Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Penyakit kencing tikus

Penyakit kencing tikus

Ratings: (0)|Views: 64 |Likes:
Published by hj_amli
Karangan Laras Sains: Kencing Tikus
Karangan Laras Sains: Kencing Tikus

More info:

Published by: hj_amli on Jun 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/15/2011

pdf

text

original

 
Penyakit kencingtikus
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyakit kencingtikus
atau
Leptospirosis
(juga dikenalisebagai,
penyakit/sindrom Weil
,
demamcanicola
,
demam ladang tebu
,
demam 7-hari
 
[1]:290
) merupakan penyakitberjangkitzoonosisyang berpuncadaripadaspirochaetedalamgenus 
 yang menjejaskanmanusiadan sejumlah besar haiwan, termasukmamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit jangkitan akut dengan bengkakspleen (“splenomegaly”),penyakit kuningdannephritis".
Leptospira
pertama kali dilihat pada1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat.
 Pada 1908, Inada dan Ito pertama kalimengenal pasti ia sebagai organisma penyebab
dan pada 1916 menyedari kehadirannyapada tikus.
Sungguhpun diakui sebagai antara zoonosis paling biasa di dunia, leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepadamanusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan padakulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlakumengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–March.
 
Isi kandungan
 
 
Leptospirosis
Leptospirose dibesarkan 200 ganda dangan mikroskop medan-gelap
 
n
Punca
Mikrograf pengimbas electron sejumlah bacteria Leptospira sp. Di atas penapis polikarbon 0.1 µm.
Leptospirosis disebabkan oleh bakteria spirochaete yang dikenali sebagai
yangsekurang-kurangnya terdapat dalam 5serovar kepentingan diAmerika SyarikatdanKanadamenyebabkan penyakit pada anjing (Icterohaemorrhagiae, Canicola, Pomona, Grippotyphosa, dan Bratislava)
. Terdapat jangkitan jenis lain (yang jarang).Secara genetik organisma leptospira berlainan boleh dikenal pasti secara serologi dansebaliknya. Dengan itu, pertelingkahan wujud berkenaan asas mengenal pasti jenis. Sistemserologi tradisi kelihatannya lebih berguna dari segi diagnostik dan epidemiologi pada masaini (yang mungkin berubah dengan pembangunan lanjut dan perkembangan teknologisepertiPCR - polymerase chain reaction). Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi iamasih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk,dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos
 
kedua. Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atauminum dari lopak yang dijangkit. Terdapat laporan "anjing rumah" dijangkiti leptospirosiskelihatannya kerana menjilat kencing tikus yang dijangkiti yang memasuki rumah. Jenishabitat yang berkemungkinan membawa bacteria berjangkit adalah tebing sungaiberlumpur, terusan, longkang, dan kawasan peliharaan ternakan berlumpur di manaterdapat laluan biasa bagi samaada mamalia liar atau ladang. Terdapat kaitan langsungantara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis, menjadikannya bermusim di kawasanserdahana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca tropika.Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti.
 Pekerja rumahpenyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yangmengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelanmakanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit. Penyakit ini tidakdiketahui berjangkit dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bacteria pada merekayang sedang sembuh amat jarang bagi manusia. Leptospirosis biasa berlaku dikalanganpeminat sukan air di kawasan tertentu kerana lama berendam diketahui menggalakkankemasukan bakteria. Peluncur dan pengayuh air berbuih (“whitewater”)
 adalah berisikotinggi di kawasan yang diketahui mempunyai bacteria, dan boleh dijangkit dengan menelanair tercemar Leptospirosis, menyimbah air tercemar Leptospirosis pada mata atau hidung,atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti.
 Pekerjaan berisiko termasukveterinarian, pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, dan mereka yang bekerjadi rumah tinggal, pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti penyakit tersebut.
Simptom
Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah symptom, dan sesetengahmereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali.Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptomseperti selsema (demam, sejuk,myalgia, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh,dan pesakit tanpa symptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini bercirimeningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang.Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorongkepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku.Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi, askit kepala yang teruk, sejuk, sakik otot,dan muntah-muntah, dan mungkin termasukdemam kuning,mata merah,sakit perut, cirit- birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pengeraman.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->