You are on page 1of 15

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH SEMESTER 1 TAHUN 2011

KUMPULAN EL-B20
NAMA KURSUS

PEMBANGUNAN SAHSIAH

KKD2063/ ULP1013
TAJUK

TUGASAN 2 (20%)
NO. 1. SOALAN Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara. MARKAH 20 Markah

OLEH Nama Pelajar


ROSAZLINAH BINTI SUMARIE

No. Matrik
D20102045304

PENSYARAH
DR ASLINA BINTI AHMAD

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

................................

Ciri BITARA 1: BERINTEGRITI

................................

3 4 5

Ciri BITARA 2: PROFESIONAL Ciri BITARA 3: SEMANGAT BERPASUKAN Ciri BITARA 4: BERORIENTASIKAN PELANGGAN

................................ ................................ ................................

6 7 9

Ciri BITARA 5: KREATIVITI DAN INOVATIF KESIMPULAN

................................

11

................................

13

RUJUKAN

................................

14

TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 1

1.

PENDAHULUAN
Nilai merupakan satu konsep yang mencerminkan pegangan, kepercayaan dan amalan

seseorang individu yang merujuk kepada garis panduan yang dipersetujui oleh sekelompok manusia (Mahmood, Sabitha, Rashidah & Saminah, 1997). Sistem kepercayaan inilah yang dikatakan mempengaruhi penilaian individu terhadap sesuatu fenomena dari segi tingkah laku yang wajar dan tidak wajar dilakukan, juga keinginan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Jesteru, nilai dikatakan membentuk dan mempengaruhi tindak tanduk seharian terutama dalam membuat keputusan (Mertins & Hennigan, 1996). Bitara adalah satu, Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingan dan lain dari yang lain. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggariskan 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif. Misi Universiti Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara. Visi Universiti Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global. Nilai-nilai Bitara dapat memantapkan dan menyokong misi dan visi UPSI seperti yang tertera di atas. Untuk mencapai misi di atas, UPSI berazam dan beriltizam untuk

mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam aktiviti meneroka sambil menyoal kembali kebenaran yang telah diterima selama ini bagi menjana, men gembang dan memperdalam ilmu. Dalam pada itu, nilai ini dapat mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagi membangun dan memperkaya ilmu terutamanya menerusi Bahasa Melayu dalam
TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 2

pelbagai bidang. Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu, berketerampilan, berbakat tinggi, berakhlak mulia dan bersemangat patriotisme. Menggerakkan

komunitinya supaya lebih prihatin betapa perlunya mereka menyumbang khidmat kepada masyarakat dan negara, terutama ke arah pemupukan semangat patriotis dan nasionalisis untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat. Kesedaran untuk menjadi insan yang bermoral dan bermodal tinggi adalah menjadi agenda utama UPSI dan dilakukan secara berterusan kerana universiti yang wibawa tdak i terbina dalam jangka masa yang singkat seperti mana kata perpatah perjalanan seribu batu bermula dengan satu tapak. Bagi meletakkan tapak dan asas-asas yang kukuh untuk membolehkan universiti berkembang maju, maka setiap anggota UPSI perlu memahami visi, misi dan cabaran UPSI baru. Pelaksanaan visi, misi dan cabaran UPSI baru ini diterap melalui program nilai bersama (shared-values) BITARA UPSI supaya menjadi budaya dan diamalkan semasa menjalankan tugas seharian di universiti (attitude, behaviour, practices).

2.

Ciri BITARA 1: BERINTEGRITI


Integriti memberi makna menjurus kepada himpunan kualiti unggul yang wujud

dalam kalangan individu yang berteraskan prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, guru dilihat sebagai satu tugas berat, amanah besar dan memikul tanggungjawab besar untuk melahirkan modal insan yang diperlukan dalam pembangunan negara. Ia tidak boleh dicuaikan dan bukan digunakan sebagai landasan untuk mencari kekuasaan, kedudukan dan mementingkan diri sendiri bukan organisasi, menolak kerja selain dari mengajar di dalam bilik darjah Istilah 'guru' sering memberi gambaran tentang peranan utamanya dalam

pembangunan sumber manusia, iaitu sebagai pendidik dalam proses pembentukan dan kematangan sahsiah para pelajar. Tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan merupakan profesion utama dalam hidup kerana ia melibatkan proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu-individu, anggota keluarga dan masyarakat yang seterusnya akan menentukan hala tuju sesebuah negara.

TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 3

Tekad Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin baru-baru ini untuk memartabatkan profesion keguruan merupakan niat murni yang mesti disambut bersama oleh segenap anggota masyarakat kerana tugas ini tidak mesti terbeban di pundak kerajaan sematamata. Secara tidak langsung, gandingan bersama setiap anggota masyarakat ke arah meninggikan profesion keguruan merupakan salah satu bukti penghargaan mereka terhadap tenaga guru yang telah dicurahkan dalam proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik anak-anak bangsa. Selain itu, memartabatkan profesion keguruan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak, sama ada daripada pihak pentadbir atau kerajaan, kalangan guru itu sendiri, anggota masyarakat mahu pun badan-badan bukan kerajaan (NGO) supaya integriti dan autoritinya sentiasa diyakini dan terpelihara. Hal ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana sekiranya sesuatu pihak sudah tidak mempercayai dan meyakini integriti dan autoriti keguruan, maka sukarlah bagi guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hasil pengajaran dan pembelajaran yang diterima pelajar pula akan dipersoalkan kesahihannya disebabkan kewibawaan profesion keguruan itu sendiri yang telah tercalar. Dalam masa yang sama, kerajaan juga mengalami masalah dalam mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap kewibawaan guru. Pelbagai cara dan langkah terpaksa diambil dan dilaksanakan, yang ternyata menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar. Oleh yang demikian, antara peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan ialah meningkatkan kandungan kursus -kursus pedagogi, pengurusan dan psikologi kepada guru-guru supaya ilmu-ilmu ini dapat diaplikasikan secara praktikal dalam pengajaran di kelas-kelas. Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran haruslah memperkukuh dan memperkemaskan sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guru-guru bagi memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan penuh dedikasi. Hal ini juga adalah bagi mengelakkan para guru menyeleweng daripada tugas yang telah diamanahkan. Guru juga perlu berperanan dengan menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang pengkhususan masing-masing. Hal ini akan menambah keupayaan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan kepada para
TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 4

pelajar. Di samping itu juga, guru haruslah mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya pengajaran guru dapat diterima dan dihayati dengan baik oleh pelajar, di samping memenuhi objektif sesuatu pengajaran. Antara lain yang harus dititikberatkan guru ialah mendisiplinkan diri mereka sendiri, dan dalam masa yang sama juga perlu mendisiplinkan para pelajar kerana mereka akan menjadi contoh ikutan buat para pelajar. Dalam hal ini, pepatah Arab ada menyatakan bahawa: "Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah. Perbuatan demikian aibnya amatlah parah." Anggota masyarakat turut memainkan peranan yang penting dalam membantu memartabatkan profesion keguruan. Institusi-institusi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu sentiasa mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah, memberi maklumat dan kerjasama kepada guru-guru dalam menjalankan aktiviti atau program pembinaan ilmu dan sahsiah dalam kalangan pelajar. Jika kita hanya mengharapkan guru bagi menangani semua masalah berkaitan pelajar tanpa bantuan pihak-pihak luar, ternyata keadaan ini amat rumit dan sukar mencapai kejayaan. Dalam perumpamaan yang lain seorang guru adalah ibarat sepohon pokok. Pokok yang memberi khidmat dan manfaat kepada semua. Contohnya, Pokok yang berbunga dan berbuah akan dimanfaatkan oleh manusia dan haiwan untuk terus hidup. Buah yang ranum sedia dimakan oleh manusia dan haiwan serta menaburkan biji benihnya. Unggas dan haiwan akan tinggal dengan selesa di bawah dan di dahannya dengan selamat. Manakala akarnya membantu menyimpan air dan mengelakkan hakisan tanah. Justeru, peranan semua pihak merupakan faktor utama dalam memartabatkan profesion keguruan seperti mana yang ditekadkan oleh kerajaan. Ini kerana profesion keguruan itu sendiri merupakan satu profesion mulia yang sewajarnya diangkat dan disanjung. Ketinggian profesion ini telah dinyatakan melalui sabda Rasulullah SAW: "Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya."

TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 5

3.

Ciri BITARA 2: PROFESIONAL


Dalam memantapkan sumber daya manusia, menjadi profesional adalah tuntutan

jabatan, pekerjaan atau profesion. Ada satu hal penting yang menjadi aspek bagi sebuah profesion ialah sikap profesional dan kualiti kerja. Profesional (dalam bahasa Inggeris) bermaksud ahli, pakar, penumpuan dalam bidang yang diceburi. Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain). Menurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai otonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Menjadi profesional, bererti menjadi ahli dalam sesuatu bidang. Seorang ahli, sudah semestinya berkualiti dalam melaksanakan pekerjaannya dengan penuh tanggungjawab. Tetapi, tidak semua ahli dapat menjadi pekerja yang berkualiti kerana menjadi seseorang yang berkualiti bukan hanya menyebut persoalan kerja, tetapi juga berhubungkait dengan persoalan integriti dan personaliti. Dalam perspektif pengembangan sumber daya manusia, menjadi profesional adalah satu kesatuan antara konsep personaliti dan integriti yang disepadukan dengan teknik atau kemampuannya. Menjadi profesional adalah satu tuntutan bagi setiap profesion seperti doktor, peguam, pilot, atau profesion yang popular ditengah masyarakat. Tetapi adakah guru profesional seperti yang dinyatakan seperti di atas? Sememangnya guru adalah jelas sebagai sebuah pekerjaan yang profesional. Akan tetapi sudahkah ada sebuah pekerjaan yang profesional? Keupayaan minima untuk menjadi seorang guru ialah memiliki kemampuan tertentu dan diselaraskan secara asas keprofesionalan. Apabila kemampuan tersebut tidak dimiliki, maka seseorang itu tidak akan dipanggil guru. Dengan erti kata lain, tidak semua orang boleh menjadi guru. Bidang keguruan dianggap sebagai suatu profesion kerana sebelum menjadi seorang guru, dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru bertauliah. Sebagai contoh,
TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 6

seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana sekolah kerajaan. Di samping itu seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Profesion perguruan juga memerlukan seseorang yang mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dicontohi oleh murid. Sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi yang terpuji ini tercatat di dalam Kod Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan.

4.

Ciri BITARA 3: SEMANGAT BERPASUKAN


Seterusnya, penunjang bagi teras Bitara semangat berpasukan pula ialah

muafakat,fokus matlamat dan hormat Pihak pengurusan telah lama mengamalkan kerja berpasukan di sekolah tetapi masih tidak begitu ketara dan terdapat sebahagian guru masih kurang memahami konsepnya. Dekad ke 21 ini menampakkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat menggalakkan amalan pengurusan yang berkualiti di organisasi di bawahnya. Antara penekanan yang diberikan adalah kerja berpasukan. Melalui kerja berpasukan dalam semua sektor akan dapat meningkatkan produktiviti, interaksi antara ahli dalam pasukan, memberi kepuasan kerja serta dapat bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Kerja berpasukan ini sangat penting di laksanakan diperingkat sekolah. Guru-guru tidak boleh bekerja secara individu, terutamanya bagi menyelesaikan kerjakerja yang rumit. Melalui kerja berpasukan dapat menggalakkan penyataan perasaan, inovasi dan perkembangan fikiran ke arah penciptaan yang lebih kreatif. Malahan, kerja berpasukan juga merupakan salah satu dimensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan. Menurut Hadyn and Mc Donnel (1996) pasukan yang efektif adalah terdiri daripada dua atau lebih individu yang mempunyai matlamat khusus untuk dicapai dan semua ahli terlibat secara aktif untuk merealisasikan matlamat secara usahasama. Kerja berpasukan merupakan suatu unit dalam organisasi yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam ruang sempadan tanggungjawab yang ditetapkan. Ia juga merupakan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Melalui kerja berpasukan akan membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber. Kerja
TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 7

berpasukan juga akan dapat menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan atau panitia dalam menjayakan peningkatan kualiti kerja. Kerja berpasukan di sekolah terutamanya di kalangan Ketua Bidang dan Ketua Panitia akan menentukan keberkesanan jabatan berkenaan dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti kerja dan kualiti pendidikan di kalangan guru serta memberi kepuasan kerja kepada mereka. Kerja berpasukan akan memudahkan pertukaran maklumat dan idea di kalangan Guru Kanan dan Ketua Panitia, mewujudkan perasaan saling mempercayai, mengukuhkan komunikasi dalam jabatan serta menuju ke arah peningkatan kualiti yang berterusan dalam organisasi sekolah. Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa kerja berpasukan boleh memberi input kepada organisasi sekolah untuk mencapai kejayaan sekolah berasaskan visi dan misi sekolah. Contohnya, kajian Weller (1998) membuktikan peranan kerja berpasukan adalah menuju ke arah kejayaan dalam organisasi sekolah. Manusia mengharapkan adanya kepuasan dalam kerjanya, kerana kepuasan kerja dapat memberikan kesan yang positif kepada produktiviti, perlakuan kooperatif, kepuasan hidup, dan kesihatan pekerja. Menurut Whether dan Davis dalam Safrizal (2004), kepuasan akan dapat ditingkatkan melalui kerja berpasukan yang berkesan. Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi kepuasan kerja guru adalah kepimpinan yang efektif dalam kerja berpasukan, tetapi kualiti seseorang pemimpin tidak menjamin memberi kepuasan kerja kepada orang bawahannya kerana ia amat bergantung pada persepsi dan penerimaan gaya kepimpinan daripada orang bawahannya. Semangat kerja berpasukan untuk menjadikan seorang guru yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain team work adalah penting untuk seorang guru memajukan dirinya. Guru hendaklah saling bantu membantu diantara satu sama lain dalam melakukan tugasan seharian di sekolah. Contohnya program yang diadakan di sekolah tidak akan berjalan dengan lancar jika dilakukan seorang diri tanpa bantuan rakanrakan sekerja yang lain. Seorang guru perlu menghormati pendapat dan pandangan rakan sekerja yang lain. Bertukar-tukar pandangan dan pendapat boleh memantapkan lagi sesebuah institusi pendidikan.Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara.

TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 8

Semangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada bercakap buruk atau fitnah dibelakang antar satu sama lain. Amalkan a sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan. Dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Anda juga perlu mengingati setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang mereka berikan. Terdapat empat petunjuk untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormat menghormati dan bangga UPSI. Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka dapat dielakkan. Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu, murid junior yang kurang pengalaman juga dapat dibimbing serta diberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan akademik. Walaupun murid junior tiada di dalam sesuatu kelas, anda sebagai guru boleh membantu murid-murid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam kumpulan yang lebih berpengalaman. Anda juga digalakkan untuk menyatukan murid-murid yang berlainan agama, bangsa dan budaya supaya persefahaman, budaya ilmu dan corak pemikiran dapat diintegrasikan.

5.

Ciri BITARA 4: BERORIENTASIKAN PELANGGAN


Teras Bitara yang keempat pula ialah berorientasikan pelanggan. Di bawah teras

Bitara ini, responsif, proaktif, mesra dan berkualiti menjadi asas. Ini bermakna, guru yang berkesan haruslah memiliki semua ciri seperti yang disebutkan di atas. Pelanggan bagi seorang guru ialah para pelajarnya. Justeru, guru sewajarnya menjadi seorang yang responsif terhadap pelajar. Maksud responsif di sini ialah cepat dan segera. Guru perlu cepat bertindak sekiranya pelajar memerlukan sebarang bantuan atau pun tunjuk ajar. Begitu juga sekiranya pelajar tidak faham dan bertanyakan soalan kepada guru. Guru perlu segera mencari jawapan atau pun penyelesaian kepada soalan pelajar tersebut. Hal ini dapat menjadikan sesi pengajaran lebih berkesan.
TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 9

Selain itu, berorientasikan pelanggan juga boleh ditafsirkan sebagai berpusatkan murid atau pelajar. Antara strategi ke arah pembelajaran yang berpusatkan murid atau pelajar ialah dengan mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas, melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Di samping itu, guru juga boleh memberikan pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran yang seterusnya dapat mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Di sini, guru akan dapat menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar serta merancang penilaian berterusan secara kolaboratif. Bagi pelajar sekolah, guru yang mesra akan lebih disukai kerana lebih mudah didekati. Pelajar akan berasa kurang takut untuk meluahkan masalah atau pun sekiranya tidak faham ketika guru mengajar. Seringkali kita sebagai guru, bila ditanya kepada pelajar adakah mereka faham tentang apa yang dipelajari hari ini? Rata rata satu kelas akan menjawab faham. Namun pada saya, mereka tidak bercakap jujur. Tapi adakah kita sebagai guru tahu kenapa mereka bersikap demikian? Pada pendapat saya, pelajar ini mungkin takut untuk berkata benar mungkin kerana guru ini garang dan akan dimarah sekiranya mereka bertanya atau tidak faham. Namun, sekiranya guru merupakan seorang yang mesra, peramah, lembut, saya yakin pelajar pun akan bersikap demikian terhadap guru. Guru yang mesra akan menjamin kepada pengajaran yang lebih berkesan.Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997). Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Dalam proses komunikasi, salah satu bidang yang mempunyai pengaruh yang paling kuat ke atas tingkah laku seseorang ialah persepsi diri seseorang atau konsep kendirinya. Keberkesanan berkomunikasi interpersonal berkait rapat dengan persepsi diri. Brooks dan Emmert (1976), menyatakan konsep kendiri ialah suatu faktor penting dalam komunikasi interpersonal. Hamachek (1990), berpendapat konsep kendiri dan personaliti sebagai sinonim.

TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 10

Jelas di sini, individu yang mempunyai konsep kendiri positif biasanya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang lebih baik. Kurang kemahiran berkomunikasi dan konsep kendiri di sekolah boleh menyebabkan pelajar sukar membuat penyesuaian diri dan sukar menyelesaikan masalah. Sesi pengajaran akan menjadi lebih seronok dan santai kerana pelajar dan guru sama- sama gembira dan hormat-menghormati di antara satu sama lain. Selain itu, bagi tunjang berkualiti pula, kualiti merupakan sesuatu yang subjektif dan ia merujuk kepada darjah kecemerlangan, mutu atau sifat keunggulan. Dalam konteks membangunkan pendidikan berkualiti bertarafdunia dan untuk membolehkan negara kekal kompetitif di persada antarabangsa, maka kualiti perlu dibudayakan dalam sistem

pendidika negara secara berterusan dan menyeluruh. Dalam sistem persekolahan ia bermula dengan guru. Guru berkualiti ialah guru berwawasan dan bermatlamat. Guru yang rajin akan berusaha untuk meningkatkan kompetensinya dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, dan kemahiran. Guru ini memilih untuk mencapai darjah cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kerjayanya. Sesungguhnya guru yang berkualiti akan membentuk murid yang berkualiti, dan murid yang berkualiti akan menjadi warganegara yang akan membentuk negara yang juga berkualiti.

6.

Ciri BITARA 5: KREATIVITI DAN INOVATIF


Ciri kelima nilai Bitara pula ialah kreatif dan inovatif. Kreativiti merupakan mauduk

dan agenda penting dalam mana-mana orientasi pendidikan di dunia. Institusi pendidikan merupakan tempat terpenting untuk menyuburkan bakat dan kebolehan kreatif pelajar. Hal ini diakui oleh pakar-pakar sains pemikiran kreatif seperti Amabile (1992), Swartz (1989), Buzan (2002), de Bono (1971), Leong (1998) dan ramai yang lain. Amabile (1992) misalnya menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling penting untuk memupuk alam kreativiti di kalangan kanak-kanak, khususnya dalam konteks prasekolah. Selanjutnya, Cropley (2001), menegaskan bahawa universiti adalah persekitaran yang amat signifikan bagi merealisasikan bakat dan kemahiran kreativiti mahasiswa. Terdapat empat penunjang bagi teras ini iaitu berdaya cipta, penambahbaikan berterusan, rebut peluang dan nilai tambah. Bagi mencapai hasrat untuk menjadi guru yang kreatif dan inovatifi, guru seharusnya

menghadapi cabaran secara positif dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan pemantapan diri dalam usaha mengaplikasikan kemahiran-kemahiran
TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 11

ini di dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan ke arah melahirkan guru yang kreatif dan inovatif ketika melalui proses P&P dalam bilik darjah ialah seperti melalui daya imaginasi. Daya imaginasi memainkan peranan yang penting dalam proses mencerna minda pelajar. Apabila seseorang guru memulakan pengajarannya seharusnya dimulakan dengan soalan yang umum atau apa yang disebut sebagai essential questions (Project-based-learning, Intel Teach Program, ver. 10, 2007). Soalan ini mampu merentas subjek dan kurikulum. Ia bertujuan untuk membuka minda pelajar dan berfikir di luar kotak (think outside the box) di mana pelajar boleh memberi pandangan atau pendapat seluas mungkin tanpa dihadkan. Seterusnya guru akan membimbing ke soalan yang berkaitan dengan unit pembelajaran (unit questions) dan diikuti soalan yang menjurus kepada isi pelajaran (content questions). Di sini pelajar dilatih untuk berfikir secara global dan akhirnya dapat mengaitkan dengan isu yang hendak diperbincangkan dalam isi pembelajaran seperti mana yang dihasratkan dalam hasilan pembelajaran. Selain itu, bagi teras kreatif dan inovatif juga, guru perlu kreatif dan bijak dalam pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran ketika sesi pengajaran. Media memainkan peranan yang penting dalam proses menjana minda pelajar. Media ini berbentuk visual (video), audio, teks atau grafik. Ia boleh digunakan mengikut klasifikasi masing-masing atau digabung dalam bahan perisian dalam bentuk persembahan multimedia. Dalam hal ini guru harus mempunyai ilmu dalam bidang teknologi maklumat di mana ia memerlukan kemahiran mengaplikasikan media ini melalui perkakasan dan perisian komputer. Melalui media pengajaran pelajar boleh dibawa mengembara atau menerokai tempat yang mungkin mustahil dilawati oleh pelajar-pelajar seperti di planet atau di dasar lautan di mana tedapat seribu satu macam misteri di dalamnya. Pengaplikasian media ini harus juga digandingkan dengan strategi pedagogi yang sesuai agar hasilan pembelajaran dapat dicapai di akhir pelajaran.

TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 12

7.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, saya merumuskan bahawa guru merupakan anggota sekolah yang

terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan guru dalam sesebuah sekolah amat penting dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah dan negara. Guru adalah pelaksanaan aspirasi dan falsafah dalam dasar pendidikan negara kita adalah untuk memastikan semua rakyat sebagai bangsa yang bersatu. Guru juga diibaratkan seperti pensel yang mencorakkan atau melakar budi atau profesion individu di negara kita. Kita sudah maklum bahawa manusia memainkan peranan penting dalam menggerakkan sesuatu sistem. Sekiranya manusia tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan, sesuatu sistem tersebut tidak akan berjaya mencapai objektifnya walau sebaik mana sistem itu. Dalam konteks ini, sebuah institusi persekolahan tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan kemahiran yang diperlukan. Melalui teras nilai Bitara, ciri- ciri guru yang berkesan dapai dicapai sekiranya difahami dan diaplikasikan.

TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 13

8.
-

RUJUKAN
Mohd. Azhar Abd. Hamid, Zainudin Hassan, Esa Khalid, Othman Abu Kassim (Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia) PENDIDIK KREATIF SEBAGAI TERAS TRANSFORMASI LITERASI KREATIF DI MALAYSIA

Laman web rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2011

Dr. Abdul Ghani Abdullah, Dr. Aziah Ismail, Dr. Tang Keow Ngang (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia) - Amalan Nilai dan Prestasi Kerja di kalangan Guru

Modul 7 : Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan

http://pendaftar.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3:nilaibitara

http://ppg2011.blogspot.com/2011/04/nilai -bitara.html

TUGASAN 2 - KKD2063/ ULP1013 Muka | 14

You might also like