You are on page 1of 2

Pepatah Arab pernah mengatakan.” Perpaduan Asas Kejayaan “ .

Ungkapan ini jelas memberi


gambaran betapa peri pentingnya perpaduan dalam membentuk sebuah negara yang kukuh dan
stabil. Perpaduan antara kaum amat penting dalam merencanakan hasrat negara untuk mencapai
taraf negara maju dalam era globalisasi yang penuh mencabar ini. Jangan kita membiarkan peristiwa
lampau kembali semula dalam masyarakat Malaysia.Kita perlu mengambil iktibar daripada Peristiwa
13 Mei 1969 yang pernah menghantui kita semua.Justeru iti, perpaduan antara kaum banyak
memainkan peranan penting dalam menentukan jatuh dan bangun sesebuah negara.

“Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat”.Tepatlah aforisme ini yang
memperlihatkan muafakat antara kaum mampu menyemai semangat perpaduan dan seterusnya
mewujudkan masyarakat harmoni. Dengan terbentuknya masyarakat harmoni, maka lahirlah bibit-
bibit kesefahaman antara kaum yang berbilang bangsa seperti Melayu, Cina , India, Melanau, Bajau
dan sebagainya.Dengan adanya sifat-sifat murni seperti tolak-ansur, dan toleransi antara kaum,
maka tidak mustahilah keharmonian antara kaum dalam masyarakat dapat dijelmakan dan hasrat
melahirkan masyarakat satu Malaysia seperti yang diucapkan Perdana Menteri kita, Dato”Seri Najib
Tun Abdu Razak wajar direalisasikan.

Menelusuri kalam isi yang kedua, perpaduan yang erat diamalkan antara kaum mampu menarik
kedatangan pelancong.Hasil daripada statistic oleh Kementerian Pelancongan
merekodkan,pelancongan memberikan pulangan yang lumayan kepada ekonomi Negara dan
menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun 2009 dan dijangka meningkat pada
tahun 2010.Hasil soal selidik, kebanyakkan pelancong tertarik dengan kaedah Kerajaan Malaysia
menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum untuk berada pada satu bumbung yang sama
berbanding Negara lain.Mereka mengambil pendekatan yang positif dengan membandingkan
Malaysia dengan Negara serantau yang lain seperti Thailand yang sedang mengalami kemerosotan
politik ekoran ketidakupayaan pemimpin mereka menjalankan pentadbiran dengan tulus dan
seterusnya menyebabkan pemberontakan rakyat jelata mengakibatkan ekonomi, dan sektor
pelancongan terjejas.Justeru itu, dengan adanya perpaduan. Para pelancong akan berasa selamat
dan terjamin apabila berehat di bumi Malaysia yang permai ini.

Menurut wasitah nirmala yang seterusnya perpaduan yang diamalkan juga mampu meningkatkan
ekonomi Negara kita.Hal ini demikian kerana, dengan terbentuknya integrasi nasional dalam
masyarakat kita, mereka boleh bekerjasama dalam membangunkan ekonomi Negara.Mereka akan
bersedia menerima teguran dan berfikiran terbuka dalam usaha memberikan perkhidmatan
terbaik.Seterusnya dengan mengamalkan sikap “ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” maka
ekonomi Negara dapat membangun dengan pesat dan impaknya Negara kita mampu “ berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah “ dengan Negara maju lain.

Menelusuri dimensi yang terakhir, perpaduan antara kaum mampu meningkatkan keamanan
Negara.Dengan adanya perpaduan antara kaum,maka pertelingkahan dan pergaduhan tidak akan
berlaku kerana mereka mengamalkan dan menghormati sensitivity setiap kaum.Menjadi kewajipan
bagi setiap kaum menjaga keamanan.Akhirnya semua kaum boleh hidup dalam keamanan yang
hakiki dan pertumpahan darah antara kaum boleh dielakkan sama sekali.Peristiwa lampau yang
berlaku janganlah dikenang bak kata pepatah” buang yang keruh,ambil yang jernih.

Tuntasnya semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan perpaduan antara kaum dapat
dikekalkan dan bertambah baik dari hari ke hari agar manfaatnya dapat dirasai bersama ibarat “ hati
gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicencang.Marilah kita bersama-sama berganding bahu
supaya keamanan Negara terpelihara agar Negara kita tidak dijajah semula oleh anjing kompeni.

You might also like