You are on page 1of 7

BAB 9

PENGUJIAN

9.1 Pengenalan Pengujian

Pengujian adalah salah satu proses yng terakhir yang biasa dilakukan oleh setiap pendawai atau pekerja bagi memastikan setiap pendawaian yang telah dilakukan tidak mengalami masalah seperti berlakunya litar pintas atau kebocoran arus pada litar.proses Pengujian mempunyai beberapa langkah dan cara bagi memastikan tiada berlakunya masalah.Antara turutan pengujian yang biasa dilakukan oleh setiap pendawai atau pekerja adalah seperti berikut;

9.1.1 TURUTAN PENGUJIAN

i. ii. iii. iv. v.

Ujian Penglihatan Ujian Pengalir Perlindunga Ujian Rintangan Penebat Ujian Kekutuban Ujian Elektrod Bumi

9.1.2 Ujian Penglihatan

Tujuan:

i.

Memastikan bahan-bahan dan peralatan yang dipasang mengikut

piawaian (BS) dengan kelulusan SIRIM. ii. Memastikan pemasangan tersebut dijalankan mengikut peraturan IEE,LNN atau Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan Jabatan Kerja Raya(JKR). iii. Memastikan kerosakkan yang nyata boleh dilihat ke atas kelengkapan atau pemasangan.

9.1.3 Ujian Pengalir Perlindungan

Tujuan:

i.

Memastikan kabel terminal hidup,neutral dan bumi disambung secara betul dan berkesan.

ii.

Alat pengujian adalah jangka Ohm atau Multimeter.

Cara Pengujian:

i. ii.

Bekalan Utama diputus (Suis Utama) jika perlu. Sambungkan prob multimeter pada terminal yang hendak diuji dan ambil bacaan.

iii.

Bacaan yang melebihi tidak boleh melebihi 1 Ohm.

9.1.4 Ujian Rintangan Penebatan

Tujuan:

i.

Memastikan tiada litar pintas didalam pemasangan dan tiada kerosakkan ke bumi.

Cara Pengujian:

i.

Semua beban mestilah ditanggalkan sekiranya tidak boleh,MCB mestilah diubuka OFF.

ii. iii.

Semua suis yang mengawal litar mestilah ditutup. Sambungan prob (tester) diantara semua pengalir fasa dan pengalir neutral dan ambil bacaan.

9.1.5 Ujian Kekutuban

Tujuan:

i.

Menentukan supaya semua suis dan kawasan kutub tunggal dipasang pada pengalir fasa sahaja.

ii.

Menentukan supaya sesentuh luar pemegang lampu jenis adison,skru disambung pada neutral.

iii.

Menentukan supaya sambungan pada soket alur keluar bagi setiap pengalir fasa neutral dan bumi disambung pada punca yang betul.

iv.

Alat pengujian adalah multimeter.

Cara Pengujian:

i.

Suis utama hendaklah dibuka(OFF) dan semua beban hendaklah dikeluar dari litar.

ii. iii.

Sambungan prob multimeter mengikut terminal yang duju. Sekiranya pada multimeter kurang dari 1 Ohm,bermakna sambungan telah dibuat adalah betul.

9.1.6 Ujian Rintangan Elektrod Bumi

Tujuan:

i. ii. iii.

Menetukan sekiranya nilai bacaan ujian galangan. Gegelung bumi tinggi daripada yang ditetapkan. Alat pengujian ialah (Earth Tester)

Cara Pengujian:

i. ii.

Pancungkan Elektrod tambahan Y dan Z mengikut jarak yang diberi. Tekan suis penguji dan laraskan pelaras Ohm sekiranya penunjuk (tester) kedudukan kosong.

iii.

Mbil bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh pelaras Ohm

iv.

Bagi memastikan bacaan yang tepat atau memastikan bahawa rintangan pada X,Y,Z tidak bertindih ujian peringkat kedua dan ketiga perlu dijalankan.

9.2 Kepentingan ujian dijalankan mengikut urutan


i. Untuk mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk

keselamatan pemasangan serta alat -alat penguji. ii. Tujua utama ujian ini ialah untuk memastikan pemasangan itu betul -betul selamat semasa digunakan.

9.2.1 Peraturan IEE


i. ii. Peraturan umum, pengujian mestilah dijalankan mengikut urutan. Sesuatu pengujian haruslah mengesahkan keterusan semua pengalir (termasuk pengalir pelindung) dalam setiap litar akhir gelang. iii. Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan

keadaan sesuatu pengalir dengan cara penyambungannya bagi penerus pengalir bumi. iv. Untuk menguji rintangan penebat semua penyambung fius berada

ditempatnya, semua suis (termasuk suis utama) ditutup kecuali untuk pemasangan TN-C semua tiang atau f asa pendawaian disambungkan bersama secara elektrik. v. vi. Rintangan penebat ke bumi haruslah tidak kurang daripada 1megaohm. Bagi rintangan elektrod bumi, arus ulang -alik yang bernilai stabil dibekalkan antara elektrod bumi T dan elektrod bumi tambahan T yang d iletakkan pada suatu jarak tertentu dari T supaya kawasan rintangan kedua -dua elektrod tidak berindih.

9.3 Menamakan Alat-Alat Pengukuran Yang Digunakan Bagi Setiap Ujian


i. ii. Alat penguji yang digunakan ialah Jangka Ohm atau Meter Ohm. Peralatan yang digunakan ialah seperti Meter Volt, Meter Penguji Bumi, Penguji Bumi Transistor, dua belitan yang berserta Meter Volt dan Meter Ampere. iii. iv. v. vi. Jangka Meger Ohm (Meger Ohm Tester) Meter Ohm. Loceng Penguji, Lampu Penguji dan Jangka Volt. Jangka penguji talian bumi (Meger Earth Line Tester), Meter Volt. Alat pengukur seperti pengubah dua lilitan dengan voltan sekunder tidak melebihi 45volt.

9.3.1 Keputusan Yang Sepatutnya Bagi Setiap Ujian


i. Ujian litar gelang : Rintangan antara penghujung akhir bagi setiap peng alir litar gelang hendaklah mencapai bacaan ujian keterusan pengalir ke bumi.

ii.

Ujian keterusan pengalir perlindungan : Bacaan ujian mestilah tidak boleh lebih daripada bacaan ujian gelangan.

iii.

Ujian rintangan elektrod bumi : Susutan voltan di antara rintangan elektrod bumi.

iv.

Ujian rintangan penebatan : Bacaan yang diambil daripada sambungan plumbum penguji mestilah tidak kurang daripada 1 megaohm.

v.

Ujian kekutuban :-

Bacaan yang diambil mestilah kurang daripada 1 ohm ataupun,berbunyi jika mengunakan loceng.

vi.

Ujian gelangan gelung bumi : Bacaan yang diambil daripada jangka penguji mestilah tidak lebih daripada 500 ohm.

vii.

Ujian kendalian pemutus litar : Bekalan diberikan (415 volt) di pengubah penguji, mengalir ke gelung pelant ik dan pemutus litar dalam keadaan baik.

9.4 Kesimpulan Kesimpulan yang dapat saya simpulkan ialah pengujian adalah penting dalam pendawaian elektrik hal ini kerana, kita dapat mengetahui bagaimana hendak mengedalikan tentang pendawaian elektrik dan membantu kita cara menguji barang elektrik ini.

You might also like