You are on page 1of 6

Ruj. Kami: IPDA.01/3/7/Jld.

7( ) Tarikh: 11 Mei 2011 Tuan/Puan, JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN TAHUN 2011 BAGI KUMPULAN PENGAJIAN KPLI AMBILAN JUN 2009/ KPLI AMBILAN JANUARI 2010/ KDPM KDC PC AMBILAN JANUARI 2007/ KDPM KEMAS AMBILAN MEI & JULAI 2007. Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan para graduan menerima Diploma Keguruan pada Majlis Konvokesyen tahun 2011. 3. Untuk makluman graduan, Majlis Konvokesyen tersebut akan diadakan pada tarikh 28 Julai 2011 bertempat di Grand Ballroom Hotel Equatorial Pulau Pinang. 4. Sehubungan dengan itu, pihak Institut Pendidikan Guru Darulaman menjemput graduan ke Majlis Konvokesyen tersebut. Kampus

5. Bersama ini disertakan kad jawapan kehadiran ke majlis konvokesyen tersebut. Sila lengkapkan dan kembalikan kad jawapan kepada Jawatankuasa Jemputan Konvokesyen IPG Kampus Darulaman sebelum 14 Julai 2011. (u.p. En. Mohamad Zahir bin Mohamad Darus) 6. Graduan juga dinasihatkan supaya sentiasa melayari laman web IPG Kampus Darulaman untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai majlis konvokesyen tersebut. 7. Graduan yang akan menghadirkan diri pada majlis konvokesyen tersebut, diminta menjelaskan bayaran konvokesyen sebanyak RM 200.00 dalam bentuk MONEY ORDER atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia dan diserahkan/diposkan ke alamat Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman sebelum 14 Julai 2011 (u.p. En. Mohamad Zahir bin Mohamad Darus). Bayaran secara tunai adalah TIDAK DIBENARKAN. 8. Bagi graduan yang tidak dapat hadir, graduan diminta menyediakan MONEY ORDER atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia bernilai RM 100.00 bagi tujuan bayaran Ijazah, Folder, Buku Konvokesyen, Cenderamata dan Belanja Pos. Money Order tersebut hendaklah diserahkan/diposkan ke alamat Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman sebelum 14 Julai 2011 (u.p. En. Mohamad Zahir b. Mohamad Darus). Bayaran secara tunai adalah TIDAK DIBENARKAN. 9. Bersama-sama ini disertakan lampiran dan maklumat konvokesyen untuk tindakan graduan.

Pihak IPG Kampus Darulaman amat mengalu-alukan kehadiran semua graduan ke majlis konvokesyen tersebut. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MENDIDIK DAN MEMIMPIN Saya yang menurut perintah,

( MOHAMED RAHMAT BIN MD. YASIN ) Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

zmd

KAD JAWAPAN
MAJLIS KONVOKESYEN TAHUN 2011 BAGI KUMPULAN PENGAJIAN KPLI AMBILAN JUN 2009/ KPLI AMBILAN JANUARI 2010/ KDPM KDC PC AMBILAN JANUARI 2007/ KDPM KEMAS AMBILAN MEI & JULAI 2007.

Saya ___________________________________ kumpulan pengajian ______________ ambilan __________________ akan hadir/tidak hadir* ke Majlis Konvokesyen bertempat di Grand Ballroom Hotel Equatorial Pulau Pinang pada tarikh 28 Julai 2011. (Pendaftaran, Taklimat dan Raptai Majlis Konvokesyen akan diadakan pada 27 Julai 2011). * potong yang tidak berkenaan.

Arahan: Sila poskan Money Order bersama Kad Jawapan ini kepada Jawatankuasa Konvokesyen IPG Kampus Darulaman, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000, Jitra, Kedah Darul Aman, untuk perhatian En. Mohamad Zahir bin Mohamad Darus sebelum 14 Julai 2011. * Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor telefon 04-9182333 sambungan 312 atau 338. TENTATIF PROGRAM
Tarikh 27.7.201 1 28.7.201 1 Masa 9.00 pagi - 12.00 tgh Aktiviti Pendaftaran, Taklimat, Pengambilan Jubah dan Raptai. Majlis Konvokesyen Tempat Lobby Grand Ballroom Hotel Equatorial Pulau Pinang Lobby Grand Ballroom Hotel Equatorial Pulau Pinang

8.30 pagi - 12.00 tgh

zmd

RINGKASAN PANDUAN KONVOKESYEN 1. Para graduan dikehendaki berkumpul dengan pakaian lengkap jubah akademik di Lobi Grand Ballroom Hotel Equatorial Pulau Pinang pada waktu yang ditetapkan. Para graduan diingatkan supaya tidak melengahkan masa untuk berkumpul. 2. Semasa proses penyusunan graduan, graduan akan dipanggil mengikut nombor giliran masing-masing. Nombor giliran boleh diperolehi semasa pendaftaran/pengambilan jubah. Semasa dalam barisan, KAD NAMA akan diberi kepada graduan. SILA SIMPAN KAD TERSEBUT DAN BAWA BERSAMA KE ATAS PENTAS. 3. Semasa istiadat penganugerahan, nama graduan akan diumumkan untuk menerima Diploma Pendidikan masing-masing. 4. Apabila nama graduan diumumkan, graduan diminta berjalan terus ke arah Tetamu Kehormat, tunduk sebagai tanda hormat, berjabat tangan dan menerima ijazah dengan kedua belah tangan dan beri ucapan Terima Kasih kepada Tetamu Kehormat (pandang muka beliau). PAKAIAN GRADUAN PAKAIAN GRADUAN LELAKI 1. Sepasang Baju Melayu hitam/gelap berbutang lima dan bersamping songket dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, (Graduan Islam) atau 2. Lounge Suit termasuk seluar slack berwarna hitam atau 3. Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang (slack) berwarna hitam. 4. Kasut kulit hitam dan stokin hitam. 5. Songkok jika berbaju Melayu PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN 1. Baju kurung moden/labuh atau Kebaya bandung/labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian serta bersopan. 2. Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan. 3. Kain jenis lace boleh dipakai dengan syarat ada lining. 4. Selendang/Mini Telekung adalah yang berwarna putih sahaja. 5. Warna pakaian adalah pilihan sendiri. 6. Kasut bertutup tumit sekurang-kurangnya 1.5 inci tinggi. 7. Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali. RUPA DIRI GRADUAN SAHSIAH GRADUAN LELAKI 1. Rambut graduan lelaki mesti pendek dan kemas, tidak menjejaki kolar baju. zmd

SAHSIAH GRADUAN PEREMPUAN 1. Kenipisan dan reka bentuk pakaian mestilah tidak menjolok mata.

PERINGATAN PARA GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPA DIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK JAWATANKUASA PETUGAS KHAS/URUSETIA KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI ISTIADAT KONVOKESYEN. PAKAIAN IBUBAPA Ibubapa/tetamu (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) diminta berpakaian rasmi seperti berikut:Pakaian Tetamu Lelaki:1. Pakaian Kebangsaan atau 2. Batik atau 3. Lounge Suit atau 4. Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T tidak dibenarkan). 5. Kasut kulit berwarna gelap (selipar dan sandal tidak dibenarkan). Pakaian Tetamu Perempuan:1. Pakaian Kenagsaan atau 2. Pakaian Rasmi atau pakaian sopan (pakaian gaun atau skirt melebihi paras lutut, blouse tanpa lengan, kemeja-T dan seluar adalah tidak dibenarkan). 3. Kasut bertutup tumit (selipar dan sandal tidak dibenarkan). PENTING:1. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan konvokesyen. 2. Ramai tetamu graduan ditahan dari memasuki dewan kerana gagal mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan. Agihan peruntukan bayaran konvokesyen bagi graduan yang hadir konvokesyen ialah:Bil 1. 2. 3. 4. 5. Perkara Sewaan Set Jubah Akademik Sijil dan Folder Gambar dan CD Cenderamata Konvokesyen Buku Konvokesyen Jumlah Nilai RM 50.00 RM 30.00 RM 40.00 RM 60.00 RM 20.00 RM 200.00

Agihan peruntukan bayaran konvokesyen bagi graduan yang tidak hadir ialah:Bil 1. 2. 3. Perkara Sijil dan Folder Cenderamata Konvokesyen Buku Konvokesyen Nilai RM 30.00 RM 40.00 RM 20.00

zmd

4.

Belanja Pos Jumlah

RM 10.00 RM 100.00

TENTATIF PROGRAM
Tarikh 27.7.201 1 28.7.201 1 Masa 9.00 pagi - 12.00 tgh Aktiviti Pendaftaran, Taklimat, Pengambilan Jubah dan Raptai. Majlis Konvokesyen Tempat Lobby Grand Ballroom Hotel Equatorial Pulau Pinang Lobby Grand Ballroom Hotel Equatorial Pulau Pinang

8.30 pagi - 12.00 tgh

zmd

You might also like