Professional Documents
Culture Documents
Tajuk Kajian CLOSE & OPEN METHOD: MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TINGKATAN 4 VOLTA DALAM MENENTUKAN SUDUT DIANTARA GARIS DENGAN SATAH DAN SATAH DENGAN SATAH.
Abstrak
Kajian ini dijalankan kepada 16 orang murid Tingkatan 4 Volta (4V) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias, Sabah. Sekolah ini mempunyai dua kelas Tingkatan 4 iaitu satu kelas Sains dan satu kelas Sastera. Tingkatan 4V adalah kelas Sains. Objektif kajian, pertamanya untuk menentukan tahap pencapaian murid dalam mengenalpasti dan menamakan sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah. Keduanya, mengenalpasti bentuk kesilapan murid dan akhir sekali mengenalpasti kesilapan dan mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan jawapan.
Volta 2010.
Saya merasakan bahawa penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan pelajar dan latihan yang diberikan di dalam kelas sudah cukup untuk pelajar menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati rata rata pelajar saya masih belum dapat menguasainya.Ini terbukti daripada keputusan peperiksaan excel yang baru saja berlalu. Mereka tidak dapat menjawab solan yang berkaitan dengan tajuk ini. Bagi kebanyakan pelajar, matematik dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan mengelirukan (Noor Azlan, 2005). Perkara yang sama juga berlaku kepada murid tinggkatan 4V tahun ini, Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini . Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mencapai obejktif berikut:
Untuk mengenalpasti mengapa 16 orang murid tingkatan 4V tidak dapat menguasai kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah. ii. Untuk memastikan 16 orang murid tingkatan 4V dapat menguasai kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah. iii. Untuk menilai sejauh manakah program intervensi dapat membantu 16 orang murid tingkatan 4V menguasai kemahiran mengenalpasti sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah. i.
5.0 METODOLOGI KAJIAN 5.1 Rekabentuk kajian 5.1.1 Langkah 1 : Kenalpasti isu Isu yang dikenalpasti kajian tindakan oleh penyelidik ialah isu ramai murid tingkatan 4 yang belum menguasai kemahiran mencari sudut di antara garis dengan satah dan satah dengan satah 5.1.2 Langkah 2 : Perancangan Tindakan Merancang strategi bagi mengatasi masalah ini.
Membina alat bantu mengajar Close & Open Method ii. Module iii. Membina model untuk sesi pengajaran dan pembelajaran iv. Latih tubi
i.
5.1.3 Langkah 3: pelaksanaan Tindakan Keputusan kesemua aktiviti dilaksanakan. 5.1.4 Langkah 4: Pemerhatian Keseluruhan aktiviti dipantau dan dicatat bagi melihat perkembangan dan kemajuan murid. 5.1.5 Langkah 5: Refleksi Penyelidik berharap agar Close & Open Method ini dapat membantu murid menamakan sudut diantara garis dengan satah dan satah dengan satah dengan betul dan cepat.
7.0 BATASAN KAJIAN 7.1 Kajian ini hanya memfokuskan kepada 16 orang pelajar tingkatan 4 7.2 Tempoh pelaksanaan kajian ialah pada bulan Ogos 2010 hingga September 2010
8.0 ALAT / INSTRUMEN KAJIAN 8.1 Borang Soal-Selidik Tujuan borang soal selidik digunakan adalah bagi mendapat maklumat dan maklum balas daripada murid berkaitan dengan amalan pengajaran guru di kelas dan kefahaman murid. 8.2 Soalan Ujian Ujian pra dan pos dijalankan. Pencapaian murid semasa peperiksaan semester ke-2 juga dinilai 8.3 Pemerhatian
terhadap
responden
semasa
pengajaran
dan
8.4 Kajian Dokumen Dokumen seperti buku rekod keputusan peperiksaan, buku rekod kehadiran pelajar disemak.
-3
sangat
2 Pra/Pos 43.8 18.6 12.5 12.5 18.6 18.6 12.5 25.0 31.3 31.3 18.6 25.0 43.8 18.6 31.3 18.6
3 Pra/Pos 31.3 25.0 31.3 12.5 12.5 25.0 6.30 18.6 12.5 43.8 6.30 18.6 12.5 31.5 25.0
9.
6.30
37.5
37.5
31.3
18.6
25.0
43.8
tugasan yang diberikan 10 . Saya hanya faham semasa guru mengajar, tetapi kemudian lupa 12.5 18.6 18.6 37.5 18.6 25.0 50.0 18.6
Jadual 1: Amalan Pembelajaran Pelajar Secara keseluruhannya penggunaan C&O method telah memberi kesan yang baik kepada penerimaan murid dalam pembelajaran matematik. Ini dapat dilihat dalam pernyataan 1, ujian pra menunjukkan 68.8% pelajar bersetuju dan sangat bersetuju suka belajar Matematik berbanding dengan 43.8% semasa ujian pos
Adakah suara guru jelas ketika mengajar? Adakah soalan? guru menggalakkan murid
Adakah guru tegas dalam melaksanakan proses pengajaran? Adakah guru memberi tunjuk ajar untuk membetulkan soalan? Adakah teknik difahami? pengajaran guru anda mudah/dapat
Adakah anda berseronok belajar matematik? Adakah latihan yang diberikan oleh guru mencukupi? Adakah guru memberikan penerangan yang jelas? Adakah guru memberi peluang pelajar untuk berbincang dalam kumpulan?
Berdasarkan kepada maklum balas murid terhadap amalan pengajaran guru, murid bersetuju 100% (ujian pra dan ujian pos) menyatakan bahawa suara guru jelas ketika mengajar dan guru menggalakkan murid untuk mengemukakan soalan begitu juga dengan pernyataan 9. Pernyataan 3 juga menunjukkan pilihan pelajar sama untuk ujian pra dan ujian pos iaitu 81.3% untuk ketegasan guru dalam proses pengajaran. Peningkatan ketara dapat dilihat bagi pernyataan 5 teknik pengajaran guru, 62.5% murid bersetuju pada peringkat pra dan 81.3% pada peringkat pos. Ini disebabkan pada peringkat awal guru hanya memberi penerangan dan soalan berbanding dengan peringkat pos, guru menggunakan C&O method serta aktiviti yang disusun dengan terancang. Urutannya dapat dilihat dengan meninkatkan keseronokan murid belajar matematik(pernyataan 6) daripada 56.3% kepada 75% murid bersetuju.
9.2 Analisis Berdasarkan Dapatan Ujian Jadual 3 menunjukkan pencapaian pelajar di dalam ujian pra dan ujian pos berdasarkan markah yang diperolehi di dalam setiap ujian. Tujuan ujian dijalankan adalah untuk memlihat prestasi murid dalam teknik Open & Close sebelum dan selepas program dilaksanakan Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Kod Murid L/P Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan + atau M01 L 13 67 +54 M02 L 47 70 +23 MO3 L 73 100 +27 M04 L 13 40 +27 M05 L 60 93 +33 M06 L 13 47 +34 M07 P 53 87 +34 M08 P 67 67 0 M09 P 13 33 +20 M10 P 27 60 +33 M11 P 13 53 +20 M12 P 60 93 +33 M13 P 27 60 +33 M14 P 33 67 +34 M15 P 40 73 +33 M16 P 53 73 +20 Jadual 3: Pencapain murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Pada keseluruhannya, penggunaan Open & Close Methode memberikan kesan positif dengan menunjukkan peningkatan markah dalam Ujian Pos. Berdasarkan jadual 3, ujian pra menunjukkan bilangan murid yang gagal (040%) adalah seramai 8 orang atau sebanyak 50%, manakala bilangan murid yang lulus ialah 8 orang atau sebanyak 50%. Ujian pos pula menunjukkan hanya seorang pelajar yang gagal atau 6.3% dan bilangan murid yang lulus ialah seramai 15 orang atau 93.8%. Berdasarkan kepada ujian pra dan ujian pos bilangan murid yang lulus telah meningkat,
10.0 RUMUSAN
Prestasi murid murid saya menunjukkan peningkatan yang baik dan mereka telah memahami konsep menamakan sudut antara garis dengan satah dan satah dengan satah. Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan , saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.