Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Champa - Negara Melayu Yang Hilang Di Peta Dunia

Champa - Negara Melayu Yang Hilang Di Peta Dunia

Ratings: (0)|Views: 63 |Likes:
Published by Effandi Abu Bakar

More info:

Published by: Effandi Abu Bakar on Jun 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/14/2011

pdf

text

original

 
Saturday, June 11, 2011
Champa : Negara Melayu Yang Hilang Dari Peta Dunia
Ratusan tahun sebelum Bangsa Melayu menangisi kehilangan pulau Singapura, kitatelah lama kehilangan satu wilayah yang cukup luas, iaitu hampir meliputi keseluruhanpantai timur Indochina. Lebih menyakitkan, wilayah tersebut menyimpan seribu saturahsia dan bukti tamadun awal rumpun Melayu yang pernah menguasai hampirkeseluruhan kawasan daratan dan perairan Asia Tenggara. Negara tersebut, tidak laindan tidak bukan, adalah Champa, yang telah berhadapan dengan serangan dan migrasibesar-besaran secara berterusan selama ratusan tahun daripada satu kaum yangberasal dari selatan Negara China iaitu Dai-Viet. Kehilangan Champa sama sepertikehilangan Patani yang mewarisi keagungan Langkasuka juga akibat serangan danmigrasi berterusan daripada kaum Thai (Sukotai, Ayutthaya dan Chakri) yang jugaberasal dari selatan China. Champa, atau apa jua panggilan kepadanya, seperti Lin Yidan Houan-Wang (catatan China), Kembayat Negara (Syair Siti Zubaidah
 –
PerangChina), dan Tawalisi (catatan Ibnu Battutah) kini hanya tinggal sejarah danpenduduknya hidup bertaburan terutamanya di Vietnam serta Kemboja dan menjadikaum minoriti di bumi sendiri.
 
 
Kali terakhir Champa berjaya bangkit membela nasib sendiri adalah semasa di bawahpemerintahan Raja teragung mereka iaitu Che Bo Nga, yang dinyatakan dalam lagendaCham sebagai Binasuar, manakala Sejarah Dinasti Ming mencatatkan namanyasebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho, memerintah mulai sekitar tahun 1360 Masihi. Malangnya,
kebangkitan Che Bo Nga ibarat seperti ‘sinar matahari yang penghabisan sebelumterbenam’. Di bawah pimpinan baginda, Champa kembali bangkit dari tahun 1361
hingga 1390 Masihi dengan melancarkan beberapa serangan balas kepada pihak Dai-Viet dan memenanginya. Malangnya, baginda akhirnya mangkat pada bulan Februari1390 Masihi akibat pengkhianatan daripada salah seorang pengawalnya sendiri yangmenyebabkan perahu baginda dikepung oleh tentera Vietnam. Apa yang menarik,kebanyakan pengkaji sejarah bersepakat bahawa Sultan Zainal Abidin, tokoh yangdinyatakan di dalam sebuah hikayat Melayu lama iaitu Syair Siti Zubaidah merujukkepada Che Bo Nga itu sendiri, sedangkan kebanyakan pengkaji sejarah Baratbersetuju Raja-raja Champa hanya mula memeluk Islam bermula pada abad ke-17 iaituberdasarkan catatan seorang paderi bernama M. Mahot yang bertugas di Champa padatahun 1676 hingga 1678 Masihi dan mengatakan bahawa Raja dan sebahagian besarpenduduk Negara Champa telah menerima agama Islam yang disebarkan oleh orangMelayu yang telah ramai berhijrah dan menetap di sana. Laporan Mahot ini telahdisahkan oleh seorang paderi lain bernama M. Freet apabila dia menyaksikan sendirikeIslaman Raja Champa dan telah dihadiahkan sebuah Al-Quran.
 
 
 
Mahkota Kebesaran Champa
Maklumat mengenai Raja-raja Champa khususnya daripada riwayat tradisi Kelantanpula memberikan perspektif yang berbeza daripada sejarah umum kerana dinyatakanbahawa kebanyakan Raja-raja Champa semasa era Pandurangga (Phan Rang)sebagai ibukota telah beragama Islam dan mempunyai hubungan kekerabatan danpersaudaraan yang erat dengan Negeri-negeri Melayu di pantai timur semenanjungTanah Melayu. Sebagai contoh, Raja Bo Tri Tri dikatakan adalah Wan Bo, anak kepadaAli Nurul Alam (Patih Majapahit Barat yang berpusat di Kelantan) serta cucu kepadaSayyid Hussein Jamadil Kubra, tokoh terulung penyebar syiar Islam di Nusantara. WanBo dikatakan telah meninggalkan Patani dan pergi ke Champa menjadi panglimaperang untuk membantu bapa mertuanya iaitu Raja Chandranekalawa atau Ban-La-Tra-Toan menentang Dai-Viet. Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan padatahun 1471 Masihi, Wan Bo bersama-sama rakyat Champa yang lain telah berundur kekawasan selatan yang berpusat di Pandurangga. Baginda kemudian diisytiharkansebagai Raja Champa dengan gelaran Sultan Wan Abu Abdullah untuk menggantikanbapa mertuanya iaitu Ban-La-Tra-Toan yang telah ditawan dan mangkat dalam tahananmusuh. Pemerintahannya berakhir sehingga tahun 1478 Masihi dan digantikan oleh duaorang anak saudaranya iaitu Wan Abu Yusof dan kemudiannya Wan Abdul Kadir atauKou Lai (1478-1515 Masihi).Riwayat Kelantan juga menyatakan bahawa Datu wilayah Jambu yang juga pemangkuSultan Patani iaitu Datu Nik Musthapa telah kembali ke Champa bagi membebaskanbumi Melayu-Islam tersebut daripada pencerobohan rejim Nguyen pada tahun 1570.Raja Champa, Sultan Yaakub Syahibuddin yang sudah sangat lanjut usianya telahditawan dan mangkat dalam kurungan sangkar besi semasa diarak ke Kota Hue. Padatahun 1577, Datu Nik Mustapha membawa 10,000 orang tentera Patani dan bersamaanak saudaranya Sultan Adiluddin yang membawa 5,000 orang tentera Kelantanbertolak dari kota Pengkalan Datu, Kelantan dan menyerang Dai-Viet untuk merebut

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->