1.0 PENGENALAN
Lari pecut 100m ialah acara olahraga jarak dekat yang memerlukan tenaga tinggiseperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Lari pecut berertiberlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan,iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m,dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untukmembuatlarian sepantas mungkin.Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang carapergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecutadalah berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki, kaki belakang diluruskansetiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut, tangan digerakkkandengan pantas, leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan).Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempakejayaan.Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan denganacara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin,permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yangmengambil bahagian dan mungkinjuga insentif yang ditawarkan.Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Seseorang pelari berasaamat sukar untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yangmembolehkan dia bertindak sedemikian. Seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikirandan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi untuk berlari denganpantas. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadipelari yang baik menerusi potensi sedia ada dalam diri seseorang.Terdapat dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuandan jarak langkah semasa berlari. Pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturanyang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari untukmenguasai kelajuan kaki.