You are on page 1of 3

MODUL AKTIVITI

: : Pendekatan Belajar Sambil Bermain.

PENGENALAN Pendidikan Prasekolah merupakan satu pendidikan yang penting dalam perkembangan individu selain dari pendidikan yang diperolehi dari rumah Di Malaysia, program pendidikan awal ini dilaksana untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Ia bertujuan memberi pendedahan sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di Tahun 1 sekolah rendah. Belajar melalui bermain merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini, ia akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan tatabahasa. DEFINISI MAIN Main atau bermain boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa mengira hasil aktiviti tersebut. Car melalui teorinya ada menyatakan bahawa main sangat pentig kepada kanak-kanak kerana ia akan menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Manakala dari aspek psikoanalisis, menurut Freud, main boleh memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dikatakan ia boleh membantu kanak-kanak untuk menghadapi realiti. CIRI-CIRI MAIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH. Menurut Vygotsky ( 1967 ) pula main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikan dalam dunia sebenar. Mereka juga dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. Secara ringkasnya, aktiviti main boleh merangsang perkembangan bahasa. Di mana jika melakukan main bebas, kanak-kanak dapat berlatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membetulkan bahasa yang digunakan. Selain itu, aktiviti yang berlainan sama ada social atau kognitif juga akan mengembangkan aspek perkembangan bahasa mereka. Di prasekolah, Main atau bermain bukanlah bermaksud bermain secara bebas tanpa perancangan tetapi ia memiliki beberapa unsur seperti main terancang, berstruktur, fleksibel dan main yang boleh memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif. Penggunaan bahan semasa sesi belajar sambil bermain sangat penting. Di mana bahan yang digunakan perlulah menggalakkan imaginasi, beri peluang

kanak-kanak cipta dan mencuba, menggalakkan sikap kerjasama dan hubungan sosial serta membina keyakinan diri. KEPENTINGAN MAIN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Bermain untuk Perkembangan Fizikal Sesuatu permainan biasanya akan melibatkan aktiviti fizikal terutamanya dalam perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Mereka akan berasa seronok dan gembira semasa sesi P & P. Apabila ini terjadi, kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran, lebih yakin dan memiliki sikap bersaing serta beolh berdikari. Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi Dalam kehidupan social kanak-kanak, bermain merupakan pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran social dan emosi kanak-kanak. Kajian ( Rubin & Howe 1986 ; Creasey, Jarvis & Berk, 1998 ) ada menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain akan member peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan member pendap0at sendiri. Bermain untuk Perkembangan Kognitif Terdapat kajian yang telah menunjukkan hubungan positif anatara main dan pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka, 1998: Lieberman, 1977 ) . Jelas sekali menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gange, Ausubel dan Bruner memiliki kepentingannya sendiri dalam aktiviti bermain. Selain itu terdapat juga kepentingan lain anataranya ialah dari segi perkembangan bahasa. Akan tetapi jika main hanya digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembenajaran, ia tidak akan meninggalkan kesan positif dlama P & P kanak-kanak. Oleh yang demikian, guru harus memainkan peranan dalam member panduan yang sepatutnya supaya maian boleh menghasilakan pembelajaran yang optima kepada kanak-kanak. PERANAN GURU DALAM MENGGALAKKAN AKTIVITI BERMAIN. PERANAN IBU BAPA DALAM MENGGALAKKAN ANAK SEMASA DIN RUMAH.

TEORI VYGOTSKY Teori ini memberi penekanan terhadap pengaruh persekitaran sosial terhadap perkembangan kanak-kanak, khususnya dari asspek perkembangan bahasa. Bahasa merupakan alat utama untuk berinteraksi dan seterusnya digunakan sebagai penyampai maklumat. Bahasa kanak-kanak selalunya berkembang melalui persekitaran sosialnya. Menurut teori ini, bahasa adalah alat berfikir bagi manusia untuk membina konsep dalam fikiran sebagai respon kepada masalah dan rangsangan di persekitaran. Menurut Bodrova ( 2003 ), Teori Vygotsky ini sangat releven dengan perkembangan mental, bahasa dan social kanak-kanak. Bagi Vygotsky, bahasa adalah alat budaya sekali gus dijadikan segabai perantara dalam memperolehi alat-alat budaya yang lain. Bahasa sangat penting dalam komunikasi dan integrasinya denganproses mental yang lain. Menurut Thomas (1993), dalam proses perkembangan kognitif kank-kanak, bahasa merupakan alat terpenting bagi menentukan bagaimana kanak-kanak belajar cara berfikir kerana pemikiran dipindahkan kepada mereka dalam bentuk perkataan. Terdapat empat prinsip yang dikemukakan dalam pembelajaran, khususnya peringkat awal kanak-kanak ( Gallaghan, 1999 ) iaitu ;

You might also like