Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
The Tombs of Ayutthayan Kings

The Tombs of Ayutthayan Kings

Ratings: (0)|Views: 76|Likes:
Published by Effandi Abu Bakar

More info:

Published by: Effandi Abu Bakar on Jun 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/17/2012

pdf

text

original

 
The Tombs of Ayutthayan Kings
Sekitar April 2007,peminat sejarah negeri Kedah telah dikejutkan dengan kewujudanblog,sejarahnagarakedah.blogspot dan menariknya,penulis blog yang dikenali sebagaiAnai-anai telah mendakwa berasal dari keturunan pemerintah KerajaanAyutthaya,sebuah kerajaan Siam Purba yang pernah mendominasi Indochina padamasa lampau.Dakwaan beliau lebih menarik apabila selepas itu muncul pula beberapaorang yang mendakwa menyembunyikan identiti mereka dengan masing-masingmemiliki nama 'kerabat diraja' dengan pangkai nama 'Nai'.Malahan keturunan dari 'Nai'ini pernah membuat majlis perhimpunan keluarga dan sumber utamanya merangkapwaris maharaja,Nai Long Kassim Nai Long Ahmad pernah menyertai satu forumbersama persatuan sejarah.Saya (Srikandi) akan mengulas dakwaan Anai-anai secara kritis dan seimbang.Sayaakan menyorot dari segi sejarah Benua Siam dan cuba untuk mengaitkan semuadakwaan ini dengan sejarah realiti tidak kira sejarah yang cuba digelapkan ataupunsecara kronologi logik.Saya juga akan mengambilkira kemusykilan semua pihakterutama pihak yang menentang usaha Anai-anai.Anai-anai,atau nama sebenarnya Mazlan Abdul Majid telah membentangkan satu kajianyang agak luarbiasa dari sejarah yang kita baca di buku-buku teks sekolah.Beliaumendakwa Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan Siam yang beragama Islamdan raja-raja mereka berasal dari Kedah.Siam dan Thai juga adalah dua kaum yangberbeza.Beliau juga mendedahkan bahawa kejatuhan Ayutthaya adalah disebabkanpakatan antara Burma dan Thai sekian lama,kemudian sejarah Ayutthaya telah ditutupdan diubah serta keturunan raja-raja Ayutthaya juga diburu dan dibunuh.
 
The Tombs of Ayutthayan Kings
 
 Hanyut tanah tak bertuan
 
 Rakyat tidak bertuan
 
 Ditabal aku di Segara Masin
 
 Raja gelar..."
 
(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)
 
Kerajaan
Ayutthaya adalah sebuah kerajaan purba yang dikesankewujudannya sekitar tahun 1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767Masehi.Kerajaan ini berpusat di sebuah kawasan seperti pulau di Sungai ChaoPhraya.Nama 'Ayutthaya' dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan ini, U Thong yangbermaksud 'Kota Raja-raja'.Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan tentang kewujudan KerajaanAyutthaya ini, ini kerana ketika zaman keemasannya,ia menjadi kota paling makmurdengan urusan perdagangan dalam dan luar negara.Kerajaan-kerajaan seperti China,Parsi, Belanda sehingga Perancis pernah menghantar duta dan rombonganperdagangan ke kota Ayutthaya.Kota ini menjadi antara kota terkaya di dunia dengankepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati hasil perdagangan. Hubungandiplomatik antara negara luar semakin rancak terutamanya dalam pemerintahan Raja
 
Narai yang menyaksikan utusan dihantar ke istana raja Perancis.Ayutthaya juga adalahkerajaan yang kuat dan pernah menakluk Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yangsemakin lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu empayar yang besar danmenakluk sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan yang bersaing denganEmpayar Khmer adalah Empayar Melayu Srivijaya ketika itu.Ayutthaya juga berjayamenjinakkan Sukothai,satu kerajaan di utara Indochina yang merupakan musuh danpesaing kepada Ayutthaya.Di dalam Sejarah Melayu, kerajaan ini dikenali sebagai Syahrul Nuwi denganpanglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) dan raja-rajanya bergelar PadukaBubunnya Salah seorang anak raja Syahrul Nuwi ini bernama Cau Pandan (Chao?),mati akibat ditikam dengan panah semasa mahu menyerang Melaka.Dalam sejarah Thailand, kerajaan ini dikatakan jatuh kerana diserang Burma dibawahpimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat kejatuhannya juga,kerajaan ini berdepan dengankonflik dengan kemaraan Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah Kemboja yang sebelum itu telahmenjinakkan saki-baki kekuasaan Khmer dan Champa.Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya adalah berasal dari kaum Taidan berbahasa Tai. Mereka menganut ajaran Buddha. Ini adalah sejarah umum yangdibaca dibuku-buku sejarah.Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai menemukan jumlah tapak masjidyang begitu banyak di sekitar puing-puing kota Ayutthaya. Para pengkaji jugamenemukan bekas-bekas ukiran yang dirosakkan atau dibuang dari dinding-dindingruntuhan kota. Seorang pakar sejarah Thailand juga mencadangkan nama Thailandditukar semula ke nama 'Siam'. Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkanmemungkinkan kajian yang lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin beranimengemukakan hasil kajian.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->