You are on page 1of 26

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 1 (2009)

NAMA SEKOLAH: SEK. MEN. KEB. [A] AL-IRSHAD, POKOK SENA TAJUK KAJIAN: KAJIAN TENTANG TABURAN DAN KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DI KAWASAN POKOK SENA, KEPALA BATAS, PULAU PINANG NAMA PELAJAR: NURUL SYAZWIN BINTI ZAMRI TINGKATAN: 1 IBNU RUSHD (2009) NOMBOR K/P: 960806-07-5852 NAMA GURU SUBJEK: EN. MD. RADZI BIN HALIM

KAJIAN TENTANG TABURAN DAN KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR DI POKOK SENA, KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Bil

isi kandungan

Muka surat

01. 02. 03. 04. 05. 06.

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan/Hasil Kajian : a) Jenis dan Taburan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar b) Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar c) Jenis Tumbuhan yang Terdapat Di Kawasan Kajian

07. 08. 09.

Rumusan Lampiran Rujukan

Assalamualaikum.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Kajian Tentang Taburan dan Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Kawasan Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang . Folio ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Geografi. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad (SMKAAI), Puan Salmah yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai. Sekalung penghargaan untuk guru subjek Geografi saya, Encik Md. Radzi Bin Halim kerana memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana beliau memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dororngan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio ini amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada pihakpihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menyiapkan kerja khusus ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

Nama saya Nurul Syazwin Binti Zamri. Saya penuntut tingkatan 1 Ibnu Rushd di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Pokok Sena. Sebagai memenuhi

kehendak subjek geografi, saya diwajibkan menyiapkan satu kerja lapangan Kajian Geografi yang bertajuk Kajian Tentang Taburan dan Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Kawasan Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kawasan lapangan yang telah saya pilih untuk kajian ini adalah kawasan perumahan di Taman Desa Sena. Sebelum menjalankan kajian ini pertama sekali, guru Geografi saya telah membincangkan dan menerangkan tentang kajian yang akan saya jalankan nanti. Saya menjalankan kajian ini pada hujung minggu. Kajian ini telah dijalankan selama dua bulan, iaitu dari bulan September sehingga Oktober 2009. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan. Saya telah memilih kawasan ini kerana terletak di tempat tinggal saya dan berdekatan dengan sekolah. Selain itu, saya telah menetap di kawasan ini lebih lima tahun. Selama saya menetap di sini, saya mempunyai ramai rakan-rakan, jiran tetangga dan keluarga yang yang dapat memudahkan saya menyiapkan folio ini.

Objektif khusus Kajian Geografi ini dijalankan adalah untuk :

menyenaraikan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di kawasan kajian. mengenal pasti struktur atau profil tumbuhan semula jadi. melukis peta lakar taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan kajian. menyenaraikan kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada manusia dan hidupan liar. mencadangkan langkah-langkah untuk nemelihara tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

Melalui kajian ini, saya bersyukur kerana berpeluang mengetahui dengan lebih mendalam mengenai tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kajian ini dijalankan di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kawasan ini terletak di daerah Kepala Batas. Saya memilih kawasan perumahan Taman Desa Sena sebagai kawasan kajian saya. Sebelum dibangunkan tapak perumahan Taman Desa Sena,

merupakan kawasan pertanian ladang kelapa sawit. Kawasan ini mula dibangunkan kawasan perumahan kos sederhana dan kos rendah. Terdapat rumah pangsa, rumah teres dan rumah banglo. Terdapat juga pelbagai infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk di sini seperti tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, balai raya dan bekalan elektrik. Segala kemudahan awam dan infrastruktur disediakan dan dijaga rapi. Hasil daripada pencarian saya di internet, Taman Desa Sena didiami lebih kurang 3,000 penduduk dari pelbagai jenis bangsa dan agama. Taman Desa Sena mempunyai keluasan seluas 50 KM persegi. Lokasi kawasan ini adalah di Seberang Perai Utara, (SPU) Pulau Pinang. Taman Desa Sena terletak berhampiran dengan kawasan yang lain juga seperti Pusat Sumber Pendidikan Negeri, (PSPN) Pulau Pinang, Kompleks Dato Kailan dan lain-lain lagi. Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah dan oleh sebab itu, kawasan ini dianugerahi tanih yang subur dan amat sesuai untuk kegiatan pertanian teruatamanya menanam padi. Penanaman getah dan kelapa sawit juga turut terdapat di kawasan ini kerana kawasan yang bertanih laterit dan bersaliran baik. Kawasan ini juga merupakan kawasan tumpuan penduduk dan petempatan kerana kegiatan ekonomi tertumpu di tanah pamah. Taman Desa Sena adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti masyarakat terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh bangsa India dan Cina.

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah: Kaedah pemerhatian:

Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis-jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi, petempatan dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan nanti. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian. Pemerhatian dibuat terhadap jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Rujukan: Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian atau melalui kaedah soal selidik. Saya juga turut mengumpulkan maklumat tambahan dengan merujuk buku teks tingkatan 1 dan buku rujukan di perpustakaan Temu bual : Saya juga mengumpulkan maklumat dengan menemu bual beberapa orang penduduk di kawasan kajian. Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau menemukakan soalan, memimta pandangan dan pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan dimana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai, tuan imam, penghulu, orang tua dan penduduk di kawasan kajian.

a) JENIS DAN TABURAN TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR Setelah mengkaji kawasan ini, saya mendapati bahawa kawasan ini mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar yang terdapat di Pokok Sena, Kepala Batas,

Pulau Pinang. Antara jenis tumbuhan yang terdapat di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang ialah cendawan, pokok renek, semak samun, tumbuhan epifit serta parasit dan pokok-pokok herba.

cendawan

Di bahagian utara, terdapat banyak pohon-pohon menumpang dan tumbuhtumbuhan menjalar. Contoh pohon-pohon menumpang ialah pokok duit-duit, paku pakis, kulat dan cendawan. Di bahagian selatan pula ditumbuhi banyak pokok kelapa, kelapa sawit, pokok mangga dan buluh. Sebahagian besar di kawasan ini ditumbuhi pokokpokok renek serta semak samun. Pokok kelapa yang juga ditanam secara tradisional dan juga komersial. Ia juga dinamakan domestik. Selain kelapa, pisang juga ditanam tradisional. Pisang juga mempunyai pelbagai jenis kelebihan anataranya ialah membekalkan sumber tenaga kepada manusia untuk melakukan sesuatu tugasan. Pisang juga mempunyai kegunaan. Dalam perubatan tradisional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai jenis organ dalam tubuh badan manusia seperti jantung, hati, paru-paru dan limpa. Hidupan liar seperti monyet dan ular turut menjadikan hutan sebagai tempat pembiakan mereka. Selain itu, tupai dan kura-kura turut menjadikan kawasan ini sebagai habitat. Di beberapa bidang sawah, turut terdapat hidupan liar seperti lintah dan ikan-ikan serta burung.

monyet

ular

Nipah adalah di antara tumbuhan palma yang tumbuh di lingkungan hutan bakau atau daerah pasang surut dekat tepi laut. Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama-nama lain iaitu daon, daonan, buyuk, bhunyak, boboro, palenei, palene dan lain-lain lagi. Fosil serbuk suri palma ini diketahui berasal dari sekitar 70 juta tahun yang silam. Hasil hutan paya bakau adalah di antara pembekal hasil hutan yang berharga. Di antara kepentingan hutan paya bakau ialah ia dapat menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi. Ia juga memainkan peranan penting dalam melindungi kawasan pantai dan daya-daya hakisan dan kerosakan akibat bencana ribut taufan.

Hutan paya air masin ini juga mempunyai tumbuh-tumbuhan semula jadi seperti bakau, api-api, perepat dan berus atau tumu. Hidupan air yang terdapat disitu adalah ikan, ketam, siput, udang, sotong dan kerang. Kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang dapat mempelbagaikan jenis flora dan fauna dengan terpeliharanya kawasan ini. Hutan menjadi tempat tinggal dan tempat perlindungan bagi hidupan liar. Contohnya, sawah padi

menjadi tempat pembiakan ikan-ikan serta lintah. Sebagai contoh tempat pembiakan bagi perlindungan pula adalah seperti burung hantu yang tinggal di tempat yang disediakan. Burung hantu adalah salah satu cara diantara kaedah biologi yang masih lagi digunakan oleh penduduk Pokok Sena. Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai. Selain itu, burung kecil juga digunakan untuk memusnahkan serangga tanaman padi. Memang tersedia maklum bahawa habitat haiwan liar adalah hutan. Jika musnah hutan-hutan, hidupan liar turut terancam. Di sini, terdapat pelbagai tumbuhan semula jadi yang dapat dijadikan ubat tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya adalah misai kucing. Tumbuhan ini terkenal dengan dapat merawat penyakit kencing manis. Selain itu, ia dapat memperbaiki saluran kecing dan buah pinggang bagi mengelakkan penyakit batu karang. Daun mengkudu juga adalah salah satu cara perubatan tradisional yang boleh dijadikan bahan ubat atau penguat tenaga.

pokok misai kucing

daun mengkudu

Tumbuhan lidah buaya dapat mengubati pelbagai penyakit termasuk kencing manis, sakit jantung dan sembelit. Emas cotek pula dapat mengekalkan tahap kesihatan termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, menegecutkan rahim dan merawat paru-paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit-birit.

pokok lidah buaya

emas cotek

JENIS POKOK Misai kucing

KEGUNAAN POKOK Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ganjal, reutisme, sakit pinggang radang ganjal, masuk angin, kecing manis dan demam.

Pegaga

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksik. Menyejutkan kulit kepala, menyembuhkan luka-luka kecil dan melicinkan kulit muka. Awet muda, mencegah penyakit kecing manis dan mengurangkan kolestrol dalam badan. Penawar kencing bernanah, digunakan untuk sakit luar tubuh, daunnya yang segar digunakan sebagai ubat pupuk pada bahagian tubuh yang bermasalah.

Lidah buaya Ulam raja Bunga kekwa

b) KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR Pokok Kelapa Sawit

Kelapa sawit merupakan salah tanaman eksport Malaysia. Kalau diteliti, kelapa sawit merupakan tanaman yang diusahakan secara besar-besaran dan ia mendatangkan pulangan yang besar iaitu sekitar RM 10 billion pada tahun 2000. Ia juga telah memberi peluang pekerjaan kepada ramai penduduk negara kita. Sejumlah 3.31 hektar tanah di Malaysia telah diusahakan dengan tanaman ini. Sawah Padi Padi merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk Malaysia. Padi sawah adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu di tanam dengan cara yang teratur. Padi sawah yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi. Pokok Sena Pokok Sena merupakan kayu keras, kemerahan tahan anai-anai dan berbau harum seperti bunga mawar. Kayu ini dikenali di Indonesia sebagai amboyna sempena Ambon, di mana kebanyakan pokok ini ditemui. Seringkali kayu Sena dipotong nipis sebagai lapis veneer, bagi menghasilkan perabut. Bunganya digunakan sebagai sumber madu sementara rebusan daun digunakan sebagai syampo. Kedua bunga dan daun dikatakan boleh dimakan. Setawar Pokok Setawar atau Setawa, merupakan sejenis pokok yang amat menarik kerana cara pembiakannya yang menghasilkan anak pokok pada tepi daunnya. Daun pokok setawar yang tebal dan berair itu diselatupi dengan bahan berlilin bagi memperlahankan kadar

kehilangan air. Selain itu, daunnya yang tebal dan berair itu mampu membekalkan makanan dan air kepada anak pokok yang bercambah pada bahagian tepi daun. Pandan Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi. Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan. Mengkudu Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Morinda citrifolia L. Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional. Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga. Pucuk atau daun muda mengkudu mengandungi khasiat makanan tinggi. Dalam tiap-tiap bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89.1 gram (g), protein 3.9 g, lemak 0.6 g, karbohidrat 2.2 g, serat 3.o g, kalsium 114 miligram (mg), fosforus 14 mg, ferum 2.8 mg, natrium 18 mg, kalium 234mg, karotena 3619 ug, vitamin A 603 ug, vitamin B1 1.5 mg, B2 0.32 mg niasin 1.0 mg vitamin C 115 mg. Pokok Misai Kucing Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang

diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth. Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis. Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan. Pokok Jarum Tujuh Bilah Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya sedang giatdijalankan.

Pokok Manggis Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones [1] yang merupakan sejenis super-antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan. Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai

sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit. Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat. Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis. Pokok Gajus Pokok Gajus atau juga dikenali sebagai "jambu golok" adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. Ia mempunyai daun yang lebar dan licin. Pucuknya boleh dimakan dan sering diambil bagi dimakan dengan dicicah budu. Pucuknya mempunyai rasa yang kelat sedikit tetapi sedap.

Pokok Asam Jawa Pokok Asam jawa atau juga Celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Tamarindus indica. Dari pokok tersebut, buah asam jawa akan diambil untuk kegunaan harian. Buah asam jawa merupakan sejenis ramuan

masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Buah asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula dan belacan. Pokok Bunga Raya Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India. Pokok Bunga Kertas Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarnawarni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp. Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarnawarni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

c) JENIS TUMBUHAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN KAJIAN

daun kesom

Pokok Kesum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Nama saintifiknya Polygonum minus. Terdapat bahagian pokok Kesum yang boleh diambil untuk dijadikan makanan. Daun Kesum sering diambil dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.

daun bunga ros

pokok duit-duit

Pokok Duit-duit (bahasa Inggeris: Centipede tongavine,, Silver Vine, Devil's Ivy, dan Taro vine serta money plant, khususnya di India ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea. Pada suatu ketika digolongkan dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagai filodendron oleh kedai-kedai tumbuhan. Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya. Ketika matang, daundaun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun. Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang, tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia dan Singapura. Pokok Duit-duit ialah sejenis pokok hias-rumah yang popular. Terdapat banyak kultivar yang mempunyai daun-daun yang beraneka warna, termasuk warna putih, kuning, dan hijau muda. Pokok ini sering dipergunakan sebagai hiasan oleh pusat membeli-belah, pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain disebabkan pokok ini amat lasak dan tidak memerlukan banyak jagaan. Selain itu, daun-daunnya amat menarik dan amat cekap untuk menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formaldehid, xilena, dan benzena.

Sebagai pokok hias-rumah, Pokok Duit-duit boleh tumbuh melebihi dua meter tinggi, jika diberikan sangga yang sesuai. Untuk hasil yang terbaik, pokok ini memerlukan kecerahan cahaya yang rendah hingga sederhana. Pokok ini tidak dapat bertahan daripada cahaya terang, dan cahaya matahari langsung akan membakar daundaunnya. Pokok Duit-duit menyukai suhu antara 17 dan 30 C. Secara amnya, pokok ini hanya memerlukan air ketika daun-daunnya berasa kering jika disentuh. Baja cecair boleh dibubuh pada musim bunga, dan pasunya harus ditukar setiap beberapa tahun. Bagaimanapun, pokok ini adalah pokok yang tegap dan dapat bertahan daripada setakat penganiayaan. Pokok Duit-duit boleh ditanam secara hidroponik dengan mudah.

Setelah menyiapkan Kerja Khusus Geografi ini, saya telah banyak mempelajari daripadanya. Pengalaman ini amat berguna dan menarik. Kini, saya lebih memahami bahawa di kawasan kajian saya ini mempunyai pelbagai jenis tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kawasan kediaman mereka mempunyai banyak keistimewaan. Kampung ini mempunyai pelbagai tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

Terdapat pokok menjalar seperti pegaga, kangkung dan pokok seri pagi, pokok menumpang seperti pokok duit-duit dan paku pakis, pohon kayu seperti pokok semambu, pokok machang dan pokok sena, pohon renek seperti pokok senduduk dan pokok mengkudu serta palma seperti kelapa. Terdapat juga tumbuh-tumbuhan herba seperti misai kucing, pegaga, lidah buaya, bunga kekwa dan ulam raja. Dewasa ini, masalah-masalah persekitaran yang berkembang dengan cepat, yang dipengaruhi dengan pertumbuhan pesat bilangan penduduk, kerosakan persekitaran, eksploitasi bahan alam yang terbatas telah menimbulkan kegusaran masyarakat yang sangat serius terhadap alam sekitar. Sebagai rumusannya, alam sekeliling harus menanggung keharmonian proses-proses biologi, atau mikrobiologi yang ada. Keadaan ini mendorong sikap sebahagian masyarakat berubah.

peta daerah Pulau Pinang

Buku Ilmiah Chong Yoon Choi, Chong Hua Ling, Kang Chai Yoeng, 2002, Buku Teks Geografi Tingkatan 1, Petaling Jaya, Media Network Sdn. Bhd. Roslan Bin Yatim, Sivarajan A/L Ponniah, A. Rahman Bin T. Ahmad, 2006, Buku Teks Kajian Tempatan Darjah 5, Lebuh Chulia, Dewab Bahasa dan Pustaka. Bahan internet
http://www.scribd.com/doc/3436153/kerja-kursus-geografi?from_email_04_friend_send=1 maps.google.com ms.wikipedia.org www.zappafly.com

You might also like