KAJIAN TENTANG FAKTOR PELAJAR MELAYU TINGKATAN 5
2011
hingga 40 dalam peperiksaan yang diperoleh melalui Puan Siti Thalha binti Sheikh Abu Bakar iaitu KetuaPanitia mata pelajaran bahasa Inggeris tingkatan 5 SMK Raja Muda Musa. Berdasarkan analisis dapatankajian, terdapat beberapa faktor mengapa pelajar Melayu tingkatan 5, Sekolah Menengah KebangsaanRaja Muda Musa tidak menguasai mata pelajaran bahasa Inggeris seperti faktor sosio budaya,persekitaran, keluarga, rakan sebaya dan diri sendiri. Dengan adanya kajian ini, diharapkan semua pihakyang terbabit dapat memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi perkara ini.
PENDAHULUAN
Penubuhan sekolah Inggeris adalah berteraskan falsafah untuk memperkembangkan agamaKristian dan menyebarkan ideologi penjajah Inggeris. Sekolah yang pertama ialah di Penang FreeSchool, Pulau Pinang (1816). Sekolah Inggeris terbahagi dua jenis, iaitu sekolah Free School yangmendapat bantuan daripada kerajaan . Jenis kedua ialah sekolah Inggeris separa bantuan yangditubuhkan serta dibiayai oleh persatuan mubaligh Kristian dengan mendapat bantuan kewangandaripada kerajaan. Hala tuju pendidikan Inggeris pada masa ini adalah untuk melatih tenaga kerja sepertikerani dan juruteknik bagi jabatan-jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun, dalam memenuhi permintaangolongan bangsawan Melayu, pihak Inggeris yang bercorak Grammar School di England. Pihak Inggerismemperkenalkan Special Malay Class pada tahun 1930an bagi memberi implikasi besar dalam hala tujupendidikan masyarakat Melayu kerana menyedarkan orang Melayu dari golongan bawahan untuk turutsama mendapatkan pendidikan Inggeris. ( Dewan Bahasa dan Pustaka 1993)Menurut Sufean Hussin (1993) pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggerisdi ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis jenis pendidikan yang telahdiwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibatkewujudan sistem ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat telah menyebabkankonsep integrasi atau perpaduan kaum sukar dilaksanakan. Sistem pendidikan pada masa pemerintahanInggeris telah menimbulkan situasi yang rumit dalam sistem pendidikan sekarang dari segi keseragamandan pencapaian hasrat integrasi nasioanal.Walau bagaimanapun, kerajaan sedang mengkaji untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar baru bagi memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi muridtahun satu mulai 2011 berbanding cadangan asal pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata pelaksanaan lebih awal MBMMBI bagi menggantikanPengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung kepada
3