You are on page 1of 86

SAINS KEJURULATIHAN (AT 43 )

IKHTISAS KEMAHIRAN TENIS

(QSI 3131) TAJUK: BUKU LOQ TENIS DISEDIAKAN OLEH: THAM CHANG SHING NO MATRIK: D20091035913 DISEDIAKAN UNTUK:

EN HAZUAN BIN MOHD HIZAN

BAHAGIAN Pengenalan
 ISI KANDUNGAN  PROFIL DIRI  PENGHARGAAN  PENGENALAN

Isi Kandungan
Bahagian pengenalan y Isi kandungan y Profil diri y Penghargaan Bahagian 1 y Sejarah Tennis BAHAGIAN 2 y Etika Permainan BAHAGIAN 3 y Peraturan Gelanggang permainan. Bola Bilangan pemain Peralatan pemain Pengadil Pengadil kedua Penjaga masa dan Pengadil ketiga Tempoh perlawanan Permulaan dan Permulaan semula Permainan. Bola di dalam dan luar Permainan. Cara menentukan Jaringan Kesalahan dan Perlakuan tidak tertib Hukuman-hukuman disiplin BAHAGIAN 4 y Memanaskan Badan BAHAGIAN 5 y Kemahiran asas BAHAGIAN 6 y Servis BAHAGIAN 7 y Jenis-jenis pukulan BAHAGIAN 8 y Kaedah latihan RUJUKAN

Profil diri

NA A N . MATRIK N K/P N TELEFON ALAMAT TETAP

: THA

: D20091035913 : 880111135089 : 0195503202 : KPG. G N NG NGELI, 94800 SIMUNJAN. KOTA SAMARAHAN SARAWAK

KOLEJ

:BLOK 2, KHAR, KAMPUS SULTAN A LAN SHAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN.

TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR PROGRAM BERAT TINGGI MINAT

: 11 JANUARY 88 : HOSPITAL UMUM SIMUNJAN, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK. : SAINS KEJURULATIHAN. :57 kg. : 169 cm. : BERSUKAN.

CHANG SHING

PENGHARGAAN
Salam sejahtera diucapkan sebagai pembuka kata. Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan
keizinan-Nya dapatlah saya menyempurnakan tugasan buku log ikhtisas Tenis yang diberi ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

kepada Pensyarah Ikhtisas Kemahiran Terhadap En Hazuan Bin Mohd Hizan, En Soon , Dan En Suhaimi kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan akan saya ingati hingga ke akhir hayat. Berbanyak terima kasih saya ucapkan.

Terlebih dahulu saya ingn mengucapkan ribuan terima kasih

penghargaan juga diucapkan kepada mereka yang bertungkus- lumus dalam memberi idea dan semangat kepada saya, walaupun banyak rintangan dan dugaan sering hadir tatkala kesibukan yang berpanjangan namun tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa kerjasama semua pihak, sudah tentu tugasan ini tidak dapat saya sempurna dan tidak dapat dilaksanakan. Semoga kerjasama yang diberi akan membuahkan hasil yang dapat memberi manfaat kepada saya.

Sekalung

sekali, ingatan tulus ikhlas dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan tugasan buku log ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga tugasan ini memberi kepuasan kepada saya dan penilai.

Akhir

....SEKIAN, TERIMA KASIH....

THAM
THAM CHANG SHING D20091035913 SAINS KEJURULATIHAN AT 43

BAHAGIAN satu
 Sejarah tennis

ASAL-USUL PERMAINAN TENNIS

Pada abad ke-11, sejenis permainan dikenali sebagai jen de paume, yang paling hampir dengan tenis kini, dimainkan buat kali pertama di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dalam permainan itu disalutkan dengan benang dan berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan manusia. Ia dimainkan antara seorang dengan seorang yang lain.

Pada abad ke-13, permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Britain. Di Britain ia mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan yang meminati permainan ini dan mula memainkannya. Sejak itu, perkembangan sukan ini terus meningkat ke beberapa negara Eropah lain.

Raket tali mula diperkenalkan dalam abad ke-15 oleh Antonia da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau juga menulis undang-undang umum bagi bagi semua permainan yang mengunakan bola termasuk tenis . Tenis pada mulanya di mainkan oleh golongan atasan, tetapi tenis gelanggang rumput yang terkenal pada zaman pemerintahan Queen Victoria, disertai oleh golongan pertengahan yang menjadikannya sebagai permainan luar.

Pada tahun 1872, kelab Tenis pertama telah ditubuhkan oleh J.B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr Arthur Tomkins, dikenali sebagai Kelab Leamington, Perancis. Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput bermula pada tahun 1877 (sekarang dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon). Jaguh pertama ialah Spencer William Gore.

PERMAINAN ANTARABANGSA
Persekutuan Lawn Tenis Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1881 dan setahun kemudian menganjurkan kejohanan di Newport, Pulau Rhode. Acara perseorangan wanita telah dipertandingan. Acara perseorangan wanita dipertanding pertama kali di Wimbledon pada tahun 1884 dan pada 1887 acara ini diperkenalkan di kejohanan di Amerik Syarikat. a Kejohanan tenis Perancis diadakan pada pada 1891, tetapi hanya dibuka kepada ahliahli kelab di negara itu sahaja. Ia bertukar ke taraf antarabangasa pada tahun 1925. Sirkit yang keempat Grand Slam ialah kejohanan di Australia dan hanya bermula pada tahun 1905. Untuk menyelaraskan permainan ini, Persekutuan Lawan Tenis Antarabangsa (International Lawn Tenis Federation)telah ditubuhkan dalam bulan Mac 1913.

Pada tahun 1938, pemain Amerika Syarikat, Donald Budge telah menjadi pemain pertama memperolehi Grand Slam.Beliau memenangi empat kejohanan dalam setahun , iaitu Kejohanan Wimbledon, Amerika Syarikat, Perancis dan Australia. Sejak itu hanya seorang pemain yang lain telah memenanginya iaitu Rod Lever, pemain Australia yang memenangi dalam tahun 1962 dan 1969. Lottie Dod pula merupakan pemain wanita paling muda memenangi wimbledon, Iaitu ketika berusia 15 tahun. Beliau telah menguasai tenis wanita untuk beberapa tahun sebelum menjadi pemaingolf yang terkenal. Hellen WillaMoody pemain wanita Amerika Syarikat juga telah memenangi Kejohanan Wimbledon dengan rekod lapan kali. Martina Navratilova telah memenangi keempat-empat gelaran yang terdapat dalam Grand Slam.(Yusof Ismail 1991:hlm 1-3).

PERTANDINGAN PIALA DAVIS


Pertandingan Piala Davis, sepertimana kejohanan lain yang dipertandingkan antara pasukan negara telah menjadi pertandingan kalah mati pada tahun 1973. Negara-negara baru seperti Romania, Czechoslovakia dan Sweden telah menggugat ketokohan negara-negara Amerika Syarikat dan Australia. Pemain baru seperti Illie Nastase, Borg, Ivan Lendl dan juga yang paling baru Boris Becker, Stefan Edberg telah muncul untuk mencabar pemain pemain lama.Catatan kemenangan Bjorn Borg selepas perang bagi perseorangan lelaki di Wimbledon

selama lima tahun berturut-turut tidak mungkin dikuasai oleh mana-mana pemain lelaki di masa akan datang.

Martina Navratilova telah menyamai malah melebihinya tetapi beliau ialah pemain wanita. Beliau telah mencatat kemenangan enam tahun berturut-turut dan sebanyak lapan kali kesemunya bagi acara perseorangan wanita Wimbledon. Pemain wanita Jerman Barat , Steffi Graf telah memenagi Grand Slam pada tahun 1969. (Yusof Ismail 1991: hlm 3-8).

TENNIS DI MALAYSIA
Permainan tenis diperkenalkan ke ngara kita pada awal abad ke-20 , walaupun ada pihak yang berpendapat ia datang lebih awal lagi . Pada peringkat awal , ia hanya dimainkan oleh orang-orang Inggeris dan kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Persatuan Tenis Malaysia ( LTAM ) ditubuhkan pada tahun 1921 dan bergabung dengan persekutuan Tenis Antarabangsa pada tahun yang sama.

Kejohanan tenis pertama di negara ini diadakan pada tahun 1921. Empat tahun kemudian kejohanan terbuka bermula. Pengaruh pertandingan Piala Davis yang dianjurkan oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa telah menjalar ke negara kita , dan pada tahun 1953 pertandingan antara negeri yang sama formatnya dengan Piala Davis, bermula, iaitu bagi merebut Piala Chua Choong Leong.

Kini terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Presiden LTAM antarabangsa YAB Encik Abdul Ghafar Baba.

BAHAGIAN 2
ETIKA PERMAINAN


ETIKA PERMAINAN

1. Sekiranya bola tenis memasuki gelanggang lain yang sedang bermain, kita haruslah menunggu sehingga permainan atau pukulan di gelaggang tersebut berhenti atau tamat sebelum meminta bola dikembalikan. 2. Jika seseorang pemain meminta kita mengembalikan bola yang memasuki gelanggang kita, maka kembalikan bola tersebut dengan menggolekkannya kepada pemain tersebut. 3. Jika ingin memasuki atau keluar dari sesuatu gelanggang, jangan melintasi belakang pemain yang sedang bermain. Tunggu sehingga permainan atau pukulan di gelanggang tersebut berhenti dan dengan pantas hendaklah melintasi gelanggang tersebut. 4. Apa jua keputusan pengadil, penjaga garisan mahupun pemain lawan, kita haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka dan dengan semangat kesukanan. 5. Kita tidak boleh memaki, menjerit atau mencederakan sesiapapun yang berada di dalam gelanggang mahupun di luar gelanggang. 6. Tidak boleh mengganggu pemain lawan dengan sengaja dengan membuat bising ataupun melambaikan raket. 7. Kita seharusnya bersopan di gelanggang dan mematuhi pakaian yang telah ditetapkan.

BAHAGIAN 3
 PERATURAN TENNIS

PERATURAN TENIS
1)GELANGGANG
1) Gelanggang tenis mempunyai bentuk segiempat tepat yang berukuran 78 kaki panjang (23.77 m ) X 27 kaki lebar. Ia dibahagikan kepada 2 bahagian dari net yang tergantung pada tali atau tali kebel dengan diameter maksimum 1/3 daripada 1 inci (0.8 cm).

2) Setiap hujung net dipasang mengenai dan melepasi atas kedua-dua belah tiang tetapi tidak melebihi 6 inci (15 cm ) empat segi / 6 inci ( 15 cm ) diameter. Perletakan net di atas tiang tidak boleh melebihi 1 inci atas daripada dawai perentang net.

3) Kedudukan tiang adalah 3 kaki (0.914 m) dari net ke garisan luar gelanggang, manakala tingginya pula mencapai bahagian atas dawai perentang net / jaring iaitu 3 kaki 6 inci ( 1.07 m ) dari atas tanah.

4) Bagi kombinasi permainan regu ( rujuk undang-undang 34 ) dan gelanggang perseorangan mempunyai perbezaan iaitu dengan menggunakan ukuran yang disukat dengan reket yang dipanggil single stick iaitu untuk permainan perseorangan. Ianya perlu disokong kepada ketinggian 3 kaki 6 inci. Titik tengah tiang (single) adalah diukur pada jarak 3 kaki dari garis luar kedua-dua belah gelanggang permainan.

5) Jaring akan diregang sepenuhnya untuk memenuhi ruang antara dua tiang dan bertujuan untuk menghalang bola dari melepasi gelanggang. Ketinggian ditengah-tengah net/jaring mencapai 3 kaki. Ianya ditanda dengan pita penanda yang tak melebihi 2 inci lebar ( 5 cm ) dan perlu berwarna putih.

6) Dawai atau tali kebel perentang diselaputi dengan kain pembalut tidak lebih 2 inci (6.35 cm) tebal dan berwarna putih. Pada jaring pita penanda atau pembalut net tidak boleh dilekatkan dengan apa-apa tanda iklan.

7) Garis yang mengelilingi gelanggang ialah garisan belakang dan garisan tepi. Pada keduadua ruang antara net dan garis tepi (side line) dibahagi sama rata iaitu dipanggil gelanggang servis (service court).

8) Ditanda pada tengah garis servis melepasi titik tengah garis jaring ke garisan servis gelanggang sebelah jaring, garisan ditanda selebar 2 inci, ianya selari dengan garis tepi. 9) Setiap garis belakang (base line) perlu digambarkan berhubung dengan tengah garis servis dan satu garisan 4 inci panjang dan 2 inci lebar dipanggil penanda tengah atau centre mark yang dilihat di dalam gelanggang.

10) Semua garisan lain yang ada pun tidak melebihi 1 kaki atau 2 kaki lebar. Semua ukuran dibuat bahagian luar garisan yang mana ianya adalah perlu seragam (sama). Papan tanda pengiklanan di bahagian-bahagian gelanggang tidak boleh mempunyai warna

putih/kuning. Warna lembut hanya dibenarkan sekiranya tak mengganggu pemain.

2.

ALATAN KEKAL

Peralatan kekal gelanggang bukan hanya jaring, tiang jaring, kayu penanda (gelanggang perseorangan), tetapi juga merangkumi penghadang keliling, kerusi di sekeliling gelanggang sama ada kekal atau boleh ubah, pengadil (Umpire), hakim-hakim (net-cord judge), footfoult judge dan pemungut bola ketika berada di tempat sepatutnya.

3.

BOLA

Bola yang diluluskan di bawah undang-undang tenis mestilah memenuhi spesifikasi berikut: a) Bola mestilah dilitupi kain (Fabrik) di permukaan luar dan berwarna sama ada putih atau kuning. b) Bola mesti memenuhi kehendak seperti Appendix I (Peraturan melakukan ujian spesifikasi dalam undang-undang IV saiz berat 1.975 oz ( 56.0 gm) hingga 2.095 oz (59.4 gm). c) Bola mesti mempunyai kemampuan lantunan 53.0 inci (134.62 cm hingga 5.8 inci (147.32 cm) bila dijatuhkan dari ketinggian 100.0 inci (254.00 cm) di atas permukaan keras dan datar. Ianya juga mesti mempunyai kemampuan pantulan 220 inci (559 cm) hingga 290 inci (737 cm) dan kembali (return) pada kelajuan 315 inci (800 cm) hingga 425 inci (1080 cm) pada 18 ib (8.165 kg) hentakan. d) Untuk permainan pada ketinggian 4000 kaki dari paras laut tambahan 2 jenis bola mungkin digunakan: Saiz yang sama seperti di atas kecuali kadar lantunan boleh melebihi 48 inci hingga 53 inci serta mempunyai tekanan dalaman lebih besar daripada tekanan luaran. Bola ini dikenali sebagai A Pressurised Ball Saiz berat yang sama kecuali kadar lantunan 53 inci hingga 58 inci. Tekanan dalaman hampir sama dengan tekanan luaran dan telah disesuaikan dengan pemain selama 60 hari di gelanggang kejohanan berkenaan. e) Semua ujian lantunan, saiz dan kemampuan lantunan akan dilakukan selaras dengan undang-undang Appendix I.

Nota ;
I. Bola yang akan digunakan dalam pertandingan di bawah undang -undang tenis mestilah didaftarkan dan diluluskan oleh ITF. II. Mulai 01 Januari 2000 hingga 31 Disember 2000, dua jenis bola tenis akan digunakan sebagai percubaan.

4.

REKET
Reket yang tidak menepati spesifikasi di bawah tidak dibenarkan penggunaannya di bawah undang-undang tenis. i. Permukaan reket hendaklah rata dan tali yang berselang-seli yang dihubungkan dibahagian bingkai reket. Corak tali hendaklah seragam dan dibahagian tengah Tali hendaklah bebas dari sebarang objek. Alat

talinya tidak tebal dan rapat.

tambahan tidak dibenarkan ditambah kecuali yang telah diluluskan dengan tujuan mencegah kerosakan atau getaran. Alat yang dibenarkan itu mestilah bersaiz yang munasabah dan ditempatkan di bahagian yang dibenarkan. ii. Panjang bingkai reket secara keceluruhannya tidak melebihi 29 inci (73.66 cm). Lebar termasuk pemegang dan keseluruhannya tidak melebihi 12 inci (31.73 cm). Panjang bahagian permukaan bertali tidak melebihi 11 inci (39.37 cm) dan lebarnya tidak melebihi 11 inci (29.21 cm). iii. Bingkai termasuk pemegang hendaklah bebas dari sebarang objek atau sebarang alat tambahan yang boleh mengubah bentuk reker atau mengubah agihan berat reket dalam arah garis bujur yang mana ianya mengubah kelakuan hanyunan atau untuk mengubah dengan sengaja fizikal reket yang akan memberi kesan pada keupayaan reket semasa permainan. iv. The International Tennis Federatation akan menentukan sama ada sesuatu reka bentuk reket yang dikeluarkan boleh digunakan atau tidak. Undang-undang di atas hendaklah dipatuhi oleh setiap individu, pengeluar reket dan pertubuhan antarabangsa. Semua undang-undang di atas adalah dirujuk kepada review dan hearing procedures of The International Tennis Federations.

Perkara penting
1. Hanya satu corak yang dibenarkan digunakan pada reket. 2. Semasa permainan apabila servis dilakukan pemain

hendaklah berdiri di antara satu sama lain, pemain yang

memulakan pukulan dipanggil server dan penerima pukulan dipanggil receiver. 3. Alat pengawal getaran boleh ditambah pada tali reket dan hendaklah diletakkan pada bahagian luar corak yang berselang seli. 4. Reket yang mempunyai berbagai corak tali tidak dibenarkan dalam permainan tennis. 5. Semasa permainan jika tali terputus, pemain boleh memilih untuk meneruskan permainan atau sebaliknya.

5.

PEMBUAT SERVIS DAN PENERIMA SERVIS


Pemain-pemain hendaklah berdiri berhadapan di antara jaring. Pemain yang akan

melakukan servis dipanggil pembuat servis sementara yang akan menerima dipanggil penerima servis.

Kes 1. Adakah seseorang pemain akan kehilangan mata apabila beliau melepasi garisan
andaian yang memisahkan kedua-dua belah gelanggang. a. Sebelum melakukan pukulan. b. Selepas melakukan pukulan.

Keputusan. Pemain tidak akan kehilangan mata dalam keadaan kedua-dua situasi kerana
beliau tidak memasuki gelanggang lawannya (peraturan 20e). Namun pihak lawan boleh meminta keputusan dari pengadil di bawah peraturan 21 dan 25.

Kes 2. Pembuat servis mendakwa bahawa penerima servis hendaklah berdiri di antara garis
tengah gelanggangnya. Adakah ini perlu?

Keputusan. Tidak. Penerima servis boleh berdiri dimana sahaja di sebelah gelanggangnya.

6.

PEMILIHAN GELANGGANG DAN MELAKUKAN SERVIS.


Pemilihan gelanggang dan juga pembuat servis serta penerima servis ditentukan

melalui balingan duit syiling. Pemain yang memenangi balingan, berhak membuat pilihan atau meminta pihak lawan untuk melakukan pilihan. a. Apabila memilih untuk membuat servis atau menerima servis, pihak lawan akan memilih gelanggang. b. Apabila memilih gelanggang, lawan akan memilih untuk melakukan servis atau menerima servis.

Kes 1. Adakah pemain berhak untuk membuat pilihan yang lain apabila perlawanan
ditangguh atau dibatalkan sebelum permainan bermula.

Keputusan.

Ya.

Keputusan balingan adalah kekal tetapi pemain yang memenangi

balingan berhak untuk membuat pilihan yang lain sama ada memilih gelanggang atau servis.

7.

SERVIS
Servis hendaklah dilakukan mengikut beberapa aturan. Sebelum memulakan servis,

pembuat servis hendaklah berdiri dengan kedua-dua kaki di belakang garis belakang (base line) dan di antara garis tepi serta tanda tengah gelanggang. Pembuat servis akan melambung bola ke udara dan sebelum bola jatuh ke gelanggang dia akan memukul bola tersebut dengan reket. Perlakuan ini akan dikira sebaik sahaja raket terkena bola yang dilambung tadi.

Kes 1. Bolehkah pembuat servis dalam permainan perseorangan berdiri di antara garis tepi
perseorangan dan garis tepi beregu.

Keputusan. Tidak

Kes 2. Jika pemain, semasa melakukan servis, melambung 2 biji bola atau lebih. Adakah dia
akan kehilangan servis?

Keputusan.

Tidak. Let sepatutnya diberi, tetapi pengadil berhak mempertimbangkan

perlakuan tersebut di bawah peraturan 21.

8.

KESALAHAN KAKI

Semasa melakukan servis pemain hendaklah : a. Tidak menukar kedudukan sama ada dengan berjalan atau berlari. Gerakkan kaki yang sedikit dan tidak memberi kesan ke atas kedudukan asalnya adalah dibenarkan dan akan dikira kesalahan jika menukar kedudukan jika berjalan atau berlari. b. Tidak menyentuh walaupun dengan kaki mana-mana kawasan selain dari garis belakang di antara tanda tengah dan garis tepi.

9.

MELAKUKAN SERVIS
Dalam melakukan servis, pembuat servis hendaklah berdiri di belakang garis di sebelah kiri atau kanan gelanggang dengan bermula di sebelah kanan gelanggang semasa hendak memulakan permainan. Jika servis dilakukan di sebelah gelanggang yang salah dan tidak dikesan, semua keputusan permainan adalah kekal tetapi kesalahan tersebut hendaklah diperbaiki sebaik sahaja dikesan. Apabila servis dilakukan, bola hendaklah melepasi jaring serta masuk ke petak servis pihak lawan ataupun di atas garisan yang melingkungi petak servis, sebelum dibalas oleh pemain lawan.

10.

KESALAHAN SERVIS

Servis adalah batal bila : a. Jika pembuat servis melanggar peraturan 7, 8 atau 9 (b). b. Apabila pukulan tidak mengenai bola. c. Jika bola terkena objek kekal (selain dari jaring, tali serta tiang) sebelum menyentuh gelanggang.

Kes 1. Selepas melambung bola ke udara, pemain mengambil keputusan untuk tidak
memukul sebaliknya menangkap bola tersebut. Adakah ia batal?

Keputusan. Tidak.

Kes 2. Semasa melakukan servis dalam permainan perseorangan tetapi menggunakan


gelanggang permainan beregu, bola yang dipukul terkena kayu penanda gelanggang perseorangan dan seterusnya jatuh ke dalam petak servis. Adakah ia batal atau diberikan let.

Keputusan.

Dalam melakukan servis, ianya adalah batal kerana kayu penanda

perseorangan serta beregu serta bahagian di antaranya adalah dikira objek kekal.

11.

SERVIS KEDUA
Selepas kesilapan ( jika ia fault kesilapan yang pertama ) orang yang hendak

membuat servis hendaklah membuat servis dari belakang, di bahagian separuh membuat yang sama dimana ia melakukan kesilapan tersebut di tempat separuh yang silap. Mengikut peratuaran 9, pemain berhak hanya membuat satu servis dari tempat separuh yang satu lagi.

Kes 1 ;
Seorang pemain membuat servis dari cout yang salah. Dia akan kehilangan satu mata dan kemudian dia telah melakukan kesilapan fault di stesen yang salah.

Keputusan / Pendapat Muktamad ; Mata tetap kekal seperti dalam permainan dan servis
yang berikutnya memudahkan di stesen yang betul mengikut skor.

Kes 2 ;
Skor berada pada 15 sama, pemain dengan tidak sengaja membuat servis di sebelah kiri gelanggang, dia akan memperolehi mata. Kemudian dia membuat servis dari sebelah kanan

gelanggang, menghantar dengan kesilapan ( fault ). Kesilapan membuat servis ini didapati pada ketika itu. Adakah dia berhak untuk mata yang diperolehi tadi ? Dari sebel h mana a court perlu di membuat servis ?

Keputusan / Pendapat Muktamad ;

Mata yang telah diperolehi kekal.

Servis yang

berikutnya hendaklah dibuat dari sebelah kiri court pemain itu, mata 30 / 15 dan pemain membuat servis atas satu kesilapan ( foult ).

12.

BILA MASANYA UNTUK MEMBUAT SERVIS

Pemain boleh membuat servis apabila penerima pasukan lawan telah bersedia, dia mesti dijauhkan dalam keadaan bersedia, dia telah memohon fault sebab bola masih belum

mencecah bumi di dalam lingkungan yang telah ditetapkan bagi membuat servis.

13.

PEMBERIAN STOPPAGE

Dalam semua kes dimana pemberhentian permainan hendaklah dipanggil di bawah peraturan atau ditetapkan bagi sesuatu gangguan permainan, perkara di bawah hendaklah dipatuhi ;a) Bila pemberhentian dibuat semata-mata kerana servis. Hanya servis itu dibenarkan. b) Bila dibuat di bawah lain-lain perkara, maka hendaklah diulang semula.

Kes 1 :
Sesuatu servis terhenti oleh sebab perkara selain dari peraturan 14. Adakah servis itu dibuat semula ?

Keputusan / Pendapat Muktamad : Mata tersebut dimainkan semula.

Kes 2 :
Jika bola pecah, adakah pemberhentian dibuat ?

Keputusan ; Ya

14.

LATE DALAM SERVIS

Servis dihentikan ; a) Jika bola terkena jaring, Strep walaupun baik atau selepas terkena jaring Strep terkena penerima atau pihak lawan atau bahagian lain di badannya atau sebelum bumi. b) Jika servis dibuat dan penerima belum bersedia ( lihat peratuaran 12 ) c) Jika berlaku, servis tersebut dibatalkan dan orang yang membuat servis tersebut hendaklah mengulangnya, tetapi pemberhentian servis itu tidak mencatatkan fault yang terdahulu. berada

15.

Diakhir permainan, penerima menjadi pemula dan pemula permainan di sepanjang

permainan. Jika pemain servisnya selesai, pemain yang berhak menservis berpe luang menservis setelah kesilapan berlaku, tetapi semua mata sebelum kesilapan ditemui adalah benar.

16.

Pemain boleh mengubah change end di akhir set pertama, ketiga dan di setiap set

permainan dan diakhir set permainan.

17.

PERMAINAN BERLAKU APABILA BOLA DI SERVIS.

Kes 1 : Pemain menghadapi masalah untuk membalas pukulan. Tiada apa-apa berlaku dan
permainan diteruskan. Bolehlah pihak lawan mendapat mata di akhir permainan.

18.

PEMULA MENDAPAT MATA

a) Jika bola di servis, di bawah peruntukan undang-undang 14, tersentuh penerima atau apa-apa yang dipakai atau dibawa, sebelum ia menyentuh tanah.

b) Jika penerima hilang mata seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang 20.

19.

PENERIMA MENDAPAT MATA

a) Jika pemula servis melakukan dua kesalahan. b) Jika penerima kehilangan mata yang diperuntukkan dalam undang-undang ke 20.

20.

PEMAIN KEHILANGAN MATA.


Seseorang pemain akan kehilangan mata sekiranya : a. Dia gagal mengembalikan bola melepasi net (kecuali dalamperaturan 24 (a) atau (c) ; kerana bola yang berada dalam permainan telah melantun sebanyak dua kali bertusut-turut, atau b . Dia mengembalikan bola yang berada dalam permainan supaya bola tersebut melantun ke atas gelanggang lawan , sesuatu (fixture) yang kekal, ataupun benda lain, di luar mana-mana garisan yang mana gerakkan melambung atau melompat di kawasan gelanggang lawan (kecuali dalam peraturan 24 (a) atau (c); atau

Keputusan

: Pemain yang melakukan pukulan kehilangan mata (Peraturan 20 (g),

kecuali dalam Peraturan Falsafah Pendidikan Progresivisme (a).

Kes 7. Seseorang pemain berada di luar gelanggang memukul bola tennis kembali sebelum jatuh ke tanah (volley) ataupun menangkapnya dengan tangan dan mendapat mata kerana bola tersebut memang diketahui terkeluar dari gelanggang.

Keputusan suasana :

: Bolehkah dia mendapat mata tanpa melihat kepada keadaan atau

i.

Jika dia menangkap bola tersebut dia kehilangan mata di bawah Peraturan 20 (g).

ii. Jika dia membuat pukulan balas tanpa menunggu bola tersebut me lantun dahulu dan dia melakukan kesilapan ketika membuat pukulan balas maka dia kehilangan mata di bawah Peraturan 20 (c). iii Jika dia berjaya membuat pukulan volley ke dalam gelanggang lawan, rali diteruskan.

21.

PEMAIN MENGGANGU PIHAK LAWAN.

Jika pemain tersebut membuat/ melakukan aksi yang boleh menggangu pihak lawan dalam membuat pukulan, kemudian jika ia dilakukan dengan sengaja, pemain tersebut akan kehilangan mata ataujika tidak sengaja, mata tersebut akan dimainkan semula.

Kes 1 : Adakah pemain tersebut dikenakan denda jika dalam Masa melakukan stroke dia menyentuh lawannya ? Keputusan : Tidak dikenakan tindakan kecuali jika pengadil perlawanan membuat pertimbangan pemain tersebut perlu diambil tindakan mengikut peraturan 21.

Kes 2 Bila bola melantun balik melepasi jarring, pemain berkenaan mungkinmenjangkau melepasi jarring dengan tujuan untuk memainkan bola. Apakah keputusan yang dibuat oleh pengadil, jika seseorang pemain itu diganggu daripada membuat demikian oleh pihak lawan?

Keputusan :

Mengikut peraturan 21, pengadil boleh memberikan mata kepada

pemain yang diganggu, ataupun mengarahkan permainan itu dimainkan semula.

Kes :

Adakah pukulan yang dilakukan sebanyak dua kali secara tidak sengaja

(serentak) mengakibatkan perlakuan yang manamenghalang/menganggu lawan seperti terkandung dalam Peratueran21.

Keputusan :

Tidak.

22. BOLA JATUH DI ATAS GELANGGANG

Bola yang jatuh diatas garisan adalah dianggap sebagai jatuh di dalam gelanggang yang disempadani oleh garisan.

23. BOLA TERKENA PERALATAN KEKAL/TETAP


Jika bola yang didalam permainan tersentuh /terkena peralatan kekal(selain daripada jarring, tiang jarring, kayu perseorangan, tali atau kabel besi, jalur atau pita) selepas jatuh di atas gelanggang, pemain yang melakukan pukulan akan mendapat mata; jika bola itu belum melantun di atas gelanggang terkena peralatan kekal maka mata akan diberikan kepada lawannya.

Kes 1. Bola yang dikembalikan terkena pengadil atau kerusinya ataupun tempat duduknya. Pemain tersebut mengatakan bahawa bola adalah menuju ke arah gelanggang permainan. Keputusan: Pemain tersebut kehilangan mata.

24. HANTARAN YANG BAIK


Dikatakan hantaran yang baik ialah; a. Jika bola menyentuh jarring , posts, single sticks, tali atau kabel logam, dengan syarat bola itu melepasi salah satudaripadanyadan pukulan ke lantai di dalam gelanggang; atau

b. Jika bola itu ,servis atau dikembalikan, pukulan ke lantai di dalam gelanggang yang betul dan memantulkanatau bola itu kembali ke arah jarring dan pemai yang n mana gilirannya untuk memukul melepasi jarring dan bermain, dengan syarat pemain tersebut melanggar undang-undang 20(e); atau

c.

Jika bola itu dipukul keluar dari kawasan posts atau single sticks,sama ada di

atas atau di bawah level jarring telah ditetapkan , walaupun ia menyentuh posts atau di dalam gelanggang yang betul atau

d.

Jika reket pemain melapasi jarring seepas dia memukul bola, dengan syarat

bola itu melepasi jarring sebelum bermain dan dikembalikan dengan baik ; atau Jika pemain berhasil mengembalikan bola, servis atausemasa permainan, dengan memukul bola memasuki gelanggang.

NOTA :
Dalam permainan perseorangan, jika, bagi memudahkan, gelanggang bergu dilengkapi dengan single stick untuk tujuan permainan perseorangan kemudian do uble sticks dan bahagian lain jarring, tali atau kabel logam dan ikatan di luar single sticks merupakan alatan tetap dan bukan sebagai posts dan sebahagian dari jarring dalam permainan perseorangan.

Pukulan yang melepasi bawah jaring logam di antara single sticks dan di sbelah double posts tanpa menyentuh samaada jaring logam , jaring atau double posts dan jatuh di dalam gelanggang adalah hantaran yang baik.

Kes 1: Bola melepasi keluar dari gelanggang terkena jaring posts atau single sticks dan jatuh di dalam garisan gelanggang oppenent (lawan ). Adalah ia pukulan yang baik? Jawapan : Jika servis, tidak, di bawah undang-undang 10(c). Selain servis ia di bawah undang-undang 24(a)

Kes 2 : Adakah ia hantarkan yang baik jika pemain memukul bola ke dua belah tangan? Jawapan : Ya

Kes 3 : Semasa servis atau bola dalam permainan, memukul gelanggang. Dapat mata atau lost thereby Jawapan : Tidak. Permainan diteruskan. bola masuk ke dalam

Kes 4 : Bolehkah pemain menggunakan lebih dari satu reket dalam satu permainan? Jawapan : Tidak. Semua yang membabitkan undang-undangadalah singular.

Kes 5 : Bolehkah pemain meminta bola atau bola memasuki gelanggang lawan dikembalikan? Jawapan : Ya, tetapi bukan semasa bola dalam permainan.

25.

GELANGGANG PEMAIN.

Jika seseorang pemain diganggu semasa membuat pukulan tanpa kawalan sendiri,let akan diberikan kecuali peraturan 21ataupun alatan kekal / benda -benda yang dibenarkan dalam gelanggang .

Kes 1 : Jika seseorang pemain diganggu oleh penonton pertandingan di mana pem ain gagal membuat pukulan bola. Adakah let diberikan? Keputusan : Ya, kalau ampire berpendapat ia diganggu oleh keadaan yang tidak dapat dikawal, tetapi bukan disebabkan alatan kekal/ benda yang boleh diubah dalam gelanggang

Kes 2 : Seseorang diganggu seperti kes 1, dan let telah diberikan oleh ampire di mana pemula bola ( server ) telah melakukan kesalahan terlebih dahulu. Benarkah server berkelayakkan 2 bola services ? Keputusan : Ya. Jika bola dalam permainan, mata diperolehi tetapi bukanlah pukulan yang mesti diulangi seperti yang diberikan dalam pertandingan.

Kes 3 : Adakah pemain berhak menutut let di bawah peraturan 25 kerana ia berpendapat pihak lawannya diganggu dan tidak sangka bola itu akan dikembalikan. Keputusan : Tidak. Kes 4 : Adakah bola itu baik jika bola dalam permainan mengena bola lain dalam udara.

Keputusan : Let mesti diberikan kecuali bola dalam udara itu adsalah hasil
perbuatan salah seorang p[emain , dimana ampire membuat keputusan di bawah perauran 21.

Kes 5 : Jika ampire memanggil salah (fault) atau keluar (out) dan membetulkan
panggilan tadi , manakah keputusan panggilan yang akan diterima?

Keputusan : Saatu let diberikan kecuali pada pendapat ampire, pemain diganggu
dalam pemain di mana ppanggilan yang dibetulkan tadi akan digunakan.

Kes

6 :

Jika servis yang pertama adalah satu kesalahan melantun bola

berkali-kali, diganggu oleh penerima bola pada servis yang ke dua, adakah penerima bola berhak menuntut let ? Keputusan : Ya. Tetapi jika ia brpeluang mengeluarkan bola dari gelanggang dan ia gaggal berbuat demikian, maka ia tidak berhak menutut let.

Kes 7 :

Adakah bola itu baik apabila bola itu mengena objek tetap atau objek

bergerak di dalam gelanggang? Kepuytusan : Bola itu baik kecuali objek kkal itu dating ke gelanggang selepas bola itu dalam permainan di mana let harus diberikan. Jika bola dalam permainan mengena objek bergerak sepanjang atau di atas permukaan gelanggang, let haruslah dipanggil.

Kes 8 :

Apakah peraturan yang terlibat, jika servis pertama salah dan servis ke

dua betul dan menjadikan panggilan let diperlukan di bawah peraturan 25 atau jika ampire tidak berkeupayaan membuat keputusan. Keputusan : semula. Kesalahan tersebut dibatalkan dan keseluruhan mata dimainkan

31. TUNJUK AJAR (COACHING)


Semasa pertandingan berpasukan, seseorang pemain boleh menerima tunjuk ajar daripada ketua pasukan yangbberada di sekitar gelanggang hanya ketika perubahan gelanggang pada penghujung sesuatu permainan (game) tetapi tidak dibenarkan walaupun semasa pertukaran gelanggang ketika permainan tie break

dijalankan.Seseorang pemain tidak dibenarkan menerima tunjuk ajar semasa permainan sedang dijalankan.Setelah amaran yang secukupnya diberikan , seseorang pemain yang melakukan kesalahan boleh dibatalkan permainan tersebut dengan kemenangan diberikan kepada pihak lawan.

Kes 1 :

Sekiranya seseorang pemain menerima tunjuk ajar secara isyarat,

adakah ia akan diberikan amaran atau dibatalkan.

Keputusan : Pengadil mesti mengambil tindakan sebaik sahaja ia menyedari


berlakunya tunjukajar secara kias atau isyarat. Seandainya pengadil tidak menyedarinya seseorang pemain yang lain boleh menarik perhatiannya bahawa ada berlakunya tunjuk ajar.

Kes 2 :

Bolehkah seseorang pemain menerima tunjuk ajar sewaktu rehat yang

dibenarkan di bawah Rule 30 (e) atau semasa permainan dihentikan dan ia meninggalkan gelanggang?

Keputusan : Ya, dalam situasi in tiada halangan memberi tunjuk ajar apabila
seseorang pemain tidak berada di dalam gelanggang?

NOTA :

Perkataantunjuk ajar atau coaching termasuk nasihat atau arahan.

32. PERTUKARAN BOLA ( BOLL CHANGE )

Keadaan di mana sepatutnya bola ditukar telah ditentukan selepas beberapa permainan tetapi sekiranya tidak dilakukan mengikut turutan yang betul, maka kesilapan ini akan diperbetulkan. Pemain perseorangan atau bergu yang sepatutnya membuat servis dengan bola yang baru akan melakukannya selepas itu. Pertukaran bola di antara permainan dilakukan seperti yang telah dipersetujui pada peringkat awalnya.

PERMAINAN BERGU.
33. PERATURAN
Peratuaran bagi bergu adalah sama seperti yang disebutkan tadi kecuali perkara perkara di bawah:

34.

GELANGGANG.
Ukuran gelanggang. Lebar : perseorangan) 36 kaki (4 kaki iaitu 1.37m lebih besar daripada gelanggang

35.

SERVIS DALAM PERMAINAN BERGU.


Turutan melakukan servis ditentukan pada permulaan tiap-tiap set adalah seperti berikut :a. Pasangan yang melakukan servis di dalam game pertama dalam tiap -tiap set akan menntukan siapa yang akan melakukan nya dahulu. Pasangan lawan pula akan menentukan siapa di antara mereka yang akam melakukan servis dalam game ke dua. b. Pasangan pemain dalam permainan pertama akan membuat servis dalam permainan ke tiga.

c. Pasangan pemain dalam permainan ke dua pula akan membuat servis dalam permainan ke empat. d. Turutan ini akan diteruskan dalam permainan yang berikutnya.

Kes 1 : permainan

Dalam permainan bergu , seseorang pemain tidak muncul apabila mereka hendak dimulakan . Pasangannya meminta supaya

dibenarkanbermain perseorangan menentang pasangan lawan. Bolehkah ia melakukan demikian? Jawapan : Tidak boleh.

BAHAGIAN 4
y MEMANASKAN BADAN

MEMANASKAN BADAN.
Butir-butir penting:
1. Sebelum memulakan sesuatu permainan tennis yang sebenar, gerak kerja memanaskan badan hendaklah dimulakan terlebih dahulu. 2. Kelonggaran sendi-sendi adalah penting 3. Regangan untuk otot-otot panjang adalah penting seperti lengan, bahu, kaki, pinggang dan abdomen. 4. Otot-otot kecil haruslah di regang walaupun kurang mustahak. 5. Oleh kerana permainan tennis ini menggunakan tangan, kekuatan otot otot lengan dan bahu perlu diberi perhatian, guna untuk memegang reket dengan kuat dan menggelakkan dari kecederaan. 6. Jangkamasa untuk memansakan baan bolehlah dilakukan diantara 5 10 minit atau mengikut keperluan dan kesesuaian individu sendiri. 7. Gerakerja yang menggunakan bola dan reket adalah disyorkan selain daripada aktiviti yang tidak menggunakan alatan. 8. Bagi gerakerja penyesuaian (conditioning), penekanan harus dibuat dalam:     Kekuatan kaki, abdomen dan tangan. Ketahanan otot besar dan kecil. Kpantasan gerak kaki dan antisipasi. Ketangkasan.

9. Gerakerja penyesuaian (conditioning) ini hendaklah dilakukan dalam satu program yang teratur dan terancang.

BAHAGIAN 5
 KEMAHIRANKEMAHIRAN ASAS

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS.
PROSEDUR MENGAJAR. JENIS-JENIS GRIP 1. Western forehand 2. Two-handed forehand

3. Eastern backhand

4 . Semi western forehand

5. Eastern forehand

6. Contenintal

BAHAGIAN 6
 SERVIS

SERVIS
Servis Cantas
Servis ini adalah servis umum dan boleh digunakan untuk semua permainan. Servis cantas yang mempunyai putaran sisi kanan adalah lebih baik kerana ia melengkung ke dalam kotak servis. Untuk servis ini, cekak pukulan kilas digunakan untuk kemudahan memutar bola. Hayunan raket sebaiknya hendaklah jauh ke belakang dan badan dibengkokkan sediki ke belakang. Apabila bersedia t membuat servis, berat badan berpindah dari kaki belakang ke kaki depan.

Servis Datar
Servis datar adalah pukulan kuat tanpa putaran di mana lintasan bola adalah lurus dan melantun dengan rendah. Ia biasanya digunakan dalam servis pertama sebagai ujian terhadap pihak lawan. Untuk servis ini, kedudukan kaki dan badan adalah sama. Bola dilambung supaya jatuh di depan di sebelah kanan kaki. Bola hendaklah dipukul dengan kuat dan hayunan raket hendaklah licin manakalah berat badan ditumpukan pada pukulan.

Servis Belit
Servis jenis ini mempunyai putaran sisi dan putaran atas serta melengkung ke dalam kotak servis. Servis belit agak susah dan harus dipelajari hanya selepas seseorang itu telah mempelajari servis cantas dan servis datar. Kedudukan kaki dan badan juga adalah sama. Bola diletakkan pada sebelah kiri kerana pemain itu harus membuat satu pusingan yang betul. Bola dilambung tetapi jangan terlalu tinggi dan biarkan jatuh pada garisan belakang. Seharusnya bola dilam bungkan dekat dengan badan. Semasa bola meninggalkan tangan, lutut dibengkokkan dan bersedia untuk membuat pukulan.

1. Genggaman
i. ii. iii. Genggaman hendaklah bertenaga. Keselesaan dalam membuat lakuan servis diutamakan. Keselesaan adalah lebih efektif dan membantu seseorang itu untuk mengetahui di mana permukaan reketnya.

2. Kedudukan sedia.
i. ii. Berdiri di belakang sedikit dari garisan belakang gelanggang. Kedua-dua kaki berada dalam kdudukan yang selari dan kaki hadapan menunjuk ke arah pihak lawan. iii. Jarak kedua-dua belah kaki mestlah sesuai supaya lutut boleh bergerak bebas dan pindahan berat badan tidak terganggu. iv. v. Bahu kiri atau kanan mengarah ke jaring. Reket digenggam kemas dan leher reket disokong oleh tangan yang sebelah lagi.

3. Lambung bola
i. ii. iii. iv. v. Pegang bola dengan menggunakan jari. Jangan meletakkan bola di atas tapak tangan. Tangan yang melambung bola hendaklah relax dan lurus. Bola dilambung ke paras maksimum raket. Bola dilambung serentak dengan tangan yang memegang raket. Bola mestlah dilambung lebih kurang 16 inci di hadapan pemain.

4. Hayunan belakang.
i. Bengkokkan tangan di bahagian siku supaya sudut antara lengan dengan bahagian atas tangan menjadi 90 darjah. ii. iii. Kepala reket dihayun ke belakang badan. Serentak dengan iru, badan dibengkokkan ke belakang dengan berat badan di atas kaki belakang. iv. v. vi. Semasa hayunan ke belakang dilakukan, pada masa itu juga lambungan bola dibuat. Bola dilambung tinggi lurus ke atas sebelah depan kaki. Mata fokus kepala bola yang dilambung.

5. Sentuhan
i. Dari kedudukan backswing, reket dihayun dari dari belakang ke atas dan ke depan hingga tangan lurus. ii. iii. iv. Pembuat servis menjangkau dan meningkit. Semasa menjingkit, keseluruhan badan menegang (stretched). Bola dipukul pada ketinggian yang maksimim supaya bola dapat dipikul menjunam ma ke suk gelanggang lawan.

v.

Semasa sentuhan (impact), permukaan reket adalah pepat mengadap jaring dan bola mengenai sweet spot.

vi.

Semasa sentuhan (impact) berlaku, pergerakan pergelangan tangan (wrist snap) adalah perlu untuk menolong mengarah bola ke gelanggang lawan.

vii.

Berat badan di atas kaki hadapan sepenunya.

6. Ikut lajak (follow through)


i. Setelah sentuhan (impact) tangan yang memukul terus di bawa menghala ke bawah dan kiri / kanan badan tanpa sebarang check ii. iii. Pemindahanberat badan dari kaki belakang ke depan. Pada masa ini, kaki yang dibelakang mula melangkah ke depan dan selari dengan kaki hadapan.

7. Penutup/Finish
i. ii. iii. iv. Lajakkan reket yang berterusan untuk memenuhi hayunan dari kananke kiri. Badan di bawa menghadap ke arah jaring. Kaki kanan selari dengan kaki kiri. Mata terus memandang bola dan berada dalam keadaan sedia untuk lakuan seterusnya.

LATIHAN ANSUR MAJU (SERVIS TENNIS)

PELAKSANAAN / BUTIR-BUTIR MENGAJAR

CATATAN

1. Membaling

bola

untuk

memberi - Lakukan sebanyak 10 kali - Mula dari arah garisan belakang (base line)

gambaran melakukan servis.  Melontar bola melintasi jaring.

2. Melambung bola untuk melakukan - Mulakan dari garisan belakang (base line) pegerakan servis.  Kedudukan kaki kiri mengarah ke jarring sebelah kanan. - Lambung bola menggunakan tanan kiri dan membiarkan bola jatuh di hadapan kaki kiri. - Lakukan sebanyak 10 kali

3. Servis Melontar bola dan memukul ke arah pagar.  - Pegangan gaya continental

Bermula denan kepala reket di - melakukan pukulan servis 10 kali. belakang ditinggikan. badan, siku

Had lontaran mesti sampai ke paras jangkauan reket.

Apabila lontaran sudah baik, bergerak ke garisan belakang dan lakukan pergerakan servis yang sempurna.

4. Servis Latih tubi   Servis dari garisan belakang. Imbangan reket menggunakan tiga jari pertama dan sokong leher reket.  Memegang bola sebelah

tannan kiri dan reket sebelah

tangan kanan; membawa reket dan bola ke bawah dan ke atas serentak.

5. Servis - Melakukan servis melepasi jaring.  Berdiri di belakang garisan servis  Berdiri di garisan belakang - 10 kali (base line) - 10 kali - Lakukan pergerakan ikut lajak servis

SERVIS DAN FASA-FASA.

Fasa Persediaan.
y

Reket dipegang menggunakan cekak Kontinetal. Pemain memeriksa sama ada pergelanggan tangan berada di atas pemegang.

Peservis berdiri menghadap kepada tiang jaring dengan badan berada pada sudut 45 darjah ke garis belakang. Kedudukan kaki terbuka sedikit supaya berat bedan boleh diubah ke belakang dan kemudian kehadapan.

Pergerakan servis bermula dengan lengan diluruskan kehadapan, memegang bola kepada tali raket.Pemain memikirkan apa yang harus dilakukan dalam servisnya.

GRI

Pemai memulakan pergerakan ke bawah dengan kedua-dua tangan berpi a h dan secara serentak bersedia untuk melambung bola dan membawa raket ke belakang. Ingat tangan bergerak ke bawah dan ke atas bersama.

Tangan bergerak keatas serentak, satu tangan menangkat bola untuk dilambung dan satu lagi membengkok di siku dalam persediaan untuk menghayun ke atas. Peservis seharusnya berfikir untuk membentuk satu huruf W yang besar dengan tangan.

Pemain menyondong ke hadapan semasa menghayun untuk meletakkan berat badan ke atas bola, badan bergerak melalui laluan bola semasa servis.

Capai setinggi yang boleh untuk menyentuh bola. Raket berputar untuk memukul bola dengan bahagian tengah tali.

Fasa Pelaksanaan.

STANCE .

LOWER BODY

Fasa Ikut Lajak. y


Hayunan berterusan selepas membuat sentuhan dengan bola. Servis tidak bermula dengan sentuhan dan berakhir dengan sentuhan.

Hayunan bergerak menuju ke jaring, melintasi hadapan badan, tetapi tidak semestinya berakhir di bahagian badan yang berlawanan daripada permulaan. Jika kaki belakang mengakhiri servis dengan berada di tempat permulaannya, servis ini adalah salah. Kaki belakang seharusnya berakhir satu langkah ke dalam gelanggang.

MEMBU T SERVIS

Terdapat tiga jenis servis iaitu servis cantas, servis datar dan servis belit atau pintal. Tiap-tiap satu mempunyai kegunaan dan kelebihan tertentu. Untuk mendapatkan servis yang berkesan bergantung kepada cara pelepasan bola, iaitu kedudukan bola di udara sebelum pukulan dibuat. Semasa membuat servis, perkara penting ialah kedudukan kaki dan badan pemain berkenaan. Kaki depan hendaklah berada pada udut 45 darjah s dengan garis belakang dan berat badan tertumpu pada kaki belakang. Mana -mana kaki tidak dibenarkan memijak garisan tempat membuat servis. Seeloknya sediakan dua biji bola dalam pegangan supaya tidak mengganggu rentak servis apabila servis pertama gagal.

BAHAGIAN 7
 Jenis-jenis pukulan

JENIS-JENIS PUKULAN
Pukulan Tepat
Raket hendaklah dipegang tepat di hadapan iaitu hampir selari dengan tanah, supaya dapat membuat kedua-dua pukulan pepat dan pukulan kilas dengan menghayunnya dalam jarak yang sama. Tangan yang bebas haruslah memegang leher raket itu. Ini kedudukan untuk memulakan backswing. Cara memegang raket untuk pukulan ini dinamakan estern forehand grip, di mana tangan yang bebas memegang leher raket dalam kedudukan bersedia. Ketika memulakan pukulan, bahagian atas badan dan bahu akan memutar manakalah raket dihanyun ke belakang. Berat badan tertumpu pada kaki belakang supaya dapat menolak bola dengan kuat. Kemudian berat diubahkan kepada kaki depan pula dengan tujuan membuat pukulan. Kaki hendaklah di hadapan sedikit supaya membolehkan putaran badan semasa memukul.

Pukulan Kilas Atas


Untuk pukulan ini, eastern backhand grip digunakan untuk memegang raket, bagi membolehkan pemusingan tangan lebih kurang suku bulatan ke kiri. Dalam keadaan bersedia, kaki dibuka selebar jarak bahu, lutut dibengkokkan dan bahagian atas badan condong sedikit ke depan. Berat badan ditumpukan pada lutut, manakala raket hendaklah menuju tepat ke hadapan hampir selari dengan tanah dan leher raket dipegang dengan tangan yang bebas. Tangan yang bebas berperanan menolong memutarkan raket supaya dapat cekak teguh dan mengawasi raket dalambackswing. Untuk memukul bola, berat badan dipindahkan ke belakang apabila raket digerakkan ke belakang. Apabila backswing telah lengkap, hampir semua berat badan berada pada kaki belakang pula. Raket hendaklah dihayunkan ke belakang dengan licin bersama pusingan badan / bahu mestilah kukuh d cekakan an pada raket haruslah ketat. Selepas itu, pergelangan tangan dikendurkan untuk melengkapkanfollow through.

Pukulan Kilas Bawah.

Cekakan yang digunakan bagi tujuan pukulan kilas bawah ialah continental grip iaitu dengan memutarkan tangan kira-kira satu perlapan daripada kedudukan eastern backhand grip. Raket dibawa sejauh mungkin ke belakang dengan kepala raket menghala ke atas. Raket dihayun ke depan dan ke bawah untuk menghasilkan spin serta menjejak ke arah bola untuk mengekalkan berat badan, manakala mata ditunjukkan pada bola. Biarkan raket meneruskan gerakan sehingga gerakan semulajadi lengan membawa raket ke atas untuk follow through. Apabila raket bertemu bola tepat di hadapan kaki depan, gerakan ke bawah raket itu akan menghasilkan underspin. Jika bola itu rendah, bengkokkan lutut sedikit supaya raket masih dekat dengan pinggang. Gerakan raket hendaklah tinggi rendah dan sentuhan bola dengan raket hendaklah seberapa lama untuk menghasilkan spin.

Pukulan Kilas Dua Tangan


Cara memegang raket untuk pukulan ini ialah dengan menggunakan cekak pukulan kilas pada tangan kanan dan cekak pukulan pepat pada tangan kiri. Kedua-dua tangan ini mestilah bersama tetapi tidak bertindih dan mencekak raket dengan ketat. Bahagian atas badan dipusingkan supaya bahu belakang dapat bergerak keluar untuk membolehkan lengan kiri dan raket belakang. Raket dibawa sehingga berada di bawah sedikit daripada penerbangan bola yang dijangkakan. Ini bermakna raket akan dibawa ke atas semasa bola dipukul dan mengakibatkan satu top spin. Sentuhan bola hendaklah dibuat pada paras pinggang dan sedekat yang mungkin kepada lutut depan. Semasa bola meninggalkan raket semua berat badan berpindah kepada kaki depan. Perlu diingat ia pandangan itu hendaklah ditumpukan pada bola dan bukan pada lawan anda. Lengkapkanfollow through dengan memusingkan bahagian atas badan supaya bahu belakang sampai pada titik di mana bola meninggalkan raket.

Pukulan Sangga

Terdapat dua jenis pukulan sangga (volley) iaitu sangga pepat (forehand volley) dan sangga kilas (backhand volley). Pukulan sangga yang baik adalah kunci kejayaan terutamanya apabila bermain dekat jaring sama ada untuk perseorangan mahupun beregu. Dalam kedua -dua pukulan sangga ini, perkara yang penting ialah kedudukan pemain yang akan membuat pukulan ini haruslah berada dekat jaring.

Pukulan Sangga Pepat

Badan hendaklah sentiasa bersedia dan mata ditumpukan pada bola. Raket dipegang di depan anda. Cekakan pada raket hendaklah ketat dan kemas. Jika cekakan itu longgar, raket akan bergerak dan tergoyang di dalam tangan dan menyebabkan kehilangan kawalan. Pukulan ini ialah pergerakan di mana pukulannya di bawah sedikit seperti menghiris. Adalah lebih mudah memukul bola di sebelah depan luar badan.

Pukulan Sangga Kilas

Ramai pemain berpendapat pukulan jenis ini mudah. Anda hendaklah dalam kedudukan bersedia, iaitu dengan berdiri seakan-akan membongkok. Pertama sekali ialah memasukkan bahu anda supaya bahagian atas badan selari dengan garisan penerbangan bola. Sentuhan bola dengan raket ialah di depan badan. Adalah penting memukul bola antara enam inci satu kaki di atas badan. Cekakan atau pegangan raket hendaklah kukuh.

GAYA DAN JENIS-JENIS PUKULAN BERGAMBAR.

1.

POSISI BERSEDIA.

2.

BACK AND VOLLEY

A stroke played sideways, mainly from the face court. To force your opponent into a hasty defensive.

3.

Wall work

volleying against the wall.

4.

THE STROKE

The backhand counterpart of the forehand stroke

5.

THE FULL SEQUENCE

The backhand volley in action

6.

THE SERVE RETURN

 Second only to the serve in match play .  To return the serve and take initiative from the server

7. BLOCKED RETURN

Shooting the ball high into the air

8.

CHIPPED RETURN

Backhand lob in action

9.

LOB RETURN

10.

DRIVEN RETURN

11.

FOREHAND VOLLEY

 Playing the ball in its first flight before it bounces  To rush your opponent into the next shot

12.

THE STROKE

 AN AGGRESSIVE O

BAHAGIAN 8
 Kaedah latihan yang dicadangkan dalam tennis

KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN DALAM TENIS.


Dalam merancang program latihan tenis , jurulatih harus bijak untuk mengenalpasti kaedah-kaedah latihan yang bakal diaplikasikan berdasarkan fasa-fasa yang terdapat dalam jadual latihan. Bagi fasa persediaan umum untuk minggu ke 5 hingga ke 12, beberapa kaedah latihan telah dikenalpasti supaya pemain dapat menjalani latihan yang bersesuaian dengan tahap kecergasannya pada masa itu. Kaedah-kaedah latihan yang dirancang juga perlu agar pemain lebih bersedia apabila menjalani latihan yang lebih spesifik. Dalam fasa ini, terdapat beberapa kaedah latihan yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah:  Larian Jarak Jauh Perlahan(LSD).  Latihan Fartlek.  Latihan Beratan/bebanan.  Latihan kemahiran.  Komplementari. Berikut dinyatakan dengan lebih spesifik kaedah-kaedah latihan tersebut:

1.

LARIAN JARAK JAUH PERLAHAN

LSD ialah sejenis latihan yang digunakan untuk melatih daya tahan kardiovaskular . Sejak 2 abad yang lalu, LSD mula menjadi sejenis aktiviti yang popular. Di samping ianya ringkas, latihan ini juga mempunyai beberapa kepentingan tertentu. Menurut sejarahnya Istilah LSD mula digunakan oleh seorang pelari yang juga seorang pengarang Amerika, Joe Henderson yang telah menerbitkan sebuah buku berjudul Long Slow Distance- The Human Way To Train dalam tahun 1969.

Larian Jarak Jauh Perlahan atau ringkasnya LSD boleh didefinisikan sebagai satu kaedah latihan berjangkamasa sebagai daya tahan aerobik dengan kadar 2 hingga 3 meter sesaat. Aerobik adalah senaman yang menggerakkan banyak otot, cukup untuk meningkatkan bekalan oksigen dari paru-paru ke jantung dan lain-lain bahagian badan.

Apabila kerap dilakukan, senaman aerobik akan meningkatkan kesihatan jantung dan paru-paru. Bersesuaian dengan namanya latihan ini memberi penekanan kepada tempoh masa larian dan bukannya kelajuan. Lebih lama seseorang itu dapat berlari secara berterusan, maka lebih baiklah kesannya terhadap sistem kardiovaskular. Untuk menghasilkan daya tahan yang lebih lama seseorang yang melaksanakan LSD perlu mengekalkan kelajuan atau intensiti kerjanya sekitar 40% hingga 70% daripada kemampuan sebenar.Latihan ini adalah latihan yang sering dipraktikkan oleh pelari maraton atau pelari jarak jauh dan sesuai untuk diperkenalkan pada awal musim persediaan umum bagi semua jenis sukan.

Setiap latihan yang diperkenalkan mestilah mempunyai tujuannya. Antara tujuan latihan LSD ialah menambahkan myoglobin yang membawa oksigen keseluruh anggota badan seterusnya meningkatkan sistem tenaga aerobik dan merangsang pembukaan kapilari. Disamping itu LSD juga dapat membaiki kebolehan untuk bertanding dalam sukan -sukan tertentu dan meningkatkan kecergasan disamping merehatkan mental seseorang. Disamping itu latihan ini juga boleh diibaratkan sebagai langkah awal dalam usaha mengurangkan risiko berlakunya kecederaan sebelum mengikuti kaedah-kaedah latihan lain yang lebih mencabar.

Dalam melaksanakan latihan ini terdapat teknik-teknik tertentu yang bertujuan melancarkan pergerakan disamping memberikan keselesaan yang lebih kepada pelaku terutamanya pada bahagian anggota badan.Berikut disenaraikan teknik-teknik tersebut:

y y

Kepala hendaklah memandang kehadapan Sendi siku membengkokkan lengan melebihi 90 darjah dan menghayun tangan mengikut rentak larian.Untuk mencapai kelajuan yang lebih lengan hendaklah dibengkokkan kur ng a daripada 90 darjah dan hayunan hendaklah ditambah.Sekiranya terasa lenguh dilepaskan buat sementara.

y y

Genggaman tangan menggenggam dalam keadaan selesa Lutut lutut tidak perlu diangkat dan tangan hanya 30 darjah kebawah kecuali untuk memecut.

Kaki kaki belakang tidak perlu ditinggikan supaya tenaga dapat dijimatkan semasa melakukan larian yang jauh.

Tapak kaki tapak kaki hanya perlu menyentuh tanah seolah-olah tidak terus dan sebelah lagi bergerak kehadapan tanpa bantuan.

Badan badan hendaklah sentiasa dalam keadaan tegak.

Seperti kaedah-kaedah latihan yang lain,LSD juga mempunyai beberapa keistimewaannya yang tersendiri. Antara keistimewaan tersebut ialah: Seseorang yang melakukan LSD tidak memerlukan kemahiran tertentu seperti sukan -sukan yang lain.
y y

Boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan. Tidak memerlukan tempat atau gelanggang yang dikhaskan sebaliknya hanya memerlukan lokasi-lokasi sedia ada.

Terdapat faktor-faktor tertentu yang perlu diberi perhatian dalam merangka program latihan secara LSD.Faktor- faktor tersebut ialah :

Umur
Tempoh kematangan maksimum manusia ialah antara 25 hingga 30 tahun. Selepas 50

tahun kemerosotan kian nampak nyata. Apabila seseorang itu beransur tua,kemungkinan mencapai

perkembangan dan pemulihan adalah lebih perlahan. Apabila merancang program senaman untuk orang biasa haruslah mengambil pertimbangan terhadap taraf kecergasan semasa serta penyakit yang mungkin ada.
y

Jantina
Lazimnya kaum lelaki adalah lebih kuat daripada kaum wanita tetapi dari se daya gi

tahan otot tiada apa-apa perbezaan yang nyata. Kaum wanita pernah disifatkan mempunyai antara 80% hingga 90% kemampuan aerobik kaum lelaki. Tetapi apabila berat badan dan kandungan lemak diambil kira perbezaan ini tidak begitu nyata. Pada amnya wanita mempunyai kelonggaran yang lebih daripada kaum lelaki. Oleh itu tidak semua kelenturan yang popular adalah sesuai bagi kaum wanita tetapi mungkin membebankan seseorang yang mahu mencubanya. Kaum lelaki harus menerima hakikat ini kerana jika mahu melakukan senaman pada tahap kemampuan kaum wanita besar kemungkinan akan mengakibatkan kecederaan. Penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa daya tahan otot dan juga kekuatan kaum wanita agak tinggi. Sebagai contohnya kaum wanita di Afrika sering membawa bahan yang amat berat diatas kepala mereka sungguhpun badan mereka tidak begitu tegap.Selain itu,kaum wanita tidak mempunyai hormon testoron seperti kaum lelaki. Oleh itu wanita tidak akan mencapai perkembangan otot seperti kaum lelaki selagi tindakbalas kepada senaman terutamanya latihan beratan. Dari segi fungsi kardiovaskular pula kaum wanita mempunyai kadar jantung (9 hingga 10 denyutan seminit) lebih pantas daripada kaum lelaki.

Taraf Kesihatan
Kesihatan semasa akan menentukan kesanggupan seseorang itu untu melakukan k

senaman. Ia juga mempunyai kadar perkembangan ataupun pencapaian kecergasan yang dirancangkan. Intensiti senaman hendaklah dikurangkan apabila demam atau sakit. Ini disebabkan badan manusia mengalami tekanan apabila seseorang itu menghidap peny akit atau selesema. Oleh itu tekanan tambahan harus dielakkan .

Kecergasan Semasa
Kecergasan Semasa juga adalah faktor penting dalam menentukan sesuatu permulaan

yang sesuai kepada apa jua rancangan senaman. Ia juga mempunyai pencapaian dan juga

perkembangan yang lebih memuaskan dalam masa yang lebih singkat. Seseorang yang telah mencapai taraf kecergasan yang amat tinggi akan mendapati bahawa perkembangan adalah lebih susah dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai kemajuan yang nyata.

Pengalaman Yang Nyata


Seseorang yang pernah bersenam dan berlatih akan mendapati bahawa badannya akan

mengalami perubahan akibat senaman dengan lebih mudah. Otot otot dan kardiovaskular akan mengubahkan dirinya dengan lebih pantas kepada tekanan dan beban sena man. Orang yang kerap berlatih biasanya akan mencapai satu taraf kecergasan yang lebh baik berbanding mereka yang tidak pernah berlatih atau jarang berlatih.

Keperluan Individu
Tiada siapa yang mengenali badan kita dan keperluan-keperluan khusus selain

daripada diri kita sendiri. Program latihan yang dirancang haruslah diselaraskan dengan keperluan diri, penyakit, kemampuan bersenam, masa lapang yang boleh diluangkan, minat, sokongan keluarga dan sebagainya. Dengan menggunakan pengetahuan fisiologi senam, k sudah pasti ita boleh membuat senaman lebih berkesan dan berjaya.

Prinsip-Prinsip LSD y Kekerapan- dicadangkan 1 hingga 2 kali seminggu


y y y y

Jarak- Dilakukan sekurang-kurangnya 8 kilometer Tempoh- Tidak kurang daripada 1 jam Intensiti- Kadar nadi dikekalkan sekitar 130 denyutan seminit. Ansur Maju- Latihan boleh dijalankan mengikut prinsip ansur maju. Contohnya larian ditambah dari masa ke semasa mengikut kemampuan atlit.

Variasi-Tempat latihan perlu diubah-ubah untuk mengelakkan rasa jauh semasa larian dan perasaan bosan.

Persediaan- Semasa meregang dan kalistenik mesti dilakukan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum berlari dengan memberi tumpuan pada bahagian kaki, otot-otot hamstring serta kuadrisep.

Prosedur Latihan y Trek bagi LSD sebaik-baiknya perlulah dijalankan di kawasan yang mempunyai
pemandangan yang menarik agar peserta tidak merasa jemu.
y

Peserta hendaklah dibahagikan mengikut kumpulan umur dan kebolehan.

Faedah Latihan LSD y Meningkatkan daya tahan kardiovaskular.


y y y y y

Membakar simpanan lemak yang terkandung dalam badan. Mengurangkan berat badan. Membina daya tahan otot. Memberi ruang kepada pelaku untuk bersosial dengan rakan -rakan yang lain. Nafas Melancarkan sistem pernafasan supaya pelaku dapat bernafas dengan secukupnya semasa melakukan larian dalam jarak yang jauh. Apabila bernafas hendaklah melalui hidung dan menyerapkan udara kebahagian dada. Kembungkan perut untuk memudahkan laluan udara agar tidak berkumpul didada. Apabila nafas dihembuskan, keluarkan perlahan -lahan dan kempiskan perut. Laluan pernafasan penting agar pelaku tidak tercungap -cungap sehingga mengganggu rentak larian. Dalam sukan tenis, kaedah ini amat diperlukan kerana ia adalah asas kepada segala kaedah-kaedah latihan dalam fasa berikutnya yang sudah pasti lebih mencabar. Hal ini kerana tanpa daya tahan kardiovaskular pemain sudah pasti menghadapi kesukaran terutamanya dalam menghadapi latihan bercorak ketangkasan, kekuatan dan kuasa.

2.

LATIHAN BERATAN/BEBANAN

Latihan bebanan atau beratan ini adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan otot samada bagi meningkatkan kekuatan,kuasa atau daya tahan . Latihan ini juga diaplikasikan bagi meningkatkan saiz atau hipertropi otot. Bebanan dan ulangan yang dikenakan bergantung kepada objektif latihan.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DITITIKBERATKAN


Besar bebanan yang digunakan. Jumlah pengulangan yang dilakukan. Intensiti yang diamalkan. Jumlah set yang perlu dilakukan.

y y y y

PERLAKSANAAN LATIHAN
Matlamat yang ingin dicapai harus ditentukan sama ada untuk daya tahan otot atau kekuatan otot.
y

Cari bebanan maksimum yang mampu dilakukan oleh pelaku, kemudian laksanakan: 1. 50% hingga 60% daripada keupayaan itu untuk mendapatkan daya tahan otot. 2. Untuk kekuatan pula kita laksanakan 70% hingga 80% daripada keupayaan pelaku sebagai bebanan awal latihan ini.

FAKTOR FAKTOR YANG HARUS DITENTUKAN


y y

Jenis otot yang ingin dibina, sama ada daya tahan atau kekuatan otot. Tentukan jumlah set atau ulangan. Menurut Anarino (1976), bagi aktiviti bebanan permulaan, lakukan sepuluh kali ulangan bagi tahap 50% dalam satu set. Untuk aktiviti yang telah ditetapkan , Anarino juga mencadangkan bahawa dua atau tiga set boleh dilakukan dengan memperuntukkan masa rehat di antara set.

Untuk jangka masa latihan selama enam minggu, disyorkan kekerapan latihan ad alah dua kali seminggu.

Sistem bebanan latihan yang dicadangkan adalah secara beransur-ansur iaitu: Bebanan dari ringan ke berat. Ulangan dari rendah ke tinggi. Set - dari jumlah set minimum ke maksimum.

Aktiviti aktiviti yang disyorkan hendaklah melibatkan kumpulan otot-otot besar

PRINSIP-PRINSIP AM MENGGUNAKAN BEBANAN


Semua pelatih harus diperiksa oleh doktor dan disahkan sihat untuk mengikuti program latihan.
y

Melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum latihan dan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan.

Pelatih- pelatih harus diajar tentang teknik-teknik pengambilan pernafasan yang betul selain daripada teknik mengangkat berat dan latihan bebanan yang betul. Contohnya a. b. Menghembus nafas semasa mengangkat beban. Menarik nafas ketika dalam keadaan relaks.

y y

Pembantu-pembantu harus ada semasa latihan bebanan diadakan. Masa rehat antara set selama 3 hingga 5 minit diperlukan bagi latihan bebanan yang agak berat. Walau bagaimanapun untuk latihan bebanan ringan, masa rehat yang dicadangkan adalah seminit di antara set.

D. E. Lorme (1984) pula mengatakan, untuk peningkatan kuasa otot, sistem bebanan yang digunakan adalah bebanan tinggi, ulangan rendah dan dilakukan dengan pantas. Bagi mendapatkan daya tahan otot pula bebanan adalah rendah, ulangan tinggi dan dilakukan secara perlahan.

y y

Pengawasan dan disiplin adalah sangat dikehendaki ketika menjalani sesi latihan. Pakaian pelatih hendaklah bersesuaian dengan aktiviti latihan bebanan.

SISTEM TENAGA Latihan bebanan menggunakan :


Sistem tenaga ATP- PC. Sistem tenaga Asid Laktik.

y y

Untuk menjalani latihan bebanan,konsep Ulangan Maksimum ( Repitition Maximum) atau ringkasnya RM perlu diketahui. RM adalah bilangan ulangan maksimum yang boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang dikenakan sehingga otot atau otot-otot yang bekerja mencapai tahap kelesuan otot sementara (temporary muscular fatigue). RM juga boleh dimaksudkan dengan berapa banyakkah daya yang mampu dihasilkan oleh sekumpulan otot dalam satu ulangan. Terdapat kelemahan dalam ujian ini iaitu ketika ingin mendapatkan nilai beban maksimum sekumpulan otot. Pelaku kadang kala terpaksa mencuba beberapa beban sebelum memperolehi nilai yang betul. Nilai RM yang betul ialah beban yang dapat diangkat untuk sekali sahaja atau satu ulangan sahaja.

1 RM adalah beratan yang boleh diangkat sekali sahaja oleh pelaku sementara 2 RM adalah beratan yang boleh diangkat dua kali sahaja oleh pelaku. Oleh itu, beratan untuk 1 RM adalah lebih berat daripada beratan untuk 2 RM, beratan untuk 2 RM adalah lebih berat daripada beratan untuk 3 RM dan seterusnya.

Beberapa peraturan juga perlu dipatuhi bagi memastikan latihan bebanan tidak mendatangkan masalah berpanjangan atau kecederaan kepada pelaku: Peraturan 1 Lakukan latihan untuk meningkatkan fleksibiliti sendi sebelum meningkatkan kekuatan otot. Peraturan 2 Lakukan latihan untuk menguatkan tendon(urat yang menyambungkan otot dengan tulang) dan ligamen sebelum meningkatkan kekuatan otot Peraturan 3 Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan bahagian badan sebelum meningkatkan kekuatan kaki atau tangan.

Peraturan 4 Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan otot-otot sinergi dan stabilizer sebelum otototot agonis.

Bagi seorang pemain tenis, latihan beratan atau bebanan amat diperlukan bagi membentuk dan membesarkan otot-otot serta mendapatkan adaptasi anatomikal supaya pemain lebih bersedia untuk menghadapi latihan dalam fasa berikutnya. Di samping itu dengan adanya hipertropi otot, adalah diharapkan penampilan pemain di gelanggang akan dapat menimbulkan kegerunan pihak lawan seterusnya memberikan keyakinan yang lebih kepada pemain.

3.. LATIHAN FARTLEK


Fartlek adalah salah satu lagi kaedah latihan yang telah diperkenalkan di Sweden oleh Gosta Helmer yang bermaksud speed play atau latihan yang mempelbagaikan

kelajuan.Kebiasaannya lokasi latihan ini adalah dikawasan luar yang mempunyai bentuk muka bumi yang berbeza-beza. Latihan ini boleh dianggap sebagai latihan jeda tidak rasmi dan diperkenalkan dipenghujung musim persediaan umum sehingga awal musim persediaan khusus.Sistem tenaga yang digunakan ialah aerobik iaitu menggunakan oksigen. Antara kebaikan hasil daripada latihan fartlek ialah:
y y y y y

Latihan ini dapat memenuhi keperluan dari segi intensitI, ulangan,kekerapan dan rintangan. Perubahan dan fasa larian akan melambatkan kelesuan. Dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot. Lokasi latihan adalah berdasarkan kemudahan semulajadi. Boleh diubah-ubah mengikut keperluan jenis sukan,masa,kebolehan pelaku dan kesukaan mereka. Fartlek adalah latihan yang tidak menjemukan.

Terdapat beberapa prinsip penting yang perlu dititikberatkan dalam menjalani latihan ini untuk mendapatkan hasil seperti yang diinginkan.Prinsip-prinsip tersebut ialah:

o o o

Jangan melakukan latihan ini sehingga ke tahap kelesuan. Jangan berehat sehingga 100% segar. Aktiviti yang dirancang hendaklah berkaitan dengan aktiviti yang boleh memastikan tekanan darah pada tahap 120 hingga 140 dsm.

Prosedur Latihan
o o Memanaskan badan dahulu sebelum memulakan latihan. Individu yang melakukan aktiviti ini boleh berlari mengikut rentak yang diinginkan dan boleh mengubah kelajuan mengikut kehendak sendiri. o Pelaku boleh mempelbagaikan kelajuan seperti berlari anak,berlari pecut,striding,berjalan dan lain-lain lagi yang difikirkan bersesuaian. o Perlu diingatkan berlatih janganlah sehingga sampai keperingkat lesu dan berehat pula janganlah sampai segar semula. o Antara tempat yang sesuai ialah kawasan yang berbeza -beza bentuk muka buminya seperti tanah lapang,tepi pantai dan kawasan lombong. o Tiada jarak yang ditentukan tetapi terpulanglah kepada keupayaan individu itu

sendiri.(Individualized Programmme). Walaupun begitu adalah disyorkan jaraknya iaitu diantara 5 km atau dalam masa 45 minit. o Disiplin yang tinggi amat dituntut dalam melaksanakan latihan ini.

Contoh Latihan Fartlek Untuk Satu Sesi Latihan .


1. Berjalan pantas selama 5 minit 2. Berlari anak selama 10 minit 3. Berlari pecut dengan 70% kelajuan maksima selama 30 saat 4. Berjalan perlahan selama 3 minit 5. Berlari dengan langkah panjang (striding) selama 2 minit 6. Berlari anak selama lapan minit 7. Berlari pecut dengan 80% kelajuan maksima selama 20 saat 8. Berlari dengan 60% kelajuan maksima selama dua minit

Sebagai guru atau jurulatih, semasa hendak menjalankan program Latihan Fartlek dan sebagainya, prinsip-prinsip latihan perlu diketahui bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar atau pemain tersebut. Jenis- jenis Fartlek o Fartlek Terkawal Latihan yang menggunakan jarak dan masa. Jarak digunakan untuk menentukan had aktiviti. Contohnya menggunakan sukatan meter, kilometer atau menggunakan sumber sumber alam yang sedia ada seperti tiang elektrik dan tiang telefon. Manakala masa digunakan untuk menentukan masa bagi setiap aktiviti seperti saat dan minit. Fartlek Bebas Ditentukan oleh pemain itu sendiri.

Fartlek Terkawal Menggunakan Jarak.


Balapan atau kawasan padang dibahagikan kepada jarak yang tertentu. Sebagai contohnya jarak 50 meter. Pemain dikehendaki memulakan aktiviti dari A dengan berjalan. Apabila tiba di B ia berlari anak hingga ke C dan menukar ke striding. Apabila tiba di D terus memecut hingga ke E dan dari sini striding ke F. Dari F berlari anak ke G dan berjalan. Aktiviti ini diteruskan mengikut intensiti yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya pemain akan meneruskan aktiviti bagi jarak 1000 meter untuk satu set.

Fartlek Terkawal Menggunakan Masa


Pengendalian aktiviti di kawal oleh masa. Jurulatih akan menentukan masa bagi setiap aktiviti untuk dijalankan. Jurulatih juga perlu membunyikan wisel untuk menandakan perubahan kepantasan. Sebagai contohnya, pemain dikehendaki membuat perubahan intensiti kepantasan atau kelajuan bagi setiap 10 saat. Jurulatih akan membunyikan wisel pada 10 saat se hingga pemain menamatkan jarak yang ditetapkan.

Fartlek Bebas
Ini adalah Fartlek tidak terkawal. Pemain menjalankan latihan mengikut kemampuan tersendiri untuk mencapai sesuatu matlamat secara bebas. Pemain menentukan jarak atau masa yang akan digunakan bagi setiap aktiviti sehingga tamat fasa latihan Bagi pemain tenis kaedah latihan ini amat diperlukan sebagai langkah awal dalam membiasakan sistem kardiovaskular supaya dapat bekerja dengan baik walaupun tanpa kehadiran oksigen. Disamping itu ianya juga sebagai persediaan pemain supaya lebih bersedia untuk menghadapi latihan-latihan lain yang turut mementingkan kelajuan.

RUJUKAN

RUJUKAN

Asma Saad : 2004 : Tenis : Meniti Tangga Kejayaan, Utusan Publications Sdn Bhd , Kuala Lumpur Cynthia McEntire 2000 : How to Play Tenis , Human Kinetic Publisher Inc, Georgia, United States America Jim Brown 1995 : Tenis, Leissure Press, UK Wise Mariee 1999 : Tenis Drill, Human Kinetics, Price Evenue, South Australia, Australia

DIARI HARIAN

HARI TARIKH MASA TEMPAT

: : : :

RABU 12 JANUARY 2011 8.00 11.00 MLM GELANGGANG TENIS

MASA

AKTIVITI

CATATAN

8.00 MLM

Pelajar diperkenalkan oleh En. Hazuan Hizan (Penyelaras Ikhtisas Gelanggang Tenis) dan instruktor iaitu En. Soon.

8.30 MLM

1. Warming up 2. Pelajar diajar basic latihan iaitu lantunkan dan menimang bola secara forehand dan backhand.

Tujuan utama latihan ini adalah untuk membiasakan pergerakaan di antara tangan dan juga raket.

9.00 MLM

Pelajar diajar cara membuat pukulan forehand dengan betul. Sebagai permulaan, pelajar diajar cara untuk: 1. 2. 3. 4. 5. memegang raket (forehand) cara pukulan posisi persediaan cara melakukan swing follow through

Kedudukan bahu hendaklah dihala ke arah penujuan bola.

11.00 MLM

Tamat

HARI TARIKH MASA TEMPAT

: : : :

RABU 19 JANUARY 2011 8.00 MLM 11.00 MLM GELANGGANG TENIS

MASA

AKTIVITI

CATATAN

8.00 MLM

1. Pensyarah beri alamat laaman web tenis iaitu www.usta.com 2. Pensyarah turut mengajar tentang sejarah tenis, jenis pertandingan dan jenis gelanggang yang dipertandingkan.

Pelajar dikehendaki mencari maklumat tentang pertandingan Gram Slam dan lain -lain.

8.45 MLM

Pelajar diajar cara membuat pukul an forehand dengan betul. Sebagai permulaan, pelajar diajar cara untuk: 1. 2. 3. 4. 5. memegang raket (forehand) cara pukulan posisi persediaan cara melakukan swing follow through

Kedudukan bahu hendaklah dihala ke arah penujuan bola.

10.15 MLM

Acara bebas

Pelajar dibenarkan berlawan/strokes sesama rakan

11.00 MLM

Tamat

HARI TARIKH MASA TEMPAT

: : : :

RABU 26 JANUARY 2011 8.00 11.00 MLM GELANGGANG TENIS

MASA

AKTIVITI

CATATAN

8.30 MLM

1. Warming up 2. Pelajar diajar melakukan/membuat contoh latihan kecergasan dalam permainan tenis.

9.00 MLM

Pelajar diajar cara membuat pukulan forehand dengan betul. Pelajar diajar cara untuk: 1. 2. 3. 4. 5. memegang raket (forehand) cara pukulan posisi persediaan cara melakukan swing follow through

Kedudukan bahu hendaklah dihala ke arah penujuan bola.

9.30 MLM

Pelajar diajar cara membuat pukulan backhand dengan teknik yang betul.

Cara memegang raket adalah seperti V di grip. Kedudukan bahu mesti diarah ke tempat matlamat bola yang hendak dituju.

10.45 MLM

Tamat

HARI TARIKH MASA TEMPAT

: : : :

RABU 2 FEBRUARY 2011 8.00 11.00 MLM GELANGGANG TENIS

MASA

AKTIVITI

CATATAN

8.30 MLM

Warming up

9.10 MLM

Pelajar diajar cara membuat pukulan forehand dengan betul. Pelajar diajar cara untuk: 1. 2. 3. 4. 5. memegang raket (forehand) cara pukulan posisi persediaan cara melakukan swing follow through

Kedudukan bahu hendaklah dihala ke arah penujuan bola.

9.45 MLM

Pelajar diajar cara membuat pukulan backhand dengan teknik yang betul.

Cara memegang raket adalah seperti V di grip. Kedudukan bahu mesti diarah ke tempat matlamat bola yang hendak dituju.

10.25 MLM

Pelajar diajar cara melakukan servis. Ia didemonstrasikan oleh instruktor, EN. SOON.

1. Cara pegangan grip untuk melakukan servis adalah sama seperti pegangan pukulan backhand. 2. Kedudukan bahu adalah menghala ke arah lawan. 3. Lambungan bola hendaklah ke atas kepala. 4. hayunan raket hendaklah di atas semasa bola dilambung dan raket hendaklah dijatuhkan ke kiri badan.

11.00 MLM

Tamat

HARI TARIKH MASA TEMPAT

: : : :

RABU 9 FEBRUARY 2011 8.00 MLM 11.00 MLM GELANGGANG TENIS

MASA

AKTIVITI

CATATAN

8.00 MLM

Instruktor mengajar teori mengenai permainan tenis iaitu : 1. 2. 3. 4. 5. ukuran gelanggang bola net raket istilah-istilah dalam tenis

8.30

Pelajar masih lagi diajar cara melakukan servis. Ia

1. Cara pegangan grip untuk melakukan servis adalah

MLM

didemonstrasikan terlebih dahulu oleh instruktor, EN. SOON

sama seperti pegangan pukulan backhand. 2. Kedudukan bahu adalah menghala ke sisi. 3. Lambungan bola hendaklah ke atas kepala dan di depan 4. Lentikan badan dilakukan sebelum attack bola dan raket follow through ke sisi kiri badan.

10.00 MLM

Acara bebas

Pelajar dibenarkan bermain / strokes bersama rakan-rakan

11.00 MLM

Tamat

HARI TARIKH MASA TEMPAT

: : : :

RABU 16 FEBRUARY 2011 8.00 MLM 11.00 MLM GELANGGANG TENIS

MASA

AKTIVITI

CATATAN

8.30 MLM

Warming up

9.00 MLM

Pelajar masih lagi diajar cara melakukan servis. Ia didemonstrasikan terlebih dahulu oleh instruktor, EN. SOON

1. Cara pegangan grip untuk melakukan servis adalah sama seperti pegangan pukulan backhand. 2. Kedudukan bahu adalah menghala ke sisi. 3. Lambungan bola hendaklah ke atas kepala dan di depan 4. Lentikan badan dilakukan sebelum attack bola dan raket follow through ke sisi kiri badan.

10.15 MLM

Acara bebas

Pelajar dibenarkan bermain / strokes bersama rakan-rakan

10.30 MLM

Tamat

HARI TARIKH MASA TEMPAT

: : : :

RABU 23 FEBRUARY 2011 8.00 MLM 11.00 MLM GELANGGANG TENIS

MASA

AKTIVITI

CATATAN

8.00 MLM

Warming up

8.20 MLM

Pelajar diajar cara melakukan melakukan volley di depan net (backhand dan forehand). Ia didemonstrasikan terlebih dahulu oleh instruktor, EN. SOON

1. posisi persediaan 2. pegangan raket mesti kuat 3. kedudukan badan adalah bahagian depan 4. tumpuan mata ke arah bola amat ditekankan. 5. pukulan hendaklah dilakukan dengan keadaan tangan yang tegang. 6. jangan menghalakan raket ke bawah 7. follow through.

10.15 MLM

Pelajar diajar cara mengira mata dalam permainan tenis.

Dua orang subjek bermain dalam gelanggang dan pelajar lain menonton sambil mengira mata.

10.40 MLM

Tamat

HARI TARIKH MASA TEMPAT MASA

: : : : AKTIVITI

RABU 2 MARCH 2011 8.00 MLM 11.00 MLM GELANGGANG TENIS CATATAN

8.00 MLM

Warming up

8.20 MLM

Pelajar diajar tentang cara melakukan pukulan forehand dan backhand dengan teknik yang betul sambil diperbetulkan kesalahan oleh instruktor, EN. SOON

9.30 MLM

Pelajar diajar cara yang betul mengambil bola volley dari pukulan yang dilakukan oleh instruktor.

1. Pergerakan tangan dan kaki hendaklah pantas. 2. Cara pukulan, kedudukan kaki dan badan ditekankan.

10.35 MLM

Acara bebas

Pelajar dibenarkan bermain / strokes bersama rakan-rakan

11.00 MLM

Tamat

HARI TARIKH MASA TEMPAT MASA

: : : : AKTIVITI

RABU 9 MARCH 2011 8.00 MLM 11.00 MLM GELANGGANG TENIS CATATAN

8.30 MLM

Warming up

8.50 MLM

Pelajar diajar tentang cara melakukan pukulan backhand yaang diambil dari volley dengan teknik yang betul sambil diperbetulkan kesalahan oleh instruktor, EN. SOON. Setiap pelajar diberi dua kali peluang untuk melakukan pukulan

10. 15 MLM

Pelajar diajar cara yang betul mengambil bola volley dari pukulan yang dilakukan oleh instruktor.

1. Pergerakan tangan dan kaki hendaklah pantas. 2. Cara pukulan, kedudukan kaki dan badan ditekankan. 3. attack bola hendaklah dilakukan dengan follow through

10.15 MLM

Acara bebas

Pelajar dibenarkan bermain / strokes bersama rakan-rakan

11.00 MLM

Tamat

HARI TARIKH MASA TEMPAT MASA

: : : : AKTIVITI

RABU 16 MARCH 2011 8.00 MLM 11.00 MLM GELANGGANG TENIS CATATAN

8.10 MLM

Warming up

8.40 MLM

Pelajar diajar tentang cara melakukan pukulan forehand dan backhand dengan teknik yang betul sambil diperbetulkan kesalahan oleh instructor EN SOON

10.10 MLM

Pelajar diajar cara yang betul mengambil bola volley dari pukulan yang dilakukan oleh instruktor.

1. Pergerakan tangan dan kaki hendaklah pantas. 2. Cara pukulan, kedudukan kaki dan badan ditekankan. 3. attack bola hendaklah dilakukan dengan follow through

10.15 MLM

Acara bebas

Pelajar dibenarkan bermain / strokes bersama rakan-rakan

11.00 MLM

Tamat

You might also like