You are on page 1of 13

MENINGKATKAN PRESTASI MURID DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHUSUSNYA DALAM PENGGUNAAN MUZIK SEMASA KELAS PENDIDIKAN

JASMANI

Oleh Mohd Pahimi Bin Hassan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (R) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Institut Perguruan Perlis Perlis.

ABSTRAK Kajian ini betujuan untuk meningkatkan lagi mutu dalam pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan jasmani. Kajian ini dibuat setelah membuat tinjauan berkaitan masalah yang sering berlaku semasa kelas pendidikan jasmani dijalankan. Terdapat beberapa masalah yang dilihat disini ialah masalah dari segi disiplin murid semasa kelas pendidikan jasmani. Kajian ini bagi meningkat prestasi murid dalam membaiki disiplin murid dengan menggunakan alunan muzik semasa proses P&P dijalankan terutama sewaktu di padang.

PENGENALAN Saya sebagai guru pelatih dari Institut Perguruan Perlis yang akan menjalankan latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Tunjung selama 12 minggu. Bidang yang saya akan mengajar ialah dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Bagi mata pelajaran ini ianya lebih kepada berbentuk fizikal. Di samping itu juga saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran pendidikan kesihatan yang
1

mempunyai hubungkait dengan pendidikan jasmani. Bagi melengkapkan kursus selama satu tahun saya dan juga pelatih lain perlu menjalankan praktikum selama 12 minggu @ tiga bulan. Saya telah mengambil beberapa inisiatif agar pengajaran saya dapat memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran dan pencapaian anak didik saya. Melalui pemerhatian apa yang saya dapati pencapaian murid masih lagi berada pada tahap yang sederhana. Saya yakin dan percaya bahawa prestasi murid ini masih boleh dipertingkatkan lagi.

PERNYATAAN MASALAH Saya mula mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani untuk murid kelas yang berada di tahun 2 Anggerik semasa menjalani praktikum. Bilangan murid kelas ini seramai 28 orang. Berdasarkan kepada pemerhatian yang saya lakukan, apa yang saya dapati murid ini tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dengan apa yang diajar oleh saya. Melalui maklumat awal ini, saya telah meneliti dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan murid melalui latihan semasa kelas

pendidikan jasmani. Terdapat beberapa sebab mengapa murid kurang dalam pencapaian yang memuaskan semasa kelas pendidikan jasmani. Pertama, mungkin kaedah pengajaran yang saya terapkan terlalu serius. Kedua, aktiviti yang saya rancangkan tidak dapat memberi keseronokan yang betul-betul dapat memberikan keseronokan. Ketiga, mungkin dari segi penggunaan peralat semasa aktiviti dijalankan. OBJEKTIF KAJIAN
2

Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan muzik sebagai alat bantu mengajar semasa P&P dalam proses pengajaran pendidikan jasmani. Objektif khusus Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam pendidikan jasmani mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:-

Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam pendidikan jasmani.

Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.

Meningkatkan penguasaan murid semasa aktiviti atau kelas yang dijalankan khususnya dalam aktiviti fizikal

Merancang

tindakan

dan

melaksanakannya

untuk

mengenalpasti

keberkesanan penggunaan muzik sebagai alat bantu mengajar semasa P&P pendidikan kesihatan.

PERSOALAN KAJIAN

Saya telah memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan-persoalan tersebut ialah: a) Mengapakah sebilangan besar murid kelas ini kurang memberi perhatian semasa proses P&P dijalankan? b) Adakah kaedah yang saya gunakan sebelum ini kurang memberi kesan terhadap mereka? c) Apakah kaedah lain yang patut saya gunakan untuk membantu mereka mengatasi masalah ini?

KAEDAH PENGUMPULAN DATA Kaedah pengumpulan data yang saya gunakan dalam kajian ini ialah melalui borang soal selidik. Melalui soal selidik yang dijalankan sudah nampak beberapa kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada diri saya dan perlu di perbaiki dengan segera bagi mengatasi masalah ini. Perkara yang paling utama yang dapat memberi kekuatan kepada saya ialah untuk menggunakan alat muzik @ muzik dalam P&P. Melalui soal selidik yang dijalankan penggunaan muzik amat penting dan dapat menarik minat murid untuk mengikuti kelas hingga ke akhir kelas. Itu yang saya dapat dari maklum balas daripada murid memandangkan mereka ini masih baru tahun 2 dan apa yang mereka mahukan adalah keseronokan tidak kira dalam apa jua mata pelajaran sekali pun. Seterusnya saya memulakan langkah untuk mengatasi masalah ini dan ternyata apa yang dikaji dan dianalisis berjaya diatasi dengan menggunakan kaedah penggunaan muzik semasa proses P&P dan ia

menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Sila lihat borang soal selidik di LAMPIRAN 1.

Peng una MuzikD la ProsesP&P g an a m

15% Minat m uzik Tidak m at mu in zik 85%

Berdasarkan kepada dapatan yang yang diperolehi melalui borang soal selidik bahawa menunjukkan minat terhadap penggunaan muzik adalah sebanyak 85% berbanding hanya 15% sahaja yang kurang dalam penggunaan muzik. Ini menunjukkan satu angka yang agak tinggi dari segi minat murid terhadap muzik. Daripada apa yang saya dapati juga, murid perempuan lebih berminat dengan muzik jika di bandingkan dengan murid lelaki. Ini bermakna murid lelaki kurang berminat dengan muzik.

ISU DAN LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian yang dijalankan ini memfokuskan kepada pengajaran subjek pendidikan jasmani di sekolah dalam penggunaan muzik sebagai alat bantu mengajar semasa P&P berjalan yang diajar oleh setiap guru. Setiap kali proses P&P berlaku di selit dengan muzik agar murid tidak berasa boring semasa melakukan aktiviti.
5

Penggunaan muzik sebagai alat bantu mengajar semasa di padang merupakan satu pendekatan baru yang mampu menarik minat murid untur belajar. Penggunaan muzik ini yang meliputi penggunaan radio kaset atau menggunakan computer riba (laptop) sahaja atau dengan menggunakan CD. Penggunaan muzik di sekolah merupakan satu alternatif baru yang boleh digunakan oleh guru di sekolah untuk melaksanakan sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Dalam penggunaan muzik ini jelas terdapat perbezaan yang dapat dilihat semasa proses P&P dilaksanakan. Kelihatan keberkesanan yang sangat ketara berbanding dengan sebelum ini.

KUMPULAN SASARAN Kajian ini difokuskan kepada murid tahun 2 Anggerik Sekolah Kebangsaan Seri Tunjung. Mereka ini seramai 28 orang murid dan terdiri daripada 19 murid perempuan dan 9 orang murid lelaki.

PELAKSANAAN KAJIAN Tinjauan dan analisis masalah Berdasarkan P&P yang dijalankan sebelum ini, murid cuma didedahkah dengan penggunaan alat-alat yang sedia ada sahaja. Alatan-alatan yang sedia ada sahaja yang digunakan sebelum ini seperti penggunaan gelung rotan, pundi kacang, bola, dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan peralatan seperti ini tidak menampakkan kelainan dan juga tidak nampak keseronokan yang begitu ketara
6

terhadap murid. Murid cuma akan bermain dengan alat yang sama sahaja pada setiap kali proses P&P dijalankan.

Dengan penggunaan alat yang sedia ada terdapat beberapa kelemahan seperti : i. ii. Peralatan yang tidak mencukupi Banyak peralatan yang rosak atau tidak sempurna

Penggunaan radio kaset atau menggunakan computer riba sebagai alat bantu mengajar semasa aktiviti memanaskan badan dan juga semasa melakukan aktiviti amat menyeronokkan murid.

METHODOLOGI KAJIAN Kaedah yang digunakan dalam menjayakan kajian ini ialah dengan kaedah pemerhatian, tinjauan, dan juga soal selidik murid itu sendiri dengan menggunakan borang soal selidik.

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Di dalam dunia pendidikan hari ini kita memerlukan guru-guru yang kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka lebih efektif. Penggunaan muzik atau lagu semasa P&P dalam Pendidikan Jasmani adalah satu cara yang baik untuk menarik minat pelajar untuk mengikuti aktiviti semasa P&P. Ini berdasarkan keadah soal jawab bersama responden yang menunjukkan bahawa 85% sukakan muzik, menyanyi selain dari bermain. Berdasarkan P&P yang dijalankan sebelum ini, tanpa penggunaan radio kaset atau menggunakan Komputer riba sebagai alat bantu mengajar semasa aktiviti memanaskan badan terdapat kekurangan untuk membolehkan murid bergerak dengan lebih pantas lagi atau lebih efektif. Sebagai guru yang kreatif dalam merancang P&P yang berkesan, radio atau komputer riba adalah satu alternatif sebagai alat bantu mengajar semasa P&P pendidikan Jasmani di padang. Guru perlu menyediakan rancangan pengajaran yang baik bagi memastikan penggunaan radio/komputer riba sebagai alat bantu mengajar adalah satu cara yang terbaik. Aktiviti semasa perlulah kreatif dan tidak menjemukan dan memerlukan penggunaan lagu atau muzik. Persediaan rancangan mengajar yang memaksimakan penggunaan muzik atau lagu boleh menarik minat murid. Lagu atau muzik pula perlulah sesuai dengan aktiviti yang dirancang atau digemari oleh murid tersebut. Contohnya pada ketika kajian dijalankan, lagu yang digemari oleh murid tahun 2 Anggerik ialah lagu enjitenjit semut, Twinkle, Twinkle Little Star, Gelang Sipaku Gelang , chicken dance dan lain-lain sebagai cara untuk menarik minat, lagu tersebut dimuat turun dari internet ke dalam komputer riba dan dijadikan lagu iringan semasa set induksi (warming up) dan juga semasa menjalankan aktiviti lain.
8

PERSEDIAAN MENGAJAR Set induksi : Senaman Chicken Dance dengan iringan muzik. (memanaskan badan) Aktiviti : Aktiviti kecergasan seperti aktiviti lompat katak, lari ulang alik, burpee, dan ketingting dengan iringan muzik. Murid akan melakukan aktiviti ini secara dalam bentuk stesen di mana murid akan bergerak dari satu stesen ke stesen yang seterusnya semasa muzik dimainkan. Apabila muzik dihentikan, murid perlu berhenti pada stesen yang terakhir pergerakan mereka. Selagi muzik tidak berhenti murid akan meneruskan aktiviti tersebut secara mengikut stesen. Penutup : Murid juga akan diiringi dengan muzik semasa Cooling Down

DAPATAN KAJIAN Hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan apa yang telah dilihat di sini cukup memberansangkan respon daripada murid. Guru berjaya dalam mengubah situasi semasa berada di padang dengan menggunakan muzik dalam setiap aktiviti yang dijalankan mengikut kesesuaian muzik dengan apa yang telah dirancangkan. Daripada pemerhatian semasa P&P yang dijalankan, tidak dinafikan murid-murid suka dengan muzik dan semasa lagu dimainkan semasa set induksi, dilihat muridmurid membuat aktiviti memanaskan badan dengan rasa semangat dan seronok. Di
9

samping itu juga murid dapat menyanyikan lagu tersebut sambil membuat aktiviti yang telah dirancangkan. Sehingga murid tidak sedar bahawa masa yang telah dilalui sudah tamat dan ada setengah mereka memaklumkan supaya menambah masa untuk terus main. Apa yang dapat dilihat di sini murid tidak puas dengan aktiviti yang telah dijalankan sambil diiringi muzik. Sehingga bila berjumpa dengan guru pada waktu biasa murid selalu ingatkan guru supaya memainkan muzik semasa kelas pendidikan jasmani. Ini menyebabkan murid begitu berminat untuk bersukan dan mengikuti kelas pendidikan jasmani. Sehingga ada sesetengah murid yang jarang bawa baju sukan kini sudah tidak terlepas lagi untuk mengikuti kelas tersebut. Mereka begitu seronok semasa kelas pendidkan jasmani berbanding sebelum ini yang agak lesu dan tidak

menyeronokkan. Dengan permintaan murid terhadap muzik telah membuktikan mereka seronok dengan aktiviti yang dijalankan dengan iringi lagu dan muzik yang dimainkan sama ada dengan menggunakan radio kaset/komputer riba. Dari segi objektif afektik pendidikan jasmani, apabila murid-murid seronok dengan proses P&P yang dijalankan, secara automatik objektif P&P pendidikan jasmani itu telah tercapai. Selain itu, guru boleh mendisplinkan murid-murid dengan meminta supaya menjaga displin sebagai pelajar supaya guru akan memainkan lagu tersebut pada P&P masa akan datang. Melalui muzik ini juga di terapkan kosep disiplin kepada murid agar lebih berdisiplin lagi terutama semasa proses P&P dijalankan.

REFLEKSI KAJIAN Pendidikan masa kini amat memerlukan guru yang kreatif dan inovatif supaya hasil daripada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan akan lebih menarik.
10

Seorang guru yang kreatif berkebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan memperkembangkan sesuatu hasil dari apa yang dilaksanakan. Pemikiran kreatif juga perlu ada bagi memikirkan satu pemikiran yang kreatif di mana seorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain. Dari sudut Inovatif pula ialah dimana kebolehan seseorang guru itu untuk memulakan sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan atau sebagainya. Kreativiti membolehkan juga murid yang dihasilkan dan memerlukan menghayati daya intipati imaginasi pengajaran untuk yang

meneroka

berlangsung. Ketandusan unsur kreatif dalam

pengajaran akan

menyebabkan

murid berasa bosan, jemu dan sudah semestinya ia akan membawa kepada tahap tidak ada semangat lagi untuk belajar. Kelemahan ini berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang lebih banyak diorientasikan oleh keperluan dan

menghabiskan sukatan pelajaran. Hasil daripada refleksi yang di buat jelas menunjukkan bahawa perbezaan yang amat ketara sekali jika dibandingkan sebelum dan selepas penggunaan muzik dalam proses P&P. Ini menunjukkan bahawa muzik memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan juga pembelajaran. Setiap kali proses P&P dijalan nampak jelas perbezaan di sini dari segi keseronokan murid terhadap kelas yang dihadiri.

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, apa yang dapat dilihat melalui kajian ini secara umumnya telah menunjukkan bahawa implikasi efikasi dan amalan guru pendidikan
11

jasmani terhadap penggunaan muzik dalam pengajaran pendidikan jasmani di padang. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa efikasi mempengaruhi amalan penggunaan muzik semasa menjalankan kelas pendidikan jasmani. Guru

seharusnya mengintergrasikan penggunaan muzik dalam pengajaran pendidikan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Guruguru pendidikan jasmani perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku serta dipandang remah pada guru-guru mata pelajaran lain. Guru pendidikan jasmani seharusnya mempunyai keyakinan untuk mengintergrasikan lebih baik lagi dalam pengajaran bagi meningkatkan outcomes dan keberkesanan pengajaran khususnya dalam bidang pendidikan jasmani atau sukan. Secara tidak langsung, dengan adanya perancangan seperti ini dapat memupuk disiplin murid melalui proses P&P dengan menggunakan alunan atau iringan muzik. Murid lebih menumpukan perhatian dengan apa yang diajar oleh guru tanpa merasa bosan dengan P&P pada setiap kali kelas diadakan. Penerapan disiplin bagi menjadikan murid yang berdisiplin dalam setiap langkah yang mereka akan hadapi di masa akan datang.

RUJUKAN

1.

Zainun Ishak. (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dalam KBSM : Sejauh manakah keberkesanannya? Masalah Pendidikan. Kuala lumpur: Universiti Malaya, Jld 19, 135 165
12

2. Dr. Ragbir Kaur. (2005). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah dan Menengah). Subang Jaya: Penerbit Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3. Mok Soon Sang. (2003). Siri Pendidikan Perguruan, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (sekolah rendah komponen 3: Profesionalisme Keguruan), Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) oleh Azwan bin Ahmad, SMK Syed Alwi, Perlis, Abdul Ghani bin Abdullah, Mohammad Zohir bin Ahmad dan Abd. Rahman bin Hj. Abd. Aziz, Universiti Sains Malaysia Disember 2005

13

You might also like