You are on page 1of 9

Pendahuluan Imaginasi memberi impak yang besar dan kuat didalam hidup seharian kanak-kanak.

Jika kita lihat kebiasaannya kanak-kanak memang suka berkhayal. Mereka kadang-kadang berimaginasi sambil melakonkan watak-watak yang mereka suka seperti polis, guru, artis dan sebagainya. Imaginasi kanak-kanak dapat menbantu mereka untuk belajar kerana sesetengah guru mengunakan imaginasi kanak-kanak semasa mengajar, contoh matapelajaran yang memerlukan kanak-kanak untuk berimaginasi adalah sains tentang rasa. Kebanyakan guru akan menyuruh kanak-kanak untuk membayangkan rasa manis, masam, masim, pahit serta tawar. Imaginasi diaktifkan secara jelas melalui asosiasi kreatif dengan idea-idea yang lain. Kunci menuju imaginasi kreatif ialah asosiasi. Asosiasi terbentuk oleh tiga hokum iaitu kedekatan, kemiripan dan kontras. Kedekatan adalah melibatkan perkara masa silam yang boleh mengigatkan kita kepada sesuatu. Contohnya, apabila seorang dewasa melihat kasut ketika dia masih bayi, ia akan mengingatkannya kenangan ketika masa dahulu. Bagi kemiripan ia melibatkan sesuatu yang sama bentuknya, contoh yang dapat diutarakan disini adalah seperti apabila seorang kanak-kanak melihat singa ia akan menyebut kucing kerana bentuk kucing dan singa sama cuma yang membezakannya adalah saiznya. Bagi kontras ia melibatkan sesuatu yang kita gambarkan, contohnya apabila melihat gambar dianosour kanak-kanak akan mengatakan ianya adalah raksasa, ini terjadi kerana kanak-kanak melihat cerita karton seperti ultraman dan sebagainya. Ia memberi pengaruh besar kepada kanak-kanak. Menurut Albert Einstein, imaginasi lebih penting daripada pengetahuan. Ini mungkin kerana, kanak-kanak yang berimaginasi dapat menyelesaikan masalah melalui berimaginasi dan penyelesaian masalah ini adalah kemahiran asas apabila telah dewasa kelak.

Membina imaginasi kanak-kanak. Imaginasi kanak-kanak dapat dibentuk atau dibina walaupun kita tahu ia tercipta atau wujud secara semulajadi. Kanak-kanak suka mengambarkan diri mereka sebagai ibubapa,guruguru dan sebagainya, mereka suka mengunakan daya imaginasi mereka. Ibubapa boleh membantu mrmbantu anak-anak melalui bermain bersama-sama mereka. Terdapat dua cara atau kaedah yang dapat dilakukan oleh ibubapa atau guru-guru dalam membina imaginasi kanakkanak. Cara pertama adalah melalui bercerita (Anonymous,1997). Dalam hal ini kanak-kanak perlu menyambung cerita seterusnya yang diceritakan oleh ibubapa atau guru pada mulanya. Ini dapat membantu kanak-kanak untuk berimaginasi apa yang berlaku seterusnya didalam cerita tersebut. Melalui ini juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk berimaginasi. Cara seterusnya adalah mengayakan pakaian (Anonymous,1997). Ibubapa atau guru boleh menyuruh kanak-kanak untuk mengayakan pakaian bagi melakonkan perwatakan bagi pakaian tersebut, contohnya pakaian doktor maka kanak-kanak perlu melakonkan watak doktor. Untuk membina imaginasi kanak-kanak melalui cara ini kebanyakkan tadika mengunakan tema pekerjaan, pada minggu tema ini kanak-kanak dikehendaki mengayakan pakaian doktor,guru, polis dan lain-lain. Disamping itu mereka juga dikehendaki mengayakan watak bagi pakaian yang dipakai. Melalui cara ini ia dapat membantu kanak-kanak dalam membina atau membentuk imaginasi mereka.

Kuasa imaginasi Untuk membentuk kuasa atau kekuatan imaginasi kanak-kanak, ibubapa perlu memainkan peranan yang penting. Ibubapa haruslah ikut serta dalam permainan kanak-kanak dan menyokong mereka ketika mereka melakukan aktiviti yang melibatkan imaginasi (Anonymous,2002). Ibubapa dan guru dapat menyokong kanak-kanak melalui membaca atau bercerita tentang watak atau jalan cerita sesuatu cerita selepas menceritakan cerita tersebut. Melalui aktiviti ini kuasa imaginasi kanak-kanak akan meningkat dan mereka akan suka untuk berimaginasi cerita yang telah diceritakan. Ketika ini kanak-kanak akan mengambarkan salah satu watak didalam cerita tersebut adalah mereka. Ibubapa juga dapat menyokong mereka melalui menjadi penonton apabila mereka terlibat dengan aktiviti lakonan dan sebagainya. Apabila ibubapa menjadi penonton ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk melakonkan watak mereka dengan baik maka mereka akan mengunakan imaginasi mereka untuk memperbaiki lakonan mereka supaya menjadi lebih baik. Imaginasi kanak-kanak tidak memerlukan masa yang lama, ia kerana imaginasi mereka terjadi secara spontan tanpa memerlukan masa yang panjang untuk mereka memikirkan sesuatu pergerakan. Disamping itu, ibubapa perlu memberi perhatian apabila kanak-kanak menceritakan sesuatu yang melibatkan imaginasi, ini kerana kanak-kanak juga akan merasakan mereka juga penting dan mempunyai hak dalam menceritakan sesuatu. Melalui cara ini kanak-kanak dapat membentuk keyakinan diri. Ia juga membantu kanak-kanak untuk berimaginasi dan mereka merasakan idea mereka diterima.

Imaginasi dapat membantu kanak-kanak Melalui imaginasi kanak-kanak dapat menerokai dan mengunakan logik didunia. (Margaret Renkl,2001). Kanak-kanak dapat menerokai persekitaran mereka apabila mereka berimaginasi, mereka juga akan berimaginasi berdasarkan logik persekitaran ataupun perkaraperkara yang tidak bertentangan dengan budaya masyarakat mereka. Oleh sebab itu, pemerhatian ibubapa sangat penting untuk memastikan mereka berimaginasi perkara yang tidak bertentangan dengan budaya setempat. Kadang-kadang kanak-kanak akan berimaginasi perkara yang mereka teliti daripada persekitaran mereka. Oleh sebab itu, ibubapa dan guru-guru perlulah menunjukkan sikap yang baik kepada kanak-kanak. Disamping itu, kanak-kanak juga dapat menyelesaikan masalah melalui daya imaginasi mereka(Margaret Renkl,2001). Bukan hanya orang dewasa yang memerlukan cara untuk menyelesaikan masalah bahkan kanak-kanak juga memerlukan penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi tidak kiralah dalam pembelajaran mahupun bersama rakan-rakan mereka. Contohnya jika kanak-kanak tersebut mempunyai sebiji kek cawan dan dia ingin membahagikan kepada 3orang rakannya maka ia akan berimaginasi untuk membahagikan kek cawan tersebut sama rata. Kanak-kanak juga meluahkan perasaan mereka melalui imaginasi (Margaret Renkl,2001). Kadang-kadang kanak-kanak akan melakonkan apa yang mereka tidak puas hati ketika bermain bersama-sama rakan-rakan. Mereka selalunya akan melakonkan watak mereka sendiri ataupun orang yang membuatkan mereka tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Oleh sebab itu, kita dapat mengetahui jika kanak-kanak tersebut menhadapi masalah yang besar didalam keluar, ini

kerana mereka akan bermain dan berimaginasi tentang apa yang berlaku. Oleh sebab itu, terdapatnya rawatan yang melibatkan kanak-kanak untuk berimaginasi tentang perasaan mereka. Imaginasi juga dapat membantu apabila mereka dewasa kelak (Margaret Renkl,2001). Kanak-kanak akan mengunakan pelbagai kemahiran semasa mereka berimaginasi. Contohnya kemahiran yang digunakan semasa menyelesaikan sesuatu permasalah. Penyelesaian masalah adalah salah satu asas didalam kehidupan apabila mereka telah dewasa kelak. Kanak-kanak yang berimaginasi akan mahir didalam penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh sebab itu, ibubapa harus mengalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi bukan menghalang mereka untuk melakukan perkara yang semulajadi yang ada pada mereka. Melalui imaginasi juga dapat membantu kanak-kanak untuk menjadi seorang yang lebih kreatif. Walaupun kanak-kanak berimaginasi secara spontan tetapi banyak kajian mendapati kebanyakkan imaginasi mereka datang daripada pemerhatian mereka terhadap orang dewasa contohnya guru-guru, ibubapa, jiran dan sebagainya. Perkaitan diantara pengimejan dan mengambarkan Terdapat tiga perkaitan diantara pengimejan dan mengambarkan. Pertama adalah gambaran imej dan mengambarkan (Anna Craft,2002). Gambaran imej mengambarkan adalah berkaitan diantara satu sama lain. Kanak-kanak selalunya akan meneliti sesuatu perkara dan kemudiannya mereka akan mengambarkan perkara tersebut dan melakonkan pelakuan tersebut semula. Contohnya, teori Bandura berkenaan dengan patung bobo. Kedua adalah olfaktori dan mengambarkan (Anna Craft,2002). Imaginasi yang dibuat oleh kanak-kanak kadang-kadang melibatkan olfaktori iaitu penelitian melalui cerita sesorang ataupun buku cerita. Kanak-kanak akan meneliti cerita yang didengan dan kemudiannya mereka akan mengambarkan cerita tersebut.
4

Apabila mereka bermain bersama-sama rakan-rakan yang lain mereka akan melakonkan cerita yang mereka dengan tersebut. Yang terakhir adalah imej pendegaran dan mengambarkan(Anna Craft,2002). Imaginasi ini berkait rapat diantara satu sama lain kerana ia melibatkan pendegaran serta gambaran atau imaginasi yang dibuat selepas beberapa lama. Contohnya seorang kanak-kanak selalu dimarahi oleh ibunya maka apabila dia mendengar seseorang memarahi kanak-kanak lain ataupun guru memarahinya, dia akan mengingati ibunya. Pengimejan dan mengambaran berkait rapat antara satu sama lain untuk menghasilkan sesuatu imaginasi. Meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. pelbagai jenis alat dan media, contohnya alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon. Kedua adalah gambar iaitu gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Kanak-kanak meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. Ketiga adalah melalui rakaman video dan penggunaan ict guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada kanak-kanak di bilik media atau bilik pandang dengar. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada contohnya, penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan.Melalui pengalaman deria juga dapat meningkatkan imaginasi kanak-kanak. Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat

dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan.

Imaginasi kanak-kanak terhad akibat ditakutkan Kebiasanya ibubapa atau guru akan menakutkan kanak-kanak bagi menghalang mereka daripada nakal tetapi perihal ini tidak elok diamalkan kerana ia akan menghalang kanak-kanak daripada berimaginasi. Perkara yang biasa ditakutkan kepada kanak-kanak adalah hantu dan persekitaran gelap. Takut pada gelap dan hantu bergantung pada imaginasi dan realiti. Jika ibubapa mendidik kanak-kanak jangan takut gelap dan menerangkan disebabkan tiada lampu, bukan ada hantu maka kanak-kanak tidak akan takut. Pada usia enam hingga sembilan bulan, perasaan takut sudah wujud dalam diri kanak-kanak maka ibubapa harus berwaspada dengan perkataan yang digunakan untuk menakutkan kanak-kanak. Tetapi ketika mencecah usia dua hingga tiga tahun, kanak-kanak lebih berkeyakinan. Perkara kedua adalah orang asing. Disebabkan jarang bertemu atau tidak pernah bertemu. Ada kanak-kanak mengambil masa untuk mesra dengan orang baru. Pada usia dua tahun, kanak-kanak lelaki akan lebih selesa dengan rakan sejantinanya begitu juga kanak-kanak perempuan. Kadangkala rasa tidak selesa dengan jantina lain akan pulih apabila usia masuk akil baligh. Maka ibubapa janganlah menakutkan mereka dengan orang yang mereka tidak mesra lagi kerana ia akan membantutkan imaginasi kanak-kanak untuk berimaginasi sebagai orang tersebut.

Perkara yang seterusnya yang selalu ditakuti kepada kanak-kanak yang selalu kita dengan adalah takut kepada doktor. Ada doktor kurang peka ketika merawat anak. Layan anak dengan baik seperti orang dewasa. Mungkin bunyinya agak aneh dan remeh, misalnya perlu minta izin

untuk membuka baju dan lampin mereka. Tetapi hak mereka perlu juga dihormati. Contohnya, mengunakan kata-kata lembut. Ibu bapa juga jangan takutkan anak-anak dengan doktor misalnya ingin memanggil doktor untuk menyuntik mereka jika mereka menangis. Hal ini tidak elok kerana ia akan menyukarkan komunikasi dengan kanak-kanak itu. Kanak-kanak juga akan berimaginasi perkara yang selalu didengar iaitu doktor kerjanya hanyalah menyuntik kanakkanak, maka ia akan menghalang kanak-kanak untuk berimaginasi dengan lebih meluas lagi.

Kesimpulan Imaginasi adalah bayangan yang dibuat oleh fikiran dan mempunyai kuasa yang sangat kuat. Kuasa yang wujud atau membiak dengan unggul satu objek rasa dahulunya diterima, dan kuasa tersebut disambung ke minda untuk membayangkan sesuatu. Proses imaginasi ini melibatkan pemikiran dan perkara yang kita lihat atau dengar. Kesimpulan yang dapat dibuat disini adalah, kanak-kanak memerlukan imaginasi untuk membantu proses pembesaran mereka. Imaginasi memberi impak yang besar kepada kanak-kanak untuk menghadapi masa hadapan, oleh yang demikian, ibubapa serta guru-guru perlu memberi galakan dan sokongan kepada kanak-kanak disamping itu mengawasi imaginasi yang mereka lakukan itu berlandakan budaya setempat dan tidak bertentangan dengan agama. Dalam hal berimaginasi ibuabapa seharusnya gembira kerana kanak-kanak yang berfokus akan menjurus kepada perkembangan kreativiti yang baik. Disamping itu, ibubapa seharusnya membimbing anak-anak dalam mengembangkan dunia imaginasi mereka. Dalam dunia yang serba moden ini, ibubapa haruslah membantu anak-anak untuk menerokai pengetahuan melalui pengunaan ICT dan ia seharusnya berlandakan kepada fakta yang betul.

Dalam meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, ibubapa serta guru memainkan peranan yang sama penting. Kanak-kanak haruslah meneruskan pembelajaran yang dipelajarinya dirumah. Maka ibubapa tidak seharusnya menghalang kanak-kanak berimaginasi tetapi mengalakkannya.

Bibliograpi Anna Craft, 2002,Creativity And Early Years Education A Lifewid Foundation,British, Great Britain by Book Craft (Bath) Ltd, Midsomer Norton, Hal:85

Anonymous,1997,Developing your childs Imagination , Academic Research Library, Hal: 34

Anonymous,2002,The Power Of Imagination, Academic Research Library, Hal: 42

Margaret Renkl, 2001, Imagine That,Academic Research Library, Hal: 122

http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2008/07/maksud-ima,html,05/09/09,10:23p.m

http://www.brainquote.com/words/im/imagination176046.html,05/09/09,10:27p.m

You might also like