

Hasil Cukai
Hasil Bukan Cukai
Terima Bukan Hasil
Pelbagai Hasil

12% 63%

*Cukai adalah penyumbang utama bagi hasil Majlis. Ianya menyumbang sebanyak 63% dari
keseluruhan hasil Majlis. Namun bagi membolehkan majlis berfungsi dengan baik,
sumbangan dari Kerajaan Negeri Pusat sebanyak 24% memainkan peranan yang penting.
Hasil bukan cukai pula menyumbang sebanyak 12%.
Jadual 2:Prestasi Kutipan Pendapatan 2005-2009

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009


Jumlah(RM 32,001,533 29,035,626 35,839,573 35,159,722 37,940,025
)

37,940,025
40,000,000 35,839,573 35,159,722
35,000,000 32,001,533
29,035,626
30,000,000

25,000,000

20,000,000

15,000,000

10,000,000

5,000,000

0
2005 2006 2007 2008 2009

Prestasi Kutipan Pendapatan 2005-2009

Jadual 3: Perbelanjaan 2009

Bil Jenis Perbelanjaan Jumlah(RM)


1 Emolumen 8,219,637
2 Perkhidmatan dan Bekalan 24,946,688
3 Pemilikan Harta Modal 430,566
4 Pemberian dan Bayaran Tetap 422,284
5 Perbelanjaan Pembangunan 1,193,227
6 Pelbagai Perbelanjaan 149,925
Jumlah Pendapatan Keseluruhan 35,362,327
Jadual 4: Prestasi Pembayaran Belanja 2005-2009

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009


Jumlah (RM) 31,377,232 28,519,901 34,880,843 34,387,497 35,362,327

Prestasi Pembayaran Belanja 2005-2009


40,000,000
35,000,000
30,000,000
25,000,000
20,000,000
15,000,000
10,000,000
5,000,000
0
2005 2006 2007 2008 2009

Prestasi Pembayaran Belanja 2005-2009


Butir-Butir 2009 2009 Sebenar Peratus(%)
Sasaran(RM) (Kutipan (RM)
Hasil
Cukai 26,618,000 24,213,341 91
Pelesenan 1,100,000 1,015,982 92
Perkhidmatan 1,700,000 1,116,760 66
Jualan 100,000 154,483 154
Sewaan 800,000 744,464 93
Faedah & Keuntungan 7,000 16,307 233
Denda 1,500,000 1,291,007 86
Terimaan 8,210,833 9,109,997 111
Lain-lain - 277,704 -
Jumlah Hasil 40,035,833 37,940,025 95
Perbelanjaan
Mengurus
Emolumen 8,123,056 8,216,637 101
Perbelanjaan Saraan 47,000 36,204 76
Perhubungan & Utiliti 281,000 267,880 95
Sewaan 116,000 86,801 75
Bekalan & Bahan 1,696,000 1,065,346 63
Penyelenggaraan & 14,692,526 13,824,662 94
Pembaikan
Perkhidmatan 10,711,300 8,929,792 83
Aset 552,313 430,566 78
Pemberian & Kenaan 792,040 422,566 53
Bayaran
Pelbagai Perbelanjaan - 149,925 -
Jumlah Perbelanjaan 37,011,235 35,362,326 90
Mengurus
Perbelanjaan 2,778,000 1,929,229 69
Pembangunan
Jumlah 39,789,235 35,362,326 89
Perbelanjaan
Keseluruhan
Lebihan/ 246,598 2,577,699 -
(Kekurangan)
Jadual 5: Prestasi Kewangan MDHS Sehingga 31 Disember 2009
Perancangan Masa Hadapan

Dialog BLUE PRINT-Hala Tuju Selangor 2011-2013

-Bertempat di Rumah Rehat Kerajaan Majlis Daerah Hulu Selangor telah mengadakan sesi
Dialog Blueprint Hala Tuju Selangor 2011-2013 bagi Daerah Hulu Selangor pada 24 Ogos
2010. Dialaog ini disertai seramai lebih kurang 150 wakil dari penduduk, NGO dan agensi
kerajaan dan lain-lain. Dalam sesi ini juga peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan
bagi membincangkan isu-isu yang diberikan berkaitan dengan hala tuju Selangor dalam
tempoh 3 tahun ini.
Saranan dan Harapan

Pembangunan Mampan dan Bandar Selamat

- Pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa
menjejaskan kemampuan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan sendiri.

- Jawatankuasa Pembangunan Mampan dan Bandar Selamat:

* Ahli Jawatankuasa Pembangunan Mampan dan Bandar Selamat MDHS terdiri daripada 3
sektor utama iaitu sector kerajaan, swasta/NGO dan Wakil Penduduk. Jawatankuasa ini akan
bersidang sekali dalam sebulan dan membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan hal-hal
berkaitan masalah social, ekonomi, keindahan/keceriaan bandar, keselamatan dan kesihatan
persekitaran.

- Jawatankuasa Induk Local Agenda 21 (LA21) MDHS:

- Konsep LA21 Hulu Selangor “Bottom Up”


 Berpandukan konsep asal Agenda Tempatan 21, Majlis Daerah Hulu Selangor juga
menggunapakai konsep “Bottom Up” dalam merealisasikan LA21 di Hulu Selangor.
Konsep ini adalah merujuk kepada tanggungjawab atau kuasa di tangan penduduk
Hulu Selangor sendiri dalam perlaksanaan Pembangunan Mampan di Hulu Selangor.

- Misi LA21 Hulu Selangor


 Pemeliharaan dan Pemuliharaaan Alam Sekitar
 Pembangunan ekonomi berteraskan teknologi moden
 Pembangunan modal insan dan pembentukan masyarakat prihatin dan harmoni.
Kemajuan Yang Dicapai

Sambutan 80 Tahun Kuala Kubu Bharu

- Bandar Kuala Kubu Bharu secara rasminya telah menyambut 80 tahun pada tahun
2010. Majlis Pelancaran sambutan 80 Tahun Bandar Kuala Kubu Bharu telah diadakan
pada 7 Mac 2010 serentak dengan Pelepasan LTDL 2010 peringkat ke -7 yang juga
diadakan di Bandar Kuala Kubu Bharu. Pada majlis ini pelbagai acara lain turut
diadakan seperti pertanding melukis dan mewarna kategori kanak-kanak dan dewasa,
pertandingan fotografi, persembahan tarian, persembahan
kebudayaan,senamtari,persembahan kugiran, gerai-gerai jualan dan juga penyerahan
permohonan bagi Bandar Kuala Kubu Bharu disenaraikan sebagai Bandar Warisan
Negara.Dari sudut sejarah Bandar ini memainkan peranan penting sebagai kawasan
pertahanan Raja Mahdi dan Syed Mashor ketika perang saudara Selangor pada tahun
1870-1873. Bandar Kuala kubu juga merupakan Bandar Dalam Taman Pertama di
Negara. Banyak lagi sejarah dan pengkisahan tentang Kuala Kubu Bharu ini belum
terungkai dan terjawap dan melalui sambutan 80 tahun ini pelbagai acara lain akan
diadakan bagi mendapatkan banyak lagi maklumat dan mengenai keunikan Bandar ini
seterusnya mengetengahkan Bandar ini sebagai Bandar Warisan Negara.
Program Zon Bersih Batang Kali

- Pada 8 Mei 2010, bersempena dengan pelaksanaan zon bersih di Pihak Berkuasa
Tempatan bagi Majlis Daerah Hulu Selangor, satu majlis pelaksanaan program-
program zon bersih telah di adakan di tapak zon bersih iaitu Bandar Baru Batang Kali.
Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

a) Program Pengindahan Landskap bersama PeBT


b) Kempen Tanam Pokok
c) Kempen Kesihatan
d) Kempen Kitar Semula
e) Hari Bertemu Pelanggan
f) Program Gotong-royong bersama Penduduk Setempat

Dianggarkan seramai 1000 orang telah hadir ke majlis ini terdiri daripada ahli-ahli Majlis
MDHS, JKKK, pelajarpelajar sekolah dan taska kawasan Batang Kali, dan masyarakat awam.
Program-program yang dilaksanakan seperti Program Pengindahan Landskap, Program
Gotong-royong, kempen-kempen dan Hari Bertemu Pelanggan adalah sejajar dengan objektif
dalam pelaksanaan Zon Bersih di PBT Negeri Selangor untuk melibatkan penyertaan
komuniti disamping dapat memenuhi kriteria-kriteria dalam pemarkahan Zon Bersih yang
telah diputuskan untuk dipertandingkan antara PBT di Negeri Selangor.
Program-Program Gotong-royong

- Gotong-royong Bersama Penduduk


 Gotong-royong bersama penduduk dijalankan di kawasan-kawasan perumahan dan
kediaman bertingkat atas inisiatif penduduk sendiri adalah dilihat sebagai saatu usaha
yang bijak yang mana banyak perkara aduan dapat diselesaikan sebagai contoh isu
sampah, longkang dan rumput. Selain memupuk sikap kerjasama program ini juga
dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan MDHS dan penduduk selain dari dapat kenal
mengenali dengan lebih mesra.
Antara kemajuan lain yang dicapai:

- Program Menanam Pokok di Taman Millennium.


- Hari Kitar Semula Kebangsaan
- Program Bandar Selamat.
- Jamuan Rumah Terbuka MDHS
- Program Anak Angkat Kolam Air Panas Hulu Tamu.
- Program Zon Bersih Hulu Bernam
- Bengkel LA21 dan Pembangunan Mampan MDHS.
- Program Sisa Sifar Hulu Selangor.
Rumusan
Akhirnya, saya dapat menjalankan tugas saya dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan baik
dan sempurna dengan menggunakan pelbagai sumber yang diperolehi seperti internet, buku
dan bahan-bahan lain yang berkaitan.

Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan cepat. Saya
menggunakan sumber yang berkaitan untuk menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, saya mungkin tidak dapat siap tanpa kerjasama rakan kerana telah berkongsi
maklumat, idea dan pendapat dalam meyiapkan kerja kursus ini.

Saya rasa dapat telah laksanakan tugasan ini dengan baik dan yang telah ditentukan oleh guru
walaupun ada beberapa perkara yang tidak diperoleh daripada sumber yang berkaitan ketika
menjalankan tugas.

Walaubagaimanapun, saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pihak


kerajaan yang prihatin dan sentiasa mengambil berat mengenai rakyatnya serta berusaha
untuk membangunkan lagi pembangunan dan ekonomi.

Selain itu, saya dapat lihat sikap kemasyarakatan dalam membangunkan negara dalam
kalangan penduduk di daerah Hulu Selangor. Saya juga dapat lihat semangat serta
kesungguhan penduduk agar daerah Hulu Selangor dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.

Majlis Daerah Hulu Selangor atau dikenali sebagai MDHS telah menyediakan pelbagai
kemudahan dan infrastruktur yang lengkap. Selain itu, saya dapat mengenal pasti serta
memahami komposisi dan sejarah awal MDHS dengan lebih jelas. Seterusnya, saya dapat
mengetahui tujuan Majlis sebagai PBT Hulu Selangor.

Kesimpulannya, saya dapat lihat semangat patriotisme Majlis dalam memajukan Hulu
Selangor supaya penduduk Hulu Selangor mendapat kemudahan dalam apa jua aspek.Oleh
itu, saya bersyukur kerana MDHS telah menyediakan kemudahan di daerah Hulu Selangor
ini.
Lampiran 
Peta 1:Selangor
Peta 2: Hulu Selangor
Logo MDHS

Pokok Mahagoni-Pokok Rasmi MDHS

Bunga Matahari-Bunga Rasmi MDHS


Rujukan
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3

-Nama pengarang: i) Ramlah Binti Adam

ii) Abdul Hakim Bin Samuri

iii) Muslimin Bin Fadzil

Internet

- http://www.mdhs.gov.my/

Rakan
- Nur Hakimah Binti Abu Hassan.
- Nurshida Nabila Binti Nor Azlan.

Buletin
- Buletin MDHS Edisi 1/2009
- Buletin MDHS Edisi 2/2010

Dokumen

- Penyata Kewangan MDHS

Bahan-bahan lain

- Buku Laporan Tahunan MDHS 2009


- Local Agenda 21 MDHS.
Tugasan 2

Soalan: Bagaimanakah institut pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integerasi nasional


di negara kita?

Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) adalah kerajaan di peringkat tempatan yang


bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan dan melaksanakan pembangunan ekonomi,
sosial, fizikal dan persekitaran bandar mengikut sempadan pentadbiran yang telah
diwartakan.

Oleh itu, institut pentadbiran tempatan dapat memperkukuhkan integerasi nasional di negara
kita dengan cara kita berbangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai warganegara, kita mestilah
menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara serta menghormati raja dan
pemimpin kerana mereka tidak pernah jemu membangunkan negara serta berusaha agar
dapat menaikkan nama negara.

Selain itu, sikap kesungguhan berusaha dan produktif perlu diterapkan dalam diri kita. Kita
sebagai rakyat Malaysia perlulah menyokong dan melibatkan diri dalam usaha
pembangunan serta berganding bahu membangunkan negara agar negara semakin maju,
teguh dan kuat dalam menyediakan kemudahan serta meningkatkan lagi ekonomi dalam
negara.

Seterusnya, bagi mengukuhkan lagi nasional negara,kita haruslah mempunyai semangat


kekitaan iaitu dengan menerapkan nilai bersatu padu dan berharmoni serta bekerjasama
dan tolong-menolong antara satu dengan lain supaya perpaduan kaum dapat ditingkatkan
dan juga pihak kerajaan dapat menjalankan tanggungjawab untuk membangunkan negara
dengan adil dan bijaksana.

Akhir sekali,kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mempunyai semangat setia negara iaitu
dengan cara kita mesti peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara supaya
IPT integerasi nasional dapat diperkukuhkan lagi serta dapat hadapi masalah bersama-sama
rakyat.

Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mempunyai semangat patriotisme


supaya negara dapat dibangunkan dengan lebih maju serta supaya dapat memenuhi nilai
1Malaysia.

You might also like