Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
laporan makanan segera

laporan makanan segera

Ratings:

4.57

(14)
|Views: 17,330 |Likes:
Published by kekwa

More info:

Published by: kekwa on Sep 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/05/2013

pdf

text

original

 
Tajuk : Punca pengguna mengambil makanan segera dan langkah untuk mengatasinya.Tarikh : 9 September 2008 Nama : Nur ‘Izzati bt AhmadDisediakan untuk : Kementerian Kesihatan Malaysia1.0PengenalanPengharaman iklan makanan segera sebagai jalan yang terbaik dalam menangani isu pengambilanmakanan segera dikalangan masyarakat telah menimbulkan pelbagai kritikan tentang usaha ini.Pengambilan makanan segera dikalangan masyarakat telah lama bertapak di negara kita. Umumnyamakanan segera telah menjadi penyumbang utama kepada keperluan pemakanan harian. Disebabkanlebih gemar menikmati makanan segera, suasana kemesraan antara ibu bapa dan anak semakinterhakis kerana budaya makan bersama satu keluarga kini semakin hilang. Tambahan pula,kebanyakan ibu bekerja dan ada kalanya disebabkan penat atau tidak sempat memasak, mengambillangkah mudah membeli makanan segera sebagai hidangan cepat untuk keluarga. Makanan segera juga turut menyumbang pelbagai masalah kesihatan seperti kerosakan gigi, sembelit, kegemukan,tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat dan penyakit kaardiovaskular. Namun begitu, tidak semua makanan segera tidak berkhasiat dan menyumbang kepada pelbagai masalah tetapi cara penyediaannya dan komposisi kandungan yang perlu dititikberatkan.2.0Tujuan2.1laporan ini ditulis supaya pihak Kementerian Kesihatan dapat mengetahui punca penggunamengambil makanan segera sebagai penyumbang utama dalam kehidupan seharian.2.2Laporan ini juga mengesyorkan beberapa langkah penyelesaian yang sesuai untuk penggunamenghindarkan dari mengambil makanan segera yang tidak sihat.3.0SinopsisKajian juga menunjukkan rakyat negara ini biasanya tidak mengambil makanan yang seimbang kerana jadual kerja dan gaya hidup yang sibuk sebaliknya lebih gemar memesan makanan yang sudah siaptersedia sama ada yang dibungkus atau yang ditinkan dan tanpa disedari ia mendedahkan kepada pelbagai penyakit. Lazimnya makanan segera lebih enak berbanding dengan makanan yang berkhasiat dan keranaitulah pengguna lebih berselera untuk menikmati makanan segera. Kewujudan produk makanan yang pelbagai juga mendorong pengguna lebih gemar memilih makanan segera. Mereka boleh memilih menumakanan yang disukai tanpa berusaha untuk menyediakannya. Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapaseharusnya peneraju utama dalam mendidik anak-anak mengenai keburukan makanan segera dan bukannya sibuk atau malas sebagai alasan. Selain itu, iklan makanan segera yang lebih interaktif dan positif turut diwarkan kepada pengguna. Budaya membaca komposisi nutrien pada setiap produk perludigalakkan supaya pengguna dapat menilai makanan segera berkhasiat atau sebaliknya.
 
4.0Punca pengguna memilih makanan segera4.1Kesibukan pengguna terutamanya masyarakat bandar kini telah mendorong pemilihanmakanan segera yang lebih mudah disediakan. Pengguna lebih gemar membeli makanan yangtelah siap tersedia kerana setelah kepenatan pulang dari bekerja mereka tidak perlu lagimenyiapkan makanan. Dengan adanya restoran makanan segera seperti Baskin Robbins, MCDonald, Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut, jajan, coklat dan sebagainya iamemudahkan mereka untuk memilih pelbagai makanan. Selain itu, makanan yang ditin dandipekkan juga menjadi sajian harian kerana mereka hanya perlu memanaskan sahaja. Hal inimenyebabkan pengguna tidak memperdulikan lagi makanan yang seimbang asalkan iamenjimatkan masa dalam penyediaannya.4.2Kewujudan produk-produk makanan segera yang kini dikatakan seperti cendawan tumbuhselepas hujan telah menarik pengguna untuk memilih pelbagai makanan yang digemari.Produk makanan segera seperti mee segera, burger, sosej, kentang goreng dan sebagainya boleh didapati dimana-mana. Di perhentian bas, pasaraya, kantin sekolah dan juga stesyenminyak turut menjual makanan seperti ini. Dengan itu, penjualan produk makanan segeraseharusnya dikurangkan kuantiti pengeluarannya.4.3Selain itu, rasa makanan segera yang lazat juga menyebabkan pengguna ketagih untuk menikmatinya terutama golongan kanak-kanak dan remaja. Perasa tambahan dan pewarnatiruan digunakan untuk menyedapkan lagi sesuatu produk makanan tersebut. Sebagai contohminuman cola amat kaya dengan kandungan gula iaitu 14 sudu teh gula, pewarna kimia dankafein bagi setiap botol besar. Minuman ini tidak mempunyai sebarang nilai khasiatnya tetapidisebabkan rasanya yang enak menyebabkan kanak-kanak dan remaja memilihnya sebagaiminuman walhal mereka memerlukan nutrien yang tinggi dalam pembesaran.5.0langkah untuk mengatasi pengguna memilih makanan segeraDisini terdapat beberapa langkah dan saranan untuk mengatasi masalah pengguna memilih makanansegera sebagai makanan seharian.5.1Pendidikan awal sedari kanak-kanak perlulah dititikberatkan. Penekanan dalam mendidik kanak-kanak daripada ibu bapa adalah penting kerana mereka boleh megetahui apa itumakanan segera serta komposisi nutirent yang terdapat dalam makanan tersebut. Ibu bapa jugaharuslah menyekat pemakanan anak mereka dan membekalkan makanan yang mengandungisemua khasiat seperti protein, karbohidrat, serat dan kalsium. Ibu bapa juga bolehmenyediakan makanan yang sama seperti makanan segera misalnya burger dan nugget keranatiada bahan pengawet dan perasa tambahan yang digunakan. Cara ini dapat mengurangkan pengguna memilih makanan segera.5.2Pengguna juga perlu membudayakan amalan membaca label untuk memastikan makanan yangdipilih adalah berkhasiat. Oleh itu disarankan semua pengusaha makanan segera mempunyaimaklumat komposisi makanan yang mudah dibaca oleh pengguna agar mereka boleh memilihmakanan segera yang berkhasiat.5.3Pengiklanan pula tidak seharusnya diharamkan tetapi dilakukan secara positif dan informatiseperti mengiklankan makanan segera atau snek yang berkhasiat sahaja dan makanan yangtidak berkhasiat dan memudaratkan perlu disekat. Pengiklanan yang memberi tumpuan kepada
 
alat permainan yang disertakan bersama snek perlu diberhentikan. Semua pihak termasuk  pengusaha makanan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik perlu memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan memastikan maklumat tentang makananadalah tepat bagi kebaikan pengguna.6.0 PenutupPengambilan makanan segera perlu dikurangkan sebaliknya pengambilan makanan yang berkhasiat perlu dititikberatkan. Buah-buahan dan sayuran haruslah diamalkan selain menjalaniaktiviti riadah dan bersukan supaya tubuh dapat berfungsi dengan baik. Pengguna seharusnya bijak dalam memilih makanan dan menjaga kesihatan agar sebarang penyakit yang berbahayadapat dielakkan dan mutu hidup dapat ditingkatkan.
 
Bagi saya, jalan penyelesaiannya ialah melalui pendidikan. Kita perlu beritahu kepada pengguna apa itusebenarnya makanan segera, apa yang terdapat dalam makanan segera iaitu komposisi nutrient. Setelahpengguna mendapat semua maklumat yang penting mengenai makanan segera, terpulanglah kepada penggunauntuk membuat pilihan yang bijak. Kita tidak perlu mengharamkan iklan kerana ia bukan tindakan yang baik.Contohnya iklan rokok dan arak telah diharamkan tetapi masih ramai yang menghisap rokok walaupun sudahtahu keburukannya.Pendidikan dan kesedaran pengguna adalah penting untuk mereka membuat pilihan yang bijak. Kerajaan perlumewajibkan pelabelan dan menggalakkan pelabelan fakta nutrien pada sebahagian besar makanan yangdibungkus dan dikomersialkan. JusteruMakanan segera boleh menjadi penyumbang kepada keperluanpemakanan harian. Kepelbagaian dalam pengambilan makanan adalah cara terbaik untuk memenuhi keperluannutrien bagi tujuan tumbesaran, penyelenggaraan dan aktiviti harian. Kesederhanaan dan keseimbangan dalampengambilan makanan adalah penting dalam menjaga kesihatan selain daripada amalan beriadah yang sesuai.Mempelbagaikan makanan kita juga perlu, tidak boleh makan sejenis makanan berulangkali. Ini bermaksud kitakena makan banyak ikan, sayur- sayuran, buah-buahan.
Menteri Kesihatan yang menyifatkan
makanan
 
segera
sebagai pembunuh senyap tentulah mendapat maklumatdan nasihat daripada pegawai-pegawainya sehingg
KUALA LUMPUR 21 Mac ? Pengambilan
makanan
 
segera
merupakan antara faktor yang bolehmemendekkan jangka hayat rakyat Malaysia. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee KahChoon berkata, kajian mendapati sebahagian besar daripada
makanan
tersebut mempunyai lemak, guladan garam yang berlebihan. ??Jika kita tidak berjaga-jaga apabila terus memakan
makanan
yang tidak sihat, ia akan memendekkan jangka hayat kita,? katanya. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) mengenai kesan pengambilan
 
makanan
 
segera
terhadap jangka hayatrakyat negara ini. Menurut Kah Choon, sebab-sebab lain yang memendekkan umur rakyat Malaysia ialahkemalangan jalan raya yang merupakan bilangan kes tertinggi diikuti penyakit dan faktor semula jadi.Menjawab soalan asal Tan Sri Dr. Ting Chew Peh (BN-Gopeng), Kah Choon berkata, purata jangka hayatkaum Cina adalah paling panjang berbanding kaum lain iaitu 73.6 tahun bagi lelaki dan 78.8 tahun bagi perempuan. Katanya, jangka hayat kaum Bumiputera ialah 70.4 tahun bagi lelaki dan 74.8 tahun(perempuan) manakala kaum India 67.4 tahun (lelaki) dan 75.4 tahun (perempuan). Utusan Malaysia22/03/07

Activity (0)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Theng Siew Ling liked this
nina2309 liked this
Nurul Hidayah liked this
Nurul Hidayah liked this
Roseamera Mira liked this
zunnurin_wpkl liked this
zunnurin_wpkl liked this
neeya30 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->