You are on page 1of 13

Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 1]

Part 1 Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho Penulis: Hafidzi bin Mohd Noor (Dr, Prof Madya)

PENDAHULUAN Sejarah adalah satu disiplin ilmu yang penting bagi pemupukan jatidiri bangsa. Ia menjelaskan asal-usul serta latar belakang kepada wujud tamadun manusia pada hari ini. Bagi penduduk nusantara dan di Malaysia khususnya, episod sejarah yang paling penting daripada seluruh sejarah kewujudannya bermula dengan kedatangan Islam. Ini adalah kerana Islam menjadi acuan kepada pembinaan identiti sebahagian besar daripada rumpun melayu Nusantara dan menjadi asas penting kepada perkembangan budaya dan pemikiran. Oleh kerana Islam itu bersifat Inqilabi atau merubah, maka kesan-kesan peninggalan pra-Islam hanya tinggal dalam bentuk artifak atau aspek-aspek tertentu dan kebudayaan yang masih tersisa dalam proses pengislaman yang berterusan. Penulis buku ini membawakan bukti perubahan besar yang dibawa oleh Islam di Nusantara dibayangi diperingkat awalnya oleh penulisan sejarah yang lebih tertumpu kepada zaman pra-Islam. Ini sedia dimaklumi kerana penjajah barat secara sedar menulis sejarah bangsa yang dijajah untuk memenuhi agenda penjajahan itu sendiri. Salah satu daripada pendekatan yang diambil oleh penjajah ialah memutuskan umat Islam dari sejarah nenek moyang dan warisan setempat.

Hasilnya ialah rumpun bangsa Melayu yang dapat dipisahkan dalam kelompok-kelompok adat atau suku (Melayu, Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya) yang diwarisi sebelum Islam, yang mana ini amat bertentangan dengan risalah Islam yang bersifat sejagat atau universal dan bermatlamat untuk mengaitkan bangsa Melayu dengan sejarah pra-Islamnya ialah untuk memperdalam rasa inferiority complex di kalangan masyarakat setempat kerana berbanding dengan budaya penjajah yang lebih maju, progresif, dan berciri estetika (seni), mitos (kepercayaan-kepercayaan yag bersifat tahyul dan tidak berpijak di bumi nyata) dan lagenda-lagenda yang wujud di alam khayalan. Natijah daripadanya mudahlah untuk memupuk sastu kelompok anak negeri yang memandang hebat kepada barat dan berusaha untuk meniru kehidupan dan kebudayaan bangsa yang menjajah mereka. Kini penulisan sejarah Nusantara tidak dibayangi oleh tafsiran sarjana barat. Beberapa orang tokoh sejarah Nusantara dari kalangan tempatan telah bangkit mencabar kesahihan fakta sejarah dan tafsirantafsiran yang mengiringinya. Sesungguhnya sumbangan mereka seperti Prof. HAMKA, prof syed Naquib Al-Attas dan ahli-ahi akademik dalam bidang sejarah di Universiti- Universiti rantau Asia Tenggara sangat besar maknanya dalam mengembalikan harga diri dan jati diri umat Islam di Nusantara. Buku ini telah tulis bukan sebagai rujukan sejarah semata-mata yang mana telah mengumpulkan hasilhasil penelitian tokoh-tokoh sarjana barat dan tempatan, tetapi ia lebih bertujuan untuk memaparkan sejarah awal berdirinya Islam di Nusantara daripada perspektif dakwah dan jihad yang datang bersamanya. Penulis berharap agar buku ini akan menjadi rujukan permulaan yang diperlukan oleh pendakwah dan pendukung gerakan Islam dalam menghayati perjuangan yang ditempuh oleh ulama perintis dan golongan pendahulu di Nusantara. Bersambung .

Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 2]
SINOPSIS Penulis memulakan dengan Bab Pendahuluan menceritakan berkenaan dengan Nusantara itu sendiri yang merupakan istilah kebudayaan untuk gugusan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah ketamadunan kemanusiaan yang sangat awal. Kedudukan strategik mewujudkan kerajaan-kerajaan awal Nusantara seperti Kedah Tua, Langkasuka, Singhosari dan kalinga yang menunjukkan campuran kepercayaan setempat dan agama Hindu. Pada Bab kedua penulis mengupas persoalan menarik Apakah Umat Islam Nusantara Mewarisi Tamadun Hindu/Buddha? Jelas menunjukkan bahawa penulis telah Berjaya memberikan hujah konkrit umat Islam tidak mewarisi Tamadun Hindu/Buddha sebaliknya Penghayatan Islam berlaku dengan ilmu dan kefahaman terhadap Agama Islam itu sendiri. Penulis berjaya menerangkan bagaimana Sarjana

Barat (Orientalis) telah memberikan tumpuan kepada sejarah pra-Islam iaitu zaman animism-HinduBuddha yang secara langsung menjadikan sejarah kedatangan Islam dibincangkan amat sedikit secara ilmiah. Sebagai Contoh kerajaan-kerajaan Melayu lama yang dikesan daripada kajian arkeologi seperti Langkasuka, Funan, Tambralinga dan Champa diberikan perhatian. Empayar Srivijaya dan Majapahit sebagai pelopor tamadun Melayu/Indonesia diberikan perhatian tetapi Kerajaan Melaka digambarkan sebagai kuasa ekonomi dan politik melayu semata-mata malah Kerajaan-kerajaan Islam seper kejatuhan Majapahit seperti Demat, Ternate dan Aceh langsung tidak dibincangkan. Tokoh-tokoh seperti Hayam Wuruk, Airlangga, Kertenegara, Adityawarman (Minangkabau sebelum Islam), Srindavarman (Srivijaya) dan Patih Gajah Mada (Majapahit) diketahui, sebaliknya tokoh-tokoh pejuang Islam seperti Syarif Hidayatullah, Sultan Ageng Titayarsa, Sultan Hassanuddin Babullah dan Fath Yunus tidak diketahui melainkan dikalangan ahli-ahli akademik dalam bidang sejarah.
The image cannot be displayed. Your computer may not have enough memory to open the image, or the image may have been corrupted. Restart your computer, and then open the file again. If the red x still appears, you may have to delete the image and then insert it again.

The image cannot be displayed. Your computer may not have enough memory to open the image, or the image may have been corrupted. Restart your computer, and then open the file again. If the red x still appears, you may have to delete the image and then insert it again.

Pada Bab Ketiga dengan tajuk Islam Tersebar oleh Dakwah, penulis membetul gambaran kononnya Islam di Nusantara berkembang melalui proses asimilasi masyarakat setempat yang beransur-ansur menerima Islam daripada pergaulan mereka dengan penganut agama Islam yang datang berdagang. Sebenarnya Islam tersebar melalui pendakwah yang datang dengan satu misi iaitu menyebarkan agama Islam bukan melalui pedagang. Pedagang Muslim berperanan tetapi sebagai kepada sokongan kepada dakwah sepenuh masa dan mubaligh yang datang dengan tujuan untuk berdakwah. Malah teori Keislaman dari faktor Islamnya Pemerintah yang menyebabkan mass conversion (rakyat beramai-ramai memeluk Islam) juga diterangkan dengan perspektif yang sebenar dengan usaha yang dimainkan oleh para pendakwah yang mana langsung tidak disentuh dalam sejarah oleh sarjana barat. Teori Perkahwinan yang selalu dikatakan semacam para pedagang datang berdakwah sambil-sambilan yang kemudian mengahwini wanita-wanita tempatan juga dikupas menarik dengan persoalan kefahaman dan tanggungjawab dakwahlah yang sebenarnya menyebabkan perkahwinan ini. Terdapat juga faktor persaingan Islam-Barat juga dikupas oleh penulis. Bersambung .

Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 3]
Dari Jurusan Mana Datangnya Islam ke Nusantara? Ini adalah bab keempat yang mengupas pandangan para orientalis dan sarjana barat tentang teori kedatangan Islam ke Nusantara. Orientalis memberikan gambaran dan beria-ia untuk memilih benua kecil India sebagai punca kedatangan Islam ke Asia Tenggara dengan diadakan bukti-bukti dari artifak-artifak yang terdapat di nusantara seperti batu-batu nisan raja contohnya batu nisan di Pasai bertarikh 1424M yang menyerupai batu nisan yang terdapat di Cambay, Gujerat, Selatan India. Selain teori perdagangan oleh lain-lain sarjana barat seperti Snouck Hurgronge, manakala T.W Arnold pula bersandarkan kepada persamaan mazhab antara Coromandel dan Malabar, India dengan Mashab Syafie anutan Umat Islam Nusantara. Penulis berjaya membuka mata pembaca dengan menjelaskan sebab mengapa mereka ingin sangat mengaitkan kedatangan Islam dengan benua kecil India ialah pada tanggapan mereka Asia Tenggara tidak lebih dari lanjutan Benua Kecil India sehinggga sarjana barat G. Coedes menamakan daerah ini sebagai Negara-negara Asia Tenggara yang dihindukan ( The Indianised States of South East Asia ), Semenanjung Tanah Melayu pula dirujuk sebagai India di seberang Sungai Ganges ( India Beyond The Ganges ) dan Kepulauan Asia Tenggara dirujuk sebagai India disebelah sana (Further India).
The image cannot be displayed. Your computer may not have enough memory to open the image, or the image may have been corrupted. Restart your computer, and then open the file again. If the red x still appears, you may have to delete the image and then insert it again.

Apabila mereka mengaitkan dengan rapat tentang India dengan kedatangan Islam mereka ingin membuktikan bahawa ia tidak lebih daripada pengaruh India yang melimpah masuk ke sini sebagaimana India telah menganugerahkan agama Hindu, Buddha dan Kebudayaan serta sistem mereka. Dikatakan kononnya orang Melayu begitu mudah menerima Islam kerana Islam yang datang hanya perlu disesuaikan dengan kebudayaan Hindu yang telah menjadi darah daging, lantas mereka mengatakan Islam tidah membawa apa-apa perubahan dasar pada budaya, pemikiran dan pada hidup orang Melayu. Penulis mengupas juga bukti-bukti yang jelas menunjukkan arus kedatangan Islam itu datangnya dari jazirah tanah arab sendiri seperti pengislaman raja Melaka dan raja Pasai yang mana turut disokong oleh sarjana-sarjana barat. Kisah kedatangan Islam dari tanah arab ke Negara China pada zaman-zaman awal

Islam yang disampaikan oleh para sahabat turut menjadikan penyebaran Islam dari China ke Tanah Melayu. Penemuan batu bersurat di Phang-rang, Vietnam Selatan memberi petunjuk bahawa Islam turut disebarkan dari jurusan selatan Negara China. Besar kemungkinan juga batu bersurat yang ditemui di Kuala Brang, Terengganu bertarik 702H dan batu nisan milik seorang wanita bernama Makhdarah di Brunei ada kaitannya dengan arus kedatangan Islam dari China. Apapun, kedatangan Islam ke Tanah Melayu dari mana bukan satu isu besar kerana tanggungjawab dakwah bukan eksklusif milik bangsa Arab, sesiapa yang menerima Islam akan melihat tanggungjawab dakwah sebagai kewajipan asasi. Sesiapa juga akan yakin akan Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W, yang tidak membezakan antara manusa melainkan berdasarkan kepada taqwa. Lantaran itu kedatangan Islam dari Arab, India atau China tidak menjadi isu pokok tetapi keindahan ini menjadikan kepelbagaian kaum di Malaysia kini yang memupuk hubungan kaum yang lebih positif. Bersambung .

Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 4]
Bila Islam Mula Disebarkan di Nusantara merupakan bab kelima yang memberikan bukti pengamalan Islam oleh orang di Nusantara seawall kurun ke-3 hijrah meskipun ahli sejarah meletakkan awal kurun ke-15 sebagai tarikh Islam mula bertapak di Nusantara.Ini dibuktikan dengan artifak yang berselerak yang menunjukkan umat Islam sudah menziarah atau menetap di Nusantara, lama sebelum berdirinya kerajaan-kerajaan Islam. Adalah tidak munasabah untuk menganggap mereka berada di kalangan masyarakat peribumi tanpa menyiarkan dakwah Islam. Secara logik, jika kurun pertama hijrah diterima sebagai tarikh bermulanya usaha dakwah ertinya ia mengambil masa kira-kira 500 tahun sebelum berdirinya Islam dalam bentuk pemerintahan.
The image cannot be displayed. Your computer may not have enough memory to open the image, or the image may have been corrupted. Restart your computer, and then open the file again. If the red x still appears, you may have to d elete the image and then insert it again.

Majapahit dan Islam & Tamadun Ilmu meruntuhkan Empayar Majapahit adalah bab ke-6 dan 7 yang menggupas era penyebaran Islam ketika mana Kerajaan Majapahit berada dipuncak kekuasaannya yang

dengan berjaya melaksanakan dasar imperialismenya dan kejatuhannya adalah disebabkan kefahaman Ilmu Islam oleh masyarakat. Adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa sebuah kuasa imperialis seperti Majapahit dapat menerima doktrin Islam dengan Konsep Raja sebagai jelmaan Tuhan atau wakilnya di bumi adalah berbeza dengan Islam yang berteraskan tauhid.
The image cannot be displayed. Your computer may not have enough memory to open the image, or the image may have been corrupted. Restart your computer, and then open the file again. If the red x still appears, you may have to delete the image and then insert it again.

Sikap Kerajaan Majapahit terhadap perkembangan Islam boleh disorot daripada serangannya ke atas Pasai dan Giri. Pasai yang merupakan Kerajaan Islam yang pertama berdiri di Sumatera musnah dilanggar oleh Majapahit pada 1306M. Kehancuran Pasai di tangan Majapahit rupa-rupanya menjadi sebab kepada berkembangnya pengaruh Islam di Tanah Jawa, pusat Empayar Majapahit sendiri kerana ramai tawanan Pasai yang dibawa ke Jawa dan menetap di sana. Diceritakan kisah pengislaman dikalangan keluarga kraton (istana) yang dipelopori oleh Maulana Malik Ibrahim yang merupakan salah seorang daripada Wali Songo. Perkaitan susur galur kekeluargaan sehingga kemunculan Bintara sebagai pusat pengembangan Islam yang kemudiannya dinamakan Demak dan kisah-kisah selepasnya sehinggalah akhirnya sebuah kerajaan Hindu di Jawa berjaya ditundukkan di bawah kekuasaan politik Ilsam yang berdiri di Demak. Perlumbaan antara dua agama yang bersaing di Pulau Jawa berakhir dengan kemenangan Islam. Pada satu pihak Majapahit meluaskan jajahan takluknya ke seluruh Nusantara melalui penaklukan dan misi ketenteraan manakala pada satu pihak lagi, Islam mengembangkan pengaruhnya ke seluruh Nusantara dengan dakwah dan qudwah. Ternyata kekuatan pedang di medan perang tidak dapat menandingi kekuatan tabligh di medan dakwah. Akhirnya Empayar Majapahit yang pernah gah pada zaman Patih Gajah Mada dan Hayam Wuruk dapat dikalahkan oleh sebuah Kerajaan Islam yang baru berdiri di Demak. Pada saat-saat pergolakan ini lahirlah sebuah kerajaan yang dahulunya pernah mencipta nama di timir dan dibarat yang tidak bukan tidak lain adalah Kerajaan Melayu Melaka. Para orientalis dengan pantas membuat kesimpulan kelahiran negeri Melaka dan kemunculan Melaka sebagai sebuah kuasa maritime itulah yang menjadi punca kepada kejatuhan empayar Majapahit. Sebenarnya kekalahan Majapahit bukan disebabkan ekonomi walaupun kegiatan ekonomi punya sedikit saham kepada kejatuhannya. Sebab sebenar kepada berakhirnya empayar Majapahit bersama tamadun Hindu-animisme yang menjadi dukungannya ialah berkembangnya satu tamadun yang jauh lebih superior daripadanya. Tamadun itu tidak lain dan tidak bukan ialahtamadun ilmu yang telah membebaskan umat Melayu yang hidup dibawah kekuasaan dewa-dewa dan raja-raja jelmaan Tuhan. bersambung..

Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 5]
Bab ke-8, Transformasi Jatidiri Melayu Nusantara. Menceritakan bagaimana perubahan yang berlaku kepada pegangan dan akhlak umat Islam selepas memahami Islam. Penulis membawakan catatan Ibnu Batutta yang melawat Asia, beliau singgah di Pasai dan mengatakan beliau sempat menghadiri majlis ilmu yang dihadiri oleh Sultan al-Malikus Zahir, pemerintah Pasai pada zaman itu. Sultan dikatakan mengikuti perbincangan ulama-ulama fiqh dengan penuh minat. Majlis ilmu (halaqat) diadakan seminggu sekali ada setiap hari Jumaat. Senario yang sangat berbeza dengan gambaran yang dilukiskan oleh Marco Polo apabila melawat tempat yang sama lebih kurang 50tahun sebelumnya yang mengatakan penduduk-penduduk di Sumatera Utara mempunyai ekor dan memakan daging manusia.
The image cannot be displayed. Your computer may not have enough memory to open the image, or the image may have been corrupted. Restart your computer, and then open the file again. If the red x still appears, you may have to delete the image and then insert it again.

Kapal dinaiki Marco Polo sendiri berlabuh jauh ke tengah laut takut ditangkap manusia cannibal . Marco Polo juga berkata setengah-setengah Bandar pelabuhan rakyatnya telah memeluk agama Muhammadan (Islam) dan mereka ini hidup bertamadun dan makmur. Selain daripada ini, zaman peralihan daripada Hindu kepada Islam ditandai dengan kelahiran penulisan-penulisan ilmiah, hasil sastera diganti kitab-kitab tasawuf, akidah dan fiqh. Sastera dan aplikasi hidup berubah sepenuhnya kepada agama yang benar. Dalam bab ke-9, Berkembangnya Dakwah Pada Saat Kejatuhan penulis menjelaskan tentang penyebaran Islam ke Nusantara ini berlaku ketika kejatuhan dan kelemahan kerajaan-kerajaan Islam dalam jangkamasa seratus tahun selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Ketika itu juga berlaku asakan tentera-tentera Salib dan juga kemelesetan dunia Islam dengan pelbagai bentuk hereis penyelewengan. Ini turut mempengaruhi dakwah di Nusantara dengan beberapa kefahaman Syiah dan sebagainya tetapi lama-kelamaan kemudian ia diganti dengan amalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Penyatuan Umat Islam Melalui Bahasa & Pengaruh Islam Ke Atas Seni adalah merupakan bab ke-10 dan 11 yang membicarakan tentang penggunaan bahasa melayu sebagai lingua franca walaupun terdapat lagi suku bangsa yang lebih besar di Indonesia contohnya suku etnik Jawa yang terdiri daripada 40% penduduk. Kita juga dapat melihat selama Kerajaan Srivijaya berkuasa di Empayar Majapahit masih tidak memberikan kesan daripada segi bahasa dan keanjalan bahasa Melayu itu sendiri. Pengayaan istilah-istilah Arab juga membanjiri perbendaharaan bahasa Melayu. Ternyata bahasa Melayu juga menyatukan pelbagai suku etnik di Nusantara yang tak mungkin menjadi kenyataan tanpa Islam. Tokoh-tokoh ilmuan seperti Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang berbangsa Gujerat, Syeikh Abdul Rauf as-Singkeli dari Aceh, Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dan ramai lagi yang mengarang kitab-kitab mereka dalam bahasa Melayu.Seiring negan perkembangan bahasa ialah tulisan yang mana sebelum Islam umumnya terdapat dua jenis tulisan Pallava atau Devanagari yang berasal dari India dan tulisan asli bangsa Melayu iaitu rencong atau surat ulu. Selepas kedatangan Islam diganti dengan tulisan arab yang dinamakan tulisan Jawi. Islam turut merubah cara berfikir orang Melayu daripada bersifat estetika (seni dan rasa) kepada yang bersifat rasional dan saintifik. Walau bagaimanapun seni turut mengalami impaknya bagaimana bangsa Melayu terkenal dengan puisi, peribahasa, pantun, gurindam yang menjadi khazanah puisi berunsur Islam yang sangat kaya. Seni tampak terutama ukiran berunsur Islam menggantikan ukiran tema-tema mitos agama Hindu-Buddha dengan menggunakan kaligrafi,pola-pola geometri dan bentuk menyerupai tumbuhan. Bab ke-12 Perlaksanaan Undang-undang Islam disentuh dengan menarik oleh penulis yang menceritakan apabila kerajaan-kerajaan Islam muncul di Nusantara, ia tidaklah sekadar berajakan seorang raja yang telah memeluk Islam, tetapi Islam menjadi asas kepada pemerintahan tersebut. Contoh kerajaan Melaka yang mengkanunkan undang-undang syariat iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Penulisan tentang persejarahan ini amat kurang diberi tumpuan kerana tumpuan lebih diberikan kepada aspek lagenda seperti Hang Tuah dan cerita kiasan Puteri Gunung Ledang. Hukum kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah legasi peninggalan Kerajaan Melaka yang tidak ternilai dan boleh dijadikan asas dalam pelaksanaan syariat di Negara-negara umat Islam di Asia Tenggara masa kini. Apabila dilihat jelas menunjukkan beberapa akta yang berkaitan hukum hudud, qisas, rejam dan lain-lain malah 41% dari Hukum Kanun Melaka adalah berdasarkan syariat Islam. Ini turut dibuktikan dengan catatan dalam batu bersurat 1303M yang turut tercatat berkaitan zina dengan jelas. bersambung ..

Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 6]
Admiral Muhammad Cheng Ho-Envoy Muslim Kurun Ke-15 adalah bab ke-13 yang membawakan faktafakta menarik tentang Laksama Cheng Ho yang melawat Melaka pada Zaman Dinasti Ming yang merupakan satu kuasa besar yang diiktiraf oleh Negara-negara serantau. Dinasti Ming mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan maharaja Yung Lo @ Yongle yang menganjurkan tujuh misi diplomatik dipimpin oleh Admiral Cheng Ho.
The image cannot be displayed. Your computer may not have enough memory to open the image, or the image may have been corrupted. Restart your computer, and then open the file again. If the red x still appears, you may have to delete the image and then insert it again.

Jarang diperkatakan hakikat sebenar tentang Cheng Ho mengenai keperibadiannya dalam sejarah kerajaan yang diwakilinya. Admiral Cheng Ho adalah seorang Muslim dan nama sebenarnya ialam Muhammad Ma Ho yang dilahirkan dalam keluarga Muslim yang taat, ibubapa dan datuknya telah mengerjakan Haji. Cheng Ho amak kepingin untuk mengerjakan Haji tetapi tidak kesampaian. Sumber sejarah menyebut sebelum berangkat beliau akan mengerjakan sembahyang berjemaah bersama-sama anggota rombongannya yang menyebut seramai 27,500 orang yang sebilangan besarnya beragama Islam. Pembantu beliau (Vice Admiral) bernama Hoe Hsein iaitu sebutan Hussein dalam bahasa Cina. Jurubahasa dalam bahasa Arab ialah Alhassan yang pernah menjawat Imam di wilayah Shensi manakala dua orang pencatatnya bernama Ma Huan dan Fei Hsin (sebutan cina bagi Faisal). Angkatan Cheng Ho yang majoriti beragama Islam ini menunjukkan meskipun Islam tidak menjadi anutan rasmi pada Zaman Dinasti Ming tetapi ia diterima baik. Catatan sejarah dapat disimpulkan bahawa Empress Ma iaitu permaisuri kepada maharaja Yung Lo adalah beragama Islam. Walaupun status maharaja Yung Lo tidak diketahu, puisi terpahat pada masjid raya Nanjing pada Zaman Kaiser Chu Yang Chang, bapa kepada Kaiser Yung Lo menunjukkan

kecenderungan keluarga Diraja kepada Islam. Malah terdapat peraturan yang mengharamkan daging khinzir.
The image cannot be displayed. Your computer may not have enough memory to open the image, or the image may have been corrupted. Restart your computer, and then open the file again. If the red x still appears, you may have to delete the image and then insert it again.

Berdasarkan kepada petunjuk sejarah ini, beberapa kesimpulan boleh dibuat. Pertama, usaha-usaha yang disebut sebagai pelayaran Cheng Ho bukan semata-mata objektif diplomatik tetapi lebih daripada itu iaitu untuk menjalin hubungan dengan Negara-negara umat Islam di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Afrika Timur. Antara tempat yang pernah diziarahi oleh Cheng Ho di Afrika Timur ialah Malindi dan Mombasa, dua bandar pelabuhan muslim terpenting di sana. Kedua, perlindungan yang diberikan oleh misi-misi diplomatik ini telah membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan dirantau sini. Kedaulatan Melaka sebagai pusat pemerintahan, perdagangan dan pengajian Islam juga turut terpelihara daripada ancaman musuh serantau khususnya Siam. Diceritakan bagaimana Parameswara hanyalah dianggap sebagai ketua suku bagi sebuah perkampungan kecil sehinggalah beliau diakui oleh Maharaja Cina, Yung Lo sebagai Raja Melaka. Ini meminjukkan Cheng Ho telah memerdekakan Melaka daripada Siam dan Siam berhenti menerima persembahan Bunga Emas setiap tahun daripada Melaka. Cheng Ho telah meninggalkan sebuah prasasti (batu bersurat) mengenai pengisytiharan ini namun ianya telah dimusnahkan pada 1512M ketika jatuh ketangan Portugis. Malah warna kuning yang menjadi warna kebesaran sultan adalah anugerah kerajaan Cina yang bermula dengan pelbagai hadiah kebesaran yang dipersembah oleh Cheng Ho seperti payung berwarna kuning.
The image cannot be displayed. Your computer may not have enough memory to open the image, or the image may have been corrupted. Restart your computer, and then open the file again. If the red x still appears, you may have to delete the image and then insert it again.

Bersambung ..

Sinopsis Jejak Risalah Di Nusantara I Zaman Pra Islam hingga Era Pelayaran Muhammad Cheng Ho [Part 7]
Sumbangan Cheng Ho dalam membanteras aktiviti lanun dan rompakam juga amat besar apabila beliau telah menangkap seorang lanun yang bermaharaja-lela di Cochin Cina (Vietnam). Dalam pertempuran yang berlaku, armada Cheng Ho berjaya menenggelamkan sepuluh kapal lanun dan menahan tujuh yang lain. Cheng Ho juga berjaya menahan seorang lanun yang kejam di Palembang yang bernama Ch en Tsuyi dan membawa beliau ke Nanking sebagai tawanan dan dibunuh, peristiwa ini berlaku pada 1407M.

Dari Perspektif ini sumbangan Admiral Muhammad Cheng Ho terhadap kesejahteraan kepulauan Melayu telah secara langsung dan tidak langsung membantu memantapkan perkembangan Islam di sini. Ukiran masjid-masjid yang dibantu oleh petukang dari China yang pulang bersama-sama Parameswara yang berangkat dengan 450 orang pengiring setelah menerima jemputan Maharaja Yung Lo selepas Parameswara memeluk agama Islam.

Apapun, sebuah armada yang dimiliki oleh satu kuasa besar (Islam) telah meronda dan mengawal perairan antarabangsa dilautan Hindi, Selat Melaka, Laut Cina Selatan dan Laut Sulu 100 tahun sebelum ianya dicerobohi oleh armada-armada Portugis dan Sepanyol. Penulis mengulas sekiranya Kerajaan Ming meneruskan polisi menziarahi dan menjalin hubungan lain selepas kematian Maharaja Yung Lo, pastilah pelaut-pelaut Portugis dan Sepanyol seperti Bartholomeo Diaz, Vasco Da Gama akan bertembung dengan armada dari Negara Cina. Sekiranya berlaku sebarang konflik jelas akan memberikan kemenangan kepada Armada Cheng Ho mengikut perbandingan yang diungkapkan oleh seorang Profesor Anthropology di University of Texas, yang mengatakan armada Cheng Ho terdiri daripada 62 kapal dagang besar, mana-mana satu darinya boleh menempatkan ketigatiga kapal Columbus. Disimpulkan lebih kurang 30,000 orang turut serta bersama Cheng Ho berbanding Columbus sekitar 90 orang.

Kehebatan angkatan laut Cina bukan sahaja diukur dari sudut bilangan kapal dan saiz malah turut dari sudut kelengkapan pengetahuan, teknologi dan radas perkapalan. Pengetahuan memungkinkan mereka mencipta kompas bermagnet, satu radas yang hanya diketahui oleh barat selepas beberapa ratus tahun. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai masalah kesihatan akibat kekurangan vitamin C.

Salah sebuah kapal Cheng Ho dikhususkan untuk tujuan pertanian dengan penanaman kacang soya, sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai bekalan protein dan vitamin C. Seratus tahun selepas Cheng Ho, pelayar-pelayar dari barat masih lagi dihantui oleh penyakit Scuvy yang membunuh kelasi-kelasi akibat kekurangan vitamin C. Malah dunia turut dikejutkan pula dengan kemungkinan Admiral Cheng Ho yang lebih dahulu menemui Amerika dan Australia jauh sebelum Christopher Columbus dan Captain James Cook.

Kita menanti bukti rasmi, tetapi cukup untuk menyatakan bahawa dunia pertama kali diterokai oleh bangsa Cina dan bukannya pelayar-pelayar bangsa eropah dalah rombakan penulisan sejarah yang besar. Tidak kurang menaruk dari hakikat ini ialah jika Cina yang mula-mula menemui dunia yang luas ini, tida mengeksplotasinya samada daripada sudut politik (penjajahan) dan komersil. Sebaliknya penemuan Amerika oleh Columbus membawa kepada eksplotasi dan seterusnya pembangunan oleh bangsa Eropah yang akhirnya selepas 500 tahun menjadikan Amerika Syarikat jauh lebih kuat daripada apa yang pernah dicapai oleh China. PENUTUP Dengan memaparkan kisah Admiral Muhammad Cheng Ho dan sumbangannya kepada kestabilan politik rantau Asia Tenggara dalam bab terakhir maka penulis menamatkan penulisan Siri I ini dengan membataskan penulisan dari zaman kedatangan awalnya sehinggalah sejurus sebelum kemunculan kuasa-kuasa barat yang cuba mencorakkan Nusantara berdasarkan hegemoni Kristian-Barat. Skop perjuangan umat Islam Nusantara menentang penjajahan barat akan disentuh dalam buku susulan dalam siri jejak Risalah di Nusantara. Kita dapat melihat bagaimana suatu pandangan semula kepada sejarah Nusantara yang dilakukan oleh penulis telah membuka satu lembaran baru dan cetusan minda kepada setiap orang untuk mengkaji, mengikut dan mengambil pengajaran daripada sejarah. TAMAT.

You might also like