You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DURIAN MAS BANDAR AL-MUKTAFI BILLAH SHAH 23400 DUNGUN,TERENGGANU

NAMA:MOHD FIRDAUS BIN MOHD ASIKIN TINGKATAN:6 ATAS EKONOMI(PRAUNIVERSITI) NAMA GURU:PN MARIANI BINTI MUDA TANDATANGAN PENYEMAK: TAJUK:LATIHAN CUTI TERANCANG BAHAGIAN C

5.(a). Walaupun kita sering mendengar berita berkaitan dengan kegagalan sekian banyak syarikat dalam perniagaan yang dijalankan melalui internet,tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan dan keuntungan yang diperoleh melalui internet juga amat menggalakkan.Banyak syarikat yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan yang memulakan perniagaan melaui internet.Sebilangan daripada syarikat tersebut berjaya mencapai keuntungan yang besar,sebaliknya terdapat juga yang menghadapi kegagalan. (Disesuaikan daripada Dewan Ekonomi,Mac 2009) i. Jelaskan pandangan penulis tentang perniagaan melalui internet. -Pandangan penulis tentang perniagaan melalui internet ialah dapat memberikan keuntungan dan disamping itu boleh menghadapi risiko kegagalan. ii.Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan,kemukakan kebaikan menjalankan perniagaan melalui internet. -Kebaikan yang diperoleh daripada perniagaan melalui internet perniaga dapat menjimatkan kos yang melibatkan upah dan kos sewa premis kerana perniagan boleh dijalankan di rumah.Selain itu,perniagaan melalui internet juga mampu memperluaskan pasaran ke negara-negara jiran kerana penggunaan internet yang meluas.

1
5.(b). Mendidik anak-anak,terutamanya anak-anak yang menjangkau usia remaja bukanlah mudah.Kerenah anak-anak remaja sukar difahami dan keadaan ini boleh membebani ibu bapa.jika anak-anak tidak didekati ,mereka akan berpaling kepada rakan sebaya.untuk menjamin golongan remaja,mempunyai keperibadian yang baik sewajarnyalah ibu bapa berperanan sebagai rakan atau sahabat kepada anak-anak. (Disesuaikan daripada pendidik,bil.22,2006) i.Jelaskan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dalam mendidik anak- anak yang sedang meningkat dewasa. -Masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang sedang meningkat dewasa ialah kerenah remaja yang sukar difahami dan berperanan sebagai sahabat atau rakan kepada anak-anak. ii.Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan,kemukakan pendapat anda bagaimana ibu bapa dapat berperanan sebagai sahabat atau rakan kepada anak-anak. -Ibu bapa berperanan sebagai sahabat dengan banyak berkgsi atau berbincang bersama dalam menyelesaikan sesuatu masalah sama ada masalah peribadi atau tidak.Selain itu ibu bapa juga perlu banyak menghabiskan masa bersama anak-anak bagi mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain dan ini mampu menanam nilai kasih sayang dalam sesebuah keluarga.

2
6.(a). Alam semesta pada masa ini sedang mengalami fenomena perubahan cuaca yang ekstrem dan keadaan ini semakin membimbangkan .Fenomena ini berlaku akibat pemanasan global dan boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan persekitaran.Sebagai bukti,belakangan ini banyak negara yang mengalami bencana alam yang serius seperti banjir besar,ribut taufan dan kemarau yang keterlaluan. (Disesuaikan daripada Dewan masyarakat,Mac 2007) i.Jelaskan maksud pemanasan global. -Pemanasan global ialah fenomena perubahan cuaca yang ekstrem boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan perskitaran seperti banjir besar,ribut taufan dan kemarau yang keterlaluan. ii.Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan,huraikan sebab berlakunya pemanasan global. -Pemansan global berlaku kerana berlakunya pembakaran hutan sama ada semula jadi ataupun sengaja yang boleh meningkatkan suhu bumi kerana pembakaran ini memakan kawasan yang sangat luas.Selain itu,pengeluaran asap-asap kilang yang tidak mengikut masa menyebabkan pencemaran udara dan juga menjejaskan suhu kawasan setempat.

3
6.(b). Rawatan rehabilitasi yang disediakan di hospital psikiatri di seluruh negara dapat membantu pesakit skizofrenia,psikosis,kemurungan dan fobia untuk mengembalian kemahiran hidup yang hilang.kaedah kaunseling turut digunakan terhadap pesakit untu memberi sokongan emosi secara berterusan.Pesakit juga diberikan rawatan pendidikan iaitu pengetahuan tentang penyakit mental yang dihadapi oleh mereka. (Disesuaikan daripada dewan masyarakat,Mac 2008) i.Siapakah yang memerlukan rawatan rehabilitasi yang disediakan di hospital psikiatri. -Rawatan rehabilitasi yang disedikan di hospital psikiatri diperlukan oleh induvidu yang menghidapi penyakit skizofrenia,psikosis,kemurungan,fobia dan individu yang memerlukan pengembalian kemahiran hidup yang hilang bagi mendapat dorongan dan sokongan emosi secara berterusan. ii.Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan,jelaskan kaedah yang dapat digunakan untu merawat golongan tersebut. -kaedah yang digunakan untuk merawat golongan tersebut ialah rawatan kaunseling.Rawatan ini bertujuan untuk menberi sokongan emosi yang berterusan kepada pesakit.Selain itu,pendidikan juga diberikan kepada pesakit,rawatan ini boleh menberi pengetahuan kepada pesakit mental yang mereka hadapi.Rawatan yang disediakan ini mampu

meningkatkan kemahiran hidup pesakit yang telah hilang.

You might also like