You are on page 1of 36

PENJELASAN KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).Setiap etnik membawa sosio -budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu. Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengert ian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang undang, adat resam dan lain lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masy arakat yang lain, namun beberapa aspek yang sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lain -lain. Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat.

MASYARAKAT MELAYU

Definisi Melayu

Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya, Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing -masing. Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing dan lain-lain yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu. Orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu. Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di kawasan desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan. Kini, kewujudan kampung Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri di atas.

Sistem ekonomi

Orang Melayu yang tinggal di desa, menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, karet, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming). Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain -lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu perkotaan relatif masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk bukan pribumi, terutamanya orang Tionghoa. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Ramai yang tinggal di bandar -bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglo. Selain itu itu jug a, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi,

Sistem politik

Sistem politik Melayu adalah musyawarah, musyawarah dijalankan didalam lumbung yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Lumbung disini bukan hanya tempat penyimpanan padi atau hasil bumi, ia berfungsi sebagai wadah untuk menyimpan segala aset masyarakat setempat. Musyawarah yang dijalankan biasanya membahas mengenai pengelolaan sistem tanah adat berdasarkan budaya dan adat setempat. Suku melayu telah mengenal sistem politik yang egaliter dan mengakar kepada budayanya. Ini menunjukkan suku melayu mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat, sikap tolong -menolong dan kesetiakawanan sosial sebagai suatu permufakatan. Musyawarah juga merupakan sarana dimana rakyat dapat diposisikan untuk membangun aturan-aturan dasar dalam kehidupannya Sistem musyawarah ini lama kelamaan hilang diakibatkan hancurnya sistem tanah adat melalui culture stelsel yang dilakukan oleh kaum penjajah.

Agama dan kepercayaan

Orang Melayu beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam dise suaikan dengan unsur Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengobatan tradisional), dan dalam beberapa upacara adat.

Adat istiadat

Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Melalui principle of co -existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan diamalkan. Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibahagika kepada dua: seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabu ngan pelbagai unsur tempatan dan luar.

Sistem kekeluargaan dan perkawinan

Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok iaitu yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) dan yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system). Tetapi

disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam. Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami. Bentuk perka winan endogami (pipit sama pipit, enggang sama enggang), eksogami juga \diamalkan. Perkawinan campur juga wujud pada masa itu.. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang -undang perkawinan Islam (Mazhab Shafie).

Pendidikan

Sebelum penjajahan, orang Melayu mendapat pendidikan agama. Semasa penjajahan, peluang pendidikan sekular adalah terbatas, dan lebih berpusat di daerah perkotaan. Pendidikan sekular hanya dikembangkan selepas merdeka. Kini, pendidikan sekular menjadi saluran mobili ti sosial yang utama di kalangan orang Melayu. Kewujudan kelas menengah Melayu di Malaysia adalah melalui saluran pendidikan. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di semua institusi pengajian awam di Malaysia. Bahasa Melayu yang men jadi lingua franca penduduk Dunia Melayu (Nusantara) . Ia juga merupakan bahasa rasmi di Indonesia.

MASYARAKAT CINA

Kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke -19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Mereka mengamalkan penggunaan tiga bahasa yang berbeza mengikut tempat tinggal masyarakat cina iaitu Hokkien, Kantonis dan juga Mandari n.

ADAT RESAM ORANG CINA

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Pelbagai bentuk ada t resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak -tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat

sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja -kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluar kan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apa bila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam. Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fi zikalnya oleh orangorang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal

menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata. Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga. Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara -mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untu k ibu-ibu. Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik -beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir. Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang

kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Bunyi nama mestilah sedap didengar. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi. Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegag alan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. Kerumitan orang Cina memilih nama

yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab -kitab tertentu.

MASYARAKAT INDIA

Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri -ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri d aripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

ADAT RESAM ORANG INDIA

Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya . Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Keluarga amat penting dalam masyar akat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.

Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amat

penting bagi segala acara dan upacara untuk mengel akkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seor ang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut. Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil

menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatu r ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan se terusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bun ga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan did udukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai

memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah -buahan dan bung a-bungaan. Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk mena makan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran -jiran dijemput bersama meraikannya. Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat. Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut. Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebag ainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi

dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku. Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang. Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab -sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi. Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakuka n pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas -kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan b ayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.

Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita -cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan han ya diamalkan oleh generasi tua sahaja. Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yan g berkaitan dengan dewa-dewa. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama -nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

ORANG ASLI

Orang Asli adalah tema yang digunakan untuk kumpulan etnik pribumi yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Mereka dibahagi kepada tiga kumpulan utama: Negrito, Senoi dan Proto -Melayu. Kumpulan Negrito biasanya tinggal di utara, Senoi di pertengahan dan Proto -Melayu di selatan. Setiap kumpulan dan kumpulan etnik kecil mempunyai bahasa dan budaya tersendiri. Ada yang menjadi nelayan, peladang dan ada yang kerap berpindah -randah.

BABA DAN NYONYA


Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio -budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum -kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".

SUKU BAJAU

Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad -abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara . Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia. Suku kaum Bajau menganut agama Islam dan sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau mengahwini bangsa -bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku -suku kaum tempatan di Malaysia. Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga

membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan s atu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang kurangnya terdapat 26 sub bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara -negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei.

SUKU MOMUGUN RUNGUS

Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku k aum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad -abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau. Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat , Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran. Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus menganut agama Kristian, 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira -kira 1% Momogun Rungus beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat -adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan. Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturanperaturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".

Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara negara jiran seperti Indonesia dan Brunei. Bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terb esar di dunia.

SUKU IBAN

Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun -temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.

SUKU BIDAYUH

Kaum Bidayuh Sarawak terkenal kerana keramahan budaya mereka, selain menjadikan kawasan pergunungan sebagai tempat kediaman. Ada yang merupakan peladang, dan pemburu. Mereka juga terkenal untuk minuman tuak (arak beras ). Sewaktu zaman pemburuan kepala, hasil pemburuan tersebut diletakkan di dalam sebuah baruk. Baruk adalah sebuah rumah bulat yang dahulu kala menjadi tempat bagi pemuda Bidayuh mengawal kampung mereka. Ia dibina tinggi, kira -kira 1. 5 meter dari tanah dan berfungsi memantau pergerakan dari pelbagai arah. Asalnya mereka mengamalkan ajaran animisme dan kini ramai yang telah memeluk agama Kristian.

KADAZAN DUSUN
Kumpulan etnik terbesar Sabah, Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi negeri itu. Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun mereka digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman p adi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan.

SUKU MURUT

Kaum etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi 3% populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka menanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Seperti kebanyakan kaum pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil sen i manik yang menarik.

PENGHURAIAN KEPENTINGAN KESEDARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA GURU

Menurut Wirth (1938), atas persamaan hasrat, kepentingan kebendaan dan kontraktual, masyarakat heterogenus di bandar akan terus terikat dan bergantung antara satu sama lain sehingga membentuk sentimen komunal. Sementara itu, kemunculan elemen hegemoni atau superior antara budaya yang berada dalam lingkungan masa dan ruang yang sama boleh dibendung bagi mengelakkan konflik yang lebih rumit. Sehubungan itu, dalam membinc angkan perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan di negara ini pendekatan yang harus dibangunkan ialah pendekatan budaya, iaitu menjadikan trait -trait budaya yang pelbagai sebagai dasarnya. Oleh itu, setiap guru haruslah mempunyai kesedaran tentang kepe ntingan kepelbagaian budaya. Oleh kerana proses pendidikan merupakan proses pembudayaan, maka masyarakat yang berbeza budaya dapat dipadukan menerusi proses pendidikan. Penerapan kepelbagaian budaya dalam pendidikan adalah sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan dengan memberi penekanan terhadap prisip saling memahami dan menghormati antara kaum, etnik dan sub budaya. Kepelbagaian kebudayaan haruslah diketengahkan secara meluas dalam pendidikan oleh guru kerana berdasarkan identiti penduduk ia membentuk jati diri sesebuah masyarakat setempat. Keperluan terhadap pendidikan

kepelbagaian kebudayaan menjadi lebih ketara kepada negara yang berjaya mencapai kemerdekaan setelah dibelenggu oleh kuasa imperialis. Pendidikan

merupakan salah satu agen pewarisan budaya. Menerusi peranan ini, pendidikan telah meyampaikan pelbagai ilmu dan menanamkan pelbagai nilai dan kemahiran hidup seperti yang terkandung dalam kurikulum pendidikan. Pendidikan dilihat sebagai satu -satunya agen dan proses yang menyambung dan mengekalkan pewarisan budaya, di samping menggalakkan pengembangan ilmu yang boleh menggiatkan lagi daya cipta bagi memperkayakan budaya bangsa berkenaan (Asiah Abu Samah, 1985:114 ). Amalan-amalan budaya dalam

pendidikan pada tahap ini bukan sahaja dari perkembangan dalaman budaya sendiri bahkan juga hasil penyerapan unsur -unsur budaya asing. Pendedehan ini akan mewujudkan perpaduan di antara pelajar yang terdiri daripada berbilang bukan dan

kaum dan berbeza latar belakang . Pembahagian kumpulan heterogeous sahaja mewujudkan interaksi di antara pelajar berlaianan jantina

berlaianan pencapaian akademik malah ia juga akan membantu pelajar untu k mengenali budaya dan sesuatu adat . Para pelajar akan bersatu padu aktiviti untuk yang

menyelesaikan

masalah atau

untuk menjalankan

diberikan oleh guru

semasa

proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan ini ,

tidak ada sebarang kelompok pelajar merasakan diri mereka tersisih di bilik darjah atau pun sekolah.Jika pelajar tidak berasa diri mereka tersisih mereka akan bergaul dengan pelajar lain dengan mesra; Penerimaan dan penggunaan prinsip kepelbagaian kebudayaan dalam proses pendidikan di sekolah pada hari ini ternyata amat diperlukan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan pembinaan negara bangsa Malaysia, maka pola dan tahap inte raksi sosial serta kefahaman budaya antara pelajar sekolah perlu diteliti dan diperkemaskan. Pada masa yang sama, fungsi guru dan bahan pengajaran yang digunakan dalam memberikan pendedahan mengenai prinsip kepelbagaian budaya juga perlu diberikan perhatia n sewajarnya. Makan pendidikan yang member pendedahan tantang budaya akan membantu generasi murid merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.

Penerapan amalan silang budaya dalam sistem pendidikan negara khasnya dalam proses p&p dan persekitaran bilik darj ah. Kedua-dua aspek berkenaan perlu dirancang dengan teliti kerana guru perlu menentukan bentuk -bentuk sosiobudaya yang hendak diterapkan melalui bahan -bahan pengajaran yang digunakan. Proses perancangan ini akan melibatkan perkara -perkara seperti mengenal pasti latar belakang diri, keperluan, pengetahuan pelajar serta kemahiran yang hendak disampaikan. Seterusnya, guru perlu menentukan objektif pengajaran, isi pelajaran, bahan pengajaran, tajuk, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai

Keberkesanan kurikulum yang sedia ada dalam meningkatkan tahap pemahaman pelajar sekolah terhadap ciri -ciri dan amalan budaya yang pelbagai di

negara ini demi mencapai perpaduan yang lebih jitu. Guru -guru harus menggunakan kebijaksanaan dalam menjayakan kurikulum agar t idak memaksa atau mempengaruhi cara berfikir seseorang dalam pengajaran kerana nilai serta kepercayaan masyarakat akan berkembang, berubah mengikut masa, tempat, dan pendidikan. Perlu disedarai bahawa dalam situasi masyarakat majmuk, budaya yang dimilki juga adalah majmuk. Justeru, bahan pengajaran termasuk buku -buku teks perlu lebih berupaya menonjolkan dengan tepat pola budaya yang heterogenous di negara ini.

Keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menghadapi survival heterogeniti masyarakat d an pelajar di negara ini. Dengan memperkasakan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat majmuk, kefahaman dan kesedaran terhadap kepentingan kebudayaan kebangsaan akan dapat diterapkan dalam sistem, falsafah dan kurikulum pendidikan nasional. Selain itu , penelitian terhadap perkembangan dan fenomena sosial di sekolah amat penting bagi menentukan hala tuju dan perancangan dasar yang lebih praktikal. Maka guru haruslah mempunyai kesedaran tentang ini dalam menyampaikan konsep kebudayaan dalam

pendidikan.Dengan ini,

guru dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara

murid-murid di dalam kelas. Guru dapat menjalinkan hubungan mesra dengan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, guru juga dapat melibatkan semua murid -murid dalam sesuatu aktiviti tanpa mengira kaum. Penglibatan murid -murid dalam sesuatu aktiviti di dalam pengajaran dan pembelajaran guru dapat memupuk semangat belajar di kalangan murid -murid di dalam kelas.

Secara kesimpulannya, kemasukan nilai dan budaya ya ng pelbagai dari luar lingkungan masyarakat majmuk pada hari ini menjadikan kesedaran dan fahaman terhadap kepelbagaian budaya ini lebih penting. Tanpa kesefahaman dan toleransi, generasi muda akan menjadi terasing dan terpinggir dalam kepelbagaian nilai d an budaya tersebut. Sebaliknya, dengan adanya saling faham dan celik budaya, satu landasan ke arah pembentukan masyarakat majmuk yang bersatu dan saling menghormati akan tercapai. Pada masa yang sama, pemahaman umum terhadap kefahaman dan penerimaan pelbag ai ciri budaya asing di negara ini akan dapat

ditingkatkan dan menjadi lebih signifikan. Ini amat sesuai dalam konteks kedudukan negara ini yang mempunyai suku kaum dan latar belakang budaya yang rencam.

PERBINCANGAN MENGENAI IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA




Kepelbagaian sosio-budaya dalam system masyarakat majmuk di negara kita akan memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran se cara khasnya. Implikasi kepelbagaian sosio-budaya ini dapat dilihat melalui peranan murid, peranan guru , peranan sekolah dankurikulum.

peranan murid
peranan guru

peranan sekolah
kurikulum tersirat

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

Peranan Guru

Peranan guru amat penting dalam dalam memberi kesan kepada kepelbagaian sosio budaya. Pertama guru perlulah menjalankan tugas dengan profesional dan berdedikasi.ini adalah penting bagi mengelakkan sikap bias dan pilih kasih terhadap kaum sendiri. Kedua guru juga perlulah memastikan perbezaan kelas sosial perlu ditangani sebaik mungkin supaya murid tidak berasa dipinggirkan. Ini bermaksud guru tidak mengelompokkan murid mengikut kelas sosial mereka. Contohnya anak seorang doktor dengan anak seorang buruh tidak boleh berada dalam saru kumpulan. Pengendalian kelas sosial mampu menangani masal ah kelompok yang

menyebabkan jurang perkauman. Ketiga, guru perlulah menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai untuk mengembang potensi secara optimum. Seorang guru perlu arif tetang keupayaan, tahap tahap perkemban gan muridnya. Ini adalah kerana pemahaman tentang keupayaan murid dapat membantu guru memilih

kaedah pengajaran yang sesuai. Keempat guru juga perlulah menepati masa dan menggunakan bahan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap murid dan tidak harus menye ntuh sensitiviti perkauman dan kepercayaan. Ini adalah keran isu sensitivity perkauman ini akan menimbulkan konflik dalam diri murid dimana ia akan meminbulkan perasaan benci dan rasisme. Kelima jika guru peka terhadap kepelbagaian sosiobudaya, guru boleh merancang aktiviti yang boleh disertai oleh semua murid, merumuskan hasil

pembelajaran dengan kaedah yang menarik. Guru juga perlulah mencatat kemajuan dan kelemahan dalam setiap pengajaran serta mencari peluang untuk

pengubahsuaian ke arah yang lebih baik . Ini adalah kerana selepas penilaian dilaksanakan, pemulihanan dan penggayaan dapat dimajukan supaya kesemua murid mencapai hasil pembelajaran. Oleh kerana pendidikan merupakan faktor utama untuk mencapai misi nasional, guru memainkan peranan penting dala m kejayaan misi ini.ini adalah kerana guru adalah sumber utama pengetahuan serta sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama, guru adalah agen perubahan dan sumber inspirasi murid.

Peranan Murid

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya adalah lebih majoriti kepada murid kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Sebagai guru, mereka perlulah membersihkan hati murid melalui pendidikan yang terbaik. Ini adalah kerana kerap kali terdapat perbezaan antara individu murid dengan kumpulan murid lain. Jadi guru perlulah peka dan mendalami hati pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga berperanan menggunakan kemahiran optimum dalam pengurusan bilik darjah sert a guru perlulah memahami tingkah laku dan budaya murid supaya tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang tepat dan betul. Terdapat beberapa panduan dalam memahami tingkah laku murid. Pertama guru perlulah menyenaraikan maklumat yang perlu diketahui oleh murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah p eraturan, sebab dan objektif. Ini adalah kerana dalam sebuah bilik darjah murid -murid terdiri daripda kumpulan sosila dalam kelompok berlaina bangsa seperti malayu, cina dan india. Ini ada lah supaya guru peka terhadap keperluan tersendiri sesuatu kaum. Kedua guru perlulah menyemai sikap percaya antara guru dan murid serta murid dan murid. Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah menyediakan aktiviti yang boleh menyemai semanga t saling mempercayai dalam diri murid. Contohnya membuat aktiviti gotong royong di rumah murid mengikut kaum. Contohnya murid bangsa cina bermalam dan menjadi anak angkat kepada keluarga kaum melayu. Ini sekaligus dapat mengembangkan proses sosialisasi an tara kaum seterusnya perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat.

Ketiga walaupun murid tinggal di negeri yang mempunyai dialek yang tersendiri, tetapi penggunaan bahasa yang standardadalah sangat digalakkan. Penggunaan dialek adalah perlu dielakkan. Ini bole h dibentuk apabilag guru menggunakan bahasa yang betul walaupunguru tersebut berasal daripada negeri yang sama. Aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa adalah sangat digalakkan seperti Minggu Bahasa. Keempat, interaksi adalah sangat penting dala m membina perhubungan. Oleh yang demikian aktiviti yang melibatkan rakan berlainan jantina adalah digalakkan. Namun demikian kesedaran batasan dalam perhubungan adalah perlu dititik beratkan agar tidak timbul masalah social. Kelima, guru perlulah menggunak an pendekatan penyayang seperti

menggunakan bahasa lembut, menegur dengan berhemah. Cara ini dapat mempercepatkan proses kesetiaan murid terhadap guru dan seterusnya kualiti memindahkan maklumat guru kepada murid dapat ditingkatkan. Keenam murid perlulah menguasai kemahiran berkomunikasi yang

dijelmakan melalui cara bertutur, bahasa badan, penulisan, penggunaan alat seperti komputer. Ini adalah supaya pembentukan akhlak mudah dilakukan dimana murid mudah terima motivasi secara berhemah. Salah satu cara untu k memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui komunikasi adalah melalui senyuman. Ketujuh, murid perlulah mengalami budaya belajar ceria. Budaya belajar yang ceria adalah seronok, kreatif, inovatif, penyertaan aktif. Kemahiran belajar caa belajar kini adalah lebih mementingkan aspek nilai murni dan hubungan mesra

supaya murid kembangkan potensi diri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Kelapan murid perlulah mempunyai disiplin yang tinggi seperti guru membuat peraturan dan pendekatan yang yang digunakan perlulah berhemah tegas bukan tujuan mendera tetapi pengajaran. Murid juga perlulah diberi i pengiktirafan apabila ada peningkatan. Guru juga perlulah membiasakan murid datang kelas tepat pada waktunya. Anata langkah yang boleh dilaksanakan ialah guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan mengelakkan aktiviti yang membosankan. Akhir sekali guru juga perlulah mempunyai kemahiran mengawal kelas. Ini adalah supaya menambahkan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .

Peranan Sekolah

Pendekatan sekoah penting bagi memastikan kepelbagaian pendidikan untuk memenuhi kebolehan murid di pelbagai jenis sekolah. Terdapat pelbagai pilihan sekolah dalam sistem pendidikan negara. Antaranya ialah:
ALIRAN JENIS SEKOLAH

Sekolah rendah

SK (Bahasa Kebangsaan) SJKC (Bahasa Cina) SJKT (Bahasa Tamil) SBT SMT SMKA Sekolah Model Khas

Sekolah menengah

SMK Harian Sekolah yang dikendalikan agensi lain:


o MRSM o Sekolah swasta o Sekolah antarabangsa

Sekolah

berasrama

Beri peluang kepada murid cemerlang, luar bandar khususnya mendapat pendidikan terbaik dalam bidang akademik,

penuh (SBP)

kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP ada keistimewaan masing-masing dalam bidang kokurikulum seperti ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsa r, pancaragam di Sekolah Tun Fartimah dan pidato di Kolej Islam Sultan Alam Shah, (KISAS). Sekolah teknik menengah Peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Bidang vokasional spt ERT dan pertanian. Bidang teknikal spt kejuruteraan elektrik dan mekanikal.

Sekolah

Menengah

Menyediakan pendidikan islam kepada murid. Memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan dan beri peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan luar negara.

Kebangsaan Agama (SMKA)

Menunjukkan komitmen KPM untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid -murid.

Sekolah Primier

Sekolah yang mempu nyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan beri sumbangan kepada negara sejak penubuhannya.

Menjadi lambang kebanggan negara sejak penubuhannya. Melahirkan tokoh negara dan korporat. Contoh. Sekolah Zainab(Kelantan), Victoria Institu tion (KL), Maktab Sultan Ismail (Kelantan).

Sekolah 100 tahun

Dibina sebelum tahun 1905. Mempunyai ciri tinggalan sejarah. Sebahagiannya adalah sekolah primier. Banyak memberi sumbangan kepada negara. Cth: Penang Free School, Sekolah Tinggi Melaka, Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Sekolah Bestari

Kebanyakannya di Putrajaya dan Cyberjaya Mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur lengkap, terletak di kawasan strategik, berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.

Sekolah Model Khas

Gabungkan murid tahap II sekolah rendah dan murid sekolah menengah dalam satu bumbung.

Sekolah Khas Pendidikan

Konsep baru menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif. SMK Clifford, Kuala Lipis dan SMK Bukit Jenun Pendang, Pahang Pendidikan dan disleksia. Khas kepada murid bermasalah penglihatan,

pendengaran dan pembelajaran, autisme, syndrom down, ADHD

Supaya mereka menjadi insan yang berdikari, dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Sekolah Wawasan

SMPK Inderaputra (bisu, pekak, buta Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid. Dahulu terasing antara satu sama lain dan telah disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam

Penekanan semangat perpaduan sejak kecil memudahkan memupuk semangat perpaduan.

Kepelbagaian sosio -budaya telah mewujudkan sekolah yg terdiri dari pelbagai bangsa.

KPM berusaha atasi masalah masalah kepelbagaian sosio budaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Contoh:
o RIMUP (Program Integrasi Untuk Perpaduan) o Untuk memupuk perpaduan tanpa mengira kaum.

Pembinaan masyarakat.

sekolah

mengambil

kira

tahap

kelas

sosial

Peluang yang sama untuk terima pendidikan. Murid dari kaum berlainan mula menerima budaya dari kaum lain. Sekolah aliran agama menunujukkan komitmen KPM untuk terapkan nilai kerohanian dan kepercayaan beragama.

Sekolah merupakan tempat pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Nilai diterapkan tanpa mengira latar sosial mereka. Pihak sekolah:
o Menggunakan bahasa rasmi o Menggalakkan murid melibatkan diri dalam akticiti yang

dianjurkan oleh sekolah.


o Beri sokongan moral dan material kepada murid. o KPM juga menubuhkan sekolah yang terdiri daripada interaksi

murid yang berlainan jantina.


o Murid lelaki dan perempuan bebas berinteraksi dalam aktiv iti

pembelajaran.
o Mewujudkan pola interaksi berkesan dalam membenuk

perpaduan dan integrasi masyarakat.


o Pihak sekolah mengelola aktiviti melibatkan murid pelbagai

jantina.
o Namun masih mengamalkan nilai dan budaya masyarakat.

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera. Syukur kepada tuhan kerana dengan bantuan dan restunya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Danapalan A/L Govindhan kerana telah memberi banyak panduan kepada saya di dalam memastikan tugasan ini dibuat dengan betul dan bersistematik. Penerangan yang diberikan oleh beliau sangat jelas. Tanpa bantuan beliau sudah pasti saya menghadapi lebih banyak masalah dan kekeliruan di dalam menghasilkan tugasan yang terbaik. Terima kasih tidak terhingga juga buat rakan seperjuangan yang banyak membantu di dalam berkongsi maklumat dan pendapat. Kerjasama mereka semua amat saya hargai. Perbincangan dengan rakan -rakan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dari segi motivasi dan material di dalam memastikan tugasan ini dapat diselesaikan. Akhir sekali terima kasih buat semua yang telah memberikan idea bagi menghasilkan tugasan yang terbaik. Kerjasama dan persefahaman amat dihargai.

Sekian, terima kasih

REFLEKSI
Saya Malini A/P Munusamy dari unit BT/ PJ /SAINS semester 5 diberi tugasan bagi subjek Budaya dan Pemb elajaran (EDU3106) oleh En Danap alan. Tajuk tugasan kami adalah berdasarkan konsep kepelbagaian budaya di Malaysia, kepentingan kesedaran kepelbagaian budaya kepada guru dan juga mengenai implikasi kepelbagaian budaya kepada sistem pendidikan di Malaysia. Kami juga diminta untuk menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) yang

berkaitan dengan pembelajaran berkesan yang mesra budaya dan adat resam. Pertama sekali, saya ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami En Danapalan yang banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Selepas mengedarkan tugasan ini beliau telah memberikan penjelasan yang cukup baik sehingga kami faham akan topik yang telah diberikan. Beliau juga membantu menyelesaikan masalah yang kami hadapi sepanjang tug asan ini disiapkan. Dengan adanya kemudahan wireless di IPRM saya telah cuba mencari maklumat-maklumat yang diperlukan, tetapi saya tidak mendapat segala maklumat yang saya perlukan melalui internet. Saya juga telah mencari maklumat di pusat sumber. Buku-buku yang berkaitan dengan tajuk budaya agak kurang tetapi saya berusaha untuk mendapatkannya. Pusat sumber perlu menyediakan banyak lagi buku untuk memudahkan para pelajar. Semasa membuat tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara tentang budaya masyarakat Malaysia. Tambahan pula, saya juga telah mempelajari adat istiadat masyarakat majmuk masyarakat di Malaysia. Makanan, alat muzik,

tarian, pakaian dan juga perkahwinan kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan juga kaum-kaum minoriti di Malaysia.

Akhirnya, saya telah menyiapkan tugasan ini dengan baik sekali. Saya berasa sangat berpuas hati dengan hasil kerja saya. Apa yang saya perolehi melalui tugasan ini akan saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa depan. Sekian, terima kasih

You might also like