You are on page 1of 14

Pemanasan Global Memusnahkan Dunia Bila alam sudah murka dengan manusia, maka bersiap sedialah kita menuai

berbagai bencana. Dalam berbagai lini kehidupan manusia dapat kita rasakan secara nyata sekarang ini dampak yang ditimbulkan oleh terjadinya pemanasan global akibat kesan rumah hijau yang pada akhirnya menyebabkan perubahan iklim secara global. Fenomena ini, yang dipopularkan oleh kaum intelektual dan pers, sebetulnya sudah menunjukkan gejalanya semenjak menganjak era milenium. Momentum awalnya mungkin dapat kita saksikan pada beberapa dekad sebelumnya pada saat revolusi industri sedang gencar-gencarnya seraya dengan makin cepatnya tingkat perkembangan ilmu pengetahuan saat itu. Sangat disesali apabila kemapanan dalam bidang sains justeru merosakkan bumi yang menjadi pijakan manusia selama ini dan bukannya makin menjaga kelestariannya. Bukankah bumi ini diwariskan kepada kita untuk menjaga dan melestarikannya, bukan malah kita mengeksplotasinya seenak hati tanpa memikirkan impak negatif yang akan terjadi. Lantas, bagaimana sikap kita dalam mengatasi konflik global yang berpanjangan ini ? Seberapa besar ancaman yang kita hadapi baik untuk saat ini mahupun nantinya? Pemanasan global sebagai bentuk keseimbangan ekosistem bumi yang merupakan keadaan meningkatnya suhu rata-rata global permukaan bumi yang terjadi akibat meningkatnya pemancaran gas rumah hijau iaitu karbon dioksida, metane,hidrofluorkarbon, dan banyak lagi gas-gas yang berbahaya berlegarlegar di ruangan atmosfera bumi. Pemancaran ini dihasilkan terutama dari pembakaran bahanbakar fosil seperti minyak gas dan arang batu serta penggondolan dan pembakaran hutan. Kesan rumah hijau sebagai suatu bentuk sistem ekosistem di bumi justeru sangat diperlukan oleh semua jenis hidupan di bumi ini. Tanpanya bumi akan menjadi lebih dingindan sejuk. Akan tetapi, sistem tersebut akan bersifat merosakkan jika berlebihan dalam erti kata kesan rumah hijau telah menghasilkan sejumlah panas yang berlebihan dibandingkan dengan keadaan normalnya. Selain daripada kesan rumah hijau, pembakaran bahan api fosil dan pembebasan gas karbon dioksida yang

berleluasa merupakan penyumbang utama kepada pemanasan global. Bumi kini sedang menghadapi demam panas akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Bagi kebanyakan orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak menganggu aktiviti ekonomi berbanding dengan kesihatan diri. Walaubagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada seluruh penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita yang melihat ada di antara mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas yang melampau. Tetapi, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah mereka bebas daripada sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas, mati kesejukan atau dehidrasi? Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta individu di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan lagi bahawa separuh daripada jumlah kematian itu berlaku dia Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan lapan ratus ribu lagi mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun. Tambahan pula, pemanasan global juga telah mengakibatkan pencairan ais di kutub-kutub serta meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar. Fenomena ini terjadi apabila haba matahari yang pada kebiasaanya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas dan kemudiannya terperangkap seterusnya menyebabkan suhu bumi kian meningkat. Sehubungan dengan itu, suhu tinggi ini meninggalkan kesan kepada aliran angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa yang kita tahu. Gelombang kepanasan ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya.Perubahan sama turut

dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin teruk jika terus diabaikan atau gagal dikawal. Akibatnya, generasi seterusnya yang akan menanggung kesan penuh kerakusan generasi kini mencemarkan alam sekitar semata-mata untuk kekayaan dan kemajuan ekonomi. Sebarang bentuk perubahan melampau pasti akan memberi kesan paling buruk kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas yang sering dilihat menjadi mangsa pertama kejadian bencana.Rakyat Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas terik memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba. Strok haba akan menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau radang paru-paru yang berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah kawasan turut berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk berikutan kemarau panjang yang berpunca daripada gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang mencemari sumber air tawar dengan air masin dari laut. Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus, nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan mencatatkan kes malaria pertama di kawasankawasan tanah tinggi dua negara tersebut. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan

lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit Leptopirosis dan Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus. Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar bersenam dan beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau seperti karbon monoksida kini semakin banyak dalam udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai bilangan kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak, ketika bersenam atau beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan kandungan gas karbon monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan jantung. Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhanpertubuhan dunia semata-mata bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang. dunia semata-mata bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal

pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.

Pemanasan Global: Punca, Akibat dan Cara Atasi Pemanasan Global

You might also like