You are on page 1of 19

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 SENARAI KANDUNGAN Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian 6.1 Konsep pencemaran alam sekitar 6.2 Jenis pencemaran alam sekitar di Taman Kledang Suria 6.3 Punca pencemaran alam sekitar di Taman Kledang Suria 6.4 Kesan Pencemaran alam sekitar di Taman Kledang Suria 6.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Kledang Suria 6.6 Bahan Grafik Rumusan Lampiran Rujukan MUKA SURAT

7 8 9

PENGHARGAAN
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memainkan peranan dalam usaha kearah menjayakan projek ini

Penghargaan yang tidak ternilai saya tunjukkan kepada ayah yang dikasihi, Encik. Paranjothi Yanok dan tidak lupa ibu yang dikasihi, Pn. Nyanamany Seeni.Saya juga berterima kasih kepada kakak dan adik saya.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru subjek Geografi kami iaitu Pn. Uma Devi kerana banyak membantu saya dan memberi tunjuk ajar yang secukupnya tentang cara pembikinan folio ini.

Selain itu, saya juga berterima kasih kepada pihak responden yang memberi maklumat yang secukupnya untuk menjayakan projek ini.

Sekian terima kasih.

(EDISON A/L PARANJOTHI YANOK)

PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan pelajaran Geografi Tingkatan 3, semua murid dikehendaki menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Tajuk kajian yang saya pilih ialah Pencemaran Alam Sekitar di Taman Kledang Suria, Menglembu.

Saya dan rakan-rakan saya telah memilih Taman Kledang Suria sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini terletak berhampiran dengan kawasan perindusrian yang penuh dengan kilang. Aktiviti perindustrian dijalankan di Menglembu telah beroperasi sejak 20 tahun dahulu.

Dalam kajian ini, kami ingin mengenal pasti pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Saya dan rakan-rakan saya telah berkerjasama dengan erat untuk memastikan kajian kami telah dijalankan dengan cepat dan tepat.

Untuk menyiapkan folio yang berkaliber ini, kami mengambil masa selama 2 bulan untuk membuat persediaan, mengumpul maklumat,merekod maklumat, merumus/mentafsir maklumat dan membuat laporan kerja kursus.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pencemaran alam sekitar di kawasan perindustrian Taman Kledang Suria. Kajian say merangkumi objektif-objektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya untuk mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar b) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengelaskan jenis pencemaran alam sekitar c) Selain itu, saya dapat mengenal pasti punca pencemaran alam sekita d) Di samping itu, saya dapat mencata kesan pencemaran alam sekitar e) Melalui kajian ini, saya boleh memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar f) Akhirnya, saya dapat menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

KAWASAN KAJIAN
Kawasan saya terletak di Taman Kledang Suria, Mengembu. Ia merupakan salah satu Taman yang terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian Menglembu. Taman ini terletak ke arah tenggara daerah Ipoh. Jarak kawasan kajian dari Pusat Pentadbiran adalah kira-kira 8 kilometer dan 2.7 dari SMK Methodist ACS Ipoh. Bilangan penduduk yang tinggal di kawasan kajian ini adalah kurang iaitu kira-kira 500 orang sahaja. Kebanyakan dari penduduk di kawasan ini adalah kaum cina. Pekerjaan utama di kawasan kajian ini ialah pekerja kilang.

Saya memilih Taman Kledang Suria, Menglembu sebagai Kawasan Kajian kerana kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya, iaitu kira-kira 1 km. Selain itu, terletak kawasan perkilangan yang luas dengan angka yang banyak terletak berhampiran dengan taman ini.

Akhirnya, saya memilih kawasan ini disebabkan pandang darat fizikal. Tanah pamah di sekitar kawasan kajian saya telah membolehkan saya menjalankan kerja kursus saya dengan cepat dan tepat.

KAEDAH KAJIAN

Semasa kajian dijalankan, saya telah menggunakkan kaedah pemerhatian, soal selidik dan temu bual.

Pada hari minggu saya telah melawat kawasan kajian saya iaitu di kawasan perindustrian Taman Kledang Suria untuk melawat persekitaran kawasan kajian dan memerhati sendiri pencemaran yang dilakukan di sekitar kawasan kajian. Tidak lupa saya nampilkan di bahagian lampiran.

Pada cuti persekolahan, saya telah memilih beberapa orang penduduk di sekitar kawasan kajian untuk menemu bual tentang masalah yang dihadapi disebabkan pencemaran alam sekitar. Saya juga berpeluang untuk menemu bual beberapa pengurus kilang, pekerja kilang dan juga ahli jawatan kuasa Rukun Tetangga.

Saya juga menyediakan borang soal selidik yang saya menghantar dari rumah ke rumah pada sebelah petang. Lebih daripada 95% telah mengembalikan borang tersebut. Hasil daripada menyoal selidik telah saya letakan di bahagian hasil kajian.

6.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatuperbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) pengotoran alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaankegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organismaorganisma lain, tumbuhan dan haiwan.

6.2 JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KLEDANG SURIA


Aktiviti perindustrian membawa pelbagai pencemaran alam sekitar dan juga meninggalkan pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

Pencemaran utama di kawasan kajian adalah pencemaran udara. Pencemaran udara adalah aktiviti yang mengotorkan udara dengan gas-gas yang berbahaya seperti sulpur dioxida, nitrogen oksida dan karbon monoksida. Kebanyakan pencemaran ini terhasil disebabkan pelepasan gas-gas tersebut dalam kuantiti yang banyak

6.3 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

Daripada kajian yang dijalankan, 15 orang bersetuju bahawa aktiviti perkilangan membawa pencemaran udara. Ini desebabkan, kilang-kilang yang memproses bahan bertin mengunakan api yang tinggi suhunya untuk mengawetnya. Oleh itu, asap yang berpunca daripada aktiviti ini dilepaskan melalui cerobong udara tanpa menapis asap tersebut.

Keadaan ini diterukan lagi oleh pekebun-pekebun kecil membakar bahan sisa pertanian, daun-daun kering dan juga botol plastik yang dibuang secara terbuka. Pembakaran terbuka memberi kesan-kesan yang negatif kepada atmosphera mahupun hidupan di atas permukaan bumi.

Selain itu, pembangunan di sekitar Taman Kledang Suria juga menjadi punca utama pencemaran bunyi. Ini disebabkan penggunaan jentera-jentera yang besar mahupun yang canggih memyebabkan jentera tersebut mengeluarkan bunyi yang banyak kerana kadar kerja yang banyak perlu dilakukan dalam masa yang singkat.

Penebangan pokok-pokok yang membekalkan kita oksigen secara percuma mengundang pencemaran air di sungai yang berdekatan. Ini kerana hakisan tanih akan menjadi banyak kerana tiada kawasan tadahan air dan akan menyebabkan

hakisan tanah berlaku dan seterusnya mengakibatkan mendakan di dalam sungai. Mendakan ini akan mencetekan sungai serta air sungai menjadi keruh dan tercemar.

Pencemaran juga disebabkan sampah sarap yang dibuang oleh penduduk di Taman Kledang Suria. Kebanyak daripada sampah sarap ini adalah jenis yang boleh dikitar semula. Contohnya, botol, kertas dan juga peralatan getah.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan keadaan yang bersih, selamat dan tenteram untuk hidup di kawasan kajian ini.

6.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran hanya mendatangkan kesan-kesan yang negatif. Kesan negatif bukan sahaja kepada alam sekitar malah terhadap kita sendiri.

Pembalakan yang tidak terancangan telah menggangu keseimbangan ekosistem hutan. Penebangangan hutan juga akan memberikan impak yang buruk kepada kita, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Ia akan mengurangkan sumber hutan dan juga memupuskan flora dan fauna. Selain itu, aktiviti ini juga memyebabkan suhu di kawasan kajian meningkat secara mendadak. Peningkatan suhu juga berpunca dapipada pembakaran secara terbuka di kawasan kajian.

Jerubu disebabkan oleh debu, asap dan habuk yang terapung di atmosphera juga asyik menjadi masalah kepada penduduk di kawasan di Taman Kledang Suria. Jerubu sering terjadi akibat kilang-kilang yang melepaskan bahan pencemar seperti habuk, gas yang berbahaya seperti karbon monoksida dan sulpur dioksida ke atmosphera.

Pencemaran udara juga mendatangkan penyakit-penyakit yang kronik seperti penyakit barah kulit dan katarak mata. Lebih dari 15% daripada penduduk di kawasan kajian menghadapi masalah ini. Ini kerana mereka terdedah kepada gasgas yang berbahaya pada tahap yang maksimum.

Pembuangan sampah-sarap di sekitar kawasan kajian juga menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Pembuangan sampah di tempat yang tidak disediakan dan membuangnya di tepi jalan juga menarik perhatian anjing yang berkeliaran di sekitar kawasan kajian. Anjing-anjing yang berkeliaran mengambil kesempatan ini untuk menkoyak plastik yang diikat dan membawa keluar sampah dari plastik tersebut.

Hujan asid juga berpunca daripada pencemaran udara. Hujan asid mengandungi asid yang agak lemah dengan nila PH kurang dari 5.6. Gas oksida seperti sulpur dioxida, nitrogen oksida dan karbon monoksida akan larut dalam air dan akan menghasilkan asid nitrik. Apabila awan yang mengandungi asid peluwap, huajan asid terhasil..

Untuk mengelakan kesan-kesan yang negatif terhadap kita, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan, setiap individu perlulah peka terhadap alam sekitar untuk menikmati hasilnya tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar.

6.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN.

Untuk mengurangkan kesan-kesan dan untuk menikmati hasilnya tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar kita perlulah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini. Untuk menjayakan projek ini setiap individu termasuk pihak berkuasa perlulah memainkan peranan masing-masing.

Pihak kerajaan perlulah kuatkuasakan undang-undang untuk mengatasi penebangan pokok secara tidak teracang. Setiap pokok yang hendak ditebang perlulah mengikut kuota yang disediakan oleh pihak kerajaan. Selain itu, penebangan pokok mestilah dilakukan oleh pihak yang berlesen. Ini untuk mengelakkan berlakunya pencerobohan hutan dan untuk mengelakkan

penebangan yang cacamerba tanpa kemahiran.

Di samping itu, pihak perkilang perlu mengambil langkah untuk memakai penapis udara untuk setiap kilang yang mengeluarkan asap yang banyak malah berbahaya. Pihak berkuasa mesti juga mengambil dan mematuhi kuota barangan yang diproses.

Selain itu, pihak berkuasa perlu menyediakan kempen cintai alam sekitar terbuka yang dijalankan untuk rakyat. Kebanyakan penduduk tidak tahu kesan buruk daripada aktiviti mereka sendiri. Kempen kesedaran ini juga mestilah menarik perhatian semua golongan terutamanya kanak-kanak. Mereka patut mengetahui kesan buruk akibat aktiviti manusia supaya mereka tidak membuat kerja yang sama pada masa hadapan.

Selain itu, pendidikan alam sekitar perlu dijalankan di sekolah. Ini kerana generasi muda yang akan memimpin negara satu hari nanti. Pendidikan alam sekitar perlu dijadikan sebagai satu subjek di sekolah sama seperti Pendidikan Sivik.

Untuk mengatasi kesan terhadap kita sendiri semua pihak termasuk saya perlulah memainkan peranan masing-masing. Perasaan cinta akan alam sekitar perlulah dipupuk dari kecil lagi.

RUMUSAN

Kajian yang telah dijalankan di Taman Kledang Suria, Menglembu memberikan pengalaman yang sangat berguna kepada saya.

Kajian ini membolehkan saya mengenali Menglembu dengan lebih mendalam lagi. Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk di Taman Kledang Suria. Kawasan perindustrian di kawasan ini membawa pelbagai kebaikan kepada penduduk di kawasan ini. Contohna, memajukan kawasan sekitar taman, menyediakan peluang perkerjaan, menambahkan kemudahan sosial, dan meningkatkan jaringan

perhubungan dan pengangkutan.

Walaubagaimanapun, kawasan perindustrian ini mendatangkan pelbagai implikasi buruk kepada alam sekitar di Taman Kledang Suria. Penerokaan sumber secara besarbesaran telah mengubah pandang darat di kawasan ini. Banyak bukit pasir dapat ditemui. Selain itu, pencemaran bunyi tidak membolehkan penduduk di Taman Kledang Suria hidup dengan tenang.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita dan pihak berkuasa kilang untuk menjaga hak penduduk dan untuk menikmati hasilnya tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar.

RUJUKAN

Chong Mui Sen, 2008. Nexus Geografi PMR. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn.Bhd Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh Lim, 2004. Geografi Tingkatan 3. Perak : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Encik Mohd. Safee bin Amat, 50 tahun, Pengurus kilang JATI., 31450 , Menglembu Encik Appadurai a/l Arumugam, 75 tahun, penduduk , Menglembu http://www.mdks.gov.com http://www.wikipedia_Menglembu,Perak.com

PENCEMARAN UTAMA DI TAMAN KLEDANG SURIA

8% 24% PENCEMARAN UDARA 68% PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN AIR

16, Lorong Kledang Suria 13 Taman Kledang Suria, 31450, Menglembu Perak Darul Ridzuan Pihak Responden, _________________________ _________________________ _________________________ _________________________ Tuan/Puan, Terima Kasih Atas Kerjasama Tuan/Puan Saya merujuk kepada perkara di atas untuk perhatian tuan/puan. Projek (KGT) atau lebih dikenali sebagai Kajian Geografi Tempatan. Bagi memenuhi keperluan pelajaran Geografi Tingkatan 3, semua murid dikehendaki menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT) . 2. Untuk menjayakan kajian ini pertolongan tun/puan amat diperlukan. Terima Kasih atas pertolongan tuan/puan dengan menyumbang kepada kami melalui idea, maklumat-maklumat yang penting dan memberi bahan-bahan seperti peta topografi kepada kami. 3. Saya berharap maklumat yang tuan/puan menyumbang kepada kita dapat memberi kami bahan yang secukupnya untuk menjayakan kajian ini.

30 MEI 2011

Yang iklas, _____________________________ (EDISON PARANJOTHI YANOK) Pelajar sekolah, SMK Methodist (ACS) Ipoh,

You might also like