You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT LINUS 2011 Tarikh : Hari : Khamis Tempat : Bilik Guru Masa : 1:15 Tengah hari 2:00

Petang Kehadiran: 1. Encik Azman Bin Arifin 2. Encik Ahamd Budiman Bin Abu Bakar 3. Encik Mohd Asri b. Mohd Senafi 4. En. Shahibun B Ismail 5. En. Zaidi B.Abu Bakar 6. En. Ahmad Nazar B Mat Hassan 7. En. Mohd Nizam B. Ishak 8. En Mohd Putra B Yusop 9. Ustaz Mohd Firdaus B Nomawi 10. En.hasnulhadi Bin Ibrahim
Agenda 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi, En. Ahmad Budiman selaku penyelaras LINUS mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan ahli jawatan kuasa yang terlibat kerana dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat pada kali ini. 2.0 Carta Organisasi 2.1 En. Ahmad Budiman menyampaikan Carta Organisasi Linus Sk Pulau Tuba. Penyelaras: En. Ahmad Budiman Ahli Jawantan Kuasa: 1. En. Azman B. Arifin 2. En. Nazar 3. En. Zaidi 4. En. Firdaus 5. Semua guru mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu 3.0 Pelan Tindakan 3.1 penyelaras LINUS meminta cadangan kepada semua guru berkenaan dengan pelan tindakan yang perlu dijalankan bagi memastikan program LINUS berjalan lancer. 3.2 En. Budiman mencadangkan Program Anak Angkat/Program mentor-Mentee dijalankan bagi membantu murid-murid LINUS menguasai kemahiran literasi dan numerasi. 3.3 En. Firdaus mencadangkan kaunseling kelompok dijalankan ke atas murid -murid LINUS. 3.4 En. Firdaus mencadangkan program 1 Hari 1 Huruf/Nombor dijalankan ke atas muridmurid LINUS.

3.5 En. Azman mencadangkan supaya pemantauan ke rumah atau perjumpaan dengan waris murid-murid LINUS diadakan bagi mengetahui dan membincangkan permasalahan yang dihadapi. 3.6 En. Azman membuat usul supaya murid-murid LINUS dihantar untuk membuat pemeriksaan kesihatan di PKG Kuah. 4.0 Fail LINUS 4.1 En. Ahmad Budiman membentangkan jenis-jenis fail yang perlu diadakan untuk program LINUS, beserta dengan ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas fail-fail tersebut. 1. Fail Induk (Penyelaras) 2. Fail Konsep (Penyelaras) 3. Fail Minit Mesyuarat (Penyelaras) 4. Fail Data (Guru Subjek) - keputusan saringan, analisis data saringan, Headcount, TOV 5. Fail Murid (Guru Subjek) - Senarai nama, profil murid, rekod kesihatan dari doctor 4.2 Headcount bagi murid LINUS dimulakan setelah ujian pertengahan tahun. 4.3 Fail Data dan Fail Murid akan disimpan di panitia subjek. 5.0 Rancangan pengajaran 5.1 Guru yang mengajar mata pelajaran matematik dan Bahasa Melayu dinasihatkan untuk tidak mengasingkan murid-murid arus perdana dan murid-murid LINUS. Rasionalnya ialah supaya budaya bantu-membantu dapat dterapkan di dalam bilik darjah. 5.2 En. Shahibun memberikan usul menyatakan bahawa murid-murid LINUS perlulah dihantar ke Kelas Pemulihan selepas selesai Saringan 4. 6.0 Perlantikan Setiausaha 6.1 En. Hasnulhadi telah dilantik sebagai setiausaha LINUS bagi menggantikan En. Asri. 7.0 Ucapan penangguhan 7.1 penyelaras berharap agar program LINUS berjalan lancer dan murid-murid LINUS mencapai peningkatan kemahiran literasi dan numerasi. 7.2 Semua guru diharap dapat memberikan kerjasama. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:00 petang.

Disediakan oleh

disahkan o leh

(Hasnulhadi Bin Ibrahim) Setiausaha LINUS Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba

(Ustaz Hadai Bin Taib) Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba

You might also like