You are on page 1of 26

T o p ik

Persediaan Sebelum Kejohanan Olahraga

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Menulis kertas kerja bagi kejohanan olahraga; Menghuraikan peranan yang di mainkan oleh jawatan kuasa teknikal sebelum kejohanan olahraga; Menyatakan surat-surat yang perlu dihantar sebelum kejohanan olahraga; dan Menyatakan jenis-jenis borang melaksanakan kejohanan olahraga. yang di perlukan dalam

PENGENALAN
Persediaan sebelum kejohanan dilakukan biasanya mengambil masa yang lama, bermula dari lantikan jawatan kuasa induk. Bagi membentuk perancangan yang tersusun jawatan kuasa induk perlu merancang dasar, tujuan, tarikh dan tempat kejohanan dan seterusnya membentuk satu kertas kerja. Huraian tugasan bagi jawatan kuasa induk dan kecil telah di bincangkan dalam Topik 7.

170

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

9.1

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN

Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu projek untuk di bahaskan. Kertas kerja yang baik adalah kertas kerja yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatan kuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu projek. Dengan kata lain kertas kerja yang lengkap akan menjadi sumber rujukan utama dalam sesuatu program. Kertas kerja juga merupakan dokumen rujukan yang perlu ada dalam proses memohon kebenaran dan pertolongan dari pihak tertentu. Memandangkan kepentingan ini kertas kerja perlu lengkap dan terarah. (a) Menyediakan Kertas Kerja Mengikut Format yang Ditetapkan Antara format kertas kerja yang selalu di gunakan ialah seperti berikut: (i) Tajuk Kertas Kerja Tulis tajuk dengan ringkas dan bermakna tajuk yang di rangka perlulah jelas tepat dan menggambarkan objektif program. Tujuan Kertas Kerja Nyatakan secara jelas arah, hala, haluan, yang ditujukan, maksud, matlamat dan tuntutan kertas kerja disediakan sama ada untuk: Kelulusan, maklumat atau perbincangan Untuk siapa kertas kerja di kemukakan Nyatakan apakah objektif dan matlamat yang hendak dicapai (iii) Matlamat Projek Merupakan sasaran yang realistik untuk dicapai dan perlu berdasarkan kepada konsep kejohanan. (iv) Penerangan tentang Projek Nyatakan secara jelas butiran mengenai jawatan kuasa: Tarikh, masa atau tempat Peserta kumpulan sasaran Yuran atau bayaran yang dikenakan Kerjasama atau bantuan di unit atau persatuan lain

(ii)

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

171

(v)

Jawatan kuasa Induk Nyatakan secara jelas segala butiran mengenai jawatan kuasa induk dan kecil. Nyatakan atau sertakan minit mesyuarat induk yang telah memutuskan untuk mengadakan projek yang di pohon. Senarai penuh jawatan kuasa induk yang terdiri daripada: Penaung Penasihat Senarai Penuh Ahli Jawatan kuasa Induk dan Kecil

Peranan dan bidang tugas jawatan kuasa. (vi) Anggaran Perbelanjaan Nyatakan secara terperinci anggaran pendapatan serta perbelanjaan termasuk belanja runcit sebanyak 10 peratus dan diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan. (vii) Susun Atur atau Atur Cara Sediakan jadual tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir termasuklah atur cara perasmian dan penutup dengan menyatakan masa, tempat dan tindakan jawatan kuasa dan individu. (viii) Peserta Nyatakan kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini sama ada pelajar atau kakitangan anggaran bilangan peserta. (ix) Tindakan Senarai semak tindakan Pelan tindakan Atur cara pentadbiran Carta Gann (x) Sokongan Rujuk keseluruhan kertas kerja kepada penasihat atau pegawai yang berkaitan untuk di komen atau di beri sokongan.

172

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

(b)

Mendapat Kelulusan dari Pihak Pengurusan Kertas kerja yang telah di bina perlu dihantar untuk mendapat kelulusan dari pihak pengurusan. Penganjur mesti memastikan tarikh serahan kertas kerja menepati kehendak masa pemprosesan kelulusan. Menyediakan Jadual Tindakan Tentatif Jadual tindakan tentatif perlu di bina bagi memastikan perlaksanaan program berjalan dengan lancar. Jadual tindakan tentatif ini membolehkan pengerusi atau orang yang berkepentingan memantau aktiviti perancangan dan perkembangan tugas setiap jawatan kuasa. Jadual tindakan tentatif boleh dalam bentuk carta gann, senarai semak, jadual, carta alir dan lain-lain media yang mudah difahami.

(c)

SEMAK KENDIRI 9.1


1. 2. Jadual tentatif membolehkan pengerusi memantau aktiviti perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Nyatakan bentuk jadual tindakan tentatif? Nyatakan cara format membina Kertas Kerja mengikut modul ini?

9.2

PENGURUSAN SEBELUM KEJOHANAN

Bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan perjalanan kejohanan olahraga persediaan awal amat perlu. Pengurusan kejohanan harus di rancang terlebih awal dan tidak boleh di buat secara tergesa-gesa. Dalam merancang pertandingan sukan apa yang perlu ialah pengurusan yang teliti kemas dan berdokumen. Kesemua ini dilakukan bagi mengelakkan perkara-perkara penting terlepas pandang yang akhirnya akan mencatatkan kejohanan olahraga. Dalam merancang dan melaksanakan kejohanan olahraga berbagai pihak perlu di hubungi bagi mendapat kebenaran, memohon bantuan, jemputan dan pemberitahuan. Kesemua proses ini memerlukan pihak urus setia menyiapkan dan menghantar surat tujuan tersebut. Urusan surat menyurat merupakan cara berkomunikasi yang selalu digunakan dalam mengelola sesuatu majlis atau kejohanan. Surat adalah dokumen yang mengandungi maklumat dan akan menjadi sumber rujukan. Oleh itu surat perlu mempunyai maklumat yang ringkas tetapi bermakna kepada pembacanya. Surat biasanya di keluarkan oleh setiausaha jawatan kuasa.

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

173

Jawatan kuasa teknikal kepegawaian perlu bekerja keras sebelum kejohanan, berbagai tugasan perlu di selesaikan oleh jawatan kuasa ini. Jawatan kuasa teknikal kepegawaian perlu menyediakan jumlah pegawai yang mencukupi untuk bertugas pada hari kejohanan. Jawatan kuasa ini juga perlu menyusun jadual pegawai yang bertugas dalam kejohanan olahraga pelan kontegensi dan kebajikan pegawai. Jawatan kuasa teknikal dan padang bertanggungjawab menentukan padang dan gelanggang tersedia untuk kejohanan olahraga. Jawatan kuasa teknikal dan padang perlu memastikan keadaan padang dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudarat kepada peserta. Selain itu jawatan kuasa ini perlu memastikan ukuran gelanggang dan padang menepati spesifikasi. Jawatan kuasa teknik alatan pula perlu memastikan alatan yang di gunakan dalam kejohanan olahraga di sediakan. Urusan pendaftaran peserta akan melibatkan jawatan kuasa pendaftaran, jawatan kuasa ini perlu memastikan peserta kejohanan didaftarkan penyertaannya mengikut borang penyertaan. Selain daripada borang-borang teknikal berserta kandungannya iaitu nama peserta serta data lain perlu di siapkan oleh jawatan kuasa pendaftaran sebelum kejohanan bermula.

9.2.1

Pengurusan Surat Menyurat dan Pelantikan

Surat ialah merupakan kiriman kertas yang di tulis dan dikirim pada orang lain bertujuan atau mempunyai maksud tertentu. Surat merupakan dokumen penting yang boleh menjadi sumber rujukan dari semasa ke semasa. Dalam mengendali kejohanan olahraga urusan surat menyurat merupakan keperluan. Antara surat yang dikeluarkan oleh jawatan kuasa ialah: (i) Surat Jemputan Mengambil Bahagian Surat ini dialamatkan kepada badan-badan, persatuan-persatuan, sekolahsekolah untuk menjemput menyertai kejohanan. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jenis dan bentuk kejohanan, tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan dan nombor telefon pegawai yang berkenaan. Surat ini mesti di lampirkan dengan ringkasan kertas kerja, peraturan am, jadual pertandingan dan borang penyertaan serta lampiran yang berkaitan. Surat Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa Induk dan Ahli Jawatan Kuasa Kecil Surat pelantikan perlu di berikan kepada ahli jawatan kuasa induk dan ahli jawatan kuasa kecil. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jawatan, tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan. Surat lantikan juga perlu di sertakan dengan surat jawapan penerimaan.

(ii)

174

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

(iii)

Surat Pelantikan Pegawai Teknikal Surat pelantikan perlu di berikan kepada pegawai teknikal dalam waktu yang bersesuaian. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah jawatan, tarikh kejohanan, masa kejohanan dan tempat kejohanan dan nombor telefon pengerusi ke pegawai. Surat lantikan juga perlu di sertakan dengan surat jawapan penerimaan. Surat Memohon Pelepasan Pihak jawatan kuasa tertinggi juga perlu memohon pelepasan dari majikannya sebagai untuk setiap ahli jawatan kuasa dan pegawai teknikal untuk bertugas. Butiran dalam surat pelantikan ini ialah nama pegawai yang terlibat, jawatan, sela tarikh kerja, tarikh kejohanan masa kejohanan dan tempat kejohanan dan nombor telefon pengerusi kepegawaian. Surat Penggunaan Gelanggang Surat ini di buat sekiranya gelanggang atau padang di bawah kawalan sekolah atau pertubuhan lain di gunakan. Surat ini perlu di hantar segera supaya gelanggang dapat disediakan pada tarikh yang kita kehendaki. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan dan cadangan tujuan penggunaan gelanggang. Surat Peminjaman Alatan Surat ini bertujuan untuk meminjam barang-barang untuk kejohanan dari badan-badan, pertubuhan atau sekolah. Surat ini perlu di hantar segera supaya barang-barang dapat disediakan pada tarikh yang kita kehendaki. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan dan cadangan tujuan penggunaan alatan, tarikh mengambil dan tarik pemulangan barang. Surat Penggunaan Kemudahan Surat ini bertujuan untuk memohon kemudahan seperti asrama, bas dan lain-lain dari satu pertubuhan atau sekolah. Surat ini perlu di hantar segera supaya kemudahan yang kita kehendaki dapat disediakan pada tarikh yang kita kehendaki. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa kejohanan dan cadangan tujuan penggunaan gelanggang. Surat Memohon Bantuan daripada Persatuan Sukarela atau Badan-badan Beruniform Bantuan dari persatuan sukarela atau badan-badan beruniform contohnya St John Ambulan, Bulan Sabit Merah, Pengakap perlu dalam melicinkan kejohanan olahraga. Penganjur perlu menghantar surat memohon bantuan bagi mendapatkan perkhidmatan persatuan sukarela atau badan-badan beruniform tersebut. Surat memohon bantuan perlu kandungan surat itu

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

(viii)

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

175

perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat, bidang bantuan yang di kehendaki dan jumlah anggota yang di perlukan. (ix) Surat Memohon Bantuan daripada Pihak Polis Terdapat aktiviti kejohanan contohnya jalan kaki atau maraton yang melibatkan penggunaan jalan raya. Penganjur perlu memaklumkan dan memohon mengadakan aktiviti dari pihak polis. Oleh itu pihak penganjur perlu menghantar surat memohon kebenaran dan bantuan dari pihak polis. Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat. Surat ini juga perlu mengandungi permohonan bantuan dari pihak polis kepada penganjur, contohnya mengadakan rondaan dan kawalan. Surat Pemberitahuan, Memohon Bantuan Kawalan dari RELA Dalam keadaan tertentu kita mungkin memohon bantuan daripada pihak RELA untuk membuat kawalan keselamatan. Dalam surat memohon bantuan kawalan keselamatan dari pihak RELA kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat, bidang kawalan yang dikehendaki dan jumlah anggota. Surat Pemberitahuan dan Memohon Bantuan dari Hospital atau Klinik Penganjur perlu memaklumkan hospital atau klinik tentang kejohanan olahraga yang dianjurkan. Ini bertujuan bagi hospital atau klinik bersedia memberi bantuan kecemasan atau ambulan sekiranya berlaku kecemasan dalam menjalankan Kejohanan Olahraga Kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat. Surat Sumbangan Dalam satu kejohanan olahraga yang besar sumbangan dari pihak koporat atau individu memang di perlukan. Dalam Surat memohon sumbangan sama ada dari segi kewangan atau barang-barang kandungan surat itu perlu mengandungi masa, tarikh, tempat dan aktiviti yang terlibat dan sumbangan yang diharapkan. Surat Jemputan Perasmian atau Penutup Tetamu Kehormat Pihak penganjur juga perlu menghantar surat jemputan khas kepada tetamu kehormat untuk merasmikan atau menutup kejohanan olahraga. Butiran dalam surat ini ialah tarikh kejohanan, masa perasmian atau penutup kejohanan dan cadangan jadual aktiviti perasmian atau penutup kejohanan.

(x)

(xi)

(xii)

(xiii)

176

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

(xiv)

Surat Jemputan Perasmian atau Penutup Tetamu Khas Bagi menyerikan lagi upacara perasmian dan penutup pihak penganjur boleh menjemput tetamu khas. Surat jemputan mestilah berbutiran seperti berikut iaitu tarikh kejohanan, masa perasmian atau penutup kejohanan dan cadangan jadual aktiviti perasmian atau penutup kejohanan.

Pelantikan Jawatan kuasa Pelantikan jawatan kuasa induk serta kecil dan bidang tugasnya telah di bincangkan dengan terperinci dalam Topik 7. Pihak pengurusan pertandingan perlu memastikan bahawa pelantikan jawatan kuasa perlu berdasarkan kepada keupayaan dan pengalaman kerja yang lepas. Urusan pelantikan perlu di lakukan secara bersurat. Oleh kerana jawatan kuasa akan melibatkan mesyuarat dan lainlain tugasan di luar. Pelepasan ahli jawatan kuasa terlibat perlu di pohon dari majikan jika berkenaan. Surat mesyuarat atau panggilan bertugas kepada ahli jawatan kuasa perlulah melalui ketua jabatan untuk di rekodkan.

Pelantikan Pegawai Kejohanan Pelantikan pegawai kejohanan olahraga hendaklah di lantik dengan berhati-hati, sekiranya berkemampuan pegawai kejohanan yang di lantik perlulah bertauliah dengan mempunyai sijil kepegawaian daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Namun dalam kejohanan sekolah atau Majlis Sekolah Daerah kita sukar untuk mempunyai kesemua pegawai bertauliah. Oleh itu biasanya mereka yang mempunyai tauliah di minta mengetuai pegawai teknikal sebagai referi dan ketua hakim. Kursus pegawai kejohanan perlu di rancang bagi memberi pendedahan dan seterusnya melicinkan lagi kejohanan olahraga. Pelantikan pegawai perlu berdasarkan pengalaman dan latar belakang. Dalam keadaan tertentu mungkin pegawai yang tidak berpengalaman perlu berpasangan dengan pegawai yang berpengalaman untuk menimba pengetahuan dari rakan yang lebih senior. Bagi kejohanan besar terdapat juga penganjur membuat amali kejohanan sebenar bagi melatih pegawai yang bertugas. Dalam topik lapan bidang tugas pegawai-pegawai teknikal di huraikan dengan terperinci. Selain daripada itu jawatan kuasa teknik kepegawaian perlu juga berbincang dengan pegawai sebelum menyusun jadual bertugas dalam kejohanan olahraga. Antara faktor penting yang perlu di fikirkan ialah pengalaman dan kelulusan pegawai yang bertugas, masalah peribadi pegawai yang tidak dapat di elakkan dan kepakaran pegawai dalam bidang-bidang tertentu. Selain daripada itu kebajikan pegawai juga perlu di jaga oleh jawatan kuasa ini.

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

177

9.2.2

Persiapan Teknikal

Persiapan teknikal perlu mantap bagi menjayakan kejohanan olahraga, berbagai kerja perlu di lakukan oleh jawatan kuasa teknikal sebelum menganjur kejohanan. Jawatan kuasa teknik dan pertandingan perlu menyiapkan dan memastikan penyediaan padang dan gelanggang mengikut ukuran dan spefikasi yang terdapat dalam undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM). Jawatan kuasa ini juga perlu memastikan alatan yang di gunakan dalam kejohanan ini mengikut spesifikasi yang di tetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM). Selain dari aspek ini jawatan kuasa ini juga perlu memastikan gelanggang dan alatan yang di gunakan selamat dan tidak mendatangkan risiko kecederaan kepada peserta. Jawatan kuasa teknikal peralatan bertanggungjawab menyediakan segala peralatan pertandingan. Alat-alat ini termasuk kerusi, meja bagi hakim, sistem pembesar suara, papan tulis dan lain-lain perkakasan teknikal sesuatu pertandingan. Jawatan kuasa peralatan juga dikehendaki membantu jawatan kuasa teknik dan pertandingan untuk memeriksa peralatan dan memastikannya mengikut spesifikasi. Sebaik sahaja borang penyertaan dihantar oleh pasukan yang bertanding, jawatan kuasa pendaftaran dan pertandingan perlu mendaftar peserta dengan teliti supaya tidak terdapat kesilapan teknikal berlaku yang akan mengganggu tumpuan peserta. Jawatan kuasa ini perlu mendaftarkan peserta ke dalam borang teknikal yang akan di gunakan dalam pertandingan. Jawatan kuasa pendaftaran perlu membantu jawatan kuasa pertandingan dan teknikal bagi memastikan pendaftaran peserta oleh pasukan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Jawatan kuasa teknikal dan pertandingan perlu menyediakan borang teknikal sebelum urusan pendaftaran peserta dilakukan.

9.2.3

Penyediaan Borang

Borang teknikal menjadi tanggungjawab jawatan kuasa teknikal dan pertandingan untuk menyediakannya. Borang teknikal dalam kejohanan olahraga adalah merupakan borang yang terdiri daripada maklumat dan mempunyai fungsi yang tersendiri. Borang-borang teknikal perlu seragam mengikut Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM). Dalam pengelolaan kejohanan olahraga borang teknikal merupakan bahan atau alat yang penting dalam melicinkan kejohanan olahraga. Maklumat atau butir-butiran dalam borang akan memudahkan pegawai teknikal menjalankan tugasnya. Jadual di bawah menunjukkan jenis borang dan fungsinya.

178

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

Jadual 9.1: Borang dan Kegunaannya


BIL 1 BORANG Borang Masuk atau Penyertaan (Lampiran A) Borang Penyeliaan Peserta (Lampiran B) Borang Hakim Balapan (Lampiran C) Borang Penjaga Masa (Lampiran D) Borang Ketua Penjaga Masa (Lampiran E) GUNA Borang ini mengandungi daripada butir-butir para peserta, pasukan yang mengambil bahagian dan acara yang di pertandingan. Borang ini menunjukkan dan mengesahkan senarai peserta yang bertanding dalam sesuatu acara. Borang ini digunakan oleh hakim untuk mencatatkan kedudukan dan keputusan yang dicapai oleh dalam acara balapan. Borang ini di gunakan untuk mencatat masa yang di capai dalam acara balapan. Borang ini digunakan untuk ketua penjaga masa mencatat masa rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap penjaga masa. Borang ini digunakan untuk ketua Hakim dalam mencatat keputusan rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap penjaga masa. Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan atau balingan. Borang ini akan memaparkan markah yang di capai oleh setiap pasukan bagi acara yang di pertandingan. Pengiraan markah untuk menentukan tempat dalam sesuatu pasukan. Borang bantahan akan di berikan pihak yang ingin membuat bantahan terhadap keputusan rasmi atau pengadilan. Borang ini di gunakan untuk urusan penyampaian hadiah yang berjalan lancar seperti yang dirancang. Bagi memudahkan pihak penganjur mengesan piala-piala pusingan yang di menangi oleh sesuatu pasukan borang ini di perkenalkan. Borang ini di gunakan untuk mencatat bilangan pusingan yang di buat oleh peserta dalam acara lari jarak jauh (5000m, 10000m). Borang ini di gunakan oleh juruteknik untuk mencatat kelajuan angin yang bertiup semasa sesuatu acara di jalankan.

2 3

4 5

Borang Ketua Hakim (Lampiran F)

Borang atau Kad Acara Padang (lompatan dan balingan) (Lampiran H) Borang Pencapaian Markah Keseluruhan (Lampiran I)

Borang Bantahan (Lampiran K)

10 11

Borang Penyampaian Hadiah (Lampiran L) Senarai Pemenang Piala Pusingan

12

Borang Catatan Pusingan (Lampiran M) Borang Laporan Kelajuan Angin

13

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

179

SEMAK KENDIRI 9.2


1. Nyatakan Jawatan kuasa yang bertanggungjawab menyediakan segala peralatan pertandingan. Alat-alat ini termasuk kerusi, meja bagi hakim, sistem pembesar suara, papan tulis dan lain-lain perkakasan teknikal sesuatu pertandingan. Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan atau balingan. Namakan jenis borang ini. Nyatakan butiran yang ada dalam surat pelantikan ahli jawatan kuasa kecil dan induk. Cirikan Surat kebenaran yang digunakan dalam kejohanan olahraga dan beri contoh. Borang ini mengandungi daripada butir-butir para peserta, pasukan yang mengambil bahagian dan acara yang di pertandingan. Namakan jenis borang ini. Nyatakan jawatan kuasa yang bertanggungjawab menyediakan borang teknikal sebelum urusan pendaftaran peserta dilakukan. Nyatakan lampiran yang disertakan dalam surat jemputan mengambil bahagian.

2.

3. 4. 5.

6. 7.

Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu projek untuk di bahaskan. Kertas kerja yang baik adalah kertas kerja yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatan kuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu projek. Jadual tindakan tentatif ini membolehkan pengerusi atau orang yang berkepentingan memantau aktiviti perancangan dan perkembangan tugas setiap jawatan kuasa. Pengurusan kejohanan harus di rancang terlebih awal dan tidak boleh di buat secara tergesa-gesa. Dalam merancang pertandingan sukan apa yang perlu ialah pengurusan yang teliti kemas dan berdokumen. Surat adalah dokumen yang mengandungi maklumat dan akan menjadi sumber rujukan.

180

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

Surat perlu mempunyai maklumat yang ringkas tetapi bermakna kepada pembacanya. Jawatan kuasa teknikal kepegawaian perlu menyediakan jumlah pegawai yang mencukupi untuk bertugas pada hari kejohanan. Jawatan kuasa teknikal dan padang perlu memastikan keadaan padang dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudarat kepada peserta. Jawatan kuasa teknik alatan perlu memastikan alatan yang di gunakan dalam kejohanan olahraga di sediakan. Urusan pendaftaran peserta akan melibatkan jawatan kuasa pendaftaran, jawatan kuasa ini perlu memastikan peserta kejohanan di daftarkan penyertaannya mengikut borang penyertaan. Kursus pegawai kejohanan perlu di rancang bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan seterusnya melicinkan lagi kejohanan olahraga. Jawatan kuasa teknik kepegawaian perlu berbincang dengan pegawai sebelum menyusun jadual bertugas dalam kejohanan olahraga. Jawatan kuasa teknik dan pertandingan perlu menyiapkan dan memastikan penyediaan padang dan gelanggang mengikut ukuran dan spesifikasi yang terdapat dalam undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM). Jawatan kuasa teknikal peralatan bertanggungjawab menyediakan segala peralatan pertandingan. Jawatan kuasa pendaftaran dan pertandingan perlu mendaftar peserta dengan teliti supaya tidak terdapat kesilapan teknikal. Jawatan kuasa pendaftaran perlu membantu jawatan kuasa pertandingan dan teknikal bagi memastikan pendaftaran peserta oleh pasukan mengikut undangundang yang ditetapkan Borang teknikal menjadi tanggungjawab pertandingan untuk menyediakannya. jawatan kuasa teknikal dan

Borang teknikal dalam kejohanan olahraga adalah merupakan borang yang terdiri daripada maklumat dan mempunyai fungsi yang tersendiri. Borang-borang teknikal perlu seragam mengikut Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM).

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

181

Borang teknikal Borang teknikal Jadual tindakan tentatif Jawatan kuasa pendaftaran Jawatan kuasa teknikal dan padang Jawatan kuasa teknikal kepegawaian

Jawatan kuasa teknikal peralatan Kertas kerja Persiapan teknikal Setiausaha jawatan kuasa. Urusan pendaftaran peserta

Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful Track and Field. Dubuque, Iowa: Walliam C. Brown. Darren Bennet. (1992). Sports Facts Athletic Sports. London: Franklin Watts. Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara Publications Sdn. Bhd. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Undang-undang Kejohanan Olahraga 3. Teng Bong Tong. (1994). Gerko: Panduan Pengajaran Olahraga. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan. Karisma Publication Sdn. Bhd.

182

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN A:

BORANG PENYERTAAN
BORANG PENYERTAAN (L/P)

Pasukan:

B.Peluru L. Cakera B.Lembing

ACARA

400 m 800 m 1500 m 5000 m 4x100 m

No Peserta

4x400 m L Tinggi L Jauh

BIL NAMA PESERTA

JUMLAH ACARA

100 m

200 m

JUMLAH BESAR

Perseorangan

Pasukan

"Butir-butir penyertaan ini adalah mengikut syarat-syarat penyertaan." Pengesahan Pengurus pasukan ___________________ ( Nama )

(URUSAN RASMI) Tarikh terima___________ Catatan_____________________________ _____________________________

Tarikh

Tarikh

____________________ ( )

Borang Penyertaan Borang ini mengandungi butir-butir para peserta, pasukan yang mengambil bahagian dan acara yang dipertandingkan.

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

183

LAMPIRAN B: BORANG PENYELIAAN PESERTA


LAPORAN PENYELIAAN PESERTA
No Acara Masa pertandingan:
LORONG 1 2 3 4 5 6 7 8 Catatan Penolong Pelepas: TARIKH: NAMA PESERTA

Acara

(L/P)

Kelas

Saringan/Separuh Akhir/Akhir
NOMBOR PASUKAN CATATAN

Borang Penyeliaan Peserta: Borang ini menunjukkan dan mengesahkan senarai peserta yang bertanding dalam sesuatu acara.

184

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN C: LAPORAN HAKIM BALAPAN


LAPORAN HAKIM
Acara: (L./W) ) S-Akhir ( )

LAPORAN HAKIM
Acara: (L/W) ) S-Akhir ( )

No. Acara
Saringan (

No. Acara
Saringan (

1 2

Tarikh Hakim LAPORAN HAKIM


Acara: No. AcaraSaringan ( ) ' (L/W) )

Tarikh

Hakim

LAPORAN HAKIM
Acara: No. Acara Saringan ( (L/W) ) S-Akhir ( )

S-Akhir (

2 3
Tarikh

(Hakim mencatat nombor peserta yang mendapat tempat kedua) (Hakim mencatat nombor peserta yang mendapat tempat ketiga)
Hakim

3 4
Tarikh Hakim

Borang Hakim Tempatan ini digunakan oleh hakim untuk mencatatkan kedudukan dan keputusan yang dicapai oleh dalam acara balapan.

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

185

LAMPIRAN D: BORANG LAPORAN PENJAGA MASA


LAPORAN PENJAGA MASA
Acara_________________(L/W) No.Acara:___________ saringan/S.Akhir/Akhir

Tempat

Jam

Tarikh Tanda tangan ( Nama Penjaga masa)

Borang Penjaga Masa ini digunakan untuk mencatat masa yang di capai dalam acara balapan.

186

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN E: BORANG LAPORAN KETUA PENJAGA MASA


LAPORAN KETUA PENJAGA MASA
Acara_________________(L/W) No.Acara:___________ saringan/S.Akhir/Akhir Rekod

Tempat 1 2 3 4 5 6 7 8 Tarikh

Masa Rasmi

Tanda tangan ( Nama Ketua Penjaga masa)

Borang Ketua Penjaga Masa ini digunakan untuk ketua penjaga masa mencatat masa rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap penjaga masa.

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

187

LAMPIRAN F: BORANG LAPORAN KETUA HAKIM


LAPORAN KETUA HAKIM

No Acara Masa pertandingan: LORONG


1 2 3 4 5 6 7 8

Acara

(L/P)

Kelas

Saringan/Separuh Akhir/Akhir NOMBOR PASUKAN KEDUDUKAN CATATAN

NAMA PESERTA

Tarikh: ( Referi ) ( Ketua Hakim )

Borang Ketua Hakim ini digunakan untuk ketua Hakim dalam mencatat keputusan rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap hakim.

188

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN G: BORANG LAPORAN KETUA HAKIM (BALINGAN DAN LOMPATAN)


LAPORAN ACARA L.Jauh/Lkijang/Lontar Peluru/L.Cakera No Acara Masa pertandingan:
Giliran BUTIR-BUTIR PESERTA Nama
1 2 3 4 5 6 7 8

Acara

(L/P) Rekod

Kelas

Jarak No Pasukan 1 2 3

Terbaik ( percubaan)

Jarak 4 5 6

Terbaik TEMPAT (keselunihan)

KEPUTUSAN TEMPAT Perta'ma Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuli Kelapan NAMA NO PASUKAN . JARAK CATATAN

Tarikh: ( Referi ) ( Ketua Hakim )

Borang atau Kad Acara Padang (lompatan dan balingan) ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan dan balingan.

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

189

LAMPIRAN H: BORANG LAPORAN KETUA HAKIM (LOMPATAN TINGGI)


LAPORAN ACARA L.Tinggi/Bergalah No Acara Masa pertandingan:
GILIRAN BUTIR-BUTIR PESERTA

Acara

(L/P)

Kelas Rekod

Tinggi
Jumlah Lompatam Jumlah Gagal

TEMPAT

Nama 1 2 3 4 5 6 7 8 9

No

1 2 3 1 2 3

1 2 3 1 2 3 1 2

KEPUTUSAN TEMPAT Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuli Kelapan NAMA NO PASUKAN . JARAK CATATAN

Tarikh: ( Referi ) ( Ketua Hakim )

Borang atau Kad Acara Padang (lompatan tinggi) Borang ini tercatat senarai nama peserta, jumlah percubaan, ukuran pencapaian dalam satu acara lompatan tinggi.

190

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN I: BORANG LAPORAN PENCAPAIAN MARKAH


PENCAPAIAN MARKAH NO Acara L. Kijang B Peluru 4x100 m 4x400 m L.Tinng 100 m 800 m 400 m 200 m 1500 m

B.Lembing

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Keputusan Kedudukan Johan Naib Johan Ketiga Pasukan

(L/P) Markah

( Ketua Perakam) Borang Pencapaian Markah Keseluruhan ini akan memaparkan markah yang di capai oleh setiap pasukan bagi acara yang di pertandingkan. Pengiraan markah untuk menentukan tempat dalam sesuatu pasukan.

Jumlah Markah Kedudukan

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

191

LAMPIRAN J: BORANG KEPUTUSAN RASMI


KEPUTUSAN RASMI

No Acara Masa pertandingan:

Acara

(L/P)

Kelas

Saringan/Separuh Akhir/Akhir

TEMPAT 1 2 3 4 5 6 7 8

NAMA PESERTA/ PASUKAN

NOMBOR

Masa/Jauh/Tinggi

CATATAN

Tarikh: ( Perakam ) ( Ketua Perakam )

Borang Keputusan Rasmi ini digunakan untuk perakam dalam mencatat keputusan rasmi bagi satu acara balapan. Borang ini merupakan rumusan daripada setiap laporan ketua hakim dan disahkan oleh referi.

192

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN K: BORANG BANTAHAN


BORANG BANTAHAN
Nama Peserta/Pasukan yang Membantah :.

Butir-Butir Bantahan
Nombor Acara: Masa Peristiwa Berlaku: Acara Temp at Berlaku:

Nombor Peserta @ Pasukan lawan yang terlibat:. Peristiwa yang teiah berlaku:

Dengan ini saya mengemukakan bantahan ini untuk pertimbangan pihak tuan.

Pengurus Psukan ( Tarikh ) :

Untuk Urusan Rasmi


Tarikh Dan Masa Bantahan Keputusan Referi

( Keputusan Juri Rayuan

Referi

( Pengerusi Juri Rayuan )

Borang bantahan akan diberikan pihak yang ingin membuat bantahan terhadap keputusan rasmi atau pengadilan.

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

193

LAMPIRAN L: BORANG PENYAMPAIAN HADIAH


Acara_______ Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan hadiah kepada pemenang-pemenang. Pemenang; 1. (Johan) 2. 3. Piala pusingan dihadiahkan oleh: Majlis mengucapkan. ribuan terima kasih kepada kerana sudi menyarnpaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Catalan Penyelia Hadiah: Hadiah bagi acara ini telah di sarnpaikan pada pukul Tarikh (Penyelia Hadiah/Jumhebah) (masa) Pasukan/Peserta (Nama) Masa/Jarak/Ketinggian (Pencapaian) untuk menyampaikan

Borang Penyampaian Hadiah ini digunakan untuk urusan penyampaian hadiah yang berjalan lancar seperti yang dirancang.

194

TOPIK 9

PERSEDIAAN SEBELUM KEJOHANAN OLAHRAGA

LAMPIRAN M: BORANG CATATAN PUSINGAN


KAD PENCATAT PUSINGAN
No Acara Masa pertandingan:
Pusingn/ No Peserta 1/2 3/4 12 11 10 9 8 7

Acara

(L/P)

Kelas

Saringan/Separuh Akhir/Akhir
6 5 4 3 2 1

CATATAN

Pencatat Pusingan ( )

Borang Catatan Pusingan ini digunakan untuk mencatat bilangan pusingan yang dibuat oleh peserta dalam acara lari jarak jauh (5000m, 10).

You might also like