Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
4Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Integrasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Integrasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Ratings: (0)|Views: 530|Likes:
Published by raflesiamekar

More info:

Categories:Types, Research
Published by: raflesiamekar on Jun 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/06/2013

pdf

text

original

 
INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
OlehLAI KIM LEONGJabatan Matematik Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak
ABSTRAK
Kertas ini mencadangkan satu templat dan sumber teknologi yang sesuai untukpenyediaan bahan pengajaran pembelajaran matematik berasaskan web. Sampelbahan pengajaran pembelajaran adalah berasaskan topik Pelan dan Dongakan bagimatematik KBSM Tingkatan 5. Bahan-bahan resos yang disediakan telahmengoptimumkan lima mod penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitumod sokongan, mod tutorial, mod resos, mod perhubungan serta mod penemuandan kawalan. Pelbagai aktiviti yang dicadangkan adalah berasaskan pendekatan /kaedah pengajaran pembelajaran seperti konstruktivisme, inkuiri penemuan dankaedah kolaboratif yang memusatkan pelajar dengan guru berperanan sebagaifasilitator. Aktiviti-aktiviti ini dapat memenuhi pelajar yang berbeza dari segi minat,kebolehan, pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran. Teknologi maklumat dankommunikasi juga diaplikasikan dalam pembentukan penilaian formatif dan sumatif yang interaktif dan pencapaian pelajar disimpan dalam pangkalan data. Data inidapat diakses oleh guru dengan serta merta untuk membolehkan tindakan susulanyang berikutnya diambil supaya dapat membantu pelajar menguasai konsep dankemahiran matematik.
PENGENALAN
Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesanglobalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomiyang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukansistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialahpenambahan minat dan usaha untuk para pendidikan menggunakan teknologimaklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Kadar perubahan inidipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti kos teknologi yang lebihmurah bagi perkakasan dan perisian, perisian multimedia yang lebih mudahdigunakan (user-friendly) serta perkembangan dalam teori dan model pendidikanyang berubah dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar.Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan 'stakeholder'kepada pengajaran dan pendidikan yang berkualiti, serta kekurangan bahan resospengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak para pendidikan melihat semulaperanan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah , peranan guru telah berubah dariinstruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubahkepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama adasecara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah
 
diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri,terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan kebolehannya. Salah satudaripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan darisegi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah denganmengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.Kerja ini membincangkan bagaimana mengintegrasikan teknologi dalam pendidikanmatematik dari perspektif guru dan bukan sebagai pakar TMK. Satu cadangantemplat untuk penyediakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pengajaranpembelajaran matematik bagi tajuk Pelan dan Dongakan, Matematik KBSMTingkatan 5 yang berasaskan web dan CD telah disertakan. Ia bertujuanmembolehkan para guru menjadikan cadangan ini sebagai satu asas perbincangan,meneroka dan melakukan percubaan di sekolah serta melakukan kajian berikutnyake arah pembentukan model yang lebih sesuai dan efektif. Berikut merupakanbeberapa jenis TMK , bahan dan aktiviti pengajaran pembelajaran yang difikir sesuaiuntuk dimasukkan dalam templat perisian multimedia pangajaran dan pembelajaranmatematik.
PAKEJ PEMBELAJARAN
Pakej pembelajaran telah memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikanyang berasaskan konsep pembelajaran berdikari (independent learning) yangdisokong oleh pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri, terarah kendiri,pembelajaran memusatkan pelajar, pembelajaran berasaskan bahan resos,pembelajaran yang lues, pembelajaran terbuka dan pembelajaran berasaskanprinsip kolaboratif. Dari segi perspektif pengajaran dan pembelajaran berasaskansekolah bestari, pakej pembelajaran memainkan penting untuk membolehkan pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran konsep atau kemahiran sama ada secarakumpulan atau individual. Pakej pembelajaran ini mengandungi cadangan pelbagaiaktiviti yang dapat memenuhi pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran yangberbeza di kalangan pelajar berasaskan strategi pengajaran yang pelbagai danmemusatkan pelajar. Guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkandengan berasaskan kepada prosedur pelaksanaan aktiviti untuk guru dan jugaprosedur untuk pelajar. Pakej ini menerapkan kemahiran generik, kemahiran berfikir ,kemahiran belajar, serta kaedah-kaedah penilaian yang akan digunakan untukmenilai kemajuan pelajar. Ia dimasukkan ke dalam laman web untuk diakses olehpelajar yang ingin mencuba aktiviti itu di rumah. Pakej lain yang dapat dimasukkanke dalam laman web adalah seperti panduan pembelajaran (study Guides), manualdan panduan serta panduan kursus .
KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN MELALUI E-MEL
Dalam persekitaran pembelajaran di sekolah, pelbagai strategi pengajaran danpembelajaran telah digunakan oleh guru untuk membolehkan pelajar mempelarikonsep dan kemahiran serta mencapai objektif yang telah digariskan. Kekangan-kekangan seperti kesuntukan masa dan saiz kelas yang besar mungkinmenyebabkan guru tidak dapat berinteraksi dengan pelajar di bilik darjah denganberkesan. Oleh itu, komunikasi antara guru dengan pelajar serta pelajar denganpelajar melalui e-mail di luar sekolah dapat memainkan peranan untukmenghubungkan komuniti pembelajaran (pelajar dan guru) yang berbeza dari segi
 
geografi ke dalam satu komuniti pembelajaran yang maya (virtual). Komunikasi inimembolehkan mereka saling menukar pendapat, idea serta bekerjasama secarakolaboratif dalam projek, tugasan kumpulan dan penyelesaian masalah.E-mail merupakan teknologi yang mudah digunakan, efisien dan tidak memerlukan sipengguna mempunyai pengetahuan TMK yang tinggi. Guru harus mengalakkanpelajarnya menggunakan kemudahan ini dengan mendapat dan edarkan alamat e-mail pelajar kepada pelajar yang lain . Pelajar harus dilatih cara menggunakan e-maildan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi semasa menggunakannya. Guru harusmereka satu sistem fail untuk menguruskan e-mail pelajar dengan menggunakan kod. Ini akan memudahkan guru mencari dan menjawab mesej kemudian secarakelompok berasaskan model 'satu dengan banyak' (public message) untukmenjimatkan masa . Aspek-aspek lain yang perlu diambil kira oleh guru semasamelaksanakan pembelaja ran melalui e-mail adalah seperti :
Bagaimana ia dapat melibatkan pelajar secara aktif?
Apakah topik / konsep/ kemahiran matematik yang sesuai dibincangkan?
Apakah had masa untuk pelajar menyumbang idea dalam sesi perbincangan?
Adakah sumbangan pelajar itu dinilai?
Apakah peranan guru dalam perbincangan dan juga darjah kawalan (degreeof control)?
PENGGUNAAN TMK DALAM PENILAIAN
Penilaian yang dijalankan di sekolah adalah berbentuk penilaian formatif yangmenguji kemajuan pelajar atau penilaian sumatif yang menguji pencapaian pelajar.Teknologi dapat digunakan dengan efektif dalam melaksanakan penilaian sepertipenilaian 'on-line', penilaian berasaskan portfolio (dalam bentuk bercetak atauelektronik), penilaian berasaskan kerja kursus, tugasan dan ujian bertulis.Penggunaan teknologi dalam penilaian mempunyai beberapa kebaikan seperti:
Ia membenarkan lebih daripada satu percubaan
 
Ia dapat memberi maklumbalas yang serta merta
 
Ia dapat membimbing pelajar memperolehi maklumat tambahan untukpengukuhan konsep atau kemahiran
 
Pelbagai set ujian dapat disediakan dengan menggunnakan bank item yangtelah disediakan dalam pangkalan data
 
Kemudahan intranet dapat digunakan untuk melaksanakan penilaian atas talian (on-line) di mana pencapaian pelajar dapat disimpan dalam pangkalan data secaraautomatik untuk diakses oleh guru pada bila-bila masa. Ia amat berguna bagi situasipembelajaran di kelas yang melibatkan pembelajaran mengikut kebolehan yangberbeza di mana setiap kumpulan mempelajari hasil pembelajaran yang berbezamengikut kadar yang berlainan. Dengan hanya mengakses kepada pangkalan data,guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dan mengambil tindakansusulan untuk mengatasinya dengan serta merta. Ujian-ujian yang telah disediakan juga boleh dimasukkan kedalam laman web sekolah yang dapat diakses denganmenggunakan 'World Wide Web'. Teknologi juga digunakan sebagai satu alat untukpenilaian seperti pengunaan perisian reka bentuk bantuan computer untuk melukis

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->