You are on page 1of 2

BELIMBING MASAM DAN KUASA PENYEMBUHAN PENYAKIT

Hari Ini cuaca agak panas, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, tenang sikit sambil duduk menunggu masuk waktu Zohor. mari kita makan buah belimbing colek dengan kicap.Belimbing berbuah sepanjang tahun. Kita sudah biasa makan buah tempatan ini. Ada yang masam ada yang manis. Kalau yang muda rasanya kelat. kita selalu abaikan buah tempatan,kita lebih suka memilih epal,anggur dan pear. Makanlah halal belaka. boleh, namun buah tempatan sudah tidak murah harganya. Orang kampong pun sudah moden, buah apa pun sudah ada harganya. YANG JENIS MASAM BOLEH DAPAT PERCUMA. YANG MASAM INILAH BANYAK KHASIATNYA.

Fakta Ringkas Tentang Buah Belimbing


Di katakan berasal dari India dan Sri Lanka. Juga terdapat di semua negara di Asia Tenggara. Terdapat juga belimbing di Australia dan Amerika Syarikat,kepulauan Caribean dan Afrika. Amerika mengusahakan belimbing di dalam skala yang besar iatu di Hawaii dan Florida Selatan Pada asanta terdapat 2 jenis belimbing iaitu,Belimbing manis ( Averrhoa Carambola) dan belimbing masam ( Averrhoa belimbi). Jenis kedua sangat kaya dengan pelbagai khasiat perubatan! Belimbing manis berukuran besar, tinggi kandungan serat,berwarna menarik serta mempunyai rasa yang menyegarkan,manakala belimbing buluh bersaiz kecil,kekuningan serta sebagai melengkapi hidangan, biasanya di masukkan ke dalam gulai atau masak lemak.Buat basuh ikan untuk hilangkan hanyir ikan pun banyak. Di Sri Langka dan Malaysia dibuat Jeruk, dan dibuat acar. Dan ada yang dikeringkan.

Belimbing buluh juga dikatakan boleh merawat jerawat dan melicinkan kulit khasiat Belimbing. Buah belimbing mengandungi sumber mineral dan khasiat yang menakjubkan. Di samping protein, kabohidrat, ia turut mengandungi kalium, serat, vitamin A,B dan C , Niacin , zat besi dan air. Dikatakan dapat menurunkan kandungan kolestrol, mencegah hepatitis, mencegah sel kanser,meningkatkan daya tahan tubuh badan. Bahan seperti pektin dalam belimbing mampu untuk mengikat kolestrol dan

mengeluarakannya melalui sistem perkumuhan. Tambahan kandungan serat yang tinggi membolehkan pencernaan berjalan lancar. Jadi sesuai juga bagi sesiapa yang ingin diet atau mengubah tabiat pemakanan untuk lebih stabil berat badan.Nak makan begitu sahaja pun boleh, tetapi ramai juga yang suka buat jus malahan ada yang buat ulam. Belimbing yang sudah matang,bukannya terlalu masak ye..sesuai untuk meredakan pelbagai penyakit ,antaranya diabetes, kolestrol, batuk, radang kerongkong, demam dan kanser. Buah belimbing boleh juga mengubati malaria, malahan daunnya bergunakan untuk mengatasi tekanan darah tinggi serta bisul. Akarnya pula boleh mengubati buasir. Bagi yang mempunyai darah tinggi eloklah makan buah belimbing buluh, cari yang hijau kekuningan, kisarkan, tambahlah gula batu sikit dan boleh diminum mengikut kesesuaian waktu. Seeloknya baca fatihah sekali, selawat syifak tiga kali dan ayat pemecah (al-Mukminum 115-118). Bagi yang demam panas pula, ambil beberapa daun yang segar, ramas dengan air letakkan di atas kain, kain tu boleh la letakkan di atas badan atau dahi, sehingga panasnya berkurangan. Bagi pesakit buasir pulak bolehlah amalkan belimbing kerana kandungan seratnya yang tinggi memudahkan nak buang air besar. Buasirkan merupakan bengkak serta radang pada otot dubur dan akan sakit apabila ingin buang air besar. Menurut petua orang tua, bagi pesakit buasir boleh ambil belimbing buluh, akarnya dan daunnya. Kemudian direbus sehingga mendidih, minum air rebusan ini 2 X sehari sehingga buasir surut. Namun ingatan untuk pembaca yang mengidap penyakit buah pinggang, malahan belimbing manis tidak sesuai untuk pesakit diabetes dan kolestrol, yang paling sesuai ialah belimbing buluh. pokok belimbing buluh agak rendang, tak terlalu tinggi dan sesuai untuk lanskap rumah atau taman. Tentu cantik dan menarik jika di tanam sepanjang jalan atau taman. Kalau anda berada di kedah dan Kelantan mudah didapati; Kat rumah Ustaz Soh Kg. Badang Kota Bharu yang jual susu kambing ada berlana. Dan bertanyalah kepada yang ahli. Selamat mencuba. U-Ken Jun 2011.

You might also like