Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
China vs Japan

China vs Japan

Ratings: (0)|Views: 229 |Likes:
Published by Takayuki Oguri

More info:

Published by: Takayuki Oguri on Jun 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/27/2012

pdf

text

original

 
1
Sejarah China - Jepun
 
2
 
CHINA
Pada setengah abad kedua abad ke-19, sistem feudalisme yang diamalkan selama lebih 2000 tahun sedang menuju ke akhir zamannya.Negara-negara kapitalisme di Barat sedang mengalami perkembangan yang pesat. Mereka telah menjalankan peluasan dengankelengkapan senjata yang maju. China yang semakin merosot ketika itu telah menjadi "daging" yang direbut oleh negara-negara Barat dan akhirnya menjadi tanah jajahan negara-negara Barat yang di bawah pemerintahan sistem feudalisme. Dr. Sun Yat-sen telahdilahirkan pada zaman itu.Dr. Sun Yat-sen dilahirkan pada tahun 1866 dalam keluarga petani di Provinsi Guangdong, selatan China. Keluarganya sangat miskin,semua ahli keluarga tinggal dalam sebuah pondok. Sehingga mencapai usia lebih 10 tahun, beliau baru dibelikan kasut. Anda pasti bolehmembayangkan betapa sukarnya bagi seseorang anak untuk berjalan tanpa memakai kasut di kawasan pergunungan. Dr. Sun Yat-senpernah memberitahu isterinya bahawa oleh sebab kehidupannya yang miskin itu, sejak kecil beliau telah berazam untuk menghapuskanpenderitaan rakyat China bagi membolehkan kanak-kanak negara ini mendapat makanan yang mencukupi dan mempunyai kasut. Sayangsekali, Dr. Sun Yat-sen tidak dapat melihat azamnya menjadi kenyataan walaupun berjuang sepenuh hati sepanjang hayatnya.Pada zaman Dr. Sun Yat-sen dahulu, ramai orang China yang tinggal di kawasan pesisir pantai di selatan China telah berhijrah ke luarnegara kerana beban hidup yang terlalu berat. Abang Dr. Sun Yat-sen, Sun Mei juga telah berhijrah ke Amerika sebelum dewasa danmencapai kejayaan hidup di sana. Beliau telah membawa Sun Yat-sen ke Amerika dari China untuk dijaga sendiri. Sejak berusia 13 tahun,Sun Yat-sen telah menerima pendidikan Barat yang sistematik di Amerika Syarikat dan Hong Kong. Selepas dewasa, Sun Yat-sen telahmenerima latihan profesional dalam bidang perubatan selama bertahun-tahun. Beliau pernah bercita-cita untuk meringankankesengsaraan dan penderitaan rakyat China dengan pengetahuan perubatannya. Akan tetapi, realiti masyarakat telah mengecaikanimpiannya tersebut.Pada tahun 1894, Dr. Sun Yat-sen dan segolongan cendekiawan pernah berkumpul di Beijing untuk menyerahkan surat kepadapemerintah Dinasti Qing yang mengharapkan kerajaan semasa agar menjalankan pembaharuan. Akan tetapi, tindakan mereka gagalmencapai hasil. Hal ini telah menyedarkan Dr. Sun Yat-sen bahawa sistem feudalisme merupakan halangan terbesar bagi pembaharuan.Oleh itu, tindakan pembaharuan yang besar-besaran adalah sangat perlu bagi menggulingkan pemerintahan kerajaan Dinasti Qing.Pada tahun yang sama, sebagai salah sorang penganjur, Dr. Sun Yat-sen telah menceburkan diri dalam penubuhan "Hsing-chung Hui",satu persatuan yang disertai oleh perantau Cina di Amerika untuk membangkitkan China semula. Sejak itulah, revolusi borjuis Chinayang diterajui oleh Dr. Sun Yat-sen telah membuka tirainya.Dalam tempoh tahun 1907 hingga tahun 1911, Dr. Sun Yat-sen telah menerajui berpuluh-puluh kali pemberontakan bersenjata dikawasan barat daya China. Oleh sebab kekuatan yang sangat lemah, pemberontakan mereka sering mengalami kegagalan. Beliau jugatelah dikenakan waran tangkap daripada kerajaan Dinasti Qing dan terpaksa hidup dalam buangan di luar negara.Sehingga tahun 1911, pemberontakan bersenjata yang diterajui oleh Dr. Sun Yat-sen akhirnya berjaya menggulingkan pemerintahankerajaan Dinasti Qing dan sekali gus mengakhiri zaman masyarakat feudalisme di China selama lebih 2000 tahun.Walaupun perjalanan hidup Dr. Sun Yat-sen berliku-liku dan penuh dengan cabaran, akan tetapi beliau tidak pernah berputus asa semasamenghadapi kegagalan. Di samping memimpin perjuangan bersenjata, beliau juga telah menulis banyak karya yang menjelaskan teorinyatentang pembangunan sesebuah negara demokratik dalam bidang hal ehwal dalam negeri, hal ehwal luar negara dan kehidupan rakyat.Selain itu, Dr. Sun Yat-sen juga telah melibatkan diri dalam mengasaskan lebih 10 jenis akhbar yang menyediakan konsep yang serbabaru kepada rakyat China pada zaman itu.Dr. Sun Yat-sen merupakan seorang yang sentiasa hidup berjimat, rajin dan ramah-tamah. Sebagai seorang revolusioner, Dr. Sun Yat-sentelah mencurahkan segala tenaganya untuk mewujudkan masyarakat demokratik yang adil di China. Pada tahun 1925, Dr. Sun Yat-sentelah meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dapat disembuhkan.Dr. Sun Yat-sen sangat dihormati oleh generasi kemudian. Parti Komunis China juga telah memberi penilaian yang tinggi terhadapsumbangannya. Di tempat-tempat yang pernah didiami oleh Dr. Sun Yat-sen, bahkan di Jepun dan Amerika Syarikat masih terdapat muzium peringatan Dr. Sun Yat-sen dan patung-patung Dr. Sun Yat-sen untuk dikunjungi oleh generasi kini.
Peranan
Su
n
at 
S
en
d
alam
R
evol
usi 1911
 
Pengenalan
 Sun Yat Sen yang dikenali sebagai bapa Revolusi China dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan 40 batu dari Canton dalam wilayahKwangtung di Selatan China. Beliau memperolehi pendidikan tradisional sehingga berumur 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau dihantar
 
3
 
ke Hawaii dan tinggal bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun Teh Chang. Di Hawali beliau memasuki sekolah mubaligh Protestan iaituBishop College School. Sejak itu, beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi percaya kepada unsur-unsur tradisi dankonservatif China. Hal ini terbukti bila beliau memotong tocangnya dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Pada tahun 1883, beliaukembali ke China dan memasuki sekolah perubatan di Hong Kong. Selepas mendapat diploma perubatan dan pembedahan beliaumempraktikkannya di Macau.
Peranan
Su
n
at 
S
en
 
Segala sikap dan tindakan serta fahaman Sun Yat Sen telah mempengaruhi perkembangan Revolusi China yang meletus pada 10 Oktober1911 akibat ketidakpuasan orang-orang Cina terhadap pemerintahan Manchu. Pada tahun 1894, Sun Yat Sen telah menghantar satumemorandum kepada Li Hung Chang mendesak perlantikan pegawai-pegawai China yang terlatih secara Barat ke dalam perkhidmatankerajaan. Pada peringkat awalnya, Sun Yat Sen hanya bertujuan untuk memoden, menguat dan memulihkan negeri China. Apabilamemorandumnya ditolak, Sun Yat Sen berazam untuk melancarkan Revolusi China bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Kegagalanrancangan pembaharuan seperti Gerakan Memperkuatkan Diri 1861-1894 dan Islah 1898 menyedarkan beliau bahawa Dinasti Manchuperlu digulingkan supaya perubahan dan pembaharuan dapat dilaksanakan di China.
1.
 
Pertubuhan revolusiner ke arah gerakan anti Manchu
 Dalam usaha untuk menguatkan gerakan menentang Manchu, Sun Yat Sen telah menubuhkan Perkumpulan MenghidupkanSemula China yang dikenali sebagai Hsing Chung Hui di Hawaii pada tahun 1894. Tujuannya ialah untuk menjalankan gerakanbagi menggulingkan Dinasti Manchu. Cawangan-cawangan Hsing Chung Hui telah ditubuhkan di Canton, Macau dan Hong Kong.Pada tahun 1895, Sun Yat Sen telah melancarkan pemberontakan di Canton dan pada tahun 1900 di wilayah Kwangtung. Beliaujuga telah mempengaruhi orang-orang Cina ke arah gerakan anti Manchu. Kegagalan pemberontakan tersebut telah menyebabkanSun Yat Sen melarikan diri ke Filipina dan kemudiannya ke Amerika. Dari Amerika, beliau telah pergi ke London dan ditahan olehagen-agen Manchu. Walau bagaimanapun, campur tangan gurunya Sir James Cantlie dan dengan kerjasama Kerajaan British, beliautelah dibebaskan. Beliau kemudiannya melawat negara-negara Eropah dan juga Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokonganorang-orang Cina seberang laut ke arah melancarkan Revolusi China. Pada peringkat awal kegiatannya, Sun Yat Sen mendapat saingan daripada pertubuhan yang memperjuangkan pengekalan sistem monarki di negeri China iaitu Emperor Protection Societydi bawah pimpinan Kang Yu Wei dan Liang Chih Chao. Mereka menolak idea melancarkan revolusi dan membentuk sebuahrepublik. Sungguhpun mendapat saingan dari Emperor Protection Society, ia tidak menghalang cita-cita Sun Yat Sen untuk meneruskan gerakan menjatuhkan Dinasti Manchu.Pada tahun 1905, Sun Yat Sen sekali lagi melawat Eropah dan Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan penuntut-penuntut China di sana. Beliau telah mengadakan pertemuan dan menubuhkan perkumpulan-perkumpulan pelajar di Tokyo,Brussels, Paris, Berlim, London dan lain-lain. Beliau telah berjaya mempengaruhi mereka ke arah melaksanakan revolusi bagimenggulingkan Dinasti Manchu. Semasa di Tokyo pada September 1905, Sun Yat Sen bersama-sama Huang Hsing dan Sung ChiaoJen telah menubuhkan Liga Bersatu yang dikenali sebagai Tung Meng Hui yang merupakan gabungan pertubuhan anti Manchuiaitu Hsing Chung Hui, Hua Hsing Hui dan Kung Fu Hui. Tung Meng Hui ditubuhkan dengan tujuan untuk menggulingkan DinastiManchu dan menubuhkan sebuah republik di China. Selain itu, Tung Meng Hui juga akan menjadikan tanah-tanah hak kerajaan danmenghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China. Pimpinan Tung Meng Hui dikuasai oleh Sun Yat Sen dan Tung Meng Huimerupakan pertubuhan revolusiner yang paling berkesan yang terdapat di China ketika itu. Anggota-anggota Tung Meng Huiberjumlah 10,000 orang dalam tempoh setahun penubuhannya. Cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan diSingapura, Brussels, San Francisco dan Honolulu. Manakala di China, cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan diHankow, Wuchang dan Hanyang. Sun Yat Sen telah melawat tempat-tempat di mana terdapat orang-orang Cina seberang laut dengan tujuan untuk mendapat sokongan mereka ke arah menjayakan Revolusi China. Melalui cawangan-cawangan seberang laut Tung Meng Hui, Sun Yat Sen mendapat bantuan kewangan dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan revolusi.
 2.
 
Mengembangkan perasaan anti Manchu
 Matlamat utama Sun Yat Sen ialah menyatupadukan orang-orang Cina dalam usaha untuk menentang Dinasti Manchu. Beliau telahmemainkan peranan penting dalam perkembangan perasaan anti Manchu di kalangan orang-orang Cina terutamanya kongsigelap-kongsi gelap. Beliau telah berkhutbah mengenai pemberontakan nasionalis melalui rencana-rencana akhbar, Sun Yat Sentelah menerbitkan akhbarnya sendiri iaitu Min Pao di Tokyo bagi menjalankan propaganda anti Manchu dan menyebarkan idea-idea revolusi. Beliau telah berjaya mengeksploitasikan perasaan anti Manchu di kalangan anggota-anggota kongsi gelap. Gerakanrevolusiner di bawah pimpinan Sun Yat Sen telah mendapat sokongan pelajar-pelajar, rakyat China yang tidak berpuas hati denganKerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera Cina yang dilatih secara Barat. Sejak tahun 1909, beliau sering melakukanlawatan-lawatan ke luar negeri seperti Amerika, Hawaii, Eropah, Jepun dan kemudian ke Selatan seperti Hong Kong serta AsiaTenggara termasuk Tanah Melayu dalam usaha-usaha untuk mendapat sokongan orang-orang Cina serta mendapat bantuankewangan dari orang-orang Cina seberang laut bagi menjayakan perjuangannya.
3.
 
Prinsip-prinsip perjuangan
 Sun Yat Sen telah mengemukakan ideologi revolusi yang jelas dalam menjayakan perjuangannya. Langkah awal yang dijalankanoleh Sun Yat Sen ialah untuk menyedarkan Fahaman Republik di kalangan orang-orang Cina supaya perjuangannya akanmendapat sokongan ramai. Prinsip perjuangan Sun Yat Sen dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San Min Chu I iaitunasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial atau penghidupan rakyat. Prinsip nasionalisme dikhaskan kepada orang-orangCina dalam perjuangan membebaskan negeri China dari Kerajaan Manchu. Walau bagaimanapun, perjuangan Sun Yat Senmenyentuh imperialisme Barat kerana beliau mendapat sokongan dan bantuan kuasa-kuasa Barat. Prinsip kedua iaitu demokrasibertujuan untuk menggantikan pemerintahan Manchu atau pemerintahan monarki kepada corak republik atau demokrasi. Prinsipketiga bermaksud pemerintahan yang akan mengutamakan kebajikan rakyat. Ideologi San Min Chu I telah menyumbangkankepada perkembangan gerakan revolusiner di negeri China kerana ramai orang Cina telah dipengaruhi olehnya.
4.
 
Revolusi
 Antara tahun 1895-1911, Sun Yat Sen danpengikutnya telah merancang, mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan danbeberapa pembunuhan di negeri China. Walaupun pemberontakan-pemberontakan itu gagal tetapi ianya telah mengakibatkankemerosotan pengaruh dan martabat Kerajaan Manchu. Pemberontakan Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan Hung yang meletuspada 10 Oktober 1911 yang menandakan permulaan Revolusi China dimulakan oleh tentera-tentera China yang dipengaruhi olehTung Meng Hui. Wilayah-wilayah lain dibawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut meberontak dan mengisytiharkan bebas dari

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->