You are on page 1of 15

y Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000

tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong.

y Terdapat kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu yang

tidak terganggu yang dibuat menggunakan tukul-tukul batu.

y Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000

tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong.

y Terkini, sekumpulan ahli arkeologi yang diketuai oleh

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin di Sungai Batu, Lembah Bujang telah menemui sebuah kompleks ketamadunan yang tinggi dan sangat penting bagi membolehkan sejarah awal ketamadunan Asia Tenggara ditulis semula.
y Data terdahulu mengatakan bahawa pembukaan kawasan

Lembah Bujang dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua yang diasaskan pada abad ke-5.

y Penemuan artifak yang berada di dua kawasan berdekatan

ladang kelapa sawit Jalan Lencongan Merbok membuktikan bahawa tamadun dan kehidupan sebuah komuniti manusia prasejarah di Lembah Bujang adalah lebih awal dari jangkaan sebelum ini, jelas beliau.

y Sementara itu, Mokhtar menjelaskan, hasil ujian OSL Dating, TL

Dating dan juga Radiocarbon Dating mencatatkan bahawa artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi yang ditemui itu wujud pada abad ke-3 Masihi.
y Bahan peninggalan sejarah yang ditemui di tapak tersebut ialah

batu-bata yang diperbuat daripada tanah liat di tapak Sungai Batu I serta peralatan memproses besi, relau dan peniup haba di tapak Sungai Batu II.
y Sampel arang batu yang ditemui telah dihantar ke Beta Analytic

Inc, Florida, Amerika Syarikat untuk menjalani ujian Radiocarbon Dating dan disahkan bahawa sampel tersebut berusia sekitar abad ke-3 hingga ke-4 Masihi.

y Pelbagai artifak prasejarah telah dijumpai. y Bahagian barat Gua Niah adalah kawasan yang sungguh kaya

dengan kesan sejarah yang bukan sahaja amat penting kepada sejarah Borneo tetapi juga terhadap tamadun manusia sejagat.
y Pada kedalaman 90 inci, satu daripada tengkorak manusia

tertua di dunia telah dijumpai dan dikelilingi oleh arang yang berusia 40,000 tahun.
y Ia merupakan penemuan terawal dan merupakan homo

sapiens pertama dijumpai di Selatan Asia.

y Jauh di bahagian dalam mulut gua tersebut adalah tempat

pengebumian Neolitik yang menempatkan 166 tapak pengkebumian.

y Penemuan artifak tembikar tanah yang dikaitkan dengan

pengkebumian di Gua Niah.

y Pada bahagian lain batu kapur yang berdekatan dengan Gua

Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki juga telah dijumpai.


y Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan

menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari.


y Turut dijumpai di gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot

lama, tembikar China dan manik kaca.

y Santubong merupakan kawasan arkeologi yang terbesar di Malaysia

berbanding dengan Lembah Bujang di Semenanjung Malaysia.


y KuratorTom Harrison (1947-1966) yang menyelia kerja-kerja

carigali dalam tahun 1949, telah menjumpai beribu-ribu serpihan seramik.


y Selain daripada seramik China, lebih kurang 40,000 tan besi telah

ditemui dan merupakan penemuan yang begitu menonjol.


y Dipercayai bahawa tempat ini dahulunya merupakan pusat penting

untuk para pedagang dan juga lombong bijih besi di antara kurun ke 11 Masihi sehingga ke kurun 13 Masihi.

y Pada akhir tahun 1974 satu penemuan penting telah terjadi di

mana 79 peralatan batu, manik purba dan barang tembikar diperolehi di kawasan pedalaman Ulu Baleh, Kapit.
y Ia merupakan kawasan purba terbuka pertama pernah

dijumpai di Sarawak dan juga di kepulauan Borneo.

y 6 Februari 2010 : Satu penemuan baru di Gua Bewah di Tasik Kenyir

rangka manusia dipercayai berusia antara 8,000 hingga 10,000 tahun milik manusia zaman pra-sejarah dijangka menjadi satu lagi tarikan ke tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu.
y Rangka tersebut yang ditemui pada kedalaman 65 sentimeter (sm) hingga 70

sm dipercayai mayat seorang remaja zaman pra-sejarah yang menghuni gua tersebut dan ia ditanam dalam keadaan merengkok (seperti bayi dalam kandungan), masih dikekalkan di tempat asal ia ditemui.
y Turut dijumpai di gua berkenaan adalah serpihan tembikar tanah yang

dipercayai dari zaman Neolitik. Terdapat serpihan yang tertulis corak seakanakan tulisan lukisan batu yang pernah ditemui oleh pengkaji di tapak cari gali zaman Neolitik yang lain di seluruh Malaysia.

y Penemuan bahan-bahan arkeologi membukti kan bahawa

terhadapat hidupan pada zaman pra-sejarah di Pahang suatu ketika dahulu - Kini, di Sungai Mentakab, terdapat pula penemuan baru iaitu sebuah kendi zaman purba.
y Artifak bersejarah ini berbentuk seperti burung mahawangsa

bersayap, berparuh dan berkaki empat - Dianggarkan berusia lebih 2000 tahun.
y Ia seperti artifak zaman logam budaya Dong Son (kebudayaan di

Vietnam).

You might also like