You are on page 1of 8

Disediakan Oleh; SITI NAZIHAH BT MOHD MOKHHANI (10BI02063) SITI SARAH BINTI IBRAHIM (10BI02073)

Definisi E-mail
Mel Elektronik atau lebih dikenali sebagai e-mail membenarkan penghantaran mesej kepada seseorang atau penerimaan mesej daripada seseorang dari mana sahaja di dunia ini asalkan penghantar dan penerima mesej mempunyai e-mail yang dihubungkan kepada rangkaian. Selain mesej yang dihantar dalam bentuk teks, e-mel juga boleh menghantar mesej dalam bentuk suara. Syarat melakukan pengiriman E-mail (Mengirim surat dengan internet) adalah:

Membuat alamat email contoh: info@g-excess.com Mengetahui Username & Password dari email Mengetahui E-mail yang dituju.

Di internet juga sudah terdapat banyak penyedia layanan E-mail, seperti di www.yahoo.com, www.google.com dan sebagainya.

Kepentingan e-mail dalam menyampaikan maklumat


E-mail tidak hanya digunakan semata-mata untuk berkirim-kiriman surat elektronik, namun seiring perkembangannya ada beberapa hal yang dapat dilakukan dengan menggunakan e-mail, antara lain: * Mengirim e-mail berupa tulisan, teks, dan gambar. * Mengirim e-mail dalam format grafik dan editing HTML. * Mengirim kartun elektronik dan animasi gambar (hanya dengan bantuan provider tertentu) * Mengirim file (attachment) berupa foto, gambar, suara, bahkan muzik. * Mengirim SMS (hanya operator tertentu) * Mengirim satu pesan kepada beberapa alamat e-mail sekaligus.
1

Dalam aktiviti pembelajaran pula, Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):

Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran, teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.

Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang digunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa. Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara. Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

Jaringan Sosial
2

Laman web sosial kini menjadi pengantara antara seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain. Pada hari ini kita dapat lihat banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster dan Myspace. Laman web sosial ini digunakan sebagai medium untuk bersosial dan berhubung dengan kawan-kawan di internet. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi. Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul.Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu. Selain itu, perbincangan atau forum secara online di internet adalah satu medium terbaik. Melalui forum atau perbincangan kita dapat memberikan pendapat dalam sesuatu topik dan kita juga boleh mendengar pendapat orang lain. Ini akan wujud interaksi yang dapat dikongsi dan memberikan manfaat bersama. Kesan pengaruh sama ada baik dan buruknya adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk memilih sejauh mana ia dapat menggunakannya dengan sebaiknya.
3

E-mail dalam pendidikan dan pengajian atas talian

Gambar hiasan

Definisi E-Learnig
1. Menurut pandangan Elliot Masie, The Masie Centre; E-Learning is : The use of

technology to manage, design, deliver, select, transact, coach, support and extend learning (of all kinds). E-learning merupakan satu inovatif pembangunan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk meningkatkan proses dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh belajar mengikut keselesaannya berdasarkan masa dan tempat pilihannya.

2. E-learning juga boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk pendidikan secara formal

atau tidak formal yang terarah kepada satu set objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Komunikasi secara terus antara guru dan pelajar serta pelajar bersama dengan kumpulan yang disokong pengajaran dan pembelajaran oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Berdasarkan kepada pandangan tersebut, tidak dinafikan bahawa masyarakat dunia pada hari ini akan menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi bagi membantu dalam mempermudahkan lagi urusanurusan seharian. Segalanya akan menjadi pantas, cekap dan efisyen. Sesi perbincangan secara online, melalui forum, discucssion board, chatting, atau email
4

group membolehkan percambahan ilmu berlaku tidak kira masa. Bagaimanapun, tidak dinafikan sesi kuliah atau tutorial yang memerlukan bersua muka (face-toface) masih perlu bagi tidak menghilangkan unsur nilai-nilai kemanusiaan dalam menimba ilmu. Selain itu, menjimatkan dan kos lebih rendah serta jangkauan lebih luas kaedah lebih baik untuk menilai keputusan latihan.

3. Memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah. Bagi pensyarah, ia akan

memudahkan pensyarah untuk upload nota, jimatkan kos kerana pensyarah tidak perlu print out nota untuk pelajar. Ia juga memudahkan pensyarah untuk membuat apa-apa pengumuman atau memberitahu berita terkini dengan cepat. Pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan. Seseorang pelajar akan mencari maklumat selanjutnya untuk memenuhi keperluan ingin tahunya dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan kefahaman. Walaupun pelajar belajar secara bersendirian, namun (guru) masih menjadi pembantu mereka dalam memberikan tunjuk ajar serta panduan yang betul.

4. Kebanyakan guru belum bersedia menggunakan kaedah e-learning dan masih

mengajar menggunakan kaedah ceramah serta belum mahir menggunakan kemudahan seperti video dan komputer. (P&P) menggunakan ICT memerlukan kepakaran. Memerlukan masa dan kos yang tinggi. Memerlukan perbelanjaan yang besar untuk perkakasan dan perisian. Kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah adalah terhad. Kekurangan komputer di kalangan pensyarah atau guru yang terlibat dalam penyediaan bahan terpaksa berkongsi komputer terpaksa menunggu lama untuk menggunakan komputer bagi mencapai nota kuliah dari internet. Pelajar terpaksa mengikut giliran untuk mengikuti pembelajaran yang berkonsepkan e-pembelajaran menyebabkan mereka ketinggalan dan terpaksa untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya melalui kaedah pembelajaran yang sama.

5. Kebanyakan institusi pendidikan di Malaysia seperti di pusat-pusat pengajian tinggi telah lama mengorak langkah ke arah mewujudkan satu sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan bestari dengan mewujudkan sistem EPembelajaran ini. Suasana persekitaran digital yang semakin hari semakin canggih dan mudah capaiannya, merancakkan lagi penggunaan dan keperluan EPembelajaran ini dalam sistem pembelajaran.

6. E-Pembelajaran yang berasaskan kepada teknologi komputer sebagai perantaraan

komunikasi seperti sidang video, multimedia, groupware, video on-demand, sistem tutoran cerdas, deskop pulishing dan realiti maya., manakala EPembelajaran yang berasaskan kepada teknologi web dan Internet atau lebih dikenali sebagai pembelajaran atas talian. Bagi E-Pembelajaran yang berasaskan kepada penggunaan CD-ROM atau DVD dan elemen-elemen multimedia dalam komputer.

7. Kaedah E-Pembelajaran berasaskan Web dan Internet ini sangat popular

digunakan kerana ia ia berupaya dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Disamping kandungannya yang interaktif seperti terdapat ruangan perbincangan, pengundian, perkongsian fail dan sebagainya. Ia juga menyediakan satu platfom pembelajaran sokongan yang murah dari segi kos, meningkatkan akses kepada proses pembelajaran dan tanggungjawab pembelajaran diperluaskan kepada semua yang terlibat dalam proses pembelajaran tersebut .

8. Untuk implementasi kaedah E-Pembelajaran ini secara percuma tidak bermaksud ia percuma secara total tetapi ia percuma dari segi kerangka platform sistem untuk
6

bahan-bahan pembelajaran dan kandungannnya sahaja. Perkara-perkara dari segi aspek fasiliti seperti komputer, akaun Internet dan lain-lain masih memerlukan kos untuk mendapatkannya.

Kesimpulan :
E-Pembelajaran merupakan satu bahan sokongan yang sangat baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam sistem pembelajaran tradisional, pengajar merupakan tempat pergantungan sepenuhnya bagi para pelajar dalam proses pembelajaran. Dalam kaedah E-Pembelajaran, pengajar merupakan sebagai pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, para pelajar perlu lebih berdikari, berusaha dengan gigih dan lebih bertanggungjawab dalam proses pembelajaran mereka dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pengajar.

Sumber rujukan:

Mohd. Aizaini Maarof (2004). Teknologi Makluma: Internet, sistem maklumat dan bahasa pengaturcaraan, siri 2. UTM Skudai, Johor.

Margaret stephens dan rebecca treays (2000). Panduan komputer peringkat permulaan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia,. Abdul Razak Hamdam. Edisi kedua. Aplikasi ICT dalam pengajian al-quran dan alsunnah. UKM. http://firdauskpmb.blogspot.com/2010/06/peranan-email-dalam-pendidikan.html http://www.slideshare.net/dr2200s/aplikasi-e-learning? http://universitimengkarakk.blogspot.com. Implementasi kaedah E-Pembelajaran. http://www.g-excess.com/id/pengertian-dan-definisi dari-e-mail-adalah.html

You might also like