Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cara-Cara Menjaga Arnab Kesayangan Anda

Cara-Cara Menjaga Arnab Kesayangan Anda

Ratings: (0)|Views: 368 |Likes:
Published by Ai Lynn

More info:

Published by: Ai Lynn on Jun 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/03/2011

pdf

text

original

 
---,--{@ MY BELOVED TOMPOK!! -Lyn
SAYANGI ARNAB ANDA: BAGAIMANA ANDA MEMELIHARANYA? Mengapa memelihara arnab? Anda mungkin memelihara arnab untuk dijadikan binatangkesayangan ataupun untuk tujuan ternak.Arnab sebagai binatang kesayangan: Anda perlu menentukan bilangan arnab yang ingindipelihara. Sudah tentu anda tidak mahu mempunyai arnab kesayangan sehingga 30 atau40 ekor. Di sini anda mempunyai pilihan:a) memelihara hanya seekor arnabb) memelihara arnab yang sama jantina,c) memandulkan arnab dengan bantuan doktor haiwan.Sekiranya ini tidak diambilkira, arnab akan membiak. Ingatlah!, arnab boleh membiakdengan sangat cepat dan dalam masa yang singkat anda akan mempunyai terlalu banyakarnab. Anda boleh memilih samada untuk memelihara arnab kesayangan di dalam rumahatau di luar rumah. Sekiranya anda ingin memelihara arnab di dalam rumah, banyakperkara yang harus diperhatikan:a) perlu melatih arnab untuk membuang najis dan kencing di tempat yang disediakan,b) perlu mencuci tempat najis dan kencing ini selalu kerana bau kencing arnab agak kuatkecuali jika arnab sudah dimandulkan, baunya akan berkurangan,c) perlu sentiasa menyediakan air bersih dan bekasnya dicuci setiap hari,d) perlu menyediakan sangkar yang baik untuk arnab tidur,e) perlu membawa arnab keluar untuk bersenam dengan membiarkan ia berlari danmelompat di luar rumahf) sembunyikan wayar dan kabel elektrik dan talipon kerana arnab suka menggigitnya.
 
Sangkar,kandang atau cage:
Jika anda memelihara arnab kesayangan di luar rumah, harus pula disediakan kandangyang baik dan mudah dibersihkan. Kandang yang biasa harus berlantaikan jaring dawaiberukuran 1 inci x 0.5 inci supaya najis dan kencingnya tidak terkumpul di dalamkandang. Semasa arnab masih kecil, gunakan alas lantai berjaring halus. Jika tidak kakiarnab boleh tersepit di celah jaring lantai dan kemungkinan akan patah. Jika lantaikandang diperbuat daripada papan, arnab anda mungkin dijangkiti bakteria dan berkudisdi tapak kakinya. Kudis ini biasanya bernanah. Saiz kandang yang sesuai ialah 2.5 x 2.5 x2.5 kaki. Satu kandang untuk seekor arnab sahaja untuk mengelakkan pergaduhan dankecederaan. Letakkan kandang arnab di tempat yang teduh, mempunyai pengudaraanyang baik dan tidak panas, contohnya, tidak menggunakan atap zing. Sediakan sekepingpapan kecil di dalam kandang anda sebagai tempat arnab baring kerana ia lebih sukabaring di atas permukaan yang rata.
Makan dan minum:
Penjagaan makan dan minum sangat penting untuk menentukan kesihatan arnab. Ketikaberumur 1 hingga 3 bulan, anda boleh memberikan makanan arnab yang boleh dibeli dikebanyakan kedai runcit. Selepas umur 3 bulan, anda harus membekalkan sedikit sayur-sayuran, rumput dan sedikit buah-buahan, sekali-sekala (sajikan sayuran dan buah-buahansegar sahaja). Elakkan memberi kangkung terlalu banyak kerana boleh menyebabkanarnab sakit perut. Arnab juga suka makan daun pisang, daun kelapa dan suka mengunyahrumput kering. Jika anda hanya menggunakan baja untuk arnab dewasa tanpa kawalan,arnab akan menjadi terlalu gemuk dan tidak menarik lagi. Kadangkala ia akan mengalamimasalah sembelit kerana kekurangan serat dalam makanannya. Perlu diingat juga, arnabakan bersalin bulu setiap 3 bulan dan bulu yang luruh banyak yang tertelan ketikamembersihkan dirinya. Jika di dalam makanannya tiada serat (sayuran dan rumput) arnabanda mungkin akan mati sakit perut! Ini disebabkan bulu akan bergumpal dalam tali perut(hairball) dan menjadi tersekat. Lebihan makanan mestilah dibuang setiap hari untukmengelakkan kandang menjadi kotor dan berbau busuk.Jangan gunakan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik kerana arnab akanmenggigitnya dan menumpahkan air dan makanan. Gunakan bekas yang berat sepertimangkuk tanah liat atau pasu kecil. Air mestilah bersih dan digantikan setiap hari. Janganlupa mencuci bekas air setiap kali menukar air. Arnab tidak akan minum air yang masamdan arnab yang haus akan berhenti makan.Kandang hendaklah dicuci setiap minggu dengan menggunakan air bersih. Biarkan kandangkering sebelum memasukkan semula arnab. Sebaik-baiknya gunakan pembasmikuman yangboleh dibeli di kedai-kedai “pet shop”.Jika kawasan rumah tidak berpagar, awasilah arnab anda ketika ia dilepaskan. Jika lalai,arnab anda mungkin diserang oleh anjing atau sesat dan tidak jumpa jalan pulang!

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->