Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
4Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Rasm Uthmani

Rasm Uthmani

Ratings: (0)|Views: 1,575|Likes:
Published by nurilshams_84

More info:

Published by: nurilshams_84 on Jun 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See More
See less

11/12/2012

original

 
Rasm UthmaniPENGENALANRasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujuioleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkankepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf denganmenggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifikerana kebanyakkan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yangdiajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan bagindalah yang memerintahkan supaya iadigunakan dalam penulisan al-quran pada ketika itu.Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran. Akhir-akhir ini telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa kekeliruan dankadang-kadang langsung kepada penyelewengan terhadap kandungan Al-Quran itusendiri. Terdapat banyak aduan dari kalangan masyarakat Islam tentang salah baris,salah ejaan, bertambah huruf, perkataan tidak terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang terlalu lusuh disimpan tanpa mengambil faedah daripadanya sedikit pun. Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengesyorkan kepada UmatIslam supaya menggunakan Al-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani sahaja. Selaindaripada dapat menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani juga mempunyaikelebihan dan kesahihannya mengikut sejarah.Dalam tahap penulisan Al-Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang, ianyamelalui empat peringkat. Pertama, penulisan Al-Quran masih belum diletakkan tanda-tanda sebagaimana yang ada sekarang.Kedua, penulisan Al-Quran barulah ditandakantitik-titik yang mana telah dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali pada zaman KhalifahMarwan bin Hakam.Ketiga, penulisan Al-Quran barulah ditandakan Syak(harkat) yangdipelopori oleh Hajjaj bin Yusuf.Dalam tahap keempat barulah ditambahkan tanda-tanda wakaf Marka’ dan lain-lain. Al-Quran tersebut ditulis tangan dengan Khat Kufi kemudian ditulis lagi dengan KhatRaihani kemudian dengan Khat Thuluth dan yang terakhir dengan Khat Nasakh.Dengan Khat Nasakh inilah pertama kali Al-Quran dicetak di Jerman (Hamburg), danseterusnya dicetak di negara-negara Islam lainnya hingga ke hari ini.
 
SEJARAH AL-QURANNabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya butahuruf ( tidak boleh membaca dan menulis ), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak  boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan.Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitanNabi Muhammad s.a.w sebagai rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu’awiyah bin AbiSufian, Abban bin Said dan al-Ala’ bin al-Hadrami.Semuanya dari kalangan penduduk Mekah manakala dari kalangan Madinah ialah Amru bin Said, Ubai bin Ka’ab, Zaid binThabit dan al-Munzir bin Amru.Setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisandan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orangtawanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskanhendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam diMadinah.Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlahpenulis di kalangan masyarakat Islam.Akhirnya Rasulullah s.a.w mempunyai lebihdaripada 40 orang penulis (kebanyakkanya penulis wahyu ) sebelum al-Quransempurna diturunkan kepada Baginda.PENGENALAN RASM UTHMANIRasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujuioleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya.Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antaramashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi.Dr. Sya’ban Muhammad Ismailmendefinisikan dengan lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakanmengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a dan diutus kekota-kota Islam ketika itu.Kesimpulannya bahawa Rasm Uthmani ialah tulisan asal al-Quran yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yangdigunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan dinisbahkan kepadaSayyidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Quran disalinsemula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.
 
RASM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANYA  Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui NabiMuhammad S.A.W disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci yangterakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Firman AllahSurah Al-Isra ayat 9¨Maksudnya: “ Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus danmemberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar”.Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satukebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf danMim satu huruf”.Riwayat Ibnu Mas’ud. Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat padarasm yang lain.Di antaranya keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :1. Tauqifi daripada Rasulullah S.A.W.Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullahkepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyudaripada Allah.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Najm ayat 1-4 yang berbunyi:Maksudnya: “Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad S.A.W  yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah ).Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam ) menurut kemahuandan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-quran atau hadis)

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Nur Kasih liked this
rahimi67 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->