You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN Lari pecut 100m ialah acara olahraga jarak dekat yang memerlukan tenaga tinggi

seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untukmembuat larian sepantas mungkin. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki, kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut, tangan digerakkkan dengan pantas, leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan). Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin,permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkinjuga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Seseorang pelari berasa amat sukar untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi untuk berlari dengan pantas. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi sedia ada dalam diri seseorang. Terdapat dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari untuk menguasai kelajuan kaki.

Faktor jarak langkah pula bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

2.0 SEJARAH Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

3.0 REKOD/ PEMENANG 100 METER Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928.

REKOD DUNIA Lelaki Data berikut tepat sehingga 31 Mei No. Masa Angin (m/s) +1.7 Atlet Negara Tarikh Lokasi

9.72

Usain Bolt

Jamaica

31 Mei 2008

New York City Rieti

9.74

+1.7

Asafa Powell

Jamaica

9 September 2007 16 Jun 1999

9.79

+0.1

Maurice Greene Donovan Bailey Bruny Surin Tyson Gay

Amerika Syarikat Kanada

Athens

9.84

+0.7

27 Julai 1996

Atlanta

+0.2 +1.0

Kanada Amerika Syarikat

22 Ogos 1999 Seville 18 Ogos 2006 Zrich

No. Masa

Angin (m/s) +1.2

Atlet

Negara

Tarikh

Lokasi

9.85

Leroy Burrell

Amerika Syarikat Amerika Syarikat Nigeria

6 Julai 1994

Lausanne

+0.6

Justin Gatlin

22 Ogos 2004 Athens

+1.7

Olusoji Fasuba Carl Lewis

12 Mei 2006

Doha

10

9.86

+1.2

Amerika Syarikat Templat:NAM

25 Ogos 1991 Tokyo

0.4

Frankie Fredericks Ato Boldon Francis Obikwelu

3 Julai 1996

Lausanne

+1.8 +0.6

Templat:TTO Portugal

19 April 1998

Walnut

22 Ogos 2004 Athens

Wanita Data berikut tepat sehingga 27 Julai 2005. No. Waktu 1. 10.49 Atlet Florence Griffith Joyner Marion Jones Negara Amerika Syarikat Amerika Syarikat Perancis Jamaica Tanggal 16 Julai 1988 Tempat Indianapolis

2.

10.65

12 September 1998 19 Ogos 1998 7 September 1996 22 Ogos 1984

Johannesburg

3. 4.

10.73 10.74

Christine Arron Merlene Ottey

Budapest Milan

5.

10.76

Evelyn Ashford

Amerika Syarikat

Zurich

4.0 TEKNIK 4.1 ARAHAN PERMULAAN Untuk semua acara 400 meter dan termasuk 400 meter, arahan untuk memulakan perlumbaan adalah ke garisan, sedia, bang .

4.2 TEKNIK MULA LARI PECUT Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Untuk pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan.

A) Gaya Berdiri Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan.Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi. Persediaan y Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ke garisan diberi.

Ke garisan y Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya manakala kaki belakang sedikit ke belakang , kira-kira 30-40cm dan mengimbangkan badan. y y y Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan. Condongkan badan ke hadapan. Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan . Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

Sedia Condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan. Bengkokkan lutut kaki hadapan. Kaki belakang tolak ke tanah. Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tmbakan pistol ataupun tiupan wisel. Bang atau Mula y Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan

y y y y

B) Gaya Dekam Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini.Gaya ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

5.0 FASA-FASA ANSUR MAJU

1) FASA PERMULAAN

Bukan semua atlet adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu:

1. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start) 2. Gaya sederhana (Medium Start) 3. Gaya Panjang (Elongated Start)

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 tapak. b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

2. Gaya sederhana a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki. b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjang a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l tapak.

b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Memulakan Larian Dengan Blok Permulaan Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan

melihat gaya, yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa (dalam Payne, 1985).

Gaya larian

1) Gaya peluru

Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2) Gaya sederhana

Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3) Gaya panjang

Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Penempatan Blok Permulaan Yang Lebih Tepat

Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Womens hurdling: Novice, to championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.

Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ 0.55 Jarak antara blok Panjang kaki ____ 0.42

Contoh = 86 cm Penempatan blok pertama = 86 0.55 = 47.30 cm Jarak antara blok = 86 0.42 = 36.12 cm 2) FASA PECUTAN

Selepas arahan pelepas ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan. Kedudukan Tangan: Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di beIakang garis mula.

Kedudukan Leher dan Kepala: KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

Pergerakan Tangan dan Kaki: Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah. Lutut: Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

3) FASA PENAMAT

Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk 200 m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

6.0 JENIS LATIHAN BAGI SETIAP FASA

6.1 Fasa

a) Fasa Permulaan b) Fasa Pecutan y y y Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas. Lari pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang. Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya sebelum sampai di tandaan 30 meter. y y y Berlari anak dan dengan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter Lari kutip mata (lari ulang-alik). Latihan lari sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada pergerakan tangan, kedudukan kepala dan sebagainya.

c) Fasa Penamat y Latihan berlari di bahagian selekoh. Condongkan badan sedikit ke dalam,iaitu ke arah lorong. Hayunkan tangan kanan melintasi badan 6.2 Latihan

a) Latihan Mendorong y y y Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan. Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan. Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untukmengelakkan diri disentuh. y Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan

b) Latihan Teknik Pecut y Berlari dengan melangkah panjang.

y y

Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut. Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

y y

Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

y y y

Berlari menyepak ke belakang. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut. Latihan pergerakan tangan - berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku danbergerak dari pinggul ke paras hidung

c) Latihan Kekuatan Kaki y y y y y Melonjak untuk jarak. Melangkah panjang ( bounding ). Melonjak dan melangkah melepasi halangan. Melompat, memusing, mendekam, dan memecut. Berpasangan - Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan

8.0 PERMAINAN KECIL Tujuan utama permainan kecil ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar mempraktiskan teknik berlari yang telah mereka pelajari. Secara tidak langsung guru dapat menilai pembelajaran para pelajarnya dengan memerhatikan perlakuan mereka semasa permainan kecil dijalankan. Berikut adalah beberapa permainan kecil yang sesuai untuk tujuan tersebut: a) Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat b) Lari ulang-alik/ Lari kutip mata c) Nombor sama berlari (bulatan)

d) Pukul berapa Datuk Harimau? e) Belalang belatuk

9.0 PERATURAN KOAM PERATURAN 121 PENJAGA MASA 1. Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek. 2. Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua penjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang. 3. Salah seorang merupakan Ketua Penjaga masa. 4. Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengari garis penamat. Jika boleh mereka ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan berada di atas bangku bertingkat (tangga kambing). 5. Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa menentukan masa untuk setiap peserta. PERATUAN 160 1. Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih panjang. Contoh: 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s. 2. Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat. 3. Dalam kes tiga jam randik digunakan, pertimbangan berikut boleh diambil: a) Jika dua daripada tiga masa adalah sama, maka masa yang sama itu adalah masa rasmi. Contoh: 10.9,10.1,10.1; masa rasmi 10.1s. b) Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang tengah adalah masa rasmi. Namun begitu,jika salah satu terlalu beza dengan dua masa yang lain, maka masa itu tidak boleh dikira. Contoh: Jam 1 Jam 2 Jam 3 11.6 11.5 11.2 (11.2 tidak dikira masa rasmi = 11.6) Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan. c) Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka masa yang lebih panjang diterima sebagai masa rasmi.

10.0 PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN REKOD SUKMA KUALA TERENGGANU Atlet tuan rumah, Mohd. Zabidi Ghazali dan Siti Fatima Mohamad dari Johor merampas gelaran raja dan ratu pecut 100 meter akhir Sukan Malaysia XII. JUARA baru...Atlet Terengganu, Mohd. Zabidi Ghazali meraikan kejayaannya mengungguli larian 100 meterlelaki Sukma XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.Mohd. Zabidi dan Siti Fatima yang merupakan atlet kebangsaan mencatat kepantasan 10.57s saat dan 11.82s.Pelari pecut Johor, Siti Fatimah Mohamad (kiri) mencecah garisan penamat untuk pingat emas 100 meter wanita di Kuala Terengganu. Sementara itu, kepantasan larian 11.82s Siti Fatima, memadam rekod kejohanan milik sendiri yang dicatatnya dalam saringan separuh akhir. Pingat perak pula dimenangi pelari Pulau Pinang, Nor Jannah Jamaluddin manakala gangsa, SitiNurhayati Zulkifli dari Wialayah Persekutuan.Mohd. Zabidi pula mencatat masa terbaik peribadi untuk memenangi emas dengan menewaskan juara bertahan, Mohd. Latif Nyat (10.64s) dari Johor, manakala Daniel Azwan Amar dari Perlis ketiga (10.82s).

TOKOH KEBANGSAAN

1) SITI FATIMAH MOHAMAD

Sukan Universiti Asean 2008: Siti Fatimah ratu pecut ungguli acara 100m, bantu olahraga raih tiga emas hari pertama. PELARI kebangsaan, Siti Fatimah Mohamad muncul Ratu Pecut Sukan Universiti Asean (SUA) 2008 pada hari pertama acara olahraga yang menyaksikan tiga pingat emas dipungut kontinjennegara di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.Siti Fatimah yang juga pelari kebangsaan mencatat 11.77 saat. Bagi Siti Fatimah, dia puas hati dengan catatan yang dilakukannya kerana ia membolehkannya memperbaiki catatan peribadi terbaiknya 11.80s di Terbuka MAAU tahun 2008. 2) NAZMIZAN MOHAMAD

Nazmizan Mohamad pula mengesahkan kehebatan selaku raja pecut negara dengan merangkul kejuaraan berganda dengan memenangi acara 200m selepas meraih gelaran 100m kelmarin. Dia mencatat masa 21.27s.

3) HASLINDA Haslinda pula yang mewakili Desasiswa Fajar Harapan muncul Atlet Wanita Terbaik setelah mengondol tiga pingat emas menerusi acara individu 100 meter dan lompat jauh selain satu lagi kilauan emas menerusi acara 4x 100 meter. Selain emas, gadis yang mendapat jolokan ratu pecut tersebut turut memecahkan rekod kejohanan bagi acara 100 meter yang dicipta pada tahun 1992 dengan catatan baru 12.5 saat.

11.0 PERTANDINGAN PERINGKAT ANTARABANGSA REKOD SUKAN OLIMPIK Ramai atlet terkemuka dunia termasuk pemegang rekod 100 meter olahraga, Usain Bolt tidak sabar-sabar menanti ketibaan Sukan Olimpik Beijing yang bakal dirasmikan di Stadium Nasionalatau digelar Sarang Burung. Bolt yang turut digelar The Lightning Bolt memegang rekod dunia 100m dengan masa 9.72 saat, bukan sahaja memburu pingat emas acara kegemarannya itu bahkan berhajat meraih gelaran berganda menerusi 200m. BOLT dan Powell menjadi taruhan terbaik Jamaica dalam acara 100 meter pada Sukan OlimpikXXIX di Beijing. BEIJING BEIJING - Pemegang rekod dunia acara 100 meter, Usain Bolt yang tiba di Beijing akan menyertai dua acara pecut pada Sukan Olimpik XXIX. Meskipun ejen, Norman Peart dan jurulatihnya, Glen Mills sebelum ini telah mengesahkan bahawa Bolt akan berlumba dalamacara 100 dan 200 meter di Beijing, namun pelari Jamaica itu dikatakan masih belum membuat keputusan acara yang akan disertainya nanti. Bolt, 21, berhasrat untuk menjadi pelari Caribbean pertama yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik sejak Hasely Crawford dari Trinidad & Tobago melakukannya pada tahun 1976. Bagaimanapun dia turut menjadi pilihan untuk memenangi pingat emas dalam acara 200m. Bolt mencipta kejutan apabila berjaya memperbaharui rekod dunia 100m milik rakan senagaranya, Asafa Powell dengan catatan masa 9.72 saat di New York pada 31 Mei lalu. Di Beijing, Bolt bakal berdepan cabaran sengit daripada Powell dan tiga pelari pecut Amerika Syarikat, Tyson Gay, Walter Dix dan Wallace Spearmon. AFP

CHINA DALIAN, China - Pelari pecut Amerika Syarikat, Tyson Gay memberitahu bahawa dia sudah bersedia beraksi dalam acara 100 meter pada Sukan Olimpik XXIX selepas hampir pulih daripada kecederaan hamstring. Gay yang juga juara dunia dijadualkan berentap dengan bekas pemegang rekod dunia dari Jamaica, Asafa Powell pada Grand Prix di London.Namun dia terpaksa menarik diri ekoran kecederaan hamstring, sekali

gus menyaksikan Powell memenangi acara tersebut dengan catatan masa 9.94 saat. Pusingan kelayakan acara 100m akan bermula 15 Ogos 2008 sebelum saingan akhir dijadualkan sehari kemudian. APUsain Bolt adalah nama baru dalam acara lari pecut tetapi lariannya yang cukup pantas amat mengejutkan banyak pihak dengan mencatat 2 rekod dunia acara 100 meter dan 200 meterlelaki. Rekod 100 meter sememangnya milik beliau apabila berjaya memecah rekod sebelum ini. Bolt menjadi manusia pertama yang berjaya memecahkan rekod dunia 100 meter dan 200meter dalam 1 Olympic dan juga peserta pertama dari Jamaica yang memenangi emas.Kebanyakan penganalisa sukan berpendapat bahawa Bolt mampu berlari lebih pantas dari catatan 9:69 saat yang dilakukannya di Sukan Olympic Beijing 2008. Satu lagi rekod yang dipecahkan oleh Bolt merupakan milik Michael Johnson yang berusia 12 tahun. Jamaica menguasai acara pecut tahun ini dengan keempat-empat emas 100 meter dan 200 meter lelaki dan wanita disapu bersih oleh mereka. REKOD SUKAN ASIA DATUK M Rajamani sudah melalui pelbagai liku kehidupan sebelum berhasil melakarkankejayaan cemerlang dalam olahraga terutama lari pecut dan jarak sederhana.Jika pada era 1960an, M Jegathesan adalah raja olahraga maka Rajamani adalah ratunya dengan penampilan cukup menakjubkan untuk memukul rantau Asia dan memahatkan diri antara yang atlit terbaik sezaman.Dua rekod kebangsaan berjaya diperbaharui, 4x100 m lelaki yang dibarisi Watson Nyambek, Nazmizan Mohamad, Azmi Ibrahim dan R. Ganeshwaran dapat juga dibanggakan. Begitu juga dengan pasukan 4x100 m lelaki yang mencatat rekod terbaik 39.83s, memadamkan rekod lama 40.06s yang dicipta rangkaian pelari Tan Kok Lim, Hamberi Mahat, Ganeshwarandan Watson pada Kejohanan Trek dan Padang Asia 1998 di Fukuoka, Jepun.Azmi hampir mencipta kejutan dalam acara 200 m lelaki sebelum dinafikan oleh kehebatan Raja Pecut Asia Tenggara, Reanchai Seeharwong. Menariknya, Azmi menjadi pelari kedua negara yang mencipta masa di bawah 21 saat dalamacara itu selepas Dr. M. Jegathesan. Azmi mencatat 20.97s, kurang 0.05 saat untuk menyamai rekod kebangsaan milik Jegathesan yang dicipta pada Sukan Olimpik 1968 di Mexico

TOKOH DUNIA 1) PHILAILAK SAKPASERTH Philailak Sakpaserth, atlet wanita pelari 100 meter dari Laos. Beliau mulai mengikuti latihan lumba lari ketika berumur 11 tahun, menjadi johan acara lari pecut di peringkat belia Laosketika berumur 13 tahun, menggondol pingat emas dalam Sukan Kebangsaan Laos ketikaberumur 15 tahun, mewakili tanah airnya menyertai perlumbaan dalam Sukan Olimpik ketikaberumur 17 tahun dan sekali lagi, ketika mencapai 21 tahun tahun ini, akan menyertai Sukan Olimpik Beijing.

Kejayaan yang dicapai Philailak Sakpaserth kerana kesungguhan dan usaha gigihnya semasamenjalani latihan disamping bakat dan perangainya yang suka maju terus. Philailak dilahirkan dalam satu keluarga yang berlatar belakang sukan. Ibubapanya ialah bekas atlet profesional manakala adiknya seorang pemain tennis. Pilihan yang dibuat Philailak sebagai atlet memang dipengaruhi oleh anggota keluarganya. Ayah Philailak, Sitthixai Sakpaserth merupakan jurulatih pertama dan sekali gus penyokong kuat bagi Philailak.

2) USAIN BOLT

Usain Bolt menang dalam pertandingan lari pecut 100 meter lelaki, dan mencipta rekod duniadengan 9.69 saat pada 16 Ogos 2008.

12.0 RUJUKAN Blogspot Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di

http://pjthepioneering.blogspot.com/2010/11/assignment-lari-pecut.html Forum phppb3 Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di

http://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=19&t=168 Slideshare Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di

http://www.slideshare.net/enabdacrazie/olahraga Slideshare Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di http://www.slideshare.net/gtabbas/laripecut-1 Slideshare Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di http://www.slideshare.net/jojul/sejarah-laripecut Shvoong Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di http://ms.shvoong.com/medicine-andhealth/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/ Wikipedia Ensiklopedia Bebas Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di

http://ms.wikipedia.org/wiki/100_meter Wordpress Inc. Dilayari pada 2 Mac 2011 di

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/01/24/acara-larian-pecut/

You might also like