You are on page 1of 4

BAB 6 : KESELAMATAN BAHAGIAN VOLTAN TINGGI ( HV )

6.1

Pengenalan

Tenaga Nasional Berhad tela menggariskan Aturan Keselamatan Elektrik untuk melindungi semua pekerja TNB, pengguna, kontraktor dan lain lain untuk menguasai kerja dan mengawal semua tangguangjawab yang berkaitan dengan bekalan elektrik pada keseluruhan pemasangan TNB dan memastikan keselamatan kepada semua pekerja atas pemasangan pepasanga TNB. Adalah menjadi tanggungjawab semua orang yang berkaitan dengan kendalian dan kerja pada sistem dan radas TNB untuk mengetahui dengan mendalam Peruntukan Kanun dan Aturan Keselamatan Elektrik yang menguasai sebarang kerja yang mereka dipertanggungjawab.

71

6.2

ATURAN KESELAMATAN UNTUK MENJALANKAN KERJA PADA RADAS VOLTAN TINGGI

6.2.1 Memasuki Zon Voltan Tinggi

Semua pagar, atau peralatan yang menghala ke zon voltan tinggi hendaklah dikunci kecualai apabila digunakan. Orang berkebenaran boleh menjaga dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Zon Voltan Tinggi untuk memastikan langkahlangkah keselamatan ditempat kerja dipatuhi. Ahli- ahli pasukan kerja mungkin dibenarkan masuk ke Zon Voltan Tinggi oleh orang berkebenaran dengan adanya Sijil Kebenaran Menjalankan/Sijil Kebenaran Menjalankan Kerja Kontraktor. Orang yang tidak layak mungkin dibenarkan masuk dengan diatur oleh pegawai yang mengawal. Semasa berada di Zon Voltan Tinggi, orang yang tersebut mestilah sentiasa berada di bawah pengawasan terus Orang Berkebenaran.

6.2.2

Mencapai Radas Voltan Tinggi

Semua radas Voltan Tinggi mestilah dianggap idup sehingga ianya telah diasingkan, dibuktikan mati dan dibumikan. Sawar/penghadang (termasuk pelit pada tangga laluan masuk) yang menghalang masuk ke ruang-ruang, peti-peti, sel-sel yang mengandungi pengalir Voltan Tinggi terdedah, hendaklah dikunci dan tidak dibenarkan membukanya melainkan oleh Orang Berkebenaran. Semua pengatup sport yang tidak diperlukan untuk kerja atau kendalian segera, jika tidak dibuat dalam keadaan tercapai mestilah dikunci.

72

6.3

PENGAWASAN AM YANG MESTI DIAMBIL SEBELUM BEKERJA PADA RADAS VOLTAN TINGGI

Tidak seorang pun dibenarakan menjalankan sebarang jenis kerja pada manamana bahagian radas Voltan Tinggi kecuali bahagian-bahagian tresebut mati, diasingkan serta semua langkah-langkah praktik diambil untuk mengunci daripada pengalir hidup termasuk bekalan Voltan Rendah alatubah bantu dan perkakas pembumian neutral sepunya daripada perkakas yang mungkin boleh dihidupkan.

Dibuktikan mati dimana praktikal dan disambungkan ke bumi pada mana tempattempat pengasingan bekalan diradas-radas termasuk tempat perasingan daripada perkakas pembumian neutral sepunya dimana boleh pasang, atau diantara tempat kerja sebenar dan Notis Awas dipasang. Dihadang secara fizikal jika perlu untuk mengindari bahaya dan Notis Bahaya dipasang. Member kebenaran bekerja dengan mengeluarkan Sijil Kebenaran menjalankan Kerja Kontraktor.

6.3.1

Notis Awas dan Notis Bahaya

Notis Awas hendaklah dipasang pada semua perkakasuis atau radas yang mengawal radas yang telah dimatikan dimana kerja dijalankan. Notis Bahaya hendakla dipasang ditempat berkenaan, iaitu pada sebelah radas hidup pada had zon kerja mungkin dijalankan. Notis Awas, Notis Bahaya, Sawar dan Penghadang hendaklah dipasang atau dialihkan henya di bawah penyeliaan orang yang berkebenaran.

73

6.3.2

Pembumian

Pembumian Utama Litar hanya boleh dipasang atau dikeluarkan oleh Orang Berkebenaran atau dengan keizinan pegawai yang mengawal atau Orang Berkecekapan bertindak dibawa penyelian terus orang berkebenaran. Pembumian tambahan hanya boleh dipasang atau dikeluarkan oleh Orang Berkecekapan yang bekerja di bawah Sijil Kebenaran/Sijil Kebenaran Menjalankan Kerja Kontraktor. Pemasangan dawai pembumian dengan rod yang diluluskan hanya boleh dipasang atau dikeluarkan oleh Pasukan Kerja yang mengandungi tidak kurang dari dua (2) orang.

6.3.3

Pengawasan Semasa Menjalankan Kerja

Kerja dalam radas Voltan Tinggi yang dibumikan hanya boleh dilakukan jika menerima Sijil Kebenaran Menjalankan Kerja/Sijil Kebenaran Menjalankan Kerja Kontraktor tela dikeluarkan perlu diganti sebelum kerja selesai, penggantian mesti diluluskan oleh Orang Berkebenaran, atau pegawai yang mengawal kerja tersebut dan mesti menandatangani di tempat yang dikhaskan dibelakang sijil tersebut dibawah Orang Berkecekapan dahulu, yang kemudiannya akan menyerahkan sijil tersebut kepada pengganti mesti menyimpan sijil tersebut semasa kerja sedang dijalankan, dan apabila kerja selesai Orang Berkecekapan terakhir yang menjaga kerja mesti menandatangi sijil tersebut dan dikembalikan kepada Orang Berkebenaran.

74

You might also like