You are on page 1of 14

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

PENGHARGAAN

, Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En. Baharudin Bin Hassan di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilaiharganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. Terima Kasih. Azman Bin Salleh 750312-02-5163
Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

KANDUNGAN Halaman PENGHARGAAN KANDUNGAN 1. PENDAHULUAN 1.1 Soalan Tugasan 1.2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1 (Hanya tunjang pembelajaran yang dipilih) 3 2. TUGASAN 1 2.1 Rancangan Pengajaran Harian 2.2 Huraian Penggunaan 2.2.1 Konsep 2.2.2 Kaedah 2.2.3 Pendekatan 3. RUMUSAN 4. BIBLIOGRAFI 5. LAMPIRAN Persembahan MS Power Point dalam bentuk CD dilekatkan di kulit belakang. 12 13 14-15 4-5 6-8 1-2 i ii

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU Tahun / Kelas Tarikh Masa Bil Murid Tunjang Pembelajaran Tajuk Hasil Pembelajaran : 1 Bijak : 28 Februari 2008 : 10.35pg 11.35 pg : 32 orang : Kesihatan Diri Dan Keluarga : Kesihatan Diri : Aras 1: Menyatakan bahagian tubuh badan. : menyatakan cara menjaga kebersihan gigi. Objektif Aras 2 :Menerangkan kepentingan menjaga kebersihan gigi. Aras 3 : Menerangkan akibat kecuaian menjaga kesihatan diri : Pada akhir pengajaran dan pemnbelajaran, murid dapat: 1. mengenali bahagian tubuh badan dan menjaga kebersihan mulut. 2. memahami cara melahirkan perasaan mengikut situasi. Pengetahuan sedia ada murid : 1. mengetahuai sebahagian nama anggota badan. 2. mengetahui kepentingan menggosok gigi ketika belajar di prasekolah. Nilai Murni BBM
Azman Bin Salleh 750312-02-5163

: Sayangi diri dan bersyukur : slaid Power Point, Lembaran kerja

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

KBKK Langkah Pengajaran / Masa Set Induksi 5 minit

: Membuat urutan Aktiviti Perkembangan Isi Pelajaran Guru bersoal jawab dengan murid sambil menunjukkan bahagian anggota badan: 1. kepala 2. tangan 3. abdomen 4. kaki soalan: 1. Apakah nama bahagian yang cikgu tunjuk? Jawapan murid: Seperti di atas. Guru menayangkan slaid Power Point yang menunjukkan bahagian Kecerdasan Pelbagai: Verbal Linguistik Pengajaran dan Pembelajaran Murid memerhati dan mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru. Strategi / Alat/ Bahan / Nilai / Catatan Strategi: pemerhatian

Langkah 1

Guru menyediakan slaid Power Point.

Strategi: Pemerhatian Konstektual ABM: Slaid

10 minit

tubuh badan. Murid melihat sambil memegang bahagian tubuh mereka mengikut slaid yang dipaparkan.

Murid mendengar dan melihat demngan penuh perhatian. Murid mengikut arahan guru supaya memegang

Power Point.

Kecerdasan Pelbagai: Kinestatik

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

bahagian yang Langkah 2 20 minit -Guru menerangkan tentang bahagian kepala kepada murid dan menekankan tentang penjagaan kebersihan mulut. - Guru menyoal murid: Siapa yang gosok gigi hari ini? Kenapa kita perlu menggosok gigi? Berapa kali kita perlu menggosok gigi dalam sehari? - Contoh jawapan Murid: Saya Supaya gigi kita bersih, sihat dan kuat. Dua kali sehari. Murid berdiri sambil menyanyi lagu bersama guru dengan perasaan gembira. Kecerdasan Pelbagai: muzik Murid cuba menjawab soalan guru. ABM: Laptop, LCD, Slaid Power point diterangkan. Murid mendengar dengan penuh minat. Teknik: Soal jawab Kaedah: Sumbangsaran Pendekatan: Kontekstual

Guru tayangkan lirik lagu Gosok Gigi Kamu melalui slaid power point.(rujuk lampiran)

- Guru Menyanyi kemudian diikuti oleh murid.


Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

Langkah 3 20 minit

Guru menunjuk cara memberus gigi dengan betul.

Murid memberi tumpuan dan mengikut arahan guru.

Kaedah : Demonstrasi KBKK: Menurut urutan

Murid mengikut guru menggayakan cara memberus gigi dengan betul.

Murid cuba menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru

ABM : Lembaran kerja

Guru edarkan lembaran kerja kepada murid. (rujuk lampiran)

Murid menulis nombor mengikut urutan memberus gigi secara yang betul.

Penutup 5 minit

Guru menunjukkan hasil kerja murid yang terbaik kepada kelas.

Murid memerhati dan mendengar dengan penuh minat.

Teknik : ceramah

Guru memberi pujian kepada murid yang telah berjaya menyiapkan lembaran kerja. Kaedah:

Guru menerangkan kepentingan menjaga anggota badan dan salah satunya ialah gigi.

sumbangsaran

Guru membuat refleksi dan menguji Murid cuba

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

pemahaman murid dengan menyoal: 1. Apa akan berlaku jika kita tidak menjaga kebersihan anggota badan kita? 2. Apa akan berlaku kalau kita malas gosok gigi? Contoh jawapan murid: 1. Anggota badan kita akan sakit, selekeh dan berbau busuk. 2. Gigi kita akan sakit,kuning, rosak, berlubang dan tertanggal. Guru tamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini dengan memberi pujian kepada murid di atas jawapan atau pendapat mereka.

menjawab dan memberikan pendapat mereka. Murid dapat menghargai ilmu yang telahy mereka pelajari hari ini. Nilai: sayangi diri dan bersyukur.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

Refleksi Guru:

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

HURAIAN PENGGUNAAN KONSEP, KAEDAH DAN PENDEKATAN KONSEP: Konsep pembelajaran yang saya gunakan di dalam rancangan mengajar ini lebih kepada konsep pembelajaran kontekstual. John Dewey (1916) merumuskan bahawa pelajar akan belajar dengan lebih baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku dipersekitaran. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh John Dewey, kita boleh menganggap bahawa pelajar menggunakan pengalaman mereka di tempat atau situasi yang lain lalu dikaitkan dengan pembelajaran mereka. Bermaksudnya, pelajar cuba menggabungkan isi kandungan pelajaran yang diajar oleh guru dengan pengalaman harian mereka samada melalui pengetahuan melalui ibu bapa, rakan rakan atau media massa. Di dalam rancangan mengajar ini, saya cuba mengaitkan pengalaman pelajar tentang kepentingan kita sebagai manusia untuk menjaga kebersihan diri terutama gigi. Pelajar mungkin telah diasuh untuk menggosok gigi di rumah dan juga mengetahui atau berpengalaman mengalami sakit gigi. Melalui cara ini, pemahan pelajar lebih dapat dipertingkatkan dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. Selain itu, melalui konsep konstektual ini, pelajar dapat mengukuhkan lagi pemahaman dan pengetahuan mereka. Sebagai contoh, pelajar telah mengetahui kepentingan memberus gigi namun mereka belum mengetahui cara memberus gigi dengan betul maka, selepas pembelajaran, pelajar telah mengetahui cara dan urutan yang betul apabila memberus gigi. Kesimpulannya, saya memilih konsep ini kerana pelajar yang saya pilih adalah pelajar tahun satu. Mereka memerlukan sesuatu keadaan yang mereka pernah alami agar dapat mengukuhkan lagi pemahaman mereka. Melalui konstektual, pelajar belajar dari konkrit kepada yang abstrak maka, kesesuaiannya untuk pelajar tahun satu untuk diajar menggunakan konsep konstektual.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

KAEDAH Terdapat dua kaedah yang saya gunakan di dalam rancangan mengajar saya ini iaitu kaedah demonstrasi dan sumbangsaran. Menurut Modul OUM HBHE1203, Pedagogi Pendidikan Kesihatan (2007), Kaedah demonstrasi merupakan cara pengajaran di mana sesuatu pertunjukan secara amali dijalankan di hadapan murid murid. Ia diamalkan bertujuan untuk menerangakan isi pelajaran kepada murid agar pemahaman mereka dapat dipertingkatkan lagi. Kaedah ini juga bergantung kepada bagaimana guru tersebut mampu melakukannya dengan terbaik agar murid murid dapat menumpukan perhatian dan dapat menarik minat mereka . Di dalam rancangan penagajaran saya ini, saya menggunakan kaedah demonstrasi pada waktu menunjukkan cara cara yang betul memberus gigi. Ini amat penting untuk menerangkan kepada murid murid gigi yang mana perlu diberus dahulu dan kawasan kawasan penting yang perlu di berus. Ini bagi mengelakkan murid murid salah memberus dan tertinggal kawasan kawasan penting itu di mana ia tetap akan menyebabkan kerosakkan gigi. Selain itu, pada peringkat tahun satu, amat penting bagi seorang guru menggunakan kaedah ini agar murid di tahap ini dapat melihat dan memahaminya terlebih dahulu. Kaedah yang kedua ialah kaedah sumbangsaran. Walaupun masih di tahun satu, guru sebenarnya boleh membantu murid tahun satu melahirkan pendapat mereka melalu kaedah ini dengan cara penyoalan. Secara tidak langsung guru dapat melihat murid- murid yang berpotensi dan berani menyuarakan pendapat. Ini penting kerana di peringkat ini, murid murid tahun satu cukup bersemangat dan berminat menjawab soalan soalan yang diutarakan oleh guru. Kesimpulannya, saya memilih kaedah ini berasarkan tahap murid murid saya yang terdiri daripada tahun satu. Kaedah ini amat mudah untuk mereka ikuti dan pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan seronok.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDEKATAN: Pendekatan yang saya gunakan di dalam rancangan pengajaran saya ini ialah pendekatan Konstektual. Pemilihan pendekatan ini kerana saya konsep pengajaran saya kali ini lebih berbentuk konstektual. Berdepan dengan pelajar diperingkat tahun satu, pendekatan yang mudah dan bersifat pengalaman sekeliling amat penting membantu mereka untuk belajar. Ia amat berlainan dengan pendekatan untuk tahap dua kerana mereka dapat melihat sesuatu yang lebih abstrak. Maka, pemilihan pendekatan ini adalah sebagai pemudah cara untuk murid murid tahun satu belajar melalui pengalaman mereka terutama mengenali bahagian tubuh badan, menjada kebersihan gigi, cara menggosok gigi dan akibat atau kesan daripada tidak menjaga kebersihan pada anggota badan terutama gigi. Kesimpulannya, pendekatan ini sememangnya dapat membantu guru menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Murid pula dapat menghubungkaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Melalui cara ini, mereka akan menemui sesuatu pelajaran yang baru dan lebih bermakna.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

RUMUSAN Secara keseluruhan membuat tugasan ini, sedikit sebanyak telah membantu saya meningkatkan lagi kemahiran mengajar saya. Sesungguhnya walaupun telah bertahun mengajar namun, pastinya seseorang guru itu perlu juga membuat rujukan atau ulangkaji ketika menyediakan rancangan mengajar hariannya. Seorang guru juga perlu melihat dan menilai keberkesanan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakannya. Ini dapat membantu guru meningkatkan kualiti kerjanya dan secara tidak langsung menjadikan pengajarannya lebih seronok dan memahamkan pelajarnya. Dari sudut lain pula, penghasilan bahan bahan berbentuk elektronik ini amat bagus dan mampu menarik minat para pelajar. Melalui cara ini, pelajar lebih teransang untuk mengikuti pelajaran dan guru dapat memanipulasi perisian perisian untuk menjadikan bahan tersebut lebih menarik dan bermakna. Akhir sekali, saya berharap melalui tugasan ini, saya dapat mepertingkatkan lagi mutu kerjaya saya sebagai seorang pendidik dan memberi apa yang terbaik untuk pelajar, sekolah, masyarakat dan Negara.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

BIBLIOGRAFI

Canadian Dental Assosiation, Flossing and Brushing, diperolehi pada 28 Februari 2008 dari http://www.cda-adc.ca/en/oral_health.asp Open University Malaysia (2007) HBHE 1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1, diperolehi pada 28 Februari 2008 dari http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pk/hsp_p_kesihatan_y123456.pdf

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

OUM HBHE 1203 PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

Lembaran Kerja: Nama: ______________________________ yang betul Kelas: __________ Berikan nombor pada gambar di bawah mengikut urutan cara memberus gigi

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

You might also like