You are on page 1of 17

Kraf Tradisional SENI TEKAT

Ahli Kumpulan : Nursyakila bt Rosli Siti Asmah bt Mahmud

Pengenalan
Dikenali tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang dilitupi benang emas. Seni tekat seusia dengan tenunan songket dan keduanya mempunyai persamaan, iaitu menggunakan benang emas. Tekat mempunyai bentuk seperti ukiran kayu timbul.

Sejarah dan Perkembangan


Seni tekat diperkenalkan sejak zaman kerajaan Melayu Melaka. Seni ini juga disebut dalam hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Anggun Cik Tunggal yang menggambarkan pakaian anak raja yang dipenuhi dengan seni tekat. Seni ini dipercayai dibawa masuk dari Negara China dan hanya diperkenalkan di kalangan golongan bangsawan sahaja.

Selepas kejatuhan Melaka, seni tekat tersebar ke negeri Perak, Johor dan Pahang. Seni ini mendapat tempat di negeri Perak dan seolaholah menjadi identiti negeri tersebut. Ia menjadi satu kemestian pada hiasan barangan, terutama alat perhiasan perkahwinan.

Jenis jenis Tekat


Tekat Timbul Bunga Emas - Tekat timbul bunga emas menggunakan motif dan corak daripada mempulur dan diliputi benang emas atau perak. Tekat Gubah - Tekat gubah tidak menggunakan mempulur, sebaliknya corak dilukis pada kain dasar. Corak ini kemudiannya disulam dengan benang emas atau perak. - Hiasan tekat gubah ditambah dengan hiasan manik dan labuci. Tekat jenis ini terdapat pada lemudi pintu, sejadah, pakaian diraja dan lain-lain.

Motif Seni Tekat


Motif Flora 1. Tumbuhan yang menjadi pilihan ialah tumbuhan menjalar, terutama bunga, daun, akar menjalar dan kudup bunga. 2. Dimanipulasi dan diubahsuai menjadi variasi yang menarik. Motif tumbuhan yang diolah adalah daripada lingkungan bunga-bunga tradisional yang berada dalam lingkungan alam Melayu.

Koleksi pelbagai motif flora


Bunga cempaka Bunga asam batu Bunga bakung Bunga bercula kelopak pecah lapan Bunga kenanga Bunga pecah lima Bunga raya Bunga teratai Bunga/buah delima Daun bunga jermin Daun keladi Daun peria Daun padi Daun pucuk paku

Motif Fauna Motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah atau digambungkan dengan motif flora. Koleksi motif fauna: Ayam jantan Burung

Motif Geometri Motif geometri digemari kerana lebih mudah dan ringkas. Antara motif geometri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garisan lurus, swastika, gandaan huruf S dan sebagainya. Koleksi motif geometri : -Corak dangai catur -Corak banji -Kisi-kisi - s berganga keluk -swastika -Pucuk rebung segi dan lengkung

Tokoh Tekat
Ahdijah bt. Hasim Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.

Hajah Azizah bt. Mohd Yusof Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat.

HASIL SENI TEKAT


Hasil seni tekat bersifat dua dimensi(2-D), tetapi produk akhirnya digunakan untuk hiasan barangan tiga dimensi (3-D). Antaranya ialah tepak sirih, tudung saji, pelamin, alas pahar, kasut bersulam , kotak tisu, kipas tangan, sarung bantal, sarung kusyen, kembal, hiasan pada sejadah, lemudi pintu, iasan dinding, bingkai cerman dll.

You might also like