You are on page 1of 5

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP PEMANIS 1 PETI SURAT 42, 85007, SEGAMAT, JOHOR : SAFRAH BINTI MOHAMAD

NAMA

TAJUK

: MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 CERDAS TERHADAP PERATURAN KESELAMATAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP MELALUI KAEDAH KAD KOCEK

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELARAN LALU

Saya mengajar di tahun 4 Cerdas bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Setiap kali murid-murid saya masuk ke bengkel untuk menghadiri kelas

Kemahiran Hidup hati saya sering berasa gusar, sedih dan kadang kadang merasa marah. Ini kerana sikap mereka yang sering mengabaikan keselamatan. Pasti ada murid yang berlari di dalam bengkel, bergurau dan tambah membimbangkan lagi ada di antara mereka yang langsung tida k mematuhi peraturan walaupun telah diajar, ditegur dan didenda. Analisis yang saya lakukan terhadap ujian bulanan pada bulan Mac juga meruntun jiwa saya apa bila 20 orang daripada 29 murid tahun 4

Cerdas tidak dapat menjawab soalan berkaitan pe raturan keselamatan di bengkel Kemahiran hidup

Saya ada mengutarakan kekecewaan saya kepada rakan setugas. Maklum balas yang saya terima antaranya: - Mereka ni semua budak-budak manja tak boleh ditegur langsung

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

- Kau kena garang semasa mengajar baru mereka takut, baru dalam peperiksaan dapat jawab Hati saya terpanggil untuk mengkaji mengapa mereka sukar untuk mematuhi peraturan ketika dibengkel. Benarkah kita perlu menjadi garang ketika

mengajar? Benarkah pembelajaran akan berlaku se kiranya seseorng guru itu mengajar dengan garang? Hasil dari temu bual dengan murid -murid ini saya dapati antara sebab mereka gagal menguasai dan mematuhi peraturan keselamatan di bengkel ialah: - Tidak membaca buku/ mengulangkaji pelajaran - Tidak memahami kepentingan keselamatan di bengkel - Tidak memahami kehendak soalan.

2.0

ISU KEPERIHATINAN

Hasil daripada pemerhatian tingkah laku dan analisis soalan saya mendapati murid-murid ini bertindak tidak mematuhi peraturan keselamatan di bengkel kerana mereka tidak faham dan mengagap keselamat di bengkel hanya salah satu topik yang perlu mereka pelajari di tahun 4. Situasi ini bertambah berat lagi apabila mereka tidak membuat ulang kaji ketika di rumah. Saya yakin jika saya dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran topik keselamatan di bengkel lebih menarik sikap negatif dan pencapaian murid akan dapat diperbaiki. Selain itu topik ini juga boleh dijadikan ia

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

sebagai satu kit atau alat yang bole h dirujuk di mana jua murid berada ketika di kawasan sekolah.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1

OBJEKTIF AM Kajian ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kepatuhan murid terhadap peraturan keselamatan di bengkel kemahiran hidup.

3.2

OBJEKTIF KHUSUS

1. Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Kemahira hidup. 2. Meningkatkan kefahaman murid terhadap pentingnya mematuhi peraturan keselamatan di bangkel Kemahiran Hidup. 3. Mengubah cara pengajaran guru supaya murid merasakan proses Pembelajaran lebih seronok dan lebih bermakna. 4. Meningkatkan daya ingatan murid dengan penggunaan otak kanan melalui pembinaan kit peraturan keselamatan di bengkel kemahiran hidup.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

4.0

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 4 cerdas Lelaki : 13 orang

Perempuan : 7 orang Jumlah : 20 orang

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

i.

Tinjauan Masalah Sebelum kajian tindakan dijalankan, Tinjuan terhad masalah yang di kenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masaalah tersebut. Tinjauan dilakuakan dengan mengutip data seperti berikut: a. Keputusan Ujian Bulanan Mac. b. Ujian Khas (Ujian Pra) , menguji tahap kefahaman murid tentang peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup. c. Temu bual bersama murid secara tidak fomal.

ii.

Kaedah Kad Kocek Cara pelaksanaan: a. Saya meminta murid memotong kad manila kepada 10 kepingan bersaiz 7 cm lebar x 5 cm lebar.

b. Seterusnya saya membimbing mereka memindahkan peraturan peraturan keselamatan di bangkel ke dalam kad -kad tersebut.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

c. Murid diminta menghias kad-kad tersebut dengan kretiviti mereka sendiri.

d. Kad tersebut hendaklah dibawa oleh me reka di dalam kocek walau ke mana sahaja mereka berada di kawasan sekolah.

e. Saya juga menyoal mereka tentang peraturan keselamatan di bengkel apabila bertemu mereka di kawasan sekolah.

f. Murid menjalani ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 . Saya an murid akan membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan.

g. Setiap kali saya saya mengajar mereka, saya mengingatkan murid supaya membaca atau membuat kad-kad untuk mengulangkaji pelajaran.

6.0

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TARIKH

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7 8. 9.

AKTIVITI Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal Menulis proposal Kajian Merancang Tindakan Ujian Pra Melaksanakan Tindakan (Menyiapkan Kad Kocek) Ujian Pos 1/ Perbincangan bersama murid Ujian Pos 2/ Perbincangan bersama murid Refleksi Kajian Menulis Laporan Kajian

PELAKSANAAN 28 MAC 2011 11 APRIL 2011 13 APRIL 2011 18 APRIL 2011 20 APRIL 2011 25 APRIL 2011 2 MEI 2011 5 MEI 2011 16 MEI 2011

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

You might also like