You are on page 1of 6

Aku Terima Nikahnya

Lagi review pasal buku. Penulis buku, Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Saif. "Melihat perkahwinan sebagai medan untuk MEMBERI, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan"-Abu SaifSebenarnya dah lama menghabiskan baca buku yang satu ni. Tapi, bila nak tulis kat sini secara ringkasnya dah terlupa. Jadinya, ulang baca le lagi. Dan, sambungan dari buku ni; Bercinta Sampai Syurga (Aku Terima Nikahnya 2) dan Murabbi Cinta (Aku Terima Nikahnya 3) tak lagi habis2 dibaca.hehe.. faham2 jela kenapa lambat je nak habis membacanya=p. Jadi, mari membuat kesimpulan yang boleh dapat dari buku ni dulu... 1. Erti Sebuah Perkahwinan Dah jadi norm kat Malaysia ni atau mana2 jela. Couple dah jadi benda biasa. Budak2 sekolah rendah sekarang pun dah pandai bercintan-cintun. Dah menjadi macam galakan pulak kepada mereka2 ini. Kadang2 tanpa segan silu budak2 yang masih dalam pakaian seragam sekolah berpimpin tangan pulang dari sekolah. Emm. Rasanya mak ayah hantar sekolah soh g belajar kot.. Tiba2 teringat dulu kalau naik kereta dengan kak ida kalau nampak adik2 sebegini kak ida bagi hon satu (kaw punya)..hahah..penulis blog nih tumpang gelak je. Kalau aku jadik adik tu kan kak
ida, mesti aku hawt punye=p...

Cite panjang pasal couple ni pon takde maknanya juga. Penulis blog nih pon bukannya bagos pon. Ni nak cite apa sebenarnya makna perkahwinan tu. Kenapa nak kahwin? "Sebab sayang." "Sebab tak nak buat maksiat." "Sebab nak kahwinla".. Tu lah jawapan rambang dan kebiasaan yang selalu didengar. Yang paling takut, mungkin ada segelintir yang bercinta sebab dia rasa sunyi, kekurangan kasih sayang dan hanya inginkan perhatian lebih... Dulu penulis blog ni pun sibuk nak kahwin juga. "Dah sedia ke?" "Aku dah sedia fizikal dan mental, tapi si dia betul ke dah sedia? (walaupun si dia yang mengusulkan untuk kahwin) Boleh ke terima aku seadanya? Family dia dah boleh terima ke?" Soalan2 yang tak pernah ada jawapan. Tapi sekarang baru tersedar. Di mana silap dan salah siapa tak perlu lah diungkit kembali. Tapi yang nyatanya, taulah dan sedarlah penulis bahawa cinta yang dulunya wujud itu bukan disebabkan Dia, tapi lebih kepada nafsu semata-mata. Yang lepas hanya boleh dijadikan lesson untuk lebih berhati-hati dan ingat. Mungkin dulu agak jahil dan bersyukur telah 'dicubit' supaya kembali tersedar untuk balik kepada Dia. Walau sekarang pun tak seelok mana, tapi takla sejahil dulu. Sebenarnya, cinta selepas berkahwin itu lah yang dituntut. Tapi rata-rata zaman sekarang mana ada nak ikut cara macam orang dulu-dulu. Kononnya, tak kenal maka tak cinta. Kononnya juga tak modern lah, kunolah dan macam2 lagi alasan berbangkit. Bukannya tak boleh, cuma dah menjadi kebiasaan dan kebiasaan ni lah yang merosakkan kita pada hari ini dan hari2 mendatang. Boleh je nak bercinta selepas kahwin. Kan boleh berkenal-kenal dalam tempoh masa bertunang.
(Kalau dah kenal lama, tak tunang pun takpe. Tulah tujuan bertunang sebenarnya-untuk berkenal-kenal. Kalau tak serasi, tak payah kahwin. Kalau serasi, cepatkan tarikh kahwin). Tak menjadi masalah dan patotnya tak ada alasan

sedemikian rupa. Kalau pun kenal lama, terjaminkah hubungan tu akan terus bekekalan dan seterusnya naik ke jinjang pelamin dan kekal sampai mati??? Mengikut pengalaman dan dalam buku ni jugak kata, "banyak pasangan yang sudah terlalu lama 'mengikat' hubungan, tetapi lambat menuju perkahwinan, dan akhirnya banyak hubungan kecundang di tengah jalan. Malah ramai yang berubah menjadi musuh. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang terlalu lama kenal, tetapi tidak menyegerakan perkahwinan akan dengan sendirinya berubah menjadi musuh akibat fikrah perhubungan itu sendiri." Yela. Masa mula kenal puji melambung-lambung. Bila dah setahun dua kenal, true colours pasangan masing-masing menyerlah (masing2 dah takde nak control macho dan ayu dah). Semua pun dah cakap main lepas. Dah tak ada puji2an. Asyik nak melenting. Dan lama-lama masing2

mungkin ada rasa jemu. Si lelaki atau perempuan dah mula beralih arah. Datang pula kekasih lama atau orang baru yang mula datang beri perhatian lebih. Kasih mula beralih. Yang setia mungkin tak beralih arah. Tapi yang tak setia dan haloba tu? Jadinya, mulalah berpecah-belah, kekasih menjadi seteru. Pujian yang dulunya melambung bertukar menjadi keji-mengeji dan hina-menghina. Segala kebaikan dan pengorbanan selama ni langsung tak dikenang. Semacam sia-sia tempoh perkenalan yang lama tu. Kalau sudah berkahwin, mungkin rasa tanggungjawab akan menyelamatkan perkahwinan. Tapi, kalau belum kahwin? Sah2 la putus di tengah jalan. Kalau iyepun ada rasa tanggungjawab dalam perkahwinan tu, tanpa cinta, bahagiakah mereka??? Emm. Bila baca statement ni jangan pulak terus tergesa-gesa nak putuskan hubungan bila tersedar dah tersilap langkah atau mula sedar dah tak ada 'rasa' dengan pasangan. Jika pernah buat silap, bertaubatlah, perbaiki diri dan sedarkan pasangan dan bukan sewenang-wenangnya membatalkan hubungan. Ramai yang salah faham dan mungkin kurang didedahkan dengan nila-nilai agama. Atau mungkin ramai yang tahu, tapi sengaja tidak mengendahkannya. Kerana tak berlandaskan agamalah sebenarnya kehidupan sehari-hari jadi tak tenang, kucar-kacir dan hubungan sesama manusia jadi macam serba tak kena. Hablum minallah, hablum minannas. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia. InsyaAllah jika kita jaga apa yang dituntut Allah, maka dengan automatiknya hubungan sesama manusia terjaga. 2. Praperkahwinan Cinta itu perlu wujud. Tak kira la pilihan keluarga tau pilihan diri sendiri. "Cinta sebenar harus terbit dari emosi dan naluri fitrah manusia. Namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tesebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini. Cinta yang ada 'sense of begin with the end in mind'. "-Abu Saif"Sense of begin with the end of mine"-Rasanya apa yang dia nak sampaikan, kalau bercinta sekadar nak bertitle 'couple', sekadar nak berkongsi kasih akibat kekurangan kasih sayang, sekadar tanak berseorangan melihat kawan-kawan bergayut telefon lama2, berbalas2 sms, ..dan bukannya nak mencari calon pasangan untuk mencari redha-Nya dan memulakan dan mengakhiri perkenalan ke alam perkahwinan, janganlah mula nak menggatal nak bercinta. Jangan beri harapan pada pasangan yang kamu tidak berniat pun nak mengahwininya. Perasaan bukan barang mainan. Sekali kita sakitkan hati orang, kalau tidak dimaafkan, mati kita nanti macamana. Dosa orang yang tak maafkan kita tu takkan diangkat. Dosa dengan Allah, kalau kita mintak ampun dan bertaubat, insyaAllah Allah maafkan dan terima.. Fikirlah... "Jika rasa tak mampu atau sudah pasti dalam masa jangka terdekat atau setahun dua untuk berumahtangga, janganlah mengambil langkah untuk berpasangan (couple). "-Abu Saif. Tiba2 teringat pasal Halimaton budak cerdik berusia 15 tahun yang dikatakan lari mengikut teman lelaki dan berniat untuk berkahwin dengan pasangannya tu. Emm..

3. Pedoman Bagi Yang Mencari

"Jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh. Perkahwinan bukan semata untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelum berkahwin. Perkahwinan adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tangungjawab. Jika ada yang memberi alasan mahu berkahwin kerana bimbang terjebak kepada yang haram, niat suci itu mungkin tidak membawa perkahwinan ke satu tahap yang lebih bermakna. Jika daya tahan dirimu terlalu lemah hingga menolak zina pun menjadi satu masalah, di mana kekuatan kamu untuk membina rumah tangga memimpin keluarga dan menjadi pembentuk manusia berupa anak-anak? Perang melawan keninginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan-dugaan selepas berumah tangga." "..vile woman are for vile man, and vile man are for vile woman. Good women are for good men, and good men are for good women; For them is a pardon and a bountiful provision" (An-nur ayat 26) Ayat di atas rupanya sangat bermakna. Sebelum ni tak berapa nak memahami ayat di atas. Sekadar baca sepintas lalu dan tidak ambil kisah. Kebahagiaan hidup, keserasian dan pertemuan dengan jodoh adalah hasil usaha kita sendiri. Perbaikilah diri, perelokkan akhlak dan budi, jaga maruah dan penampilan, InsyaAllah akan dipertemukan dengan yang baik2 hendaknya. Berdoalah selalu agar dijodohkan dengan jodoh yang terbaik. Hanya Allah yang Maha Mengetahui mana yang elok dan mana yang buruk untuk kita. "Rumahtangga bukan SAYA dan AWAK. Tapi KITA dan KAMI. Sudah berkahwin buat cara sudah berkahwin. Bagi lelaki, jiwa masih adventerous, mahu mencuba sana sini. Sedangkan isteri dan anak-anak bukan perhiasan yang sesuka hati disimpan dalam almari. Semaikan sikap tanggungjawab dan jangan hanya serah pada isteri semata. Kehidupan berumah tangga tidak mengizinkan kita membuat keputusan menurut pertimbangan diri sendiri sahaja. Ada banyak (ramai) faktor perlu diperimbangkan." Mungkin ada setengah suami yang berkata, "Ala, isteri aku ada kat rumah jaga anak-anak". Mungkin juga si isteri berfikir sedemikian, "Asyik aku je terperuk kat rumah dengan anak-anak, aku pulak nak keluar, biar suami jaga anak-anak kat rumah pulak"..Bukanke lebih elok berbincang, bertoleransi dan sama-sama membesarkan anak-anak. Jangan diserah bulat2 tanggungjawab pada sebelah pihak semata-mata. Takut2 dari tanggunjawab menjadi beban dan kemudiannya boleh menyebabkan pertengkaran. Masing-masing sudah penat dengan perangai masing2 dan tanggungjawab masing2. Takut perasaan mula berubah menjadi benci.

4. Belajar Untuk Saling Memahami "Mens Are from Mars, Women Are from Venus." Memang tak sama lelaki dan perempuan. Lelaki dengan 9 logik dan 1 emosi, manakala perempuan dengan 9 emosi dan 1 logik. Kerana kerasionalan yang lebih pada lelakilah, tanggungjawab ketua keluarga terletak pada bahu mereka. Begitu juga kuasa menjatuhkan talak=) "Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak. kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperoleh daripada insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak". Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana. Jadi tak perlulah si suami cemburu buta dan mengongkong yang amat sangat. Bagi lelaki pula, disebabkan faktor kerasionallan tadi, sesekali dia merasakan perlunya pandangan ketiga. Disebabkan itu, mereka masih menjaga hubungan dengan rakan lelaki merka bagi dan perlu pendapat kawan-kawan dalam membuat keputusan terutamanya ketika berkonflik dengan isteri dan keluarga. Jangan pula si isteri salah faham dengan menyangka suami telah membelakangkan isteri dan lebih mengutamakan sahabat. Suami pergi mencari panduan dan penyelesaian dengan motif yang rasional. Untuk memulangkan kebaikannya kepada kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak juga.

5. "Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. " Bila mana isteri sibuk dengan kerjaya, berusahalah meringankan beban isteri.Contohnya, memasak dan tidak salah kalau tolong menyediakan bekal untuk si isteri. Sweet=).. Ringankan beban dengan tolong menyiapkan anak-anak di waktu pagi apabila isteri juga turut kelam-kabut untuk keluar awal meredah jem. Bila si suami sibuk dengan kerjaya, ringankan dengan tidak membebel kerana penat menjaga anak berseorangan. Berikan ketenangan pada pasangan dan bukannya tekanan. Bukankah memberi itu lebih baik daripada menerima. "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain", sabda Nabi SAW.

Banyak lagi sebenarnya yang boleh disimpul-simpulkan lagi dari apa yang dibaca dalam buku ini. Tapi kalau nak dilayan karang tak habis2 gamaknya. Berpinar kang bijik mata tu membacanye.=p Akhir cerita, bila dah temu jodoh, orang yang sesuai dah berkahwin dan beranak-pinak, janganlah pula hati nanti JEMU ditelan umur dan masa. Jangan pula nanti ada yang mula nak memberi borang pada isteri untuk diberi payung emas pada mereka-mereka ini atas alasan sudah jemu. Atau dengan alasan mengikut sunnah. Wahai encik-encik sekalian, betulkah anda mahu mengikut sunnah. Tahukah anda, nabi kahwin selepas 3 tahun kematian Siti Khadijah. Dan Baginda kahwin kerana agama. Dan membela nasib janda kecuali berkahwin dengan Aisyah yang masih anak dara. Berkahwin dengan Aisyah kerana beliau cerdik dan bijak. Untuk tujuan penyebaran dan pengukuhan agama juga. Dan sehingga kini banyak hadis2 yang dihafal oleh Aisyah disalurkan kepada kita-kita pada masa kini...Dan kamu2 encik sekalian boleh kata begitu walhal isteri-isteri anda masih hidup dan banyak jasa dan baktinya bertarung nyawa melahirkan zuriat untuk anda. Sanggupkah anda wahai encik2 sekalian melukakan hati seorang wanita yang begitu kasih dan setia hanya kepada anda. Jangan ikukan nafsu. Kawal emosi dan belajarlah untuk mencintai semula isteri anda. Yang sangat banyak jasa dan berkorban untuk anda. Sekian, wassalam. Yang baik dijadikan teladan, yang tidak baik dijadikan sempadan. Mana yang kurang harap dibetulkan dan mana yang silap harap ditegurkan. Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan perkongsian untuk kalian yang dikasihi... p/s: Untuk Bercinta Sampai Syurga dan Murabbi Cinta tengoklah kalau rajin dan bersemangat, mungkin akan disimpulkan. Kalau tak rajin, kamu2 baca je lah di blog Abu Saif ye=) "A happy man marries the girl he loves; a happier man loves the girl he marries."

You might also like