Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pengklonan Pembiakan Manusia dan Perubatan

Pengklonan Pembiakan Manusia dan Perubatan

Ratings: (0)|Views: 451 |Likes:
Published by Wahab Chik
Pengklonan Pembiakan Manusia dan Perubatan dari Perspektif Hukum Syara’.
Kertas kerja ini dibentangkan pada Seminar Penolong Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, 28 November 2007, Petaling Jaya, Selangor oleh oleh Dato’ Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor.
Pengklonan Pembiakan Manusia dan Perubatan dari Perspektif Hukum Syara’.
Kertas kerja ini dibentangkan pada Seminar Penolong Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, 28 November 2007, Petaling Jaya, Selangor oleh oleh Dato’ Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor.

More info:

Published by: Wahab Chik on Jun 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/15/2013

pdf

text

original

 
PENGKLONAN PEMBIAKAN MANUSIA DAN PERUBATANDARI PERSPEKTIF HUKUM SYARA’.
 
1
 
Dato’ Setia Hj. Mohd. Tamyes bin Abd. WahidDato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor.
Pendahuluan.
Isu pengklonan pembiakan manusia telah mula timbul dan diperkatakan olehmasyarakat dunia ekoran isu pengklonan manusia yang berlaku di Barat padalewat tahun 2002. Ia telah menimbulkan polemik dan beberapa persoalanyang yang agak rumit terutama dari sudut agama, akhlak dan nilai-nilaikehidupan manusia secara keseluruhannya.Presiden Pengklonan Manusia
(Clonaid)
, Dr. Brigitte Boisselier, yangbertanggungjawab ‘melahirkan’ seorang bayi yang dinamakan Eve, pada 26Disember 2002 lalu, menyifatkan kelahiran bayi itu sebagai suatu rahmat.Kelahiran bayi itu, katanya, bukan saja menggembirakan ibu bapa bayiterbabit malah memberi harapan kepada pasangan yang bermasalah untukmendapatkan anak. Eve dikatakan diklon daripada ibunya, seorang wargaAmerika Syarikat berusia 31 tahun. Pengklonan Eve dilakukan selepas wanitaitu dan suaminya gagal mendapat anak.Walaupun ramai yang mempertikaikan kesahihan dakwaan saintis ini (yangmempercayai bahawa manusia dijadikan oleh makhluk asing atau aliens),kelahiran Eve sebenarnya menandakan bermulanya satu era baru dalamkelahiran manusia. Kelahiran pertama seorang bayi hasil dari pengklonanmanusia ini jelas tidak mengikut hukum fitrah atau kejadian asal manusia olehAllah s.w.t. yang tidak berlaku menerusi percampuran lelaki dan perempuan,persenyawaan air mani dan telur, sebaliknya dicambah melalui mana-manasel badan manusia untuk menghasilkan penduaan.
1
Kertas kerja ini dibentangkan pada Seminar Penolong Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, 28November 2007, Petaling Jaya, Selangor.
1
 
Teknologi klon bukan sesuatu yang baru dalam dunia hari ini. Pengklonandilakukan secara meluas khususnya dalam bidang pertanian melaluipengkulturan tisu, contohnya getah klon, durian malah kelapa sawit klon. Klonadalah replika atau pendua (fotostat) daripada sesuatu organisme.Seperti teknik pengklonan biri-biri yang dilakukan oleh Dr. Ian Wilmut, saintisdi Institut Roslin di Edinburgh, Britain, pengklonan manusia atau mana-manaorganisme boleh dicipta dengan memindahkan nukleus (yang membawamaklumat genetik) daripada sel organisme yang dipilih ke dalam telur yangbelum disenyawakan. Nukleus telur itu dibuang, diganti dengan nukleusterpilih tadi dan dibiarkan menjalani proses persenyawaan tanpamenggunakan sperma (sel membahagi dan membiak di dalam makmal). Selyang elok kemudian dipilih, dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang dankemudian menjadi janin. Klon yang dihasilkan ini menyamai atau hampirmenyamai organisme asal. Paling tidak, klon yang terhasil ini mewarisi 90%ciri organisme asal (penderma) dan turut membawa ciri-ciri (DNA) ibutumpang.Manusia klon adalah seperti pasangan kembar kepada penderma, cuma iadilahirkan lewat berbanding kembarnya. Seperti pasangan kembar seirasnormal, manusia klon ini dan pendermanya mempunyai cap jari yangberbeza.Hakikatnya, pengklonan manusia memang bukan sesuatu yang mustahil. Apayang perlu ialah pengetahuan, kepakaran dan peralatan yang lengkap.Namun, perlukah ia dilakukan? Apakah kebaikan menghasilkan manusia klonini? Tidakkah ia melanggar ketentuan Tuhan, yang menetapkan bahawakelahiran manusia atau keturunannya melalui institusi perkahwinan.Pelopor teknologi genetik, Prof. James Watson
2
, pernah berkata, teknologigenetik memungkinkan penciptaan manusia luar biasa
(super human)
atau
2
 
Prof. Watson bertanggungjawab membongkar rahsia struktur molekul asid deoksiribonukleik (DNA) – bahan yang membawa pelbagai maklumat genetik organisme – lebih 45 tahun lalu, bersama-samaFrancis Crick.
 
2
 
human monster 
(makhluk ganjil). Pengubahsuaian (manipulasi) ataupenjuruteraan gen yang dilakukan ke atas organisme klon akan melahirkanorganisme yang mempunyai nilai tambahan.Jelas ternyata bahawa pengklonan boleh melahirkan manusia tanpa ikatanperkahwinan yang sah atau tanpa berlaku percampuran antara benih lelakidan perempuan. Perbuatan mengklon manusia dilihat sebagai usaha manusiauntuk bertindak luar daripada peraturan yang ditentukan Allah s.w.t. iaitukelahiran manusia atau keturunannya melalui perkahwinan. Perbuatanpengklonan akan melahirkan satu generasi manusia yang cuba merendah-rendahkan kejadian manusia yang dimuliakan Allah s.w.t. Pengklonan akanmelahirkan generasi manusia yang boleh mencipta manusia dan akanmelahirkan manusia yang akan menafikan kekuasaan Allah. Perbuatan inimenyebabkan manusia berasa dirinya mempunyai kuasa dan mampu untukmencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya.Ini akan menyeret manusia kepada kesesatan akidah kerana merekaberanggapan bahawa manusia juga boleh mencipta manusia, sama sepertikekuasaan Allah mencipta kejadian alam ini. Pengklonan membuatkanseseorang wanita tidak memerlukan lelaki atau seorang isteri tidakmemerlukan suami kerana wujud anggapan dia boleh melahirkan anak tanpaperlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Antara persoalanyang timbul adalah berkaitan taraf anak yang dihasilkan. Dalam prosespengklonan yang tidak memerlukan kewujudan sperma untuk melahirkanseorang bayi, persoalan akan timbul mengenai status DNA. Jika ia datangdaripada suami keluarga terbabit, adakah si suami akan dianggap sebagaibapa kepada anak klon itu atau sebagai kembarnya?Ini adalah perkara yang sangat berat dalam Islam kerana status nasabketurunan akan membabitkan pelbagai komplikasi dalam amalankekeluargaan. Siapakah yang akan mewalikan pernikahan anak itu?Bagaimana hukum hakam hubungannya dengan ibu bapa dan keluarga?
3

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Sia Mee Mee liked this
Anita Febriani liked this
Hartana liked this
Jonney Jonn liked this
Nur Asilah Jamil liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->