You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN GUA MUSANG, KELANTAN

1.0 PENGENALAN Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guruguru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Badan Disiplin dan Pengawas dibantu oleh para guru akan mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Gua Musang, Kelantan.

2.0 MATLAMAT Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2011 adalah untuk meraikan guru-guru Sekolah Kebangsaan Gua Musang di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara para guru, pelajar serta staf sokongan sekolah.

3.0 OBJEKTIF Antara objektif-objektif perlaksanaan adalah: 3.1 meraikan para guru SKGM sempena Hari Guru 3.2 memupuk perasaan hormat serta perpaduan antara para guru dan pelajar 3.3 melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan prihatin

4.0 TEMA GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN Tarikh Masa Tempat : : : 16 Mei 2011 (Isnin) Bermula 7.45 pagi hingga 1.15 t/hari Dataran Perhimpunan SKGM (Blok Baru)

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Timb. Pengerusi : : En. Ibrahim Bin Mamat Pn. Che Puteh Bt. Hussain (PKP) En. Sharury @ Shayury Bin Ibrahim (PK HEM) En. Mohd Farimi Bin Abd. Rahman (PK KO) En. Shaiful En. Khairul Azhar Bin Jamaludin Pn. Nurzaliza Pn. Siti Adibah (K) En. Mazlan (K) En. Mohd Asri Pn. Suhaibah En. Zulhazman (K) Pn. Hasmini (K) En. Azhar En. Khairul Azika (K) Pn. Rosmadiah (K) En. Mohd Nazliza En. Zawawi (K) Hajdi Bin

Penyelaras Mohd Noor Setiausaha Bendahari AJK Murid AJK Sukaneka AJK Persembahan Guru dan Murid AJK Persiapan AJK Hadiah AJK Ucapan Murid AJK Siaraya AJK Buku Program AJK Jurufoto

: : : : : : : : : : : :

AJK Kawalan Murid :

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Makan dan minum pelajar (RM 0.50 seorang) - 1000 pelajar x RM 0.50 Hadiah Persembahan Murid RM 500.00 RM 100.00

JUMLAH

RM 600.00

8.0 TENTATIF PROGRAM 7.45 pagi : Murid berhimpun di Dataran SKGM Guru mengambil tempat di dewan Nyanyian 3 buah lagu Bacaan Perutusan Ucapan Ketua Murid Ucapan Wakil Guru Besar Bacaan Ikrar Guru Malaysia Nyanyian Lagu Guru Malaysia Sukaneka Murid dan Guru Rehat Murid Tahap 1 Rehat Murid Tahap 2 Acara Dewan - Persembahan Guru, Murid dan Penyampaian Hadiah Bersurai

8.45-10.45 pagi 9.45 pagi 10.15 pagi 10.45 pagi 1.15 t/hari

: : : : :

9.0 PENUTUP Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011 SKGM ini dapat mencapai objektif terutama bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada warga SKGM. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sifat silaturrahim yang erat dan kerjasama yang padu dari semua pihak

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.. (EN KHAIRUL AZHAR JAMALUDIN)

.................. (EN MOHD FARIMI ABD RAHMAN) PK KOKURIKULUM SK GUA MUSANG

Diluluskan oleh,

. (EN IBRAHIM BIN MAMAT) GURU BESAR SK GUA MUSANG

You might also like